Você está na página 1de 6

Sejarah awal kewujudan kaum Kadazandusun dikatakan wujud melalui cerita

lisan iaitu melalui kisah Nunuk Ragang.Tempat ini terletak di sekitar muara
pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Kogibangan (arah kiri) dan Sungai
Kawananan(arah kanan) dan bercantum menjadi sungai yang lebih besar iaitu
Sungai liwogu(dalam dan tenang).Terdapat banyak lembaga yang memenuhi
bawah pohon,tebing sungai dan sepanjang juntaian akar nunuk.

Pantulan warna kemerahan semakin menyerlah apabila cahaya matahari
terpancar ke arah tubuh lembaga itu sehingga Nunuk itu kelihatan seperti merah
lalu dipanggil Nunuk Ragang(Merah).

Tanggapan bahawa Nunuk itu merah atau Nunuk Ragang menggambarkan
betapa ramainya lembaga merah sedang berpesta ria di kawasan Nunuk
itu.Sebenarnya manusia yang ramai yang dikatakan sebagai 'warna merah'
apabila dilihat dari jarak jauh itu kurang tepat kerana bukan pokok Nunuk itu yang
berwarna merah sebaliknya warna merah itu datang daripada pantulan cahaya
matahari.Sejak itu,Nunuk Ragang menjadi identiti masyarakat Kadazandusun
kerana mengikut pandangan masyarakat Kadazandusun, mereka kononnya
berasal dari kawasan ini.

Mengikut teori sains sosial pula,dibahagikan kepada empat teori iaitu :

Teori Pertama : Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan Mongloid (Ivor H.N
Evans:1923
dan T.R Williams:1965)
Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan Indo-Malayan (T.R
Williams:1965)
Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum Cina ( Ivor H.N
Evans:1923 dan Owen Rutter:1920)
Teori Keempat:Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.

CHERRY BIN GULIMIT
NOMBOR MATRIK: 204641
Posted by CHERRY GULIMIT at 2:21 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Adat dan Kepercayaan

Pada awalnya,Kaum kadazandusun di Sabah mengamalkan kepercayaan
animisme. kepercayaan ini diwarisi berasaskan fahaman dan adat "pagan" kaum.
Bagi masyarakat kadazandusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" yang bersemayam
di dunia lain.

Mengikut kepercayaan kaum kadazandusun, Kinorohingan merupakan tuhan di
mana mereka meminta sesuatu seperti keselamatan dan perlindungan dari
sebarang penyakit. Kinorohingan juga dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib
seperti "Roogon" atau syaitan. Masyarakat kadazandusun mempercayai bahawa
roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu
akan pergi ke syurga atau neraka.

Setiap tahun selepas menuai padi, masyarakat kadazandusun mengadakan
upacara "Magavau" iaitu upacara kesyukuran bagi menghormati semangat padi.
Upacara ini dijalankan oleh "Bobohizan" atau ketua bomoh dengan membaca
mentera.Namun demikian,pada hari ini semakin ramai masyarakat kadazandusun
yang telah memeluk agama Kristian dan agama Islam.

DENDY LUBED BIN BARUH@SAMSON
NOMBOR MATRIK : 204920
Posted by CHERRY GULIMIT at 2:20 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Sistem Ekonomi Masyarakat Kadazandusun

Orang Kadazan Dusun yang tertumpu di pantai barat seperti Kudat, Tempasuk,
Tuaran, Penampang, Papar, dan lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan
Keningau hidup sebagai petani tradisi. Mereka mengamalkan pertanian swidden
dengan menanam padi sawah dan huma, ubi kayu dan tembakau. Sambil
menternak haiwan, menangkap ikan sungai, memburu, dan memungut tumbuh-
tumbuhan dan buah-buahan liar.

Peralatan yang digunakan untuk:
pertanian: ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung,
rilibu
perikanan:tundalo, siud, bangkala, tambong,bubu sawak
perternakan: lukung, gading
memburu: sopuk, tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip,
tabpai, sodik, tungkakub, pimpig, tawos .

Walaubagaimanapun,kini semakin ramai masyarakat kadazandusun yang
menceburkan diri dalam bidang perniagaan,perkhidmatan kerajaan dan
sebagainya.

ONG HUI QIN
NOMBOR MATRIK: 204681
Posted by CHERRY GULIMIT at 2:18 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Makanan dan Minuman Tradisi



Makanan tradisi suku kaum Kadazandusun terdiri daripada pelbagai jenis kerana
keadaan semulajadi bentuk muka buminya telah banyak membekalkan sumber
pencarian makanan.
Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah
Hinava, Pinaasakan,Bosou dan minuman tradisi kaum kadazadusun termasuklah
arak beras,lihing tapai ubi.
Makanan dan minuman tradisi ini dapat disediakan dengan pelbagai cara
mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.

Contohnya hinava merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar
yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, halia cili
merah, bawang merah , dan garam.

Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji
buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.Apabila kesemua bahan
dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama
seminggu sebelum dimakan.Noonsom Tuhau - Isi Tuhau (sejenis tumbuhan)
dihiris halus dan dijeruk dengan cuka,garam dan cili merah.Apabila kesemua
bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa
minit sebelum dihidangkan.

CHO KIM HAN
NOMBOR MATRIK :207112
Posted by CHERRY GULIMIT at 2:17 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Hasil Seni Kadazan Dusun
Penghasilan seni tangan masyarakat
Sabah bergantung pada sumber alam sekitar dan keperluan dari segi budaya.
Sebagai contohnya, sirung. Sirung merupakan sejenis topi yang diperbuat dari
rotan dan buluh. Topi ini diperlukan untuk melindungi diri dari panas dan
hujan.Bentuk topi seseorang dapat menunjukkan asalan daerah seseorang itu.
Seni anyaman seperti Mogah dan Dastar amat popular di kalangan kaum wanita.

Pada pandangan mereka, seseorang wanita itu akan dianggap tidak berjaya
sekiranya anyaman mereka tidak menarik.Inavol adalah sejenis produk sulaman
tangan yang dihasilakandi daerah Kudat. Bahan- bahannya terdiridaripada
benang kapas yang berwarna- warni. Inoval disulam dengan motif-
motif etnik tempatan seperti binatang, buga dan corak manusia. Inoval akan
dipakai atau diberi sebagai tanda penghargaan seseorang bagi mer
aikan seseorang dan dipakai di leher.

Renago pula adalah sejenis bekas yang diperbuat oleh gulungan tumbuhan lias
dengan lingkong, sejenis rumput. Wakid, sejenis bakul yang diperbuat dari rotan,
buluh, dan kulit pokok. Wakid amat berguna untuk kaum Kadzandusun bagi
menjalankan aktiviti harian mereka. Contohnya, mereka boleh menyimpan buah-
buahan dan hasil kutipan mereka.

NG PEI SAN
NOMBOR MATRIK: 204661
Posted by CHERRY GULIMIT at 2:15 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Alat - Alat Muzik dan Instrumen

Permainan muzik tradisional amat penting dalam masyarakat sesuatu
kaum.Matlamat utama penciptaan muzik adalah untuk melambangkan identiti
sesuatu kaum yang tersendiri dan sebagai alat bagi mengukuhkan perpaduan.

Kebanyakan alatan muzik di Sabah diperbuat daripada bahan-bahan asli yang
diambil daripada sumber semulajadi.Sebagai
contoh,tongkungan,turali,seruling,sompotan dan totunggak diperbuat daripada
buluh.Alat-alat lain seperti gambus,kompang ,dan gendang diperbuat daripada
kulit kambing.Gong dan kulintangan pula diperbuat daripada kayu lembut dan
menyerupai gitar panjang bertali tiga yang diperbuat daripada giman, sejenis
gentian pokok palma.
Alat-alat muzik ini dapat dikelaskan kepada tiga bahagian
iaituKordofon,Erofon, dan Idofon.Tongkungan, gambus, sundatan atau
gagayan dikelaskan dalam Kordofon.Manakala seruling,turali atau tuahi, bungkau
dan sompotan pula dikelaskan dalam Erofon serta tetunggak , gong, kulintangan
membranofon iaitu kompang , gendang atau tontog dikelaskan dalam Idofon.

Antara alatan muzik yang sering digunakan oleh masyarakat Kadazandusun ialah
gong, bungkau, dan sompotan.Gong merupakan tulang belakang dalam
kebanyakan arena muzik dan digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial
masyarakat Kadazandusun.


AZHAR BIN OTHMAN
NOMBOR MATRIX:204897
Posted by CHERRY GULIMIT at 2:11 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Perayaan Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai )

Pesta Kaamatan atau dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' disambut oleh kaum
Kadazan Dusun sebagai meraikan tuaian yang terbaik. Pesta ini biasanya
disambut sepanjang bulan Mei. Kemuncak Perayaan Keaamatan adalah
peraduan ratu cantik, tarian tradisi dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh
Bobohizan. Magavau adalah upacara kesyukuran yang penting dan dijalankan di
sawah padi pada hari pertama malam bulan mengambang selepas menuai padi.
Bobohizan akan membaca mantera dan seorang pahlawan dengan pakaian
tradisi berjalan menghayun pedang untuk menghalau roh jahat. Makanan seperti
tapai dan nasi akan disajikan sebagai jamuan kepada roh. Menurut kepercayaan
orang kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada kinoingan yang
disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa kepada sumber kehidupan dan
kewujudan.

Mereka berpendapat bahawa padi adalah sumber kehidupan.
Ketika Pesta Keaamatan, penduduk akan mengenakan pakaian tradisi mereka
dan bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai 'arak beras' dihidangkan sebagai
minuman istimewa dan para penduduk akan menyapa sesama mereka dengan
ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' yang bermaksud 'Selamat Hari
Menuai,Tetapi,pada hari ini Pesta Kaamatan disambut adalah sebagai
memperingati perayaan pesta yabg telah dirayakan sejak turun-temurun.


CHE WAN SITI AISYAH BT CHE WAN SUKRI
NOMBOR MATRIK : 204879

Você também pode gostar