Você está na página 1de 14

BMM 3104 Page 1

1.0 KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK


Pengenalan
Strategi, pendekatan,kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang saling
berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses pengajaran
dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep ini , apabila diaplikasikan
dalam bilik darjah akan membentuk satu pembelajaran yang kondusif, ceria dan seterusnya
objektif akan tercapai.
Nota grafik yang digunakan untuk memperjelaskan keempat-empat konsep ini perlulah
meliputi tentang kejelasan isinya walaupun ringkas, warna juga memainkan peranan penting
bagi menunjukkan sesuatu carta atau gambarajah. Huruf , bentuk dan corak yang menarik
dapat memberi satu gambaran tentang sesuatu nota yang hendak disampaikan. Penerima
maklumat akan mendapat maklumat dengan jelas dan mudah faham tentang apa yang akan
disampaikan oleh pemberi maklumat.

2.0 Huraian definisi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
2.1 Pendekatan
Dalam pengajaran bahasa, pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling
berkaitrapat mengenai hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran
bahasa.
Pendekatan juga bermaksud halatuju atau arah yang diambil untuk menuju sesuatu
sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagai "to come near to in any sense" atau jalan
yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya
berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

2.2 Kaedah
Satu rencana yang menyeluruh yang mengajar sesuatu bahan bahasa dimana secara
keseluruhannya berdasarkan kepada pendekatan yang diaplikasikan tetapi tidak boleh
bercanggah dengan pendekatan tersebut.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran
ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung
(1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai
tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi
mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.

BMM 3104 Page 2
2.3 Teknik
Taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang segera maksimum
pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian
Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai
sesuatu objektif.

3.0 Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
3.1 Konsep pendekatan
Sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu
mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.Pendekatan mestilah berlandaskan model,
prinsip atau teori seperti ;Konkrit kepada abstrak, mudah kepada susah, dan umum kepada
spesifik. Pendekatan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan.
Pendekatan yang baik serta bijak mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran
menarik.Ia merupakan satu pegangan dan falsafah bagi memahami dan mendekati sesuatu
perkara.

3.2 Konsep Kaedah
Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek, objektif pelajaran
spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat berbagai kaedah yang boleh
digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri-penemuan,kaedah penyiasatan,kaedah dapatan dan
sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony,(1963), Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan
dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dan teratur.Ini bermakna sesuatu kaedah
yang dipilih haruslah berlandaskan kepada pendekatan yang berkaitan dengan model dan
prinsip.

3.3 Konsep teknik
Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik perhatian
murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru mengajar. Pelbagai teknik boleh
digunakan seperti teknik main peranan ,improvisasi, permainan bahasa, bercerita,
simulasi,sumbangsaran dan sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut
aras pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan juga penting
BMM 3104 Page 3
agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Ia
juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang mementingkan isi kandungan ataupun proses.

4.0 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
Pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek yang ingin kita sampaikan sebagai bahan
utama dalam pengajaran dan pembelajaran, Ianya menyerupai klasifikasi di mana jenis-jenis
pendekatan wujud berdasarkan kriteria yang digunakan untuk meneliti proses pengajaran.

4.1 Keaktifan pengajaran dan pelajar
Pendekatan ini merujuk kepada memusatan guru ketika menyampaikan isi dalam bilik
darjah seperti guru memberi penerangan dalam aktiviti syarahan dan demontrasi. Manakala
pendekatan yang mementingkan pelajar ialah pendekatan yang memusatkan murid untuk
mendapatkan maklumbalas seperti aktiviti permainan,perbincangan dan penyelesaian masalah
dalam kumpulan untuk mendapatkan bahan atau maklumat .

4.2 Cara- cara fakta disampaikan
Berdasarkan kriteria bagaimana fakta atau isi pelajaran disampaikan dan diterangkan
seperti pendekatan induktif iaitu menampilkan contoh dahulu sebelum hukum-hukum
tatabahasa dijelaskan kepada pelajar Manakala. pendekatan deduktif pula ialah satu kaedah
mengajar yang komplek., Bagi pendekatan eklektik, ia merupakan gabungan antara pendekatan
induktif dan deduktif. Cara cara fakta lain yang disampikan juga merangkumi pendekatan dari
mudah ke susah dan pendekatan dari maujud ke abstrak

4.3 Cara pengelolaan murid
Bagi pendekatan pengajaran yang berasaskan cara pengelolaan murid adalah
pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas,
pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Guru diberi kebebasan memilih kaedah yang
sesuai untuk aplikasikannya dalam bilik darjah

4.4 Pengajaran bahasa
Dalam pengajaran bahasa, pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan
situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Semua
pendekatan ini wujud berasaskan kepada teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis
atau behavouris.
BMM 3104 Page 4
4.5 Pengajaran mata pelajaran lain.
Pendekatan ini digunakan ketika sesi pembelajaran yang mana guru menyelit dan
menggabungjalinkan dengan mata pelajaran yang lain mengikut tema-tema yang diajar.

5.0 Kaedah pengajaran dan pembelajaran
Satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan secara tersusun serta dimana setiap langkah
tersebut mempunyai kemahiran kemahiran dan latihan yang dirancang. Keutamaan adalah bagi
mencapai objektif yang dirancang bukannya cara bagaimana proses pengajaran dan
pembelajaran itu berjalan.

5.1 Langkah-langkah yang teliti
Bagi mewujukan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik serta murid yang
proaktif, guru perlu menyusun langkah-langkah pengajaran dengan teliti agar tidak berlaku
keciciran ilmu ketika menyampai maklumat kepada murid-muridnya. Sebelum memulakan sesi
pengajaran, langkah-langkah perlu dirancang sebelum melaksanakannya. Ianya mestilah
mengandungi BBM/ABM dan aktiviti-aktiviti yang tertentu untuk menolong pelajar mencapai
objektif pelajaran.

6.0 Teknik Pengajaran dan pembelajaran
Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa akan merancang dan melaksanakan
teknik atau alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlu mewujudkan suasana
iklim bilik darjah yang boleh merangsang dan menarik minat pelajar yang dipilih haruslah
sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
eknik pengajaran merupakan taktik atau cara-cara yang digunakan oleh guru untuk
mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Teknik
dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran. Setiap teknik yang digunakan adalah
selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar pula dengan pendekatan yang dipegang.
Teknik pengajaran juga boleh dirujuk sebagai alat yang digunakan oleh guru bahasa untuk
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya.
Teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur
Teknik soal jawab
Teknik main peranan
Teknik lakonan/drama
Teknik permainan bahasa
BMM 3104 Page 5
Teknik hafazan
Teknik latih tubi
Teknik perbincangan
Teknik penyelesaian masalah

6.1 Teknik soal jawab
Teknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini berupaya
mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan
dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu
memberi tindak balas yang sewajarnya.
Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab :
untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis
untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di
samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

6.2 Teknik main peranan
Main peranan bermaksud melakonkan satu situasi atau masalah atau peristiwa yang
dianggap penting. Teknik ini adalah satu bentuk drama yang tidak memerlukan penghafalan
skrip. Murid-murid yang berlakon dalam teknik ini akan cuba untuk menjelaskan sesuatu situasi
kepada murid lain. Murid-murid yang lain pula akan mempraktikkan peranan murid-murid yang
berlakon tadi secara spontan. Teknik ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang
sesuai (contoh : amalan berbudi bahasa). Masalah ini dikemukakan kepada murid-murid
dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, dan
sebagainya. Berdasarkan apa yang dibaca, dilihat, didengar itu, murid-murid akan melakukan
main peranan untuk menunjukkan amalan berbudi bahasa tersebut. Murid murid lain pula akan
mempraktikkan peranan yang telah dimainkan secara spontan.

6.3 Teknik lakonan/drama
Tujuan utama teknik ini adalah untuk melatih murid-murid menggunakan kemahiran
bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur, unsur paralinguistik (jeda, nada,
intonasi), dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala) dengan berkesan dalam
BMM 3104 Page 6
sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan
merangsang murid-murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang
dipelajarinya. Teknik ini dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran
kepada murid, di samping menyuburkan sahsiah mereka.

6.4 Teknik permainan bahasa
Teknik ini adalah satu-satunya cara untuk mempelajari bahasa melalui permainan.
Penglibatan dalam permainan akan memberi peluang kepada murid-murid bagi memperoleh
latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat pengesanan (diagnostik). Teknik ini
dapat merangsang kemahiran lisan, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan
konteks pembelajaran, serta sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Terdapat
beberapa jenis permainan bahasa yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu iaitu :
Permainan menyampaikan pesanan
Permainan tekalah saya
Permainan memerhati dan mengingat
Permainan berpasangan
Permainan slip undian

6.5 Teknik hafazan
Teknik ini turut dikenali sebagai teknik latih tubi informan. Pengajaran dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu demonstrasi dan latih tubi. Pembahagian ini mempunyai nisbah 2 : 1
(1 demonstrasi dan 2 latih tubi). Bahagian demonstrasi adalah pengajaran tentang tatabahasa
atau nahu, sebutan dan perbendaharaan kata. Demonstrasi dilakukan oleh guru atau informan
yang terdiri daripada penutur jati. Melalui bahagian latih tubi pula, informan jati atau guru akan
membaca beberapa baris ayat, manakala murid-murid mengajuk sebutan tersebut sehingga
ayat-ayat itu dapat dihafal. Berdasarkan teknik hafazan ini, tatabahasa atau nahu diajarkan
secara induktif atau melalui ayat-ayat contoh. Selepas tatabahasa diajarkan, pelajaran
diteruskan dengan memberi kuliah, mengadakan pementasan drama dan perbincangan.

6.6 Teknik latih tubi
Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan teknik ini
adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Teknik ini
boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan,
ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami
BMM 3104 Page 7
proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya
dalam situasi yang menggunakan perkataan itu. Teknik ini memberi penekanan kepada lima
aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

6.7 Teknik perbincangan
Teknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang
sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan dan pendapat
dengan bernas. Teknik ini adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk
perbualan yang dilakukan oleh murid-murid dengan penyeliaan dan kawalan seorang guru.
Terdapat beberapa langkah dalam menjalankan teknik ini :

1. Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
2. Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang
ketua.
3. Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu berbincang sesama mereka
dan semasa perbincangan berjalan, guru sentiasa memantau perbincangan tersebut
supaya terarah.
4. Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.

6.8 Teknik penyelesaian masalah
Teknik adalah aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka teki, silang
kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori
yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Teknik ini
melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti
ciri-ciri masalah, mengingat semula pengalaman lalu, memilih strategi yang sesuai, dan
menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian. Terdapat beberapa
prinsip dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui teknik ini :

1. Sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-murid memperolehi ilmu
pengetahuanatau menguasai kemahiran yang berkaitan.
2. Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan
lepas murid-murid serta sesuai dengan pengalaman mereka.
3. Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu membimbing murid-murid
memahami dan mengenal pasti masalah itu.
BMM 3104 Page 8
4. Guru perlu berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan
masalah.
5. Guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk menyelesaikan masalah.
Guru hanya boleh memberi sedikit bimbingan kepada murid yang berfikir agak lambat
secara individu.





























BMM 3104 Page 9
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
KEMAHIRAN MENDENGAR, BERTUTUR, MEMBACA & MENULIS

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tarikh /Hari : 7 April 2014 (Isnin)
Tahun : 2 Inovatif
Bil Murid : 36 orang
Masa : 7.30 8.30 pagi


Tema : Hidup Selamat
Tajuk : Simpan Dengan Selamat

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

3.3 membina dan menulis perkataan, frasa
dan ayat dengan betul.
3.3.1 Membina dan menulis perkataan yang
mengandungi suku kata terbuka dan tertutup
dengan betul dan Kemas.


Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

1. Murid dapat membaca ayat yang mengandungi perkataan suku kata terbuka dan tertutup.
2. Menjawab secara bertulis sekurang-kurangnya 3 daripada 5 soalan berdasarkan gambar
dengan betul.

Sistem Bahasa
Sintaksis : Ayat Tunggal
Morfologi pensel, jarum, ubat , peti, pisau.
Kosa kata pecah, syiling, jarum, kutip.

Pengisian Kurikulum
Ilmu : Kemahiran Hidup
Nilai : Kerjasama dan rajin
ENT : Kemahiran Berfikir : mengecam dan menghubungkait
EMK : Kreativiti dan inovasi
Elemen Keusahawanan

i. EK 1:1.6 Murid memberi reaksi segera apabila diminta.
ii. EK 1:1.9 Murid boleh berkerjasama, bertolak ansur dan berkongsi
pendapat.
iii. EK 1:1.10 Menyiapkan tugasan dalam masa yang diberikan.
iv. EK 1:1.14 Boleh berkomunikasi dengan baik, mesra dengan semua
orang, dan boleh mengekalkan hubungan baik.



BMM 3104 Page 10
Kepelbagaiaan Kaedah dan teknik
KB : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman, sebab akibat.
KP : Verbal linguistik, Intrapersonal dan kinestatik
BCB : Bacaan intensif
Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan keselamatan tentang
barangan yang berbahaya dalam kehidupan seharian.
Pembelajaran konstruktivisme

Bahan bantu mengajar
Bil Jenis Jumlah
1 Komputer riba 1
2 LCD 1
3 Lembaran Kerja Pemulihan 6

Pengetahuan Sedia Ada : Murid tentang benda berbahaya secara umum.

Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Set
Induksi
(5 minit)
Video tentang keselamatan

Menonton video tentang
amalan keselamatan di
rumah.

1. Guru menerangkan
amalan keselamatan
yang perlu di amalkan
di rumah dan
mengaitkan dengan
matapelajaran.
2. Guru menyoal murid
tentang keselamatan
yang senantiasa
diamalkan oleh murid
di rumah.
3. Murid mendengar
penerangan guru dan
mejawab soalan guru.

Kemahiran Berfikir:
menjana idea


Pembelajaran
Kontekstual
Menghubungkait
kan dengan
pengalaman dalam
kehidupan
Langkah
1
(10 minit)
Slide show: gambar barangan
berbahaya
Contoh slide:
Simpan dengan Selamat Simpan dengan Selamat


1. Murid meneliti gambar
yang ditunjukkan oleh
guru.
2. Murid menyatakan
barang-barang yang
berbahaya secara
lisan.
3. Guru menerangkan
tentang gambar
tersebut.

BBB:Komputer riba
BMM 3104 Page 11
Langkah
2
(20 minit)
Gambar rujuk buku teks BM
tahun 1 m/s 48


Contoh Ayat:
1. Ayah letak tong gas di
dalam kabinet.
2. Ibu masukkan jarum ke
dalam bekas.
3. Abang simpan ubat di
dalam peti ubat.
4. Kakak simpan pisau di
dalam laci.
5. Huda simpan duit syiling
ke dalam tabung.

Suku kata terbuka dan
tertutup:
Tong gas, kabinet, jarum,
bekas, ubat,peti ubat, pisau,
dalam

1. Murid menyatakan
barangan berbahaya
yang terdapat dalam
gambar tersebut
dengan bimbingan
guru.
4. Guru membimbing
murid membaca ayat
yang mengandungi
perkataan suku kata
terbuka dan tertutup.
5. Murid membaca dan
menulis ayat yang
mengandungi suku
kata terbuka dan
tertutup di buku tulis.




BBB:Komputer
Riba


KB :
Berfikir secara
kreatif









Langkah
3
(15 minit)
Pentaksiran :
Membaca dan Menulis
Perkataan berdasarkan
gambar.
Simpan dengan Selamat
gunting

Contoh:
1. Gunting
2. Gergaji
3. Cangkul
4. Paku
5. Jarum
6. Sabit

1. Murid meneliti gambar
dan perkataan yang
ditunjukkan oleh guru
2. Murid membaca
perkataan yang
ditunjukkan oleh guru.
3. Murid membuat
latihan lembaran kerja
jilid 1 bahasa malaysia
muka surat 53.
BBB :Komputer
riba

ENT : TMK

EMK : menyiapkan
tugasan yang
diberikan pada
masa yang
ditetapkan.
Langkah
4
(10 minit)
Perkataan suku kata terbuka
dan tertutup

Pengayaan
Murid mencatat 5 benda-
benda yang berbahaya
ENT:
Kem Berfikir:
menjana idea
BMM 3104 Page 12

Refleksi :
Kekuatan :
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

Kelemahan :
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

Cadangan Penambahbaikan :
______________________________________________________________
______________________________________________________________











berdasarkan gambar.

Pemulihan
Murid melebelkan gambar
mengikut urutan.

Lembaran kerja
Pengayaan

Pemulihan
Penutup
(5 minit)
Penutup Sosial :

Penutup Kognitif :
Menayangkan semula
video yang ditonton.
Secara rawak murid
diminta menceritakan
keselamatan yang perlu
dititikberatkan di rumah.
BBB:Komputer
Riba
BMM 3104 Page 13
Bibiliografi
Abdul Hamid Mahmood. (2006). Penyerapan Nilai Murni dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayudalam Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu:
Kemahiran bernilai Tambah. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.

Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2004). Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar. Petaling Jaya:
Pearson Malaysia Sdn. Bhd

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum (Tahun 1
Tahun 6)

Kamarudin Hj. Hussin dan Siti Hajar Hj. Abd. Aziz (1998). Pengajian Melayu 5
dan 6 (Pemulihan dan Pengayaan, Pengurusan Sumber). Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat dan
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum


BMM 3104 Page 14











Lampiran

Você também pode gostar