Você está na página 1de 3

ANALISIS KEKUATAN DAN KELEMAHAN BERDASARKAN VIDEO PENGAJARAN

GURU
Saya telah memilih satu video pengajaran bagi subjek pendidikan Islam di you
tube, Pengajaran yang dilaksanakan oleh guru tersebut berkaitan dengan sirah
Rasulullah s.a.w. Saya telah membuat analisis mengenai kekuatan dan kelemahan
pengajaran tersebut berkaitan dengan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran yang dilaksanakan.
Berdasarkan pemerhatian dan analisis yang dibuat, saya mendapati proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dilaksanakan lebih menekankan
pendekatan berpusatkan guru. Jelas dapat dilihat bahawa guru memainkan peranan
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Segala tumpuan boleh
diberikan kepada keseluruhan murid yang ramai dan melibatkan keseluruhan murid
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kawalan kelas secara automatik menjadi
teratur. Sebagai contoh, guru menggunakan kaedah bercerita dalam pengajian
pelajaran sirah ini. Semasa guru bercerita dan menerangkan tentang pelajaran
tersebut, semua murid mengambil perhatian dan kelihatan kelas amat terkawal.
Selain itu, set induksi yang dipilih oleh guru amat sesuai dengan tajuk
pelajaran yang akan dipelajari. Murid dapat menggunakan imaginasi yang tinggi
berdasarkan contoh gambar yang dipaparkan pada slide show. Guru juga
menggunakan kaedah soal jawab ketika set induksi bagi menggalakkan murid untuk
berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik
minat murid untuk belajar pada awal permulaan sesi pembelajaran lagi.
Tambahan pula, walaupun guru menggunakan pendekatan berpusatkan guru,
malahan kadang-kadang, guru menggunakan kaedah soal jawab bagi menarik
perhatian dan fokus murid. Hal ini dapat menguji tahap kepekaan murid di dalam
kelas. murid sentiasa bersedia kerana takut disoal oleh guru secara tiba-tiba.
Keadaan ini membantu murid sentiasa berfikir dan fokus terhadap pelajaran yang
dipelajari.
Kekuatan lain yang terdapat dalam video pengajaran dan pembelajaran ini
ialah guru menggunakan kaedah ulangan dalam pengajaran. kepelbagaian kaedah
yang digunakan menyebabkan murid sentiasa memberi perhatian dan fokus ketika


belajar. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian murid. Selepas
penerangan diberikan oleh guru, guru meminta murid untuk mengulangi pelajaran
tersebut tanpa melihat pada bahan bantu mengajar. Murid dapat mengingati isi
pelajaran dengan cepat dan persediaan bagi menghadapi peperiksaan.
Kepelbagaian bahan bantu mengajar juga membantu guru untuk mencapai
objektif beliau dalam pengajaran. murid tidak berasa bosan dan jemu dengan
menghadap slide show sahaja, malahan mereka berpaling arah ke papan putih untuk
melihat isi pelajaran yang ditulis oleh guru. Selain itu, guru juga menggunakan kertas
majung sebagai bahan bantu mengajar untuk aktiviti kumpulan. Hal ini dapat
mengaktifkan murid untuk bergerak dan berfikir.
Antara kelemahan guru yang terdapat dalam video pengajaran ini ialah
penglibatan keseluruhan murid dalam soal jawab tidak berkesan. Ini kerana hanya
beberapa murid yang dipilih sahaja menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Hal
ini menyebabkan murid yang tidak dipilih berasa rendah diri dan bosan terhadap
pembelajaran. Guru juga tidak dapat mengenali potensi murid secara keseluruhan.
Selain itu, menggunakan bahan bantu mengajar audio visual memerlukan
tulisan yang jelas dan terang agar dapat dibaca oleh murid. Persembahan slide juga
tidak terlalu serabut dan gelap. Persembahan slide yang dipaparkan oleh guru
tersebut kelihatan sedikit serabut kerana berlatar belakangkan warna yang gelap.
Hal ini menyebabkan murid yang berada di posisi belakang tidak nampak apa yang
terpapar di hadapan. Ini menyebabkan murid tidak faham akan isi pelajaran yang
diajar oleh guru.
Kedudukan guru yang statik dan jarang berjalan ke belakang menyebabkan
murid yang berada di posisi belakang kurang mendapat perhatian. Hal ini boleh
menyebabkan murid berasa rendah diri dan tidak dihargai. Murid yang berada pada
posisi belakang juga tidak disoal oleh guru ketika sesi soal jawab. Tambahan pula,
guru juga hanya berfokuskan kaedah soal jawab dan ulangan pada murid-murid
yang aktif. Murid yang pasif dibiarkan begitu sahaja tanpa menyoal mereka. hal ini
menyebabkan mereka berasa bosan dan tidak seronok untuk belajar.


Kesimpulannya, segala kekuatan pengajaran dapat di aplikasi dan ditambah
agar menjadi lebih baik. Kelemahan cara pengajaran guru tersebut boleh dibaiki bagi
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Você também pode gostar