Você está na página 1de 1

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang

harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya
masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan
sebagainya. Peribahasa rambut sama hitam, hati lain-lain jelas menunjukkan
walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan
manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat
tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah
mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa,
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang
terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan
pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan
kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik
minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang
menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit dapat
memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya menaikkan
nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum
kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu
menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa, sambil menyelam minum air.

Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan
ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan
ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa
sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang
berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan
peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, nescaya rakyat juga dapat
bersama-sama memajukan ekonomi negara.

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum
telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa
perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh
sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah
dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan
suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum
itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.

Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan
pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita
bersikap evasif mahupun bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum
menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur

Você também pode gostar