Você está na página 1de 6

Ancaman Plastik

E-mail Cetak PDF


Pada zaman sekarang, antara bahan yang paling banyak dan selalu digunakan oleh
manusia dalam kehidupan seharian mereka adalah barang yang diperbuat
daripada plastik. Lihat sendiri perkakas di dalam rumah, bermula daripada dapur,
bilik air hinggalah ke kawasan ruang tamu dan halaman di luar rumah, hampir
kebanyakannya dihasilkan daripada plastik kerana ia adalah bahan yang murah
lagi mudah digunakan.

Namun, di sebalik dua keistimewaan plastik itu, tersembunyi ancaman yang kita
tidak ketahui. Contoh yang paling mudah, iaitu botol air mineral. Selain daripada
ringan, senang dibawa ke mana-mana dan mudah digunakan dengan berulang
kali, ianya juga akan menjimatkan wang para pengguna apatah lagi di kala
kemelesetan ekonomi sekarang, jalan mudah untuk penjimatan adalah
menggunakan botol ini berulang kali.

Meskipun amalan mengelakkan pembaziran adalah perkara yang dituntut oleh
Islam, tetapi adakah kita mengetahui akan kesan buruk seandainya kita suka
menggunakan botol air mineral ini secara kerap untuk suatu tempoh masa yang
lama? Hal ini adalah kerana botol air mineral diperbuat daripada Polyethylene
Terephtalate atau lebih sinonim dengan singkatan PET. Bahan ini mempunyai
beberapa kekurangan yang boleh memudharatkan kesihatan pengguna apabila
digunakan dengan berulang kali, terutama sekali jika terdedah kepada suhu panas.
Menurut sejarah, ia digunakan dalam industri pembuatan botol minuman secara
meluas selepas dipatenkan pada tahun 1973.

Beberapa tahun kemudian, timbul isu bahawa bahan kandungan PET berupaya
untuk larut resap ke dalam air mineral dan seterusnya mencemarkan air mineral
itu sendiri. Semua bahan plastik di pasaran sekarang secara asasnya adalah
berdasarkan petroleum. Dalam proses pembuatan botol air mineral misalnya,
peringkat pertama melibatkan proses tindak balas kimia untuk menukarkan
petroleum kepada bahan asas dengan menggunakan pemangkin seperti antimoni.
Selanjutnya, peringkat kedua pula membabitkan bahan kimia seperti Dimetil
Tereftalat (DMT) dan Etilena Glikol (EG) dengan penggunaan pemangkin tertentu.
Kemudian, bahan campuran kimia lain seperti Di-2-ethyl-Hexyl-Adipote (DEHA)
juga ditambah kepada bahan asas untuk menghasilkan botol mengikut reka
bentuk yang dikehendaki.

Antimoni yang digunakan sebenarnya boleh menyebabkan penyakit barah dan
sepatutnya tidak digunakan dalam proses membuat botol. Begitu juga dengan
penggunaan DEHA yang dikatakan boleh larut resap dalam air, tetapi sehingga
kini tiada fakta saintifik untuk menyokong dakwaan itu. Selain itu, dua faktor
yang menyebabkan penggunaan botol plastik air mineral secara kerap kali yang
membhaayakan kesihatan pengguna ialah perubahan sifat kimia akibat haba dan
juga kesan penuaan. PET hanya tahan haba hingga 60 celsius dan jika lebih tinggi,
botol tidak akan cair tetapi menjadi lembut. Walaubagaimanapun, apa yang
membimbangkan ialah proses larut resap yang mungkin boleh berlaku. Namun,
kenyataan ini juga tiada sokongan dengan bukti saintifik yang kukuh.

Sehubungan itu, kalau kita ingin menggunakan bekas botol air dengan berulang
kali, elakkan daripada menggunakan botol plastik PET, sebaliknya gunakan botol
plastik yang dihasilkan daripada polikarbonat yang lebih tahan haba, iaitu hingga
130 atau 140 celsius. Dari segi kesan penuaan pula, botol plastik terdedah kepada
perubahan sifat apabila digunakan berulang kali seperti kemek dan pecah, di
mana proses larut resap juga mungkin boleh berlaku dan hal ini memungkinkan
terjadinya pembiakan bakteria. Pencemaran terhadap alam sekitar turut berlaku
akibat daripada penggunaan plastik selain daripada menjejaskan kesihatan.
Contohnya, satu kajian telah mendapati bahawa lebih kurang 100 bilion tan beg
plastik telah mencemari lautan seluruh dunia dan meragut nyawa hidupan laut
seperti penyu, burung-burung dan ikan paus.

Dianggarkan juga sejuta burung cedera dan mati setiap tahun kerana termakan
dan terjerat beg plastik serta banyak penyu mati akibat termakan beg plastik yang
terapung hanyut di permukaan laut yang menyerupai makanan asasi penyu, iaitu
ubur-ubur. Plastik-plastik yang dibuang ini tidak akan hancur dalam masa yang
singkat kerana jangka hayatnya sangat panjang hingga mencapai lebih kurang 10
abad untuk hancur atau terurai. Selain itu, plastik-plastik yang dibuang juga boleh
menyekat pengaliran air sehingga boleh menyebabkan air parit dan sungai
membanjiri kawasan berhampiran apabila hujan lebat. Disebabkan oleh faktor
tempoh reput yang agak panjang, maka ia akan memenuhi sebahagian besar dari
kawasan tapak pelupusan sampah. Lebih merisaukan lagi, plastik boleh
mengeluarkan kompaun toksik dan berbahaya apabila ia reput. Sekiranya hal ini
berlaku, pencemaran tanah, sungai dan sumber air di bawah permukaan tanah
tidak mustahil akan terjadi.

Akibatnya, kualiti alam sekitar, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat akan
terjejas. Berikutan keburukan plastik terhadap kesihatan manusia dan
persekitaran, beberapa negara telah mengambil langkah untuk mengelakkan
pembungkusan dengan plastik secara berleluasa. Terdapat sebilangan negara
telah menghentikannya melalui undang-undang penggunaan beg plastik di kedai
dan pasar raya. Sebahagian negara lagi telah mengenakan bayaran ke atas sisa beg
plastik. Maka dengan itu, tidak hairanlah jika tema bagi sambutan Hari Alam
Sekitar Sedunia pada tahun lepas ialah Kick The Habit- Reduce The Use of Plastic
Bags, Towards A Low Carbon Economy (Ubah Sikap! Kurangkan Penggunaan Beg
Plastik Bagi Menjana Ekonomi Yang Berkarbon Rendah). Tujuan kempen ini
diadakan adalah mengajak kita untuk mengubah sikap terhadap penggunaan
plastik.

Di samping itu, sebagai pengguna, kita juga perlu mengetahui kebaikan-kebaikan
dari segi alam sekitar daripada pengurangan penggunaan bahan-bahan daripada
plastik khususnya beg plastik.

Antaranya:

1. Jumlah sisa buangan yang perlu dilupuskan akan berkurangan lantas
mengurangkan penggunaan kawasan tanah bagi tujuan pelupusan seterusnya
menipiskan risiko berlakunya pencemaran.

2. Penggunaan semula (kitar semula) pembungkus atau beg plastik akan
menjimatkan penggunaan sumber tambahan bagi penghasilan beg plastik baru.
Kajian oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat yang dijalankan
bersama Konsultan ICF, Konsultan Owen-Illinous dan Univesiti Florida pada
September 2006 menunjukkan kitar semula satu tan plastik akan menjimatkan
penggunaan tenaga sebanyak 51 hingga 56 juta Btu (satu Btu bersamaan dengan
tenaga yang boleh dihasilkan oleh 8 gelen gasolin).

Oleh yang demikan, wajarlah bagi kita selaku pengguna menyambut baik dan
menyokong penuh kempen mengurangkan penggunaan plastik dan beg plastik.
Sebagai alternatifnya, menggunakan bahan lain selain daripada bahan tersebut
adalah sangat-sangat digalakkan terutamanya dalam menyelamatkan alam ini
daripada tercemar dan mengekalkan kesihatan kita sepanjang masa.

Justeru, hayatilah pesanan junjungan besar nabi kita, Muhammad saw dalam
hadith baginda yang bermaksud:

Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara..mudamu sebelum tuamu, kayamu
sebelum miskinmu, sihatmu sebelum sakitmu, lapangmu sebelum sempitmu dan
hidupmu sebelum matimu.


Ingatlah bahawa bumi ini dan kesihatan yang dikurniakan oleh Allah SWT adalah
antara amanah yang perlu dijaga dan dipelihara oleh kita dengan sebaik-baiknya
selama mana kita hidup di dalam alam yang bersifat sementara dan fana ini.
Amatlah pedih azab yang bakal kita terima di akhirat kelak seandainya kita gagal
dalam memikul tanggungjawab berkenaan





















The takefumi "stepping upon bamboo" exercise can help revitalize your bone, muscle, blood
vessels, nerves, and other related parts of your body.
It is recommended that you perform this exercise 2 to 3 times a day with a total of about
180-200 or even 300 steps. Of course, the most important thing to remember is to continue
doing it for lifetime. Also count out "one, two, three..." loudly while doing the exercise. It
will help a lot, and won't even cost you a cent.
Yes, a lot of people ask how to cure or heal their illnesses. We like to advise you that you
should do some exercises such as the "takefumi" or walking on a "pebble path" to build
healthy body and avoid contracting incurable diseases beforehand.
We, the PYRO-ENERGEN staffs are all healthy. Of course, sometimes, we catch a cold, but
it's a simple common cold that lasts for a few days only. Most of us have been together for
more than 30 years and some are over 40 years, and none of them suffered from any
serious illness. Amazing? That's because we all do good works!

Você também pode gostar