Você está na página 1de 2

REFLEKSI

WAN AMIR ISKANDAR BIN ISMADI


920717-02-5769
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga
saya menyempurnakan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Tugasan ini
dibimbing oleh En. Suhaili dan beliau merupakan orang yang paling banyak
membantu dalam memberi tunjuk ajar mengenai tugasan ini.
Sepanjang saya melakukan tugasan ini, banyak perkara yang telah saya
pelajari. Mengikut tajuk kursus yang lebih menekankan kepada membentuk dan
membuat binaan dan mengenal kraftradisional. Ia banyak membantu saya dalam
memahami apa itu membentuk, membina dan juga kraf. Bagi tugasan ini, saya
dikehendaki membuat satu projek seni bertemakan flora. Melalui arahan tugasan
tersebut, saya mendapat idea untuk membuat ukiran kayu yang mana ia sangat
sesuai dengan tema tersebut. Malah saya telah memilih untuk membuat ukiran
bercorakkan bunga melati.
Semasa proses menghasilkan produk tersebut, saya dapat mempelajari
bagaimana untuk merancang pengurusan sumber, alat dan bahan yang sesuai dan
berkesan memberi kesan yang cantik dan kemas serta menarik. Selain itu, saya
diberi pendedahan tentang bagaimana cara untuk membuat ukiran corak pada kayu.
Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari cara untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Setiap apa yang kita rancang tidak semestinya akan berjalan dengan
lancar ini kerana kita mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. Setiap
perancangan mesti mempunyai plan A dan plan B supaya bila timbul sesuatu
masalah kita dapat menggunakan plan B untuk mengatasi masalah. Selain itu,
tugasan ini memberi pengalaman baru kepada saya dalam membuat ukiran
menggunakan kayu.
Namun setiap perancangan mesti ada kelemahannya dan masalah yang
timbul. Antara masalah pertama yang saya hadapi ialah kekeliruan tentang silat
yang mana saya tidak tahu apa itu silat. Selepas menghadiri bengkel ukiran barulah
saya mengetahui maksud sebenar silat tersebut. Masalah yang kedua ialah tempoh
yang diberikan untuk membuat tugasan ini pendek. Saya juga tidak jelas tentang
apa yang perlu dibuat kerana pensyarah belum memberikan penerangan secara
jelas. Bagi mengatasi masalah ini, saya cuba untuk mencari maklumat tentang
tugasan berdasarkan apa yang saya faham. Selain itu, pisau yang saya mahukan
tidak mencukupi dan terpaksa menunggu pada hari kemudiannnya kerana ia perlu
membuat tempahan terlebih dahulu. Ini menyebabkan proses penghasilan produk
tertangguh seketika.
Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberi pengetahuan baru kepada
sebagai bakal guru Pendidikan Seni Visual. Sebagai bakal pendidik, banyak yang
perlu saya pelajari dalam subjek ini kerana ia merupakan minor saya dan juga
banyak ilmu yang berguna yang dapat saya aplikasikan dalam pengajaran saya
nanti.

Você também pode gostar