Você está na página 1de 2

Apakah Indeks Jisim Badan?

Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan
formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian
seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan
kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta
ketinggian seseorang individu itu.

Jika anda ingin tahu berat badan serta
ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat
badan yang ideal atau tidak, anda boleh
menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg)
dan tinggi dalam meter (m):
BMI =
berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)


Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan
bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu
kurus.


Siapakah yang tergolong dalam obesiti
Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding
ukuran ideal;
Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat
badan sepatutnya;
Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35
Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah
tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun
mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.
Indeks Jisim Badan
Status BMI

Kurus Kurang 20.6

Normal 20.7 - 26.4

Gemuk 26.5 - 30.9

Obesiti 31.0 - 45.2

Bahaya Lebih 45.3

Risiko kesihatan
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh
berlaku, antaranya ialah:
Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
Strok (angin ahmar)
Tekanan darah tinggi
Batu hempedu
Diabetes (kencing manis)
Paras kolestrol darah yang tinggi
Gout
Sakit di bahagian bawah belakang badan
Sukar bernafas
Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
Gangguan pembuangan air kecil
Barah usus
http://ms.wikipedia.org/wiki/Obesiti tarikh:02/10/2013

Você também pode gostar