Você está na página 1de 2

Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam
antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah
demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari
ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.
Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih
tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza
mengikut umur pesakit.
Pemindahan penyakit:
Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap
darah manusia (perumah).
Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya
melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian
menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus
bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah
kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala
penyakit.
Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya
dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus
denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.
Apakah penyebab demam denggi?
Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui
nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.
Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua
nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada
manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah
seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.
Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?
Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk Aedes
menghadapi risiko dijangkiti demam ini.
Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:
Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.
Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering
membawa kematian kepada kumpulan ini.

Você também pode gostar