Você está na página 1de 18

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Pengertian Pertolongan Cemas


Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa
yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang
terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum
mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.
Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.
Prinsip Pertolongan Cemas
a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes
kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian
atau sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan
rawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan
si mangsa.
Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
a) Membuat penilaian keadaan,
- Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.
- emudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan
mendapatkan bantuan.
- !apat menilai keterukan"keparahan mangsa
b) Membuat diagnosa # mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala,
keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan
pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa.
c) Memberi rawatan sementara # menjalankan rawatan mengikut prinsip dan
memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk.
d) Membuat dan memberi laporan # mengikut sejarah, kecederaan,
pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang telah dilakukan ke atas
mangsa.
Peringatan !!!
a) $lakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya
supaya dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk.
b) %angan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidak
sedarkan diri. &akukan dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana
bahagian yang ketat.
c) 'uba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera.
d) &akukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa,
pendarahan dan kecederaan patah.
e) Beri kerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan.
Anu! "sling#
%enis-jenis (nduh
a) (nduh besar )large arm sling)
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau
cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
b) (nduh tiga segi"(nduh *t. %ohn+s )triangular sling)
- menahan pendarahan anggota atas.
- Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang
skapula.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
c) (nduh kecil )small arm sling)
- mengampu kecederaan di bahagian bahu.
- Mengampu tulang kla,ikal yang cedera.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
d) (nduh leher dan lengan )collar and cuff sling)
- mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang kla,ikal.
Balutan "Banages#
Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan
rawatan mangsa kemalangan. (ntara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah--
a) Pembalut tiga segi )triangular bandage).
b) Pembalut lebar )broad bandage).
c) Pembalut panjang )narrow bandage).
d) Pembalut gulung )rollar bandage).
egunaan ain Pembalut
a) Penetapan tuap )sling) supaya tidak bergerak.
b) Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
c) Mengampu bahagian yang cedera.
d) Membantu menghentikan pendarahan.
e) Mengurangkan bengkak.
$ain Anu! Tiga segi
ain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan
cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. ain anduh yang baik
berukuran . meter / ..0 meter.
(ntara kegunaan kain anduh ialah--
a) Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
b) Menghenti atau menahan pendarahan.
c) Menetapkan bahagian yang cedera.
d) !apat digunakan sebagai pengipas.
e) Menutup tempat yang luka atau cedera.
f) *ebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.
Lu%a
&uka-luka terjadi disebabkan pecahnya di bahagian dalam kulit selepas sesuatu
kecederaan. &uka terbahagi kepada dua iaitu-
i- lu%a terbu%a
- Pengaliran darah daripada luka melalui kulit.
a) &uka Terhiris
- !arah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh darah telah terpotong dan
amat sukar untuk bercantum semula.
b) &uka Terkoyak
- (liran darah kurang kerana saluran pembuluh darah terkoyak dan akan lebih cepat
bercantum. !arah beku akan kelihatan mengenangi pinggir-pinggir luka yang tercarik
dan senang tercemar.
c) &uka Tusukan
- &uka dalaman yang serius. *enang terdedah kepada jangkitan kerana kuman yang
terbawa bersama kedalaman luka itu.
d) 'alar Balar
- elihatan biru kehitaman kerana darah terkumpul di bawah kulit. 1anya saluran
bawah kulit telah pecah disebabkan terjatuh, tergelincir, hentakan atau berlaga.
ehitaman mata"lebam juga termasuk calar balar.
ii- lu%a tertutup
- Pendarahan hanya berlaku di dalam tubuh dan boleh menyebabkan kesakitan dan
renjatan. adang-kala darah mungkin keluar melalui hidung, mulut, telinga, najis, air
kencing atau pun muntah. adang-kala kelihatan lebam dan ada kalanya tanda
luaran langsung tidak kelihatan.
Ra&atan
.. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga
pendarahan berhenti 2darah membeku3
4. %ika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan
tekanan ke atas kawasan yang luka
5. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari
jantung dan otak. Praktikkan teknik 67'$8.
0. Tenangkan mangsa.
9. 1antar mangsa dengan segera ke hospital.
'R(CE : 6$*T, 7MM;B7&7<(T7;=, ';&!, $&$>(T7;=
SENGATAN ATA) G(G(TAN B(NATANG B(SA
*# Sengatan $ala +eng%ing, Lipan, Tebuan, an Leba!
Tanda-tanda dan gejala
a) *akit di tempat sengatan atau gigitan.
b) Bengkak, lebam dan keluar darah.
c) Tempat gigitan menjadi panas.
d) Mangsa gelisah.
e) Mangsa mengalami sesak nafas.
f) Berlaku renjatan.
6awatan
a) Bawa mangsa ke tempat yang selamat.
b) Tenangkan mangsa.
c) *ekiranya mangsa renjat # periksa gerak nadi dan pernafasan. Berikan
rawatan 'P6 jika perlu.
d) Beri demahan sejuk di tempat cedera untuk mengurangkan sakit dan bengkak.
e) 'uci tempat sengatan.
f) !apatkan rawatan perubatan.
-# .igigit Linta! atau Pa/at
?igitan lintah atau pacat boleh menyebabkan darah keluar dengan banyak dan
berterusan kerana lintah memuntahkan sejenis en@im yang menyebabkan pembekuan
darah lambat.
6awatan
a) Tanggalkan lintah atau pacat dengan menggunakan garam, abu atau secara
membakar badan binatang tersebut. %angan mencabut lintah yang melekat
kerana ianya boleh menyebabkan taringnya tertanggal di tempat luka.
b) 'uci tempat cedera dengan menggunakan larutan ammonia bagi
mengurangkan kegatalan.
c) Balut luka dengan kemas.
d) !apatkan rawatan perubatan.
0# Patu%an )lar Berbisa
Alar berbisa boleh menyebabkan keracunan kepada sistem saraf atau pun sistem darah
yang menyebabkan berlakunya pendarahan di seluruh badan. 'ontohnya ular senduk
atau Bking cobraC.Alar laut menyebabkan berlakunya gangguan pada sistem saraf dan
sistem pernafasan. Manakala ular jenis ular kapak menyebabkan sistem pendarahan
terganggu di mana darah tidak mudah membeku dan keluar melalui semua sistem
badan.
Tanda- tanda
a) *akit di tempat patukan.
b) Bengkak dan lebam terutamanya patukan ular jenis kapak.
c) !arah keluar di tempat patukan.
d) Terdapat tanda patukan di tempat patukan.
e) *esak nafas.
f) ?elisah, keletihan dan berasa anggota sejuk.
g) ?erak nadi berdenyut pantas dan lemah.
h) Berlaku renjatan.
6awatan
a) Tenangkaan mangsa.
b) &onggarkan pakaian magsa.
c) 6endahkan anggota yang cedera dan jangan bergerak terlalu banyak.
d) (wasi mangsa dari renjatan.
e) 'uci tempat cedera dan buat pembebatan.
f) !apatkan rawatan perubatan dengan segera.
MELEC)R
ecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang yang lembab atau basah.
'ontohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain.
Tanda-tanda dan gejala
a) *akit yang kuat.
b) ulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas.
c) Terjadi gelembung air pada kulit.
d) ulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama sekiranya terbakar oleh
asid atau alkali.
e) Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair.
f) Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.
Terbakar atau melecur terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori terbakar
luaran dan terbakar dalaman. Terbakar atau melecur luaran menyebabkan kulit
luar yang terlibat. Manakala terbakar peringkat kedua )dalaman) melibatkan tisu-
tisu dalam. 'ontohnya terkena asid dan alkali.Terbakar dan melecur yang
melibatkan .DE boleh menyebabkan terjadinya renjatan kepada mangsa.
6awatan
a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.
b) (lirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan
menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.
c) Tenangkan mangsa.
d) &onggarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa.
'ontohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. 7ni disebabkan tempat
cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.
e) *ekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih
dahulu.
f) %angan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. 'ontohnya
pakaian yang melekat.
g) 'uci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan
jangkitan.
h) %angan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
i) %angan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.
j) %ika pesakit dalam keadaan stabil #beri minum air yang banyak bagi
menggantikan kehilangan cecair yang hilang.
k) !apatkan rawatan perubatan segera.
P(TAM
Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang menyebabkan
terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. 7ni menyebabkan mangsa tidak
sedarkan diri buat sementara.
Punca-punca
a) Mendapat perkhabaran buruk, sedih atau menakutkan.
b) eletihan akibat dari berdiri terlalu lama atau terdedah kepada kepanasan.
c) esakitan kuat akibat kecederaan.
d) elaparan atau terlalu dahaga.
e) eadaan lemah selepas baru sembuh dari penyakit
Tanda-tanda dan gejala
a) Mangsa mengadu pening
b) Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah
c) Muka dan tangan jadi pucat
d) Berpeluh dengan banyak
e) Meloya dan kadang-kadang disertai muntah
f) Mangsa seperti mengantuk dan menguap-nguap
g) 1ilang kesedaran.
6awatan
a) Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara.
b) Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukkan dan tundukkan
kepala mangsa ke bawah
c) &onggarkan pakaian mangsa.
d) Tenangkan mangsa.
e) !ongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika sekiranyan
mangsa telah pengsan.
f) (pabila mangsa telah pulih , berikan minuman.
g) 6awat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan.
h) !apatkan rawatan perubatan jika perlu.
PATA1
Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya
retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.
Punca-punca
Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung
a) *ecara &angsung
Patah tepat pada tempat atau puncanya. 'ontohnya kena tembakan, pukulan,
tendangan atau kemalangan.
b) *ecara Tidak &angsung
Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. 'ontohnya, berlaku
kecutan otot atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang
patah.
%enis-jenis patah
a) Patah tebu"tertutup )simple fracture)
Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.
b) Patah riok )'ompound fracture)
Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar
di bahagian luar kulit.
c) Patah melarat )'omplicated fracture)
Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan.
d) Patah 6emok )'omminuted fracture)
Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.
e) Patah Terenyok )7mpacted fracture)
Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang
yang patah itu.
f) Patah 6ebung )?reen *tick fracture)
Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang
kanak-kanak dan bayi.
g) Pecah 6emok )!epressed fracture)
Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. 'ontohnya,
tengkorak kepala yang terbenam menghimpit otak.
Tanda-tanda dan gejala patah
a) *akit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran.
b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera.
c) *ukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera.
d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi
lebih pendek.
e) !apat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah.
f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.
6awatan (m Patah
a) &etak pesakit dalam keadaan selesa. 6awatan patah hendaklah dilakukan di
tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.
b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
c) *ekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. &akukan 'P6
sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.(pabila mangsa pulih, rawatan
pendarahan hendaklah dilakukan. 1entikan pendarahan secara kaedah langsung
atau tidak langsung mengikut kesesuaian.
e) (mpu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut
keadaan dan tempat yang patah.
g) !apatkan bantuan perubatan segera.
$era/unan
6acun merupakan bahan-bahan yang berbentuk cecair, pepejal, debu atau gas yang
bila mana ianya diambil atau masuk ke dalam tubuh badan melebihi dari sukatan yang
sepatutnya, maka ianya akan menjejaskan kesihatan badan.
'ara- cara racun masuk ke tubuh
a) *istem pemakanan # *ecara memakan atau meminum bahan-bahan yang berbentuk
pepejal atau cecair. 'ontohnya terminum racun, ubat-ubatan, makanan tercemar dan
sebagainya.
b) *istem pernafasan # Melaui sedutan gas atau bahan debu yang terampai di udara.
'ontohnya gas karbon dioksida, arbon monoksida, kotoran, debu-debu racun
serangga dan lain-lain.
c) Melalui suntikan urat darah atau otot # Biasanya ia berbentuk cecair. 'ontohnya
menyuntik ubat melalui otot atau urat darah, menyuntik dadah, sengatan binatang bisa
dan patukan atau gigitan ular berbisa.
d) *erapan kulit # *esetengah bahan cecair seperti racun rumpai atau serangga yang
terkena kulit akan menyerap ke dalam sistem badan. 'ontohnya racun malation dan
paraFuat.
Tanda-tanda dan ?ejala
a) Pening kepala dan tidak sedap badan.
b) &oya dan muntah-muntah.
c) *akit perut sekiranya racun dimakan atau diminum.
d) Mengalami sesak nafas.
e) Mangsa di dalam keadaan gelisah.
f) Muka dan badan menjadi pucat dan sejuk.
g) =adi berdenyut pantas dan dalam keadaan lemah.
h) Mengalami cirit-birit sekiranya racun masuk melalui saluran pemakanan.
i) Berpeluh dengan banyak.
j) Terdapat kesan terbakar atau melecur di mulut dan bibir sekiranya termakan
atau terminum racun. Mulut mangsa juga berbau bahan beracun yang dimakan.
k) Terdapat tanda suntikan atau bekas gigitan sekiranya bahan yang diambil
secara suntikan atau kerana gigitan.
l) Berlaku renjatan.
6awatan (m eracunan
a) Tenangkan mangsa.
b) &onggarkan pakaian mangsa.
c) *ekiranya mangsa dalam keadaan pengsan, periksa gerak nadi dan
penafasan. Beri bantuan 'P6 jika perlu.
d) 'ari punca-punca keracunan melalui tanda-tanda di badan atau bekas-bekas
yang terdapat di sekeliling mangsa.
e) &etakan mangsa di dalam baringan separuh meniarap sekiranya mangsa
dalam keadaan pengsan.
f) !apatkan rawatan perubatan,
*# $era/unan Melalui Sistem Pema%anan2
Tanda-tanda dan ?ejala
a) *akit perut.
b) &oya dan muntah-muntah.
c) ?elisah dan pucat.
d) Berlaku cirit-birit.
e) Mangsa mengadu dahaga.
f) Terdapat tanda melecur atau terbakar di bibir dan
mulut mangsa bagi racun jenis yang membakar.
g) Terdapat bau racun apabila mangsa bernafas atau bercakap.
h) Berlaku renjatan.
6awatan
a) Tenangkan mangsa.
b) &onggarkan pakaian yang ketat.
c) 'uba keluarkan bahan yang beracun dengan memberi air yang dicampur
garam sebanyak mungkin, atau mengeletek bahagian leher atau kerongkong
mangsa. 7ni boleh di lakukan bagi racun yang bukan jenis membakar.
d) *ekiranya bahan membakar # jangan cuba muntahkan mangsa dengan cara
di atas kerana ini membahayakan mangsa. %ika mangsa sedar cuba nuteralkan
dengan bahan-bahan air yang dicampur limau bagi racun alkali dan air tepung
jika sekiranya bahan asid.
e) *ekiranya mangsa pengsan, baring mangsa dalam baringan separuh
meniarap.
f) Betulkan saluran pernafasan. Periksa gerak nadi dan pernafasan. &akukan
'P6 jika penafasan terhenti.
g) !apatkan rawatan perubatan berserta dengan bahan yang boleh menjadi bukti
jenis keracunannya. 'ontohnya bekas ubat, muntah atau bekas-bekas kosong
pengisi bahan beracun tersebut.
-# $era/unan Melalui saluran perna3asan2
Tanda-tanda dan ?ejala
a) Mangsa mengadu pening.
b) &emah dan tidak bertenaga.
c) &oya dan muntah-muntah.
d) Mangsa mengadu sukar atau sesak nafas.
e) Muka mangsa dalam keadaan pucat dan mangsa dalam keadaan gelisah.
f) Pergerakan nadi pantas dan lemah.
g) Berlakunya renjatan.
6awatan eracunan Melalui *istem pernafasan.
a) Bawa mangsa ke tempat yang berudara.
b) Tenagkan mangsa dan longgarkan pakaian yang ketat.
c) *ekiranya mangsa pengsan, baring mangsa dalam baringan separuh
meniarap. Periksa gerak nadi dan pernafasan. Beri bantua 'P6 segera
sekiranya pernafasan atau gerak nadi mangsa terhenti.
d) !apatkan bantuan perubatan dengan segera.
0# $era/unan Melalui Serapan %ulit
Tanda-tanda dan ?ejala.
a) Pening dan badan menjadi lemah.
b) &oya dan muntah.
c) Terdapat tanda kegatalan atau bintik-bintik merah di tempat yang terkena
racun.
d) Badan menjadi sejuk.
e) *esak nafas dan nadi berdenyut cepat.
f) Berlaku renjatan.
6awatan
a) Tenangkan mangsa
b) 'uci tempat terkena racun dengan air yang banyak.
c) &etakkan mangsa dalam keadaan yang selesa.
d) !apatkan bantuan perubatan.
4# $era/unan Melalui Sunti%an atau Gigitan
Tanda- tanda dan ?ejala
a) Mangsa mengadu pening dan lemah.
b) &oya dan muntah-muntah.
c) ?elisah dan badan menjadi sejuk.
d) Mangsa mengalami kesukaran bernafas.
e) ?erak nadi menjadi cepat dan lemah.
f) Mangsa berkedaan pucat dan keletihan.
g) Terdapat tanda-tanda suntikan atau gigitan di badan.
h) Terdapat tanda bengkak pada tempat sengatan atau gigitan.
i) Terjadi renjatan.
6awatan
a) Tenangkan mangsa dan letakkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) !apatkan butir-butir keracunan dari mangsa.
c) Berikan rawatan 'P6 jika mangsa dalam keadaan terhenti pernafasan atau
pergerakan nadinya.
d) !apatkan rawatan perubatan dengan segera
Terseliu!
ecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang
kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. awasan
kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta
lutut.
6awatan
a) 6ehatkan kawasan yang cedera 26est3
b) &etakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera 27ce3
c) Balut tempat yang cedera 2'ompression3
d) Tinggikan tempat cedera dari paras jantung 2$le,ation3
e) 1antar ke hospital
PENGSAN "T(.A$ SE.AR .(R(#
*uatu keadaan yang diakibatkan oleh berlakunya gangguan di otak yang menyebabkan
otak tidak berfungsi. 7ni disebabkan oleh berlakunya kekurangan bekalan oksigen atau
kecederaan di bahagian otak.
Peringkat-peringkat pengsan
a) *etengah pengsan )drowsiness) # Mangsa mudah sedar tetapi akan kembali pengsan
kemudiannya.
b) *tupor- mangsa boleh merasa kesakitan tetapi tidak mengetahui apa yang berlaku di
sekelilingnya.
c) Tidak sedar langsung )koma) # Tidak sedar dan tidak tahu apa- apa langsung. ;tak
mengalami kerosakan.
Punca-punca pengsan
a) Terkejut- contohnya terkena kejutan elektrik atau petir
b) Terhenti pernafasan.
c) ecederaan di kepala atau kecederaan luar anggota yang teruk.
d) Penyakit-penyakit tertentu- contohnya penyakit jantung, angin ahmar, epilepsi,
kencing manis dan barah otak.
e) &emas dalam asap atau dalam air.
f) Penyakit sawan pada kanak-kanak.
g) eracunan atau alahan kepada sesuatu bahan ubatan atau racun ) gigitan ular
atau binatang berbisa )
6awatan am
a) Baringkan mangsa secara mengiring
b) !ongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasannya. Periksa
gerak pernafasan dan nadinya dan lakukan bantuan 'P6 jika di perlukan.
c) 'ari punca-punca yang menyebabkan mangsa pengsan dan buat catatan
untuk memudahkan rawatan perubatan.
d) 6awat kecederaan sekiranyan terdapat kecederaan.
e) *elimutkan mangsa.
f) 'atatkan pergerakan nadi dan pernafasan dari masa kesemasa.
g) %angan diberi sebarang makanan atau minuman kepada mangsa apabila
berada dalam keadaan pengsan.
h) !apatkan perubatan segera.
PEM)L(1AN PERNA5ASAN
Terdapat beberapa kaedah pemulihan pernafasan yang boleh dipratikkan semasa
mangsa mengalami terhenti pernafasan. aedah-kaedah ini ialah--
a# Pemuli!an mulut %e mulut
'ara pratiknya
G rapatkan mulut pemulih ke mulut si mangsa.
G tutup hidung mangsa secara picitan hidung.
G lakukan hembusan selama kira-kira . hingga ..9 saat sambil mata memerhatikan
bahagian dada mangsa
G hembusan yang betul akan memperlihatkan pergerakan dada naik dan tiada
kebocoran dari celah bibir mangsa
G lepaskan picitan hidung mangsa agar udara dapat keluar
melalui hidung.
G lakukan sekali hembusan setiap 9 saat bagi mangsa orang
dewasa. Manakala, . hembusan setiap 5 saat bagi kanak-kanak
dan bayi.
G permulihan perlu dijalankan berterusan sehingga mangsa dapat bernafas sendiri atau
apabila tiba bantuan perubatan.
b# Pemuli!an mulut %e !iung
aedah ini boleh dilakukan sekiranya timbul masalah pada bahagian mulut mangsa di
mana kaedah pemulihan secara mulut ke mulut tidak dapat dilakukan.
'ara pratiknya
G 6apatkan mulut pemulih ke bahagian hidung si mangsa.
G Tutup bahagian mulut mangsa supaya udara yang dihembus tidak keluar melalui
mulut.
G Pemulih menghembus udara dari mulut ke hidung mangsa. *emasa hembusan,
perhatikan naik dan turun bahagian dada bagi menetukan udara masuk atau tidak ke
paru-paru.
G Buka mulut mangsa dan biarkan udara keluar.
G Masa yang diambil bagi setiap hembusan adalah seperti kaedah mulut ke mulut.
/# Pemuli!an perna3asan melalui lubang perna3asan i le!er2
aedah ini dilakukan bagi mangsa yang menjalani pembedahan tebukan saluran
pernafasan kerana mengalami masalah tidak dapat bernafas melalui hidung.
'ara pratiknya.
G 6apatkan mulut pemulih ke lubang tiub getah mangsa di bahagian leher mangsa.
G Beri hembusan sambil mata memerhati bahagian dada mangsa bagi jarak menetukan
dada mengembang atau tidak.
G %arak setiap hembusan adalah sama seperti kaedah yang diterangkan dahulu.
# $aea! 1olger Neilson2
aedah ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang mengalami terhenti pernafasan. aedah
ini tidak sesuai dilakukan bagi mangsa-mangsa yang mengandung atau gemuk dan
berperut buncit.
'ara pratiknya.
G Mangsa dibaringkan dalam baringan meniarap dengan lengan dan tangan mangsa
mengampu bahagian kepala dan mukanya.
G Palingkan muka mangsa ke kiri"kanan dan donggakkan kepala mangsa ke hadapan
supaya saluran pernafasan mangsa terbuka.
G Pemulih duduk separuh melutut di bahagian kepala mangsa.
G edua-dua tangan pemulih diletakkan di bahagian kiri dan kanan tulang scapula.
G enakan tekanan dengan menggunakan berat badan selama kira-kira 4 saat di
bahagian tulang scapula mangsa.
G (ngkat bahagian kedua-dua siku mangsa ke atas supaya rongga dada mangsa
mengembang. &akukan selama kira-kira 4 saat.
G &etakkan kembali tangan pemulih ke bahagian tulang scapula mangsa.
G aedah ini di lakukan berulang kali sehingga mangsa bernafas kembali atau sehingga
tiba bantuan perubatan.
e# $aea! Sel6esters
'ara pratiknya.
G &etakkan mangsa dalam baringan melentang.
G Pemulih melutut di bahagian kepala mangsa dengan bahagian lutut pemulih mengepit
bahagian kepala mangsa.
G !ongakkan kepala mangsa.
G Pegang kedua belah pergelangan tangan mangsa dan letakkan di bahagian dada
mangsa.
G enakan tekanan di bahagian dada menggunakan berat badan pemulih. %angan
gunakan kaedah kekuatan tenaga menekan dada mangsa kerana ini boleh
mencederakan dada mangsa.
G Tekanan dilakukan selama kira-kira 4 saat.
G (ngkat dan depangkan kedua-dua belah tangan mangsa supaya memberi ruang dada
dan mengembang kira-kira 4 saat.
G embalikan tangan ke bahagian dada dan lakukan kaedah ini berulangkali sehingga
mangsa pulih atau bantuan tiba.
3# $aea! S/!a3ers
'ara pratiknya.
G &etakkan mangsa dalam baringan meniarap dengan bahagian tangan mangsa
mengampu bahagian kepalanya.
G Pemulih duduk melutut selari dengan bahagian pinggang " punggung mangsa dengan
muka mengarah ke arah kepala mangsa.
G &etakkan kedua belah tangan di bahagian pinggang mangsa. enakan tekanan
dengan menggunakan berat badan ke atas mangsa sekama kira-kira 4 saat.
G Balikkan badan pemulih ke tempat melutut bagi melemahkan tekanan.
G aedah ini dilakukan berulang-ulang kali sehingga mangsa pulih atau sehingga tibanya
bantuan perubatan.

Você também pode gostar