Você está na página 1de 13

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

PENDAHULUAN
Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah mula memperkenalkan kemahiran berfikir
kreatif dan kritis di dalam program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) pada tahun
1994. Kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai menggunakan minda untuk melahirkan
idea yang bernas, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir
dibahagikan kepada Kemahiran Kritis dan Kemahiran Kreatif. Kemahiran berfikir adalah
proses berfikir yang lebih tinggi.*
Guru telah diperkenalkan kepada pelbagai alat berfikir. Walaugaimanapun, dapatan kajian
telah menunjukkan bahawa guru kurang berkemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran
dan pembelajaran mereka. Pengajaran di dalam bilik darjah banyak berpusatkan kepada
guru dan menjurus kearah peperiksaan.
Hasil dapatan kajian ini telah mendorong pihak KPM memantapkan lagi usaha ke arah
menghasilkan modal insan yang kreatif dan berinovatif. Usaha ini adalah untuk menghadapi
cabaran abad ke -21 yang memerlukan individu itu berfikir pada aras tinggi.Sehubungan itu,
KPM telah bekerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia ( di bawah Jabatan Perdana
Menteri) melaksanakan program I Think dengan merintis 10 buah sekolah di
Malaysia.Program ini diperluaskan kepada 1,000 buah sekolah pada tahun 2013 dan
seterusnya kesemua sekolah pada tahun 2014.*
Kemajuan yang pesat dalam dunia teknolog dan makluimat dapat membantu guru
menyampaikan pengajaran dan pengajaran yang lebih menarik dan kreatif. Tambahan pula
dengan program I Think yang akan dilaksanakan oleh KPM di sekolah-sekolah semasa
penyampaian pengajaran guru. Tanggapan terhadap pengajaran mata pelajaran Sejarah
yang sinonim dengan sesuatu yang membosankan akan lenyap apabila program i Think
dilaksana dalam pengajaran dan pembelajarannya. Namun, dalam era teknologi maklumat
yang begitu bergerak pantas, penyesuaian dengan persekitaran semasa sangat penting
untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang inovatif dan kreatif.






KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

KAEDAH I THINK
Abjad i bermaksud inovasi, THINK pula bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara
inovatif yang perlu ada pada semua murid dan jadilah I Think. I Think merupakan s atu
program yang diperkenalkan oleh Kememterian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Agensi
Inovasi Malaysia (AIM) bagi mengekalkan daya saing di peringkat dunia. Dengan ini
Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah Negara ekonomi yang dipacu oleh
inovasi.
Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya
pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya
menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah.i Think
melahirkan innovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani
cabaran pada masa akan datang.
Jesteru, program i Think adalah satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid
berinovatif. Dapatan kajian keperluan menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi (KEBAT)
dalam kalangan murid dan guru amatlah rendah. Guru dan murid akan menggunakan alat
berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran murid lebih focus, berkeyakinan dan aktif di
dalam kelas dengan aktiviti berpusatkan murid . Hubungan murid dan guru lebih rapat
kerana guru bertindak sebagai fasilitator..
Program I Think merupakan satu usaha untuk menggalakkan proses berfikir menjadi budaya
apabila guru dan murid mengamalkan kemahiran berfikir dan menaakul semasa pengajaran
dan pembelajaran. Bagi program i-THINK, Peta pemikiran diperkenalkan.Peta pemikiran
bukan kurikulum baru, tetapi merupakan alat berfikir yang membolehkan guru
menyampaikan kurikulum yang sedia ada dalam bentuk yang lebih bermakna. Peta
pemikiran dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah
digunapakai dan difahami merentas kurikulum
Setiap Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri. Antara lapan bentuk peta
pemikiran iaitu peta bulatan,peta buih, peta jujukan, peta pokok, peta buih berganda, peta
dakap, peta multi jujukan dan peta jambatan. Penggunaan peta ini boleh disesuaikan
mengikut tajuk atau unit pelajaran berdasarkan illustrasi Peta Pemikiran.


KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

ILUSTRASI PETA PEMIKIRAN
1. PETA BULATAN
Peta Bulatan digunakan untuk mendefinisikan sesuatu dalam konteks, ia boleh digunakan
untuk mencernakan idea, membuat diagnosis pengetahuan sedia ada dan ulangkaji.










KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

2. PETA BUIH
Peta buih merupakan proses pemikiran untuk penerangan sesuatu perkara dengan
penggunaan kata adjektif.Peta buih memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenalpasti
atau menunjukkan kualiti. Ia biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.



3. PETA BUIH BERGANDA
Peta buih berganda digunakan untuk membantu proses berfikir membuat
perbandingan,banding beza.

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

4.PETA POKOK
Peta pokok merupakan proses berfikir untuk membuat kategori, pengkelasan dan kumpulan
bagi mengklasifikasi bahan atau idea.




5. PETA DAKAP
Peta dakap digunakan untuk membuat pecahan daripada keseluhuran untuk menganalisis
objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluhuran objek. Garisan pada
bahagian kedua ialah bahagian utama.



KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

6. PETA ALIR
Peta alir digunakan dalam proses berfikir untuk membuat aturan, susunan,sisihan (sorting),
langkah pelaksanaan, kronologi, siri dan aliran.



7. PETA MULTI JUJUKAN
Peta Multi Jujukan digunakan dalam proses berfikir untuk membuat analisis kepada kesan
dan akibat, apa akan berlaku jika kotak di tengah ialah peristiwa penting, kotak di sebelah
kiri adalah sebab dan kotak di sebelah kanan ialah akibat.

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

8. PETA TITI
Peta Titi ialah proses berfikir untuk membuat analogy, dan mencari faktor yang
berhubungan, memindahkan perkara yang ada persamaan. Peta ini mengaplikasi proses
analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.















KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

HUBUNGKAITKAN BAGAIMANA KAEDAH INI BERUPAYA MELAHIRKAN INDIVIDU YANG CEMERLANG
DAN MENCAPAI OBJEKTIF YANG DISASARKAN
Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang inginkan pendidikan di Malaysia adalah
usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Mlaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan , berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.*
Sehubungan itu, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan dalam bidang
pendidikan untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Salah satu
kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran guru ialah kemahiran berfikir yang diperkenalkan
sejak tahun 1994 lagi. Namun mengikut laporan Program for International Student Assesments
(PISA) tahun 2009 menunjukkan prestasi Malaysia berada pada kedudukan ke -57 bagi Matematik,
ke-55 bagi Sains dan ke-52 bagi Kefahaman dalam kalangan 74 negara. Dapatan ini diperkukuhkan
lagi dengan laporan kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan 21 Century Schools
(USA) pada 2 November 2011 mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan
murid di Malaysia amat rendah.*
Senario ini telah mendorong Kememterian Pendidikan Malaysia ( KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia
melaksanakan program i-THINK. Pada 2014 program ini diperluaskan di semua sekolah di Malaysia.
Melalui program i-THINK ini, peta pemikiran telah diperkenalkan sebagai alat berfikir yang
digunakan sebagai satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembejaran dalam bilik darjah. Lapan
bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum iaitu
peta bulatan, peta buih, peta alir, peta pokok, peta buih berganda, peta dakap, peta multi jujukan
dan peta jambatan. Penggunaan peta ini disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran dalam
setiap mata pelajaran.
Bagi mata pelajaran Sejarah kaedah ini memberi suntikan dan nafas baharu dalam usaha
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan kreatif. Kaedah ini diharapkan dapat
digunakan oleh guru-guru dalam pengajarannya bagi melahirkan individu yang cemerlang dan
mencapai objektif yang disasarkan oleh Kementrian Pelajaran Malaysia. Ini adalah kerana
penggunaan kaedah i-THINK ini dapat melahirkan individu cemerlang dari segi bakat kepimpinan .
Melalui kaedah pembelajaran yang menggunakan Peta Pemikiran proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan secara berpusatkan murid, di mana murid yang akan menjalankan aktiviti
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

pembelajaran dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Pada masa inilah bakat kepimpinan akan
dibentuk dan digilap. Setiap kumpulan aktiviti akan diketuai oleh seorang murid yang akan
memastikan aktiviti kumpulan berjalan dan berjaya menghasilkan tugasan.
Selain itu, sikap berani juga akan dapat dibentuk dalam diri murid-murid apabila setiap kumpulan
akan tampil ke hadapan untuk membuat pembentangan hasil tugasan mereka.Disamping
itu,semangat bekerjasama antara satu sama lain juga akan dapat dipupuk dikalangan murid semasa
menjalankan aktiviti di dalam kelas. Bakat kepimpinan, keberanian dan kerjasama beginilah yang
diperlukan oleh setiap individu pelajar yang ingin berjaya dalam bidang yang akan diceburi pada
masa hadapan.
Kaedah i-THINK adalah kaedah yang menggunakan Peta Pemikiran sebagai alat berfikir dapat
memberikan kebaikan kepada pelajar . Ini kerana dengan menggunakan Peta Pemikiran dalam
proses pembelajaran di dalam bilik darjah, pelajar dapat meningkatkan daya ingatan terhadap tajuk
yang dipelajari. Dengan menggunakan Peta Pemikiran seperti peta bulatan dan peta alir akan dapat
memudahkan pelajar mengingati isi isi penting bagi sesuatu topik yang dipelajari . Dengan ini
pelajar tidak akan lupa akan isi pelajaran mereka. Ilmu yang disampaikan oleh guru menggunakan
Peta Pemikiran akan mudah disimpan oleh pelajar. Menurut Dual Cording Teory pengetahuan
disimpan dalam dua bentuk iaitu bentuk linguistic dan bukan linguistic. Dapatan kajian menyatakan
jika kita menggunakan kedua-dua bentuk tersebut akan dapat meningkatkan lagi daya berfikir dan
ingatan kita. Jesteru, pembelajaran menggunakan grafik dan visual akan meningkatkan daya ingatan
pelajar Seterusnya , segala ilmu yang telah dipelajari dapat diaplikasi dalam pentaksiran yang
dijalankan. Pelajar akan sentiasa menguasai ilmu yang telah dipelajari mereka.
Penggunaan Peta Pemikiran ini juga dapat memudahkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran
mereka . Mereka tidak lagi perlu menghafal perkataan yang banyak dan panjang tetapi hanya
mengingat beberapa perkataan yang terdapat dalam Peta Pemikiran. Ilmu pengetahuan yang
disediakan dalam bentuk Peta Pemikiran juga boleh dijadikan bahan bacaan yang mudah dibawa ke
mana-mana. Sistem belajar yang mudah dan daya ingatan yang kuat terhadap segala ilmu yang
dipelajari membolehkan pelajar berjaya dalam pelajaran dan kehidupan mereka serta objektif yang
disasarkan dalam kementerian akan tercapai..
Proses Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah ini juga dapat menarik minat
belajar di kalangan pelajar sekolah. Sepertimana yang diketahui pengajaran yang menggunakan
kaedah i-THINK ini akan menggunakan bentuk visual dan grafik . Mengikut kajian 80% informasi yang
diterima otak adalah dalam bentuk visual . Jadi, proses pengajaran yang menggunakan bentuk visual
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

akan mudah diterima oleh pelajar. Selain itu, pelajar akan termotivasi dengan kaedah pengajaran
yang digunakan oleh guru. Pelajar dengan sendirinya akan suka datang ke sekolah untuk belajar.
Dengan ini, akan dapat melahirkan ramai lagi pelajar yang cemerlang yang bakal menjadi pemimpin
hadapan Negara pada masa hadapan.
Penggunaan kaedah I-THINK juga akan meningkatkan daya imaginasi iaitu berfikir di luar kotak dan
daya berfikir pelajar. Murid akan cuba berfikir sesuatu masalah yang timbul secara kreatif dengan
menggunakan kaedah menanyakan soalan yang menggunakan kata tanya bagaimana. Kaedah ini
menggunakan kreativiti dalam pemikiran dan menyelesaikan masalah dengan cara yang berbeza.
Murid juga akan menggunakan minda untuk melahirkan idea yang bernas semasa menghasilkan Peta
Pemikiran seperti peta bulatan , peta buih, peta pokok dan lain-lain lagi. Pelajar yang menggunakan
daya imaginasi dan kemahiran berfikir semasa proses pembelajaran akan dapat menyumbangkan
idea-idea atau maklumat mengikut konteks dan boleh membuat pengelasan tentang sesuatu topik
yang dipelajari. Dengan ini akan dapat menjadikan mereka pelajar yang cemerlang dalam pelajaran
seterusnya berjaya dalam bidang yang mereka akan diceburi sama ada dalam bidang ekonomi,
kejuruteraan dan bidang profesiohal yang lain.
Pengaplikasian kaedah i-THINK dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru akan
dapat meningkatkan interaksi antara guru dan murid. Peningkatan ini akan menghasilkan hubungan
yang rapat antara guru dan murid. Murid akan sentiasa mendapatkan tunjuk ajar daripada guru
dalam menghasilkan peta pemikiran mengikut tugasan yang diberikan. Selain itu, mereka juga boleh
berkongsi idea bagi menghasilkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Hubungan ini juga akan
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa. Murid akan lebih seronok dan tidak
merasa tertekan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Situasi yang
sebegini akan membantu Negara untuk mencapai hasratnya untuk melahirkan individu yang
cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang intelek, emosi, jasmani dan rohani.
Penggunaan peta Pemikiran seperti peta buih akan menambahkan kosa kata murid . Murid perlu
meningkatkan usaha untuk mendapatkan idea bagi sesuatu topik atau tema. Murid akan mencari
kosa kata yang sesuai dengan konsep tema yang dipelajari. Dengan ini mereka akan dapat
memperkayakan perbendaharaan kata untuk sesuatu tema yang dipelajari. Penguasaan yang baik
dalam perbendaharan kata akan membantu murid dalam menghasilkan penulisan karangan yang
baik dan seterusnya memberi peluang kepada pelajar menjadi wakil sekolah dibidang pidato dan
syarahan. Kebolehan ini akan membuka peluang kepada murid maju ke hadapan dengan lebih
cemerlang lagi.
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

Kesimpulannya, penggunaan kaedah i- THINK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
akan dapat membantu Negara menghasilkan individu yang cemerlang dan objektif yang disasarkan
akan tercapai. Kaedah ini memberikan banyak kebaikan kepada pelajar apabila guru
menggunakannya dalam proses pengajaran mereka. Kemajuan dunia teknologi maklumat di zaman
juga akan membantu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan kreatif.























KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran


Sejarah

Kelas

4 Arif

Masa

10:15 11:15

Tema

Mari Belajar Sejarah

Tajuk

Keluarga Harmoni

Fokus

Standard Kandungan
1.2 Mengetahui dan memahami diri dan keluarga
Standard Pembelajaran
1.22 Mengenal pasti salasilah keluarga
1.23 Menyatakan pengertian keluarga asas
K 1.2.7 Menyatakan adab yang perlu diamalkan dalam sesebuah
keluarga.


Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:
1. Mengenal pasti salasilah keluarga
2. Menyatakan pengertian keluarga asas
3. Menyatakan adab adab ketika dalam rumah

Aktiviti

1. Set Induksi
2. Tayangan video dan bersoaljawab dengan guru
3. Murid ditunjukkan carta salasilah keluarga
4. Murid bersoljawab berpandukan carta salasilah
5. Murid menyatakan maksud keluarga asas dan adab-adab ketika
bersama ahli keluarga.
6. Murid membina peta pemikiran (peta pokok) untuk salasilah keluarga.
7. Murid melengkapkan lembaran kerja.

Elemen Merentas
Kurikulum

Nilai Murni : Kasih Sayang, Kesyukuran
KPS : Elemen Asas Sejarah
TMK : Belajar melalui TMK

Bahan Bantu Mengajar

Video, carta, Lembaran Kerja

Penilaian Pengajaran dan
Pembelajaran (DSKP)

Menjelaskan salasilah dan pengertian keluarga asas

Refleksi



KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SJH 3106 2014

REFLEKSI

Você também pode gostar