Você está na página 1de 4

Tajuk rencana (contoh - Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada

petikan di atas dianggap betul contohnya Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu
teguh bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll )
) Pengenalan menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara
umum ( cadangan )

Dasar pecah dan perintah British
Sistem pendidikan zaman British
Pendudukan Jepun
Peristiwa 13 Mei
Isu agama dan budaya- trend terkini

(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

mewujudkan masyarakat harmoni dan aman-bergaduh sesama sendiri,
porak-peranda,huru-hara, aspirasi yang sama dapat tercapai.wujudkan
perpaduan-bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
memelihara kedaulatan Negara
mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme
meningkatkan imej Negara di mata dunia
membangunkan ekonomi Negara-penindasan ekonomi tidak akan berlaku
kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad
dengki-mengamalkan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,dapat memaju--
mengekalkan kestabilan politik
membina masyarakat yang saling menghormati
- Industri pelancongan- melihat sendiri amalan perpaduan kaum, sambil
menyelam minum air,memajukan ekonomi, menaikkan nama negara

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )

Peristiwa 13 mei
Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular
Penubuhan parti politik
Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan
Dasar pebdidikan kebangsaan

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )

kewujudan pelbagai aliran sekolah
parti politik berasaskan kaum
kesan dasar penjajahan british
Sikap individulistik dalam masyarakat-menular menjadi parah
Penyalahgunaan media sosial menimbulkan isu sensitif
Campurtangan kuasa luar


(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di
Malaysia ( cadangan )

Kempen kerajaan
Program RIMUP
Gotong royong
Rumah terbuka
Sambutan perayaan
Program sukan
Slogan I Malaysia
Aktiviti kokurikulum

(f) Membuat rumusan ( cadangan )

Pengetahuan
Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........
Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Iktibar
Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota
masyarakat

Harapan ( saya berharap agar )
Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan
Tidak terpengaruh dengan anasir luar
Menghargai jasa tokoh

(g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/


USAHA
Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus dibuat bagi membentuk
perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaan mempunyai peranan dalam merealisasikan
perpaduan kaum. Usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan
untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut Perdana
Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan
mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yang tediri daripada pelbagai
kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan
hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang.
Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum
di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti
kata pepatah bersatu teguh, bercerai roboh.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang
memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu
sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam
jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat
yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja
sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan.
Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong
royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti
tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti
kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat
perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara
untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa
mahupun agama.

Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga,
semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan.
Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung
sikap diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini,
pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar
idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di
seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga.
Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk
kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan
kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi
untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.

Seiring dengan itu, system pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang
pintas untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu system pendidikan yang
sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun.
Selain itu, sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga
mempercepat proses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang
dijalankan dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain itu,
penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa
perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum
berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa. Izharnya,
memang tidak boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan negara kita menjadi
pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum.

Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga
merupakan salah satu langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan para
pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya
kaum mereka dari aspek pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi
dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang
memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan
kuliah-kuliah. Makanan India seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh
kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum
ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya
mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja
yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat
perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan
bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang
kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya
perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan
dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan
peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Você também pode gostar