Você está na página 1de 8

Ciri-ciri Guru Pendidikan Seni Cemerlang

ABSTRAK:

Seringkali ungkapan kecemerlangan diperkatakan kepada guru-guru pendidikan seni. Indikator
kecemerlangan kebanyakannya tertumpu pada sifat umum, Tulisan ini memberi fokus indikator
guru pendidikan seni yang cemerlang. Kecemerlangan dalam konteks pengajaran-pembelajaran,
Keilmuan, kualiti peribadi, pengurusan ko-kurikulum, sumbangan dan hasil karya dan
perhubungan sejawatan.

Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas sama ada secara tersurat dan
tersirat iaitu melahirkan insan dan bangsa yang cemerlang melalui Falsafah Pendidikan Negara
(FPN). Justru itu guru sebagai 'imput' seharuslah 'cemerlang' terlabih dahulu sebelum
menentukan 'output' yakni murid yang cemerlang seperti dikehendaki oleh FPN. Jika kita amati
matlamat keseluruhan FPN dan Wawasan Pendidikan yang diutarakan oleh bekas Ketua
Pengarah Pendidikan, budaya kerja cemerlang adalah menjadi agenda utama. Penegasan
wawasan pendidikan ialah budaya kerja cemerlang perlu dibina berlandaskan sikap amanah,
bertanggungjawab dan akauntabiliti terhadap tugas.

" Satu konsep utama yang menjadi landasan untuk membangunkan budaya cemerlang ialah
amanah. Amanah ialah tanggungjawab dan juga penaggungjawab (akauntabiliti) terhadap
sesuatu yang telah ditugaskan atau diberi keparcayaan. Menurut Islam seluruh diri dan hidup
manusia adalah amanah" (Wan Zahid.13).

Peranan guru amat penting bagi menentukan kemajuan murid dan sekolah. Bagi guru mata
pelajaran pendidikan seni peranan mereka amat penting bagi menentukan mata pelajaran
pendidikan seni boleh di manfaatkan. Dua peranan penting bagi seseorang guru pendidikan seni
disekolah; pertama menentukan mata pelajaran pendidikan seni di ajar kepada murid-murid
dengan sempurna dan berkesan dan kedua menggunakan kemahiran pendidikan seni berguna
kepada kemajuan sekolah dari segi fizikal dan kemudahan.
Ciri-ciri Cemerlang

Indikator cemerlang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian
Pendidikan, terutama untuk menentukan prestasi guru. Indikator tersebut lebih menekankan
penilaian prestasi seseorang guru biasa bagi menentukan pergerakan gaji. Walau bagaimanapun
indikator ini boleh diambil kira awal untuk menentukan kecemerlangan seeorang guru terutama
guru mata pelajaran pendidikan seni. Indikator tersebut mengambilkira :
1. Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi.
2. Penghasilan kerja dari segi kualiti, mutu kerja, keberkesanan kos, ketepatan masa dan
pelaksanaan peraturan dan arahan pentadbiran.
3. Pengetahuan dan kemahiran yakni meliputi pengetahuan dalam bidang kerja, kebolehan
mengelola, kebolehan membuat keputusan, keberkesanan komunikasi dan kebolehan
menyelesaikan masalah.
4. Kualiti Peribadi - dari segi integriti (jujur, amanah dan berakhlak) komitmen, ikram, adil dan
saksama, berdisiplin dan kepimpinan.
5. Jalinan hubungan dan kerjasama samada dengan pegawai atasan, rakan sekerja, pegawai
bawahan dan pelanggang( murid-murid).
6. Potensi: adakah guru itu ada wawasan, perspktif menyeluruh, penganalisisan, kesedaran
kepada kenyataan, proaktif, daya kreatif dan inovasi, serta kebolehan menghadapi cabaran.


Perkhidmatan awam menyenaraikan ciri-ciri budaya kerja cemerlang yang perlu
diamalkan pekerja kerajaan, antaranya:
1. Ketepatan masa dalam memberikan perkhidmatan.
2. Ketepatan fakta dan maklumat yang diberikan kepada pelanggan.
3. Sentiasa responsif kepada kehendak pelanggan.
4. Menyempurnakan tugas dengan cara yang adil dan jujur.
5. Bersopan santun ketika berurusan dengan pelanggan.
6. Menepati temujanji yang dibuat dengan pelanggan.
7. Tidak melakukan pembaziran sumber. (Ahmad Sarji.210)
Indikator-indikator di atas merupakan indikator secara menyeluruh bagi menentukan
kecemerlangan bagi seseorang guru. Amalan budaya kerja cemerlang memerlukan amalan
yang berterusan. Seseorang guru yang cemerlang sewajarnya sentiasa cemerlang dari segi
indikator-indikator di atas.

Bagi guru pendidikan seni, indikator kecemerlangan akan berpusat kepada enam faktor
utama. faktor-faktor tersebut boleh dipecahkan dalam huraian selanjutnya:
1. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendididikan seni.
3. Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan.
4. Pengurusan Ko-kurikulum.
5. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya seni dan penulisan.
6. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat dan pelajar.

Namun demikian guru pendidikan seni cemerlang pada keseluruhannya ialah seorang guru
yang berwibawa tinggi, kreatif, kecindan dan peka terhadap perkembangan individu,
simpatik dan empatik serta menjadi contoh kepada guru-guru lain dan pelajar.

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

Berbagai-bagai teori dan model pengajaran yang berkesan. Mengikut Borich & Fenton
(1977), kecemerlangan pengajaran adalah melibatkan perlakuan guru, peningkatan
keilmuannya, dan beberapa variabel yang mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran P&P, misalnya hubungan dengan pengetua/gurubesar dan dan faktor
persekitaran . Yang dimaksudkan pelakuan guru ialah cara-cara guru menyampaikan ilmu
kepada murid-muridnya. Ini termasuklah bagaimana guru interaksi dengan murid,
pengurusan kelas, penggunaan masa dan sebagainya yang berkaitan dengan P&P. Satu faktor
yang penting ialah sikap guru itu penentu utama bagi kecemerlangan dalam P&P. Dalam
model yang dikemukan oleh John Carroll (1963) iaitu "A Model of Scholl Learning';
menghuraikan lima elemen yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran, iaitu:

1. 'Aptitude' - bakat/kebolehan murid untuk belajar.
2. Kemampuan murid me- mahami arahan/ pengajaran guru atau kesediaan murid belajar
sesuatu tajuk pelajaran. Kemampuan murid ini bergantung kepada pengetahuan atau
kemahiran yang sedia ada pada murid.
3. Daya tahan (persever- rance) murid - kesanggupan murid secara aktif terlibat dalam
pembelajaran. Faktor ini ditentukan oleh motivasi/kemahuan dalam diri murid untuk
belajar.
4. Peluang - masa yang diperuntukan kepada murid untuk belajar atau masa yang digunakan
oleh guru untuk mengajar sesuatu kemahiran dan konsep.
5. Kualiti pengajaran - keberkesanan sesuatu pelajaran itu diajar. (Wan Fatimah .19)


Kualiti pengajaran merupakan perkara penting kepada seseorang guru pendidikan seni untuk
menentukan keberkesanan pengajaran. Guru yang cemerlang berjaya menentukan corak
pengajaran yang berkesan dan menyesuaikan situasi pengajaran dengan situasi semasa.
Berbagai kaedah dan strategi pengajaran dimanipulasikan agar murid menikmati pengajaran
dengan sempurna dan berkesan. Berikut adalah kuliti pengajaran pendidikan seni yang
berkesan:

pengajaran/maklumat pendidikan seni secara tersusun, mudah difahami serta bermakna
kepada murid. Misalnya mengajar anyaman guru harus menerangkan jenis-jenis kelerai
terlebih dahulu sebelum pergi kepada teknik mengayam.
pengajaran pendidikan seni dapat menarik minat murid.
berkesan, mudah diingat dan digunakan oleh murid.
guru menggunakan contoh-contoh yang mudah.
pengajaran pendidikan seni dikaitkan dengan maklumat/pengetahuan dan kemahiran yang
sedia ada pada murid.
guru sentiasa menunjukkan minat dan ghairah semasa pengajaran pendidikan seni.
guru menggunakan kaedah-kaedah dan bahan-bahan pengajaran tertentu sesuai dengan
pelajaran pendidikan seni berjalan.
guru bersifat humor dan penyayang.
Guru pendidikan seni yang baik sentiasa mengadakan penilaian secara formal atau tidak
format kepada murid dan membuat penilaian keberkesanan pengajaran.
guru pendidikan seni perlu membetulkan segera kesilapan yang dilakukan oleh murid.
guru pendidikan seni yang baik sentiasa memberi motivasi dan insentif kepada murid
semasa pengajaran berlaku.
guru pandai menyesuaikan pengajaran pendidikan seni mengikut keupayaan kebolehan
murid.
pengajaran yang berkesan dibantu dengan suasana bilik seni yang bersih dan kemas.

Pengetahuan dan Kemahiran Pendidikan Seni

Guru pendidikan seni banyak terlibat dalam kerja-kerja praktikal dan kurang dalam kerja-
kerja amali. Lantaran itu guru pendidikan seni kurang mendalami pengetahuannya melalui
banhan-bahan bacaan ilmiah. Guru pendidikan seni lebih berminat sekiranya diadakan
latihan berbentuk bengkel. Ini merupakan fenomena yang negatif.
Pendidikan seni perlu ditekankan dari aspek teori dan amali. Bagi guru pendidikan seni
cemerlang perlu mendalami keseluruhan bidang-bidang yang ada dalam pendidikan seni.
Sebagai contoh sekarang pendidikan seni diperkenalkan bidang rekacipta, maka guru
pendidikan seni perlu membaca dan mendalami bidang tersebut hingga boleh menguasainya.
Kebolehan guru pendidikan seni menguasai sesuatu bidang-bidang lain akan menentukan
mutu pengajaran yang berkesan. Misalnya penggunaan komputer dalam pengajaran
pendidikan seni, walaupun belum disediakan dalam kurikulum, tetapi sekarang banyak
perisian komputer yang boleh digunakan dalam pendidikan seni. Misalnya perisian Grafik
seperti PageMaker, CorelDraw, CAD dan sebagainya. Perisian ini dapat membantu guru dari
segi alat bantu mengajar penggunaan dalam mata pelajaran.

Kualiti Peribadi

Penekanan kuliti peribadi sangat penting kepada guru-guru pendidikan seni. Seseorang guru
pendidikan seni cemerlang tentunya kualiti pribadi yang konsisten. Menunjukkan akhlak
mulia dengan rakan sejawat dan murid-muridnya. Ia sentiasa menjadi model kepada guru-
guru lain dari segi kemasan diri. Contohnya guru-guru pendidikan seni perempuan boleh
menjadi contoh dan kosaltan dari segi memilih warna dan fesyen baju untuk guru wanita lain.
Guru pendidikan seni sentiasa senang untuk membuat rujukan dalam hal-hal yang berkaitan
dengan kreativiti. Justru itu guru pendidikan seni haruslah seorang kreatif dan inovatif.

Pengurusan Ko-kurikulum

Seorang guru yang cemerlang tidak akan lengkap sekiranya tidak terlibat dalam organisasi
kelab dan persatuan, unit beruniform dan sukan di bawah ko-kurikulum. Kelab seni dan
kreatif merupakan kelab yang membantu mengembangkan mata pelajaran pendidikan seni di
sekolah. Melalui kelab tersebut dapat menentukan daya minat yang lebih dari murid yang
diajar semasa pendidikan seni. Pelengkap dari pengajaran pendidikan seni boleh di salurkan
dalam bentuk aktiviti kelab seni dan kreatif.

Banyak aktiviti-aktiviti boleh dijalankan melalui kegiatan kelab. Misalnya lawatan ke pusat-
pusat yang berkaitan dengan seni tampak, Balai senilukis dan Pusat kraftangan. Melalui
kelab pendidikan seni guru boleh membina kepimpinan murid dalam bidang kesenian
disamping melahirkan seniman-seniman kecil melalui penghasilan karya seni.
Kejayaan dalam kegiatan ko-kurikulum kebiasaannya adalah bergantung kepada keupayaan
guru dalam melibatkan diri bersama murid dan memberi keyakinan kepada mereka.

Subangan dan Hasil Kerja

Sewajarnya guru pendidikan seni merupakan orang terpenting untuk mencantikkan sekolah.
Tidak dinafikan tanggungjawab utama untuk keceriaan sekolah kebiasaannya terpikul pada
guru pendidikan seni. Sumbangan ini amat wajar kerana dalam mata pelajaran pendidikan
seni (sekolah menengah), Seni dan Persekitaran boleh dipraktikkan melalui kerja-kerja
keceriaan sekolah.

Sumbangan guru pendidikan seni tidak tertumpu kepada sekolah sahaja. Guru pendidikan
seni boleh memberi khidmat kepada projek-projek diperingkat daerah misalnya hiasan pentas
dan sebagainya. Subangan kreatif itu akan menambahkan lagi kesuburan kemahiran bidang
kerja.

Komunikasi dan hubungan

Melalui sumbagan yang diberikan kepada pihak sekolah, guru pendidikan seni sewajarnya
mempunyai tingkahlaku yang baik terutama dari segi hubungan dengan pengetua/gurubesar,
rakan sejawat dan pelajar. Hubungan ini penting, kerana prestasi guru yang baik adalah
melalui imej hubungan yang berkesan dan baik.

Penutup

Sebenarnya tugas dan tanggungjawab guru pendidikan seni semakin mencabar. Namun
demikian bagi guru pendidikan seni yang aktif dan cemerlang, cabaran dan rintangan yang
berat dapat dipikul dengan mudah. Kerja-kerja yang ada kaitan dengan tugas dan dan ada
kaitan dengan pendidikan seni merupakan kerja yang menyeronokkan bagi guru pendidikan
seni yang cemerlang. Kebiasaannya guru cemerlang ini mahukan setiap kerjanya dilakukan
dengan kualiti yang tinggi. Indikator utama guru pendidikan seni yang cemerlang ialah sikap
amanah dan bertanggungjawaban.

Tahap kesempurnaan tugas datang dari diri yang ikhlas dan sentiasa mahu mengingkatkan
pengetahuan, menguasai kemahiran, sikap terbuka, berfikiran secara fleksibel, kreatif dan
inovatif. Sesungguhnya guru yang cemerlang itu sentiasa menjadi guru 'popular' disekolah.
Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan dalam kertas kerjanya bertajuk Keguruan menjelang
abad ke-21: Cabaran dan Harapan; Menjamin kualiti perkhidmatan dalam profesion keguruan
pada abad ke -21 merupakan satu cabaran. Stakeholders dan juga pelanggan pendidikan pasti
akan membuat tuntutan peningkatan mutu pendidikan. Sejauh mana sesorang guru atau
kakitangan pendidikan dapat memuaskan tuntutan dan keperluan stakeholders dan pelanggan
bergantung kepada sejauh mana tingginya kualiti perkhidmatan yang dicurahkan. ( Wan
Zahid. ms 121).

PengenalanSeni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan senipergerakan.
Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebihmenegaskan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan. Proses inimenyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu,
persepsi, imaginasi dankonsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang
dinamikserta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karyaseni
visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakanrefleksi pemikiran
kanak-kanak.

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusundan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang
mempunyai keupayaanmenyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak
membuatkeputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaanpancaindera
dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objekyang terdapat di sekeliling
mereka.Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyaitiga tugas utama
iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugaskemasyarakatan (
sivic mission
). Secara umumnya, tugas profesional seorangguru adalah berkaitan dengan logika dan estetika,
manakala tugas kedua danketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang
guru ialahmenyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anakdidik
dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalahtugas-tugas mendidik anak
murid agar menjadi manusia yang berguna kelak.Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah
transformasi diri dan pencarian identiti.Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru
sebagai warganegarayang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan
olehbangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran jurutera masyarakat yangdiberikan
kepada golongan pendidik dewasa ini.

Você também pode gostar