Você está na página 1de 14

Pada mulanya, kami berempat telah berbincang untuk menjalankan projek mural.

Kami telah bertemu


dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Hajah Zaibidah binti Yusof untuk membincangkan berkaitan
projek mural ini. Beliau telah memberi persetujuan dan mencadangkan supaya kami membuat mural
di laluan ke kantin. Hal ini kerana laluan itu merupakan laluan utama murid ke kantin. Pihak pentadbir
sekolah telah memberi cadangan kepada kami agar membina sebuah mural berkaitan Peta I-Think
secara bergambar.

Kami berempat telah berbincang untuk memilih peta I-Think bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains untuk dibuat mural. Saya telah mencari dan merujuk tajuk-tajuk yang
menarik di buku-buku dan juga internet. Akhirnya saya dan rakan saya telah bersepakat dan memilih
peta alir untuk tajuk Fasa-fasa Bulan(Sains), peta buih bagi tajuk Describing Qualities of
Spongebob(Bahasa Inggeris), peta titi bagi tajuk nilai tempat(Matematik), dan peta pokok bagi tajuk
Kata Nama(Bahasa Melayu) dalam projek ini. Seterusnya saya telah merangka kertas kerja dan
seterusnya menghasilkan kertas kerja sebelum memulakan projek.


Bahagian B:
http://isu-pendidikan.blogspot.com/2012/09/ulasan-berkenaan-artikel-gangguan.html
http://gurucakna.blogspot.com/2012/09/isu-2-guru-stress-oleh-anis-binti.html
http://empatcikgu.blogspot.com/2012/09/artikel-1-guru-ponteng-sebelum-cuti.html
http://groupmimi.blogspot.com/2012/09/masalah-guru-ponteng-di-sekolah.html
http://3l1c.blogspot.com/2012/09/normal-0-false-false-false-en-my-zh-cn_2.html


Abdul Rahim Abdul Rashid. 2003.
Gangguan seksual : pengurusan tingkahlaku dan perkembagan gender dalam organisasi
. Kuala Lumpur :Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Sememangnya isu gejala ponteng dalam kalangan guru ini membawa implikasinya
yang tersendiri kepada bidang keguruan ini. Implikasi yang utama adalah yang
terjadi kepada diri guru itu sendiri. Ini kerana apabila memegang tugas sebagai
penjawat awam, etika kerja haruslah dipenuhi. Namun apabila guru sudah hilang
minat untuk mengajar dan selalu ponteng kerja, maka perkara ini secara tidak
langsung akan menyebabkan prestasi kerjanya semakin merosot. Atas sebab inilah
munculnya istilah burn out untuk guru-guru yang sudah kehilangan rasa minat
terhadap profesion keguruan.

Selain itu,gejala ponteng dalam kalangan guru juga boleh menyebabkan
murid-murid akan tercicir di dalam pelajaran mereka.Ini berikutan pelajaran yang
sepatutnya dikuasai oleh murid tidak dapat diaplikasikan terutamanya dalam
menjawab soalan-soalan ujian dan peperiksaan.Perkara ini secara tidak langsung
akan menyebabkan masalah pembelajaran dalam kalangan murid di
sekolah.Perkara ini sememangnya boleh dikaitkan dengan kenyataan Finlayson
(2003) yang menyatakan sekirannya seorang guru membuat masalah dan
masalahnya tidak bertambah baik,maka ianya akan memberikan kesan yang negatif
terhadap tahap pendidikan dan juga pengalaman para remaja.

Apabila isu ponteng membawa kesan kepada murid,ia juga secara tidak
langsungnya memberi impak kepada pihak sekolah.Ini kerana masalah murid dalam
pelajaran akan menyebabkan kemerosotan yang ketara dalam peperiksaan.Situasi
ini seterusnya akan menjejaskan prestasi sekolah di dalam bidang
akademik.Kemerosotan peratus peperiksaan akan menyusahkan pihak sekolah
yang terpaksa menjawab dengan pihak jabatan mengenai punca kemerosotan
prestasi.Sekolah pastinya akan dikategoikan sebagai sekolah berprestasi
rendah.Perkara ini sememangnya akan menjatuhkan imej sekolah dan juga
pentadbiran seterusnya akan dibebankan dengan pelbagai program untuk
memperbaiki serta memulihkan imej sekolah yang tercalar.

Walaupun gejala ponteng hanya dilakukan oleh segelintir guru,tetapi seperti
kata pepatah kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Kesan daripada tidakan
segelintir guru tadi akan merosakkan serta mencemarkan imej profesion
keguruan.Ini bertepatan dengan kenyataan Datuk Muhiddin Yusin dalam mengulas
mengenai isu guru ponteng yang berlaku di Sabah.Datuk Muhiddin dalam
kenyataannya menegaskan walaupun kejadian itu mungkin terpencil, namun hal
berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia mampu melumpuhkan sistem
pendidikan negara jika tidak ditangani sewajarnya.

Kenyataan Datuk Muhiddin ini menunjukkan betapa isu salahlaku guru boleh
merosakkan serta mencalar imej profesion keguruan.Tambahan pula masyarakat
pada hari ini lebih cenderung untuk melihat serta menilai sesuatu perkara yang
negatif berbanding perkara yang positif apatah lagi kalau ianya melibatkan profesion
keguruan.Isu salah laku ini akan menyebabkan masyarakat terutamanya pihak ibu
bapa akan memandang sinis profesion perguruan serta menjadi tidak yakin dengan
kebolehan guru-guru dalam mendidik anak-anak mereka.


2.3 Cadangan Langkah-Langkah Penyelesaian Isu Guru Ponteng

Dalam usaha bagi menyelesaikan masalah atau gejala ponteng dalam kalangan
guru ini,dilihat usaha ini tidak hanya tertumpu kepada satu pihak sahaja malah ianya
memerlukan peranan besar dari semua pihak.Pihak-pihak yang dilihat dapat
membantu bagi mengatasi masalah ini termasuklah pihak kerajaan,pihak
pentadbir,dan juga pihak guru itu sendiri.

Dalam konteks pihak kerajaan,ia bukanlah hanya tertumpu kepada kerajaan
pusat malah ianya memerlukan kerjasama yang jitu daripada Jabatan Pelajaran
Negeri.Jabatan Pelajaran Negeri hendaklah sentiasa mempertingkatkan serta
menambahbaik sistem pemantauan terhadap sekolah-sekolah melalui Jabatan
Pelajaran Daerah terutamanya sekolah-sekolah di kawasan pedalaman.Pemantauan
hendaklah dilakukan dengan cermat dan seksama dan bukannya dilakukan secara
sambil lewa ataupun secara pandang sebelah mata sahaja.

Perkara ini dilihat bertepatan dengan rancangan yang diutarakan oleh
Pengarah Pelajaran Negeri Sabah,Datuk Muhiddin Yusin dalam kenyataan di dalam
akhbar Utusan Borneo yang bertarikh 24 Disember 2011 di mana Datuk Muhiddin di
dalam kenyataannya memperkenalkan program AKUN yang bertujuan
meningkatkan peratusan kehadiran guru di sekolah disamping dapat memantapkan
lagi keberkesanan penyampaian serta penyebaran maklumat pekeliling dan
peraturan di semua peringkat, menerusi empat strategi pelaksanaan iaitu e-Cerap,
Pemantauan Silang, Pemantauan Bersepadu dan e-Hadir

Beliau juga dalam kenyataannya berkata Program AKUN ini juga tentunya
memberi ruang dan peluang kepada pentadbir di sekolah dan PPD memberi khidmat
serta bimbingan dengan lebih terus, bersepadu dan komprehensif, dan
mengharapkan kepada semua warga pendidikan supaya membuat penilaian kendiri
bagi meningkatkan kopetensi dalam pengajaran di dalam kelas kerana setiap orang
akan dipantau dan diselia dengan sewajarnya.

Seterusnya bagi pihak sekolah pula,pihak pentadbir hendaklah merancang
satu langkah atau apa-apa bentuk program bertujuan untuk meningkatkan lagi
motivasi para-para guru.Tidak hanya tertakluk kepada aktiviti atau program,pihak
sekolah juga boleh duduk berbincang untuk mengkaji kembali sistem pentadbiran
dengan tujuan untuk lebih mengutamakan kepada kebajikan guru-guru. Bagi
memastikan motivasi para guru ini dapat dipertingkatkan semula, Menurut Jesus dan
Conboy (2001), mengatakan bahawa program motivasi yang tersusun mampu untuk
membantu para guru menjalankan tugas mereka dengan penuh keyakinan dan
kepuasan. Ianya bermaksud, program-program motivasi ini mampu untuk membina
semula semangat para guru yang hilang disebabkan kemelut tekanan. Jesus dan
Conboy (2000) juga mengatakan, program pendidikan guru telah menunjukkan
keberkesanan di dalammeningkatkan kembali motivasi para guru. Hal ini telah
membuktikan bahawa program motivasi yang baik mampu memberi kesan yang
positif kepada guru di dalam meneruskan kerjaya mereka dalam bidang pendidikan.

Selain itu,dari pihak pentadbir sendiri terutamanya Guru Besar atau
Pengetua di mana mereka juga perlu untuk melakukan pemantauan dalaman
dengan lebih kerap terhadap guru-guru yang berkhidmat di bawah mereka.Ini adalah
untuk mengelakkan prestasi kerja guru semakin menurun.Jika pemantauan lebih
kerap dilakukan,pentadbir akan dapat mengetahui jika terdapat guru yang
bermasalah dari segi kehadiran ke sekolah.Jika tiada sebarang pemantauan
dilakukan oleh pihak pentadbir,sudah tentunya aka nada segelintir guru yang
mengambil kesempatan daripada keadaan tersebut.Lebih baik pihak sekolah
bertindak lebih awal sebelum pihak JPN sendiri yang membuat tindakan kerana ia
sudah tentunya akan membawa masalah yang besar kepada sekolah.

Namun segala perancangan yang dirancang oleh mana-mana pihak tidak
akan membawa apa-apa manfaat sekiranya diri seseorang guru itu sendiri tidak
mempunyai tekad serta keazaman untuk berubah dan memotivasikan diri
sendiri.Untuk itu,dalam usaha bagi membanteras gejala ponteng kerja
ini,sememangnya ia memerlukan kerjasama yang jitu dari pihak guru itu sendiri
dimana seseorang guru hendaklah mempunyai kesedaran untuk sentiasa
memperbaiki diri sendiri.Untuk ini,jalan terbaik adalah untuk kembali kepada
pegangan agama.In kerana dengan mendalami ilmu agama,seseorang guru itu
sedar akan sesuatu peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan perlu
dilaksanakan sebaik mungkin serta dilaksanakan dengan hati yang tulus ikhlas.

3.0 RUMUSAN

Secara kesimpulannya,dalam menempuh kehidupan sebagai seorang
guru,sesorang itu hendaklah membuat persediaan yang rapi dari pelbagai aspek
terutamanya dari segi ketahanan mental.Ini kerana dalam dunia globalisasi pada
hari ini,kerjaya perguruan dilihat menjadi semakin mencabar dan ia sememangnya
memerlukan pengorbanan yang tinggi jika seseorang itu mahu menempuhinya.

Isu-isu etika atau salah laku guru yang berlaku pada hari berkemungkinan besar
berlaku adalah disebabkan oleh kekurangan persediaan yang rapi daripada bakal-
bakal guru yang bakal berkhidmat.Isu ponteng dalam kalangan guru ini sudah
menjadi satu wabak yang serius yang mengjangkiti sistem perguruan bidang
pendidikan di Negara kita.Jika ianya dibiarkan tanpa sebarang langkah
rawatan,sudah tentunya ia akan melumpuhkan system pendidkan di negara kita.

Sebagai seorang guru,kita hendaklah mengambil iktibar terhadap isu-isu
keguruan yang timbul ini supaya kita dapat mengorak langkah bagi menaikkan
martabat profesion perguruan ini sekaligus menjadi kerjaya guru sebagai satu
kerjaya yang profesional.Untuk itu,bagi menjadi guru yang berkualiti,seseorang guru
perlulah menjauhkan diri daripada sebarang isu yang boleh menjatuhkan martabat
profesion perguruan.

Oleh itu,guru perlu sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan diri dan
melaksanakan tanggungjawab mendidik generasi agar golongan itu bukan sahaja
cemerlang dalam pelajaran bahkan dari segi akhlak dan tingkahlaku.Kita seharusnya
sanggup untu menggalas tanggungjawab yang diberikan dan bersedia untuk
mengorbankan masa dan tenaga demi kemajuan anak muda bangsa seterusnya
negara Malaysia.


Jika dilihat kepada jumlah angka yang mencapai ratusan ribu berkaitan kes
penyelewengan ini selama tempoh empat tahun ianya merupakan kes yang serius dan perlu
diatasi dengan segera. Kesedaran pihak kementerian tentang masalah yang semakin
berleluasa ini untuk mengatasi masalah ini adalah pihak berkenaan telah memperkenalkan
bantuan KWAPM akan diberikan kepada murid yang berdaftar melalui sistem eKASIH.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mensasarkan penyaluran bantuan KWAPM
adalah dilaksanakan berdasarkan senarai nama yang diperolehi daripada Data Kemiskinan
Nasional yang dikenali sebagai eKASIH. Berdasarkan mesyuarat bersama Jemaah Menteri,
semua bantuan persekolahan akan diuruskan oleh KPM sahaja dengan menggunakan
Sistem eKASIH ini. Dengan cara ini, masalah penyalahgunaan kuasa oleh guru-guru yang
tidak bertanggungjawab dapat diatasi. Sistem eKASIH merupakan Sistem Data Kemiskinan
Nasional yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana
Menteri (JPM) dengan tujuan memusatkan data golongan miskin dan miskin tegar. Tujuan
penggunaan sistem ini supaya tidak berlakunya pemberian bantuan secara bertindih dengan
kementerian-kementerian lain kepada orang yang sama. Dengan wujudnya sistem eKASIH
ini, ianya memudahkan dan dapat mengelakkan masalah murid yang tidak layak tetapi
menerima bantuan KWAMP. Di samping itu juga, ianya memudahkan kerja pihak pentadbir
dan guru untuk membuat urusan permohonan mendapatkan bantuan kewangan ini.
Sekiranya isu penyalahgunaan wang di sekolah ini terus menerus menjadi fenomena
biasa bagi warga pendidik dan pihak pentadbir, semestinya institusi pendidikan akan terus
dicemari dengan unsur-unsur yang negatif. Jadi, sewajarnya perkara ini haruslah dibendung
dan ditangani dengan segera. Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani isu
penyalahgunaan wang ini, pihak pentadbir haruslah sentiasa membuat pemantauan
(monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap. Pihak
pentadbir boleh memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada
berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang di sekolah.
Jika kita merujuk kepada kes penyelewengan wang yang dilaporkan dari tahun 2004
hingga 2008, kesemua kes penyelewengan disebabkan kesalahan etika yang dilakukan oleh
Guru Besar. Guru Besar merupakan pemimpin sekolah yang perlu memainkan peranan
penting untuk mencapai kecemerlangan dan kelestarian untuk sesebuah organisasi. Guru
Besar mesti memiliki kredibiliti dan kompeten dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan
dan kepimpinan. Jadi, Guru Besar akan mendapat kepercayaan, kebergantungan,
keyakinan, sokongan, kesepakatan bekerja dan dapat meningkatkan kesetiaan serta
komitmen daripada anggota organisasi, pelanggan dan stakeholders ( Syed Ismail & Ahmad
Subki, 2010). Hal ini berlaku disebabkan sikap Guru Besar yang merasakan dirinya ketua
organisasi sesebuah sekolah dan beranggapan tidak akan ada individu lain yang akan
memantaunya di samping sahsiah diri yang rendah. Seorang Guru Besar yang baik
seharusnya sentiasa mengambil tindakan segera sekiranya wujud masalah dalam
pengurusan kewangan organisasi sekolah.
Selain itu juga, bagi mengatasi masalah penyalahgunaan wang di sekolah. Pihak KPM
boleh melaksanakan satu sistem iaitu satu murid satu akaun bank. Sistem bayaran itu
pula terus disalurkan ke dalam akaun murid. Jika sebelum ini, wang pengagihan KWAMP
akan dikreditkan ke dalam akaun sekolah. (Sumber: http://Sekolah Kebangsaan Tuarid
Taud, Keningau, Lobi Forum SK Tuarid/ Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Selepas
itu pihak pengurusan sekolah yang akan mengagihkan wang bantuan tersebut, tidak
semestinya wang tersebut akan terus diedarkan kepada murid. Bagi pihak pengurusan yang
bertanggungjawab, kemungkinan wang tersebut akan digunakan dahulu untuk kegunaan
atau kepentingan lain. Hal ini akan menyebabkan penyelewengan dalam pihak pentadbir.
Di samping itu juga, pihak pengurusan haruslah bijak membuat pengurusan
belanjawan. Mereka harus menyedari akan kesalahan dalam menggunakan wang bantuan
yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Pemberian bantuan yang disediakan oleh kerajaan
tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya. Oleh itu, pihak pentadbir harus bijak
mengurus belanjawan sekolah. Kebiasaannya, pihak pentadbir gagal membuat
perbelanjaan mengikut peruntukan yang ditetapkan. Oleh sebab itiu, pihak tersebut terpaksa
menyalahgunakan wang yang sepatutnya diberikan kepada murid yang memerlukan
bantuan untuk menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi tersebut. Sekiranya pihak
pentadbir tidak mempunyai perbelanjaan yang mencukupi, mereka boleh membuat
permohonan pindah peruntukan kepada pihak atasan.
Di samping itu ibu bapa harus memainkan peranan yang serius dalam melibatkan
diri dengan PIBG di sekolah. Sekiranya PIBG aktif di sekolah, masalah penyelewengan
wang di sekolah ini dapat dibendung. Sekiranya berlaku penyelewengan, ibu bapa harus
bersuara dan bukan hanya menjadi datang ke sekolah mendengar perbincangan tetapi
memahami isi mensyuarat yang dibincangkan. Penglibatan ibu bapa dalam mesyuarat
untuk pemilihan murid yang layak menerima bantuan KWAPM juga dapat memberikan
kesan positif untuk mengelakkan masalah penyalahgunaan wang KWAPM ini.
Walaubagaimanapun, guru dan ibu bapa haruslah sentiasa aktif dan peka dengan
proses penyaluran bantuan ini kepada murid iaitu bukan hanya pada awal mesyuarat
sahaja menjadi jawatankuasa pemilihan tetapi sehingga bantuan tersebut diserahkan
kepada setiap penerima.
Akhir sekali, penyelewengan wang di sekolah ini boleh di atasi sekiranya setiap pihak
mempunyai tahap kesedaran individu itu sendiri untuk berubah sekiranya telah
melakukan kesalahan. Guru haruslah sentiasa membuat muhasabah diri dan sedar hidup
mengikut tahap kemampuan. Di samping itu, guru haruslah sentiasa mengikhlas diri untuk
bekerja sebagai guru dengan amanah, jujur dan tekad untuk menolak rasuah dengan tegas.
Selain itu juga, guru sebagai penjawat awam harus berpegang teguh kepada kod etika yang
telah digariskan. Isu-isu penyalahgunaan masa, wang dan kuasa haruslah dihapuskan dari
terus menular dari hari ke hari kerana ianya memberikan kesan yang negatif kepada
profesion keguruan, pembangunan modal insan serta masa depan generasi pada masa
akan datang. Moto Guru Pembina Negara Bangsa haruslah disemat dalam jiwa setiap
insan bergelar guru.




5.0 RUMUSAN

Setelah membincangkan isu penyelewengan ini, saya sangat bersetuju sekiranya isu ini
terus dibincangkan dengan lebih terperinci. Selain itu juga, pengurusan kewangan di
sekolah haruslah diperkemaskan supaya tidak akan berlakunya isu penyelewengan ini. Di
samping itu juga, pihak kementerian, pihak JPN dan PPD juga haruslah sentiasa membuat
pemantauan ke setiap sekolah. Pemantauan haruslah dibuat dengan mengikut prosedur
yang betul. Sesetengah pihak mengambil mudah tugas yang diamanahkan. Sebagai contoh,
juruaudit yang ditugaskan untuk mengaudit kewangan di sebuah sekolah tidak
melaksanakan prosedur mengadit dengan baik. Isu penyelewengan ini juga sebenarnya
adalah kita haruslah sentiasa membuat refleksi ke atas diri sendiri di samping terdapat
sokongan dan kesedaran dari pihak luar untuk memastikan individu yang menyeleweng ini
tidak terus hanyut dengan dunia khayalan yang ternyata alpa dan melemahkan sesebuah
institusi pendidikan. Guru harus sedar tanggungjawab dan peranan sebenar seorang guru
dan amanah yang dipertanggungjawabkan keatas dirinya. Selain membangunkan etika
profesion keguruan dalam diri, guru seharusnya sentiasa mempelajari ilmu-ilmu baru
berkaitan mengurus dan mentadbir kerana guru semestinya bukan hanya mengajar murid di
dalam kelas tetapi juga merupakan seorang pengurus dan pentadbir sekolah. Sekiranya
ramai guru mempunyai kesedaran yang tinggi dalam diri mengenai tanggungjawab dan
amanah sebenar yang dipikul maka isu penyelewengan wang di sekolah ini dapatlah di atasi
dengan jayanya.










Jika isu penyalahgunaan wang dalam kalangan guru masih tidak dapat di atasi, ia
akan memberikan kesan yang sangat buruk kepada profesion keguruan, masa
depan murid, dan juga kepada negara.
Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Itulah ungkapan yang sesuai
diungkapkan di dalam masalah ini. Akibat daripada perbuatan segelintir guru yang
bermasalah, bidang profesion keguruan ini tidak lagi dipandang mulia dan juga
mencemarkan integriti semua guru di negara ini. Profesion keguruan ini sepatutnya
disanjung tinggi dan perlu dipandang tinggi setanding dengan profesion yang lain
seperti profesion kejuruteraan, guaman dan juga perubatan. Kepercayaan ibu bapa
terhadap guru untuk mendidik anak-anak mereka juga semakin goyah akibat
daripada pelbagai masalah guru. Ibu bapa akan lebih berani untuk mencari salah
laku guru dan mempertikaikan setiap perbuatan guru. Oleh itu, cabaran yang
dihadapi oleh guru menjadi semakin sukar akibat daripada campur tangan ibu bapa
dalam setiap urusan sekolah.
Selain itu, kecemerlangan sesebuah sekolah tidak akan dapat dicapai jika
terdapat masalah penyalahgunaan wang dalam urusan sekolah. Sekolah tidak dapat
melahirkan guru yang mematuhi etika dan tiada ciri-ciri guru yang professional
seperti cekap, amanah dan integriti. Kebocoran dalam urusan kewangan yang
berlaku di sekolah akan mengakibatkan timbul pelbagai masalah lain. Contohnya
seperti murid dibebankan dengan pelbagai bayaran, kurangnya alatan dan bahan di
sekolah, pelbagai aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan dan juga timbul sikap
prejudis dan menunding jari dalam kalangan guru di sekolah.
Kesannya kepada negara pula ialah misi pendidikan negara untuk melahirkan
murid yang berpengetahuan, berkeyakinan tinggi, dan bersahsiah tidak akan dapat
dicapai. Jika para guru sendiri tidak mempunyai sikap jujur, amanah dan cekap
maka ia akan mempengaruhi pembentukan peribadi murid. Guru merupakan
sebagai role model bukan sahaja kepada murid malah kepada masyarakat. Oleh itu,
guru perlu menunjukkan teladan yang baik supaya dapat dicontohi oleh murid dan
juga masyarakat. Negara akan kekurangan rakyat yang berilmu pengetahuan dan
bersahsiah untuk mentadbir negara pada masa akan datang.
Kesan yang terakhir ialah, kegiatan penyalahgunaan wang ini juga secara
tidak sedar boleh mewujudkan masalah lain seperti rasuah. Hal ini kerana apabila
terdapat pihak yang mengetahui tentang penyalahgunaan wang di sekolah dan
mengugut memberikan wang supaya tidak membongkarkan rahsia tersebut.
Kerajaan telah melakukan pelbagai tindakan untuk mengatasi masalah ini tetapi
ianya masih berleluasa. Ini berlaku diatas beberapa faktor iaitu antaranya ada
sesetengah pihak yang tidak memberi kerjasama terutamanya mereka dari golongan
yang mempunyai wang. Akibat wang yang didapati dengan bekerja keras hanya
digunakan untuk melakukan tindakan buruk iaitu dengan merasuah orang lain.
Tindakan ini umpama membakar duit sendiri. Tindakan yang lebih keras sepatutnya
diberikan kepada mereka yang masih tidak mengerti tentang nilai-nilai integriti yang
perlu ada dalam diri setiap manusia dan bukannya dengan mementingkan diri
sendiri dengan memakan hasil kerja keras orang lain. Setiap orang perlu menasihati
antara satu sama lain supaya mereka sedar dan sentiasa ingat. Kita tidak
patut membiarkan mereka terkapai-kapai dalam kegelapan dan dalam pemikiran
mereka yang tersalah itu.






4.0 Langkah mengatasi isu rasuah dan penyalahgunaan wang
Menyedari hakikat ini, maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu
diambil. Pertama, pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan
(monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan
cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada
berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya guru
besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang
dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan wang di sekolah dengan lebih cekap
bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah,
membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi
memastikan mereka memahami undang - undang, peraturan kewangan, pekeliling -
pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat
melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru
besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat audit agar dapat
mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah.
Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung
masalah ini dengan cara memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan
wang di sekolah. Berikan nasihat kepada rakan supaya menyedari akan kesalahan
yang telah dilakukan dan memastikan rakan segera meninggalkan kegiatan tersebut.
Laporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh
rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang. Tunjukkan contoh
teladan yang baik dan membantunya mencari jalan untuk meninggalkan perbuatan
rasuah tersebut. Sesungguhnya jika hal ini dibiarkan ia akan menjadi semakin
berleluasa dan semakin parah. Oleh itu, guru juga seharusnya bijak memilih kawan
agar tidak tersilap langkah terpengaruh dan terjebak di dalam kegiatan rasuah ini.
Langkah ketiga ialah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah.
Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah
diri dan hidup mengikut kemampuan kewangan diri sendiri. Guru perlu pandai dalam
menguruskan urusan kewangan diri dan keluarga. Sentiasalah menabung dan
menyimpan wang untuk digunakan di waktu kesusahan pada masa akan datang.
Perbelanjaan perlu dilakukan dengan cara yang berhemah dan tidak mengikut
kehendak dan tidak membanding-banding dengan penjawat awam yang lain.
Dengan adanya simpanan, guru dapat menggunakan simpanan tersebut apabila
berada dalam kesusahan dan apabila mengalami kecemasan. Guru tidak perlu
berada dalam keadaan yang terdesak dan tertekan untuk mendapatkan wang dan
menjadikan guru hilang pertimbangan untuk menyalahgunakan wang sekolah.
Langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah kes penyalahgunaan
wang ialah kerajaan haruslah menanam nilai-nilai murni ke dalam diri pegawai-
pegawai kerajaan. Sebagai contoh, kerajaan haruslah menganjurkan kursus untuk
pegawai kerajaan dan pegawai swasta menyertai supaya dapat menaikkan potensi
mereka semasa menjalankan tugasan mereka dalam pejabat. Dengan itu,
kandungan dalam kursus yang dianjurkan ini haruslah mengandungi aspek
pembangunan rohani yang berteraskan ajaran agama. Ini juga dapat menggalakkan
pegawai kerajaan supaya mereka boleh berpegang teguh kepada agama masing-
masing.
Langkah yang seterusnya untuk mengatasi maslah kes ini ialah kerajaan
haruslah menguatkuasakan undang-undang untuk mencegah kes rasuah dan
jenayah wang yang semakin banyak dalam negara ini. Oleh itu, satu operasi dan
evolusi yang sistematik dan terancang mestilah dirangka supaya dapat membantu
menyiasat sesiapa pegawai kerajaan yang terlibat dalam kes rasuah ataupun
penyalahgunaan wang. Operasi-operasi yang dianjurkan ini perlulah mendapat
kerjasama dan galakkan yang banyak kakitangan awam mahupun swasta. Bukan
sahaja kurangnya pemahaman tentang masalah ini yang membawa penularan
gejala sosial ini tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan
undang-undang yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita.
Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-
pesalah berbanding dengan jumlah wang yang diambil oleh mereka telah
memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita
untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi
kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan penyalahgunaan
wang.


5.0 Rumusan
Kesimpulannya, pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu
penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik.
Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana
yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat
dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan
negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang
melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan
segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawa makna
membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang
itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir etal. 2006)
Sikap integriti perlu berada kukuh dalam diri para guru. Integriti iaitu bukti atau
kualiti kejujuran dan mempunyai prinsip nilai-nilai moral yang tinggi juga perlu wujud
dalam setiap diri umat manusia. Walaupun era telah berubah dari masa kemasa,
tapi nilai hati budi serta sifat jujur tidak patut diubah kerana itulah nilai yang patut
diikuti oleh setiap tamadun, iatu nilai integriti. Amalan penyalahgunaan wang yang
bertentangan dengan nilai ini semestinya akan diusahakn cara untuk
melupuskannya dan sebagai alternatif ke-3 iaitu ibubapa patut memberikan contoh
yang baik kepada anak-anak. Sebagai anak pula, kita perlu mematuhi ibubapa kita
dan menjaga nama baik keluarga.
Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, kita perlu membanteras
amalan yang tidak bermanfaat ini. Kita perlu buktikn bahawa penyalahgunaan wang
ini tidak berguna dan hanya memburukkan lagi keadaan. Kita telah
diberikepercayaan untuk dipatuhi bukan untuk dikhianati, jadi hargailah kepercayaan
yang diberikan oleh orang lain.
Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh
kepada kod etika yang telah digariskan. Isu isu pelanggaran kod etika
keguruan seperti isu penyalahgunaan wang disekolah perlu dibendung daripada
terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion
keguruan, pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa. Kod etika
keguruan adalah untuk dihayati dan dipatuhi bagi mengawal tingkahlaku guru serta
demi menjaga imej profesion perguruan. Jika para guru itu sendiri yang tidak
mematuhinya maka etika keguruan itu hanyalah sekadar perhiasan sahaja.
Pada masa kini, bukan murid sahaja yang berubah dan bergerak pantas
selari dengan perkembangan teknologi malah guru juga turut sama berubah
sehinggakan meninggalkan nilai-nilai moral yang baik. Guru seharusnya memastikan
nilai moral dan sahsiah itu tetap kukuh dalam diri murid walau arus perubahan tetap
berlaku.
Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama iaitu, para guru, sekolah dan
masyarakat bagi memastikan isu isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Pihak
masyarakat tidak seharusnya terus memberi hukuman kepada profesion guru
dengan memandang serong terhadap semua guru walaupun mereka tidak bersalah.
Pihak sekolah pula haruslah sentiasa peka dengan sistem pengurusan sekolah dan
memastikan semua guru di sekolah mematuhi etika perguruan dengan baik . Pihak
sekolah juga perlu tegas dalam mengenakan sebarang tindakan terhadap guru
bermasalah supaya isu penyalahgunaan wang ini tidak berulang lagi. Dengan itu,
kita berharap agar profesion keguruan ini terus dihormati dan dipercay

Você também pode gostar