Você está na página 1de 5

1. Apa itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)?

Laporan Awal dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 11 September 2012.
PPPM merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melonjakkan sistem
pendidikan Negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas sistem
pendidikan terbaik di dunia
Untuk julung kalinya pandangan daripada pihak awam diambil kira dalam penggubalan
Pelan Pendidikan melalui 16 Dewan Terbuka di 14 negeri, 20 meja bulat, lebih 200
memorandum - 7000 syor diterima dan ditimbangkan dalam PPPM
Dapatan kajian daripada 6 IPTA, UNESCO, World Bank, TIMSS dan PISA digunakan dalam
pembangunan PPPM
Menggariskan 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid untuk dicapai melalui perubahan yang
perlu berlaku melalui 11 Anjakan dan dilaksanakan dalam Tiga Gelombang

2. Apa beza PPPM berbanding Pelan lain yang pernah diperkenalkan dahulu?
Fasa diagnostik untuk menentukan baseline sistem pendidikan Negara
Public engagement dengan rakyat input digunakan dalam pembangunan pelan
Policy statement, strategic and operations
Menggariskan 5 aspirasi sistem untuk menyediakan murid dengan kemahiran abad ke 21
memastikan murid mencapai 6 aspirasi murid dalam PPPM
iaitupengetahuan, kemahiran berfikir, profisiensi dwibahasa (dan galakan untuk
menguasai bahasa lain), kemahiran kepimpinan, identiti nasional,etika dan
kerohanian

3. Selepas pelancarannya nanti, apakah inisiatif-inisiatif yang bakal dilakukan oleh
kerajaan untuk menjalankan polisi-polisi yang terkandung dalam plan ini?
Membentuk 1Agenda Kementerian 100 inisiatif dikenal pasti untuk dilaksanakan dalam
Tiga Gelombang sehingga 2025.
25 inisiatif utama telah dikenal pasti dan 13 inisiatif disasarkan untuk dicapai pada hujung
tahun ini.
Kementerian Pendidikan sangat beriltizam untuk memastikan usaha atau inisiatif ini
dilaksanakan dan menepati sasaran yang ditetapkan.
6 inisiatif telah disasarkan untuk dicapai dalam masa 100 hari dan Alhamdulillah telah
dapat dilaksanakan dan diumumkan oleh YAB TPM pada 10 April 2013 di SMK Jalan 4
Bangi, Bandar Baru Bangi.
Pada hujung tahun ini Kementerian mensasarkan 7 lagi inisiatif yang sedang giat
diusahakan termasuk mencapai 100% literasi (BM) dan numerasi bagi Tahun 3; 1,608
sekolah yang memerlukan pembaikan kritikal dibaiki.

4. Mengapa Kementerian Pendidikan mengumumkan pencapaian 100-hari PPPM?
Menunjukkan komitmen dan iltizam Kementerian dalam melaksanakan PPPM. Kajian
menunjukkan dalam mana-mana usaha reformasi pendidikan, jangkamasa 100 hari
merupakan indikator penting sama ada sesuatu perancangan berjaya atau gagal.
Transformasi pendidikan ini adalah legasi negara yang bukan sahaja melibatkan 5.5 juta
pelajar hari ini tetapi juga seluruh anak bangsa pada masa akan datang. Kita perlu
memastikan bahawa segala perencanaan ini tidak akan gagal di pertengahan jalan.
Selepas pelibatan awam yang intensif pada peringkat PPPM dibangunkan dan selepas
PPPM dilancarkan, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui pencapaian Kementerian,
selaras dengan Anjakan ke 11 untuk meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam
secara langsung.

5. Apa inisiatif PPPM yang telah dan sedang dijalankan oleh Kementerian sekarang?
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terdapat 25 inisiatif utama yang telah dikenal pasti
untuk digerakkan daripada peringkat awal lagi bagi mencapaioutcome yang dihasratkan,
terutama dalam bidang-bidang kritikal.
Bagi meningkatkan keberhasilan murid, Kementerian percaya bahawa usaha secara
bersepadu dari pada semua pihak adalah penting. Sebagai contoh, Kementerian melalui
Anjakan 9 iaitu Bekerjasama dengan Ibubapa, Komuniti dan Sektor Swasta secara meluas
telah pun melancarkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah pada 24 Februari 2013
dalam usaha membentuk satu ekosistem pembelajaran di kawasan masing-masing.
Inisiatif ini bermula dengan perkara yang mudah, contohnya di SK Presint 14 (1)
Putrajaya, PIBG mengorak langkah untuk menjaga trafik di sana. Di sekolah tersebut ibu
bapa juga membantu melukis mural dan keceriaan kelas. (MHI TV3 ada video di sekolah
tersebut yang boleh ditayangkan)
Di SMK Tuanku Jaafar Senawang juga, kelas semakin cantik dengan kemas berkat
sokongan ibu bapa, dan apabila murid mula menjaga kebersihan kelas, lama kelamaan ia
menjadi satu budaya kepada murid tersebut dan sekolah menjadi tempat yang sangat
kondusif kepada proses pembelajaran.
Kementerian juga berusaha untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan kepada sekolah. Justeru, Kementerian berusaha untuk mengupayakan JPN,
PPD dan pemimpin sekolah untuk mengubah paradigma dan melihat diri mereka bukan
hanya sebagai pengoperasi sesuatu dasar Kementerian tetapi sebagai pemikir dan
penggerak kepada transformasi itu sendiri.
Di bawah Anjakan 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini, Kementerian akan
mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan
dipimpin oleh PPD disemua negeri menjelang 2014 dan memastikan 100% sekolah
memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan
Sarawak.

6. Apakah inisiatif Kerajaan bagi menentukan bahawa Guru dapat fokus dalam
menjalankan tugas sebenar mereka iaitu mendidik?
Kementerian sedar bahawa tugas pentadbiran berlebihan mengambil masa urusan teras
guru dalam pengajaran dan pembelajaran,serta mengurangkan keberkesanan pengajaran
mereka. Oleh itu, Kementerian akan mengambil dua tindakan utama dalam Gelombang 1
bagi mengurangkan beban tugas yang keterlaluan.
o Pertama, Kementerian telah mula menyeragamkan sistem pengurusan dan
pengumpulan data sedia ada bagi menghapuskan pertindanan permintaan
data. Tiga pangkalan data telah disasarkan untuk proses penyeragaman
awal: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang digunakan untuk
menggabungkan keputusan murid dari pada peperiksaan semester berasaskan
sekolah; Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(SPPBS) yang digunakan untuk memantau keputusan PBS dan Sistem
Maklumat Murid (SMM) yang mengandungi data murid. Perubahan ini
seharusnya menghapuskan permohonan berulang bagi data yang sama dan
memudahkan proses memasukkan data baharu ke dalam sistem. Kementerian
juga akan mengkaji semula keperluan menyediakan pendokumentasian dan
laporan terkini (sebagai contoh, keperluan untuk pensijilan ISO) bagi
mengenal pasti bidang untuk diseragamkan.
o Kedua, Kementerian akan mengenal pasti kaedah bagi mengatasi isu
kesesakan di sekolah yang mempunyai purata saiz kelas melebihi 35 murid.
Kaedah yang dicadangkan termasuk pembinaan bilik darjah tambahan,
penempatan semula guru tambahan, dan/atau mengetatkan penguatkuasaan
kuota enrolmen. Walaubagaimanapun, Kementerian tidak akan mengurangkan
bilangan murid bagi setiap kelas daripada 35 orang kerana terdapat bukti
kajian antarabangsa yang menunjukkan saiz kelas bukan faktor penyumbang
utama kepada pencapaian murid, berbanding kualiti guru. Kementerian sedang
membuat penelitian untuk menyediakan setiap sekolah dengan sekurang-
kurangnya satu pegawai pentadbiran. Rintis sedang dilaksanakan di Melaka
dan jika didapati berjaya, ia akan diperluaskan keseluruh negara.

Video:
Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Muat Turun Dokumen:
Dokumen PPPM (BM)
Dokumen PPPM (BI)






Aspirasi, Bidang dan Anjakan PPPM 2013-2025
LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA-sumber Laporan Awal Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

1.AKSES - 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah
hingga menengah atas menjelang tahun 2020.

2. KUALITI -Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa
seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

3.EKUITI -50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar
bandar,sosioekonomi,gender) menjelang tahun 2020.

4.PERPADUAN-Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan
nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

5.KECEKAPAN - Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut
peruntukan sedia ada.




9 bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan
Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi. Sembilan perkara tersebut ialah:

Pertama, memartabatkan profesion keguruan;
Kedua, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah;
Ketiga, meningkatkan kualiti sekolah;
Keempat, memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran;
Kelima, meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa;
Keenam, mengukuhkan pelibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai
rakan kongsi
dalam pendidikan;
Ketujuh, meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi
dan
pasaran kerja;
Kelapan, memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber; dan
Kesembilan, membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.


Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Você também pode gostar