Você está na página 1de 6

Rasuah definisi

Ditakrifkan sebagai memberi sesuatu kpd org-org yg


tertentu dgn niat utk mendapatkan sesuatu yg bukan
menjadi haknya.
points..

Dari sudut undang-undang,perbuatan rasuah
mencukupi melanggar undang-undang yang
dikuatkuasakan,menyalahgunaan harta
Negara,yang akan merugikan Negara,serta
memperkaya diri sendiri dan kaum kerabat.
Punca/Sebab Rasuah:
1. Tamak dan Haloba
2. Dengki dan Khianat
3. Sombong dan Takabbur
4. Tiada Keberkatan Hidup
5. Nafsu Serakah
points contoh,huraian.
Perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh:
1. Di mana seseorang ingin hidup mewah dan cepat
kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa
mengira halal haram.Apa yang dipentingkan
hanyalah nilai-nilai material dengan membuang
jauh tanggungjawab sebagai seorang penjawat
awam yang diamanahkan dengan kuasa dan
pertanggungjawaban. Sebagai contoh, oleh kerana
seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima
suapan secara rasuah.
2. Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-
megah menjadi amalan.Menyara hidup pula
melebihi pendapatan hinggakan terpaksa
berhutang di sana sini.Akhirnya,akibat bebanan
hutang jenayah rasuah dilakukan.
3. Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni.Selain dari
itu,kedangkalan ilmu-ilmu
keagamaan,kurangnya penghayatan nilai-nilai
murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang
baik juga menjadi antara factor yang menyebabkan
seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah.
4. Kurangnya komitmen kepimpinan utk
mengenalpasti ruang-ruang yg boleh menyebabkan
berlakubya.
Contoh/Huraian: ~
Menyalahguna jawatan/kedudukan
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan
jawatan atau kedudukan untuk mandapat
suapan membuat apa-apa keputusan atau
mengambil tindakan berhubungan dengan apa-
apa perkara mengenainya.

KESAN BURUK DARI RASUAH AMNYA
1. Menganiayai orang yang sepatutnya berhak
mendapat sesuatu seperti, projek pembinaan dan
seumpamanya. Ini akan menimbulkan pula kesan
jangka panjang dimana orang yang dianianya
akan turut melakukan rasuah pada lain waktu,
agar pekerjaan yang lain jatuh pula ketangannya.
2. Projek pembinaan akan terbengkalai atau
mudah rosak. Jika suatu projek pembinaan yang
sepatutnya diluluskan oleh Engineer atau Arkitek
mengikut kesesuaian spesifikasi ilmu yang
mereka pelajari tidak diguna pakai ketika itu
kerana dirasuah dan menerima rasuah dari
seseorang kontraktor maka projek pembinaan itu
akan mudah terbengkalai atau mudah rosak.
Kerana kontraktor yang membina projek
berkenaan mahu cepat kaya dan inginkan marjin
keuntungan yang tinggi.
3. Menyemarakkan perasaan dendam dan api
kemarahan, sehingga boleh mencetuskan
permusuhan. Hal ini biasanya akan terbit dari
pihak yang merasa dianiaya yang mengetahui
haknya jatuh ke tangan orang yang memberi
rasuah.
4. Tidak akan ada keadilan dalam keputusan yang
dibuat oleh hakim di mahkamah. Akibat rasuah
orang yang sepatutnya bersalah lepas bebas dan
orang yang tidak bersalah pula masuk penjara.
5. Jika pihak menegakkan undang-undang seperti
Polis, SPRM, Kastam menerima rasuah, maka
kes-kes kejahatan dan perbuatan buruk seperti
membunuh, mengedar dadah, penyeludupan,
aduan kes rasuah, merogol dan seumpamanya
tidak dapat diselesaikan. Bahkan rakyat akan
hilang kepercayaan kepada jabatan-jabatan
berkenaan.
1. Kesan Terhadap Individu:
(i) Kehilangan pekerjaan.
(ii) Kejatuhan moral atau maruah.
(iii) Menerima hukuman.
(iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.
(v) Keluarga terabai.
2. Kesan Terhadap Masyarakat:
(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan
mengenepikan hak-hak orang tertentu.
(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.
(iii) Membebankan golongan orang susah.
(iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-
sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat
miskin diselewengkan.
3. Kesan Terhadap Negara:
(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.
(ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan
keselamatan.
(iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.
(iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.
(v) Mengurangkan pendapatan negara.
(vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang
dihasilkan.
kedaulatan Negara..
masyarakat dan negara
Langkah-langkah menyelesaikan masalaj rasuah:
1. Membentuk individu beretika mulia dengan menanam
sikap amanah, jujur, menyuruh kepada melakukan
kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan.
2. Menanamkan sikap minat belia-belia untuk
mempelajari kitab-kitab agama dan sebagainya.
3. Menyediakan peruntukan akta atau undang-undang
bagi membentras gejala rasuah daripada berleluasa.
Sebagai contoh, di Negara Brunei Darussalam
peruntukan akta berkenaan disebut sebagai Akta
Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131.

Kesimpulangnya:
Hikmat di sebalik pengharaman Islam terhadap sumber-
sumber pencarian yang tidak halal, Islam telah mencapai
beberapa matlamat sosial dan ekonomi:
1. Menjalin hubungan antara manusia berdasarkan
prinsip keadilan, persaudaraan, penjagaan kehormatan
dan pemberian hak kepada orang yang berhak.
2. Islam telah menghapuskan faktor utama yang
menyebabkan lebarnya jurang perbezaan ekonomi antara
kelompok dan status masyarakat. Keuntungan yang
keterlaluan, kebanyakannya datang daripada sumber
yang haram berbeza dengan jalan yang baik, ia selalunya
mendatangkan keuntungan yang sederhana dan logik.
3. Mendorong manusia agar bekerja dan berusaha,
kerana haram memakan harta secara salah iaitu bukan
berdasarkan pulangan hasil usaha atau tanpa berkongsi
dalam keuntungan dan kerugian seperti judi, riba dan
sebagainya, meskipun ia mendatangkan manfaat dari segi
ekonomi.
Oleh itu, amalan rasuah hendaklah dicegah daripada
berleluasa. Cara yang terbaik ialah memberikan
pendidikan Islam sejak dari kecil lagi agar keimanan
tersemai di dalam jiwa mereka. Apabila keimanan ada
dalam jiwa setiap orang, nescaya segala perkara-perkara
mungkar dan maksiat akan terhindar daripada mereka,
sekaligus akan membina masyarakat dan negara yang
aman lagi makmur.

Islam