Você está na página 1de 3

BAHASA MELATU TINGKATAN 2

2014

1

APAKAH FUNGSI PENDAHULUAN DALAM KARANGAN?

menarik perhatian dan minat pembaca
menunjukkan arah kepada pembaca tentang persoalan yang akan disentuh dalam isi
karangan
menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan dengan kehendak soalan.

APAKAH CIRI-CIRI PENDAHULUAN YANG BAIK?

Tepat dengan kehendak soalan
jelas dan sesuai dengan kehendak soalan
menggunakan bahasa yang tepat dan jelas
ada perkaitan dengan isu yang dibincangkan dalam isi karangan
ditulis dalam satu perenggan
tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan
Umpama sebuah pintu, pendahuluan sangat penting bagi menarik minat
pembaca untuk mengetahui isi-isi yang akan dikemukan oleh penulis dalam karangan.

JENIS-JENIS PENDAHULAUAN KARANGAN
(i) pendahuluan jenis definisi
(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v) pendahuluan jenis peribahasa
(vi) pendahuluan puisi
(vii) pendahuluan gabungan


PENDAHULUAN JENIS DEFINISI
memberikan takrif makna definisi (dengan merujuk kamus)

Contoh :
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan.
Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut
kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada
43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari
semasa ke semasa. Usaha-usaha pelbagai pihak amat diperlukan untuk membendung
jenayah.



BAHASA MELATU TINGKATAN 2
2014

2

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -
menyatakan pendapat seseorang tokoh

Contoh :
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam
sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak
boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi
pada masa yang sama meneruskan pembangunan. Llangkah-langkah yang drastik harus
diambil untuk memastikan kegiatan pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan dalam
masa yang sama pencemaran dapat dielakkan.

PENDAHULUAN JENIS SUASANA -
menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang sesuai.

Contoh :
Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan
perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang
yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku
sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk

Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah
yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan
seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang
itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan ?

PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.

Contoh:
Peribahasa Melayu ringan sama dijinjing, berat sama dipikul dan seperti aur dengan tebing
amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya
mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam
sesebuah komuniti. Namun semangat berkerjasama dalam masyarakat semakin hari semakin
terhakis terutama di kawasan bandar. Punca-punca permasalahan ini perlu dibincangkan oleh
pihak-pihak yang bertanggungjawab.




BAHASA MELATU TINGKATAN 2
2014

3

PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU
- mengemukakan sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan tema karangan


Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran air mata bila mengenangkan
betapakah bersar budi , ibunda berikan
siang malam ..menderita hingga entah bila
sungguh bersar pengorbanan ibunda berikan

Pengorbanan dan jasa seorang ibu tergambar jelas dalam lirik lagu ini.
Ibu telah melahirkan dan mendidik seseorang anak menjadi insan yang berjaya dan berguna
kepada keluarga, bangsa dan tanah air. Kasih sayang dan budi seorang ibu tanpa mengharap
sebarang balasan, tetapi sudah menjadi tanggungjawab anak-anak
untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.

PENDAHULUAN GABUNGAN
- Menggabungkan dua atau lebih jenis pendahuluan

Contoh:

Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinasikan sebagai kegiatan laku musnah
yang berkaitan dengan tidakan merosakkan atau memusnahkan harta benda termasuk
kemudahan awam. Gejala memusnahkan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas,
telefon awam, kemudahan di sekolah dan sebagainya. Persoalannya mengapakah gejala
vandalisme ini sering berlaku dalam kalangan remaja? Apakah usaha-usaha yang boleh
dilakukan untuk membendung gejala ini?

Você também pode gostar