Você está na página 1de 5

12

4.0 KECEDERAAN YANG MUNGKIN BERLAKU DISEBABKAN KESILAPAN


TACKLE
Sudah menjadi lumrah pemain bola sepak untuk tercedera kerana permainan ini
melibatkan banyak sentuhan antara pemain-pemain. Kadangkala kecederaan ini
hanya memerlukan sebulan untuk pulih dan ada pula yang memerlukan bertahun-
tahun untuk pulih. Kemahiran tackle merupakan salah satu kunci untuk mengelakkan
kecederaan yang teruk sama ada untuk diri sendiri atau pihak lawan. Dengan
menggunakan tackle secara sempurna, pemain-pemain yang terlibat dapat
mengelak daripada berlakunya kecederaan yang serius.
Kecederaan-kecederaan yang sering terjadi kepada pemain bola sepak






13

4.1 Kecederaan Lutut
Lutut merupakan anggota badan yang paling banyak digunakan oleh pemain bola
sepak. Oleh itu, kecederaan lutut merupakan perkara yang sangat lazim bagi
seorang pemain bola sepak. Tackle merupakan salah satu sebab akan kecederaan
lutut. Antara pemain-pemain bola sepak terkenal yang pernah cedera lututnya ialah
Michael Owen, Alan Shearer, Michael Essien, Ruud Van Nistelrooy dan Robert
Pires. Kecederaan lutut ini berlaku apabila lutut tersangkut atau bergerak jauh dari
badan apabila dikenakan dengan daya yang kuat serta sudut-sudut yang sesuai.
Antara kecederaan lutut yang paling serius ialah terkoyak cruciate ligament.
Ia juga sering dikenali sebagai ACL (Anterior Cruciate Ligament Tear). ACL ini
memerlukan masa yang agak lama untuk pulih,
sekurang-kurang 5-7 bulan bergantung kepada
tahap kecederaan. Ia memerlukan pembedahan
bagi membetulkan tisu-tisu yang koyak atau
sebagainya bergantung kepada kecederaan atau
tahap kekoyakkan.
Pembedahan dilakukan bagi menjahit atau
menggantikan tisu Cruciate Ligament yang koyak
dengan mengambil tendon graft daripada
harmstring atau pun patella (kepala utut).


Antara kecederaan lain yang melibatkan lutut ialah
koyak Cartilage atau pun Cartilage
Tear.Kecederaan ini merupakan kecederaan utama yang sering berlaku dalam Liga-
liga Eropah. Cartilage merupakan penyambung dua menisi dan ia boleh dijumpai di
sendi lutut. Cartilage Tear memerlukan pembedahan untuk memulihkannya dan 6
bulan rehat sekurang-kurangnya diperlukan bagi memastikan pemain betul-betul
boleh beraksi.
Kekuatan otot quadriceps dan
harmstring dapat mengurangkan
peratus kecederaan lutut seperti yang
telah dinyatakan. Bagi pemain yang
tercedera dan sudah selesai dengan
pembedahan, mereka memerlukan
masa 2 minggu rehat sebelum boleh
menjalani fisioterapi.


14

5.0 Anatomi atau otot-otot yang digunakan semasa dan selepas tackle
Semasa tackle dilakukan, beberapa otot penting utama akan meregang menandakan
bahawa pergerakan sedang dilakukan. Otot-otot ini perlu dilatih bagi memastikan
pemain tidak tercedera akibat daripada otot terkoyak kerana melakukan tackle.
Antara otot yang terlibat ialah harmstring.Tidak melakukan regangan badan atau
warming up sebelum permainan akan menjadi punca otot-otot utama sakit semasa
bermain bola sepak. Berikut merupakan otot-otot yang terlibat semasa tackle
dilakukan :
1. Core






Core merupakan otot yang sangat penting bagi seorang pemain bola sepak. Setiap
gerakan yang dilakukan akan melibatkan otot core ini termasuklah tackle. Core yang
lemah akan menyebabkan pergerakan tackle menjadi lambat dan kadangkala boleh
tersasar daripada sasaran iaitu bola. Mempunyai core yang kuat akan membuatkan
seseorang pemain itu lebih laju,tangkas dan stabil dalam semua kemahiran dalam
bola sepak termasuklah kemahiran tackle.
15

2. Quadriceps Hamstrings Glutes Calves (Otot-otot kaki)
Ketiga-tiga otot utama ini memainkan peranan penting dalam memastikan
pergerakan pemain kekal stabil sehingga tamat permainan. Dalam melakukan tackle,
regangan akan berlaku di ketiga-ketiga otot ini, kesilapan dalam melakukan tackle
selalunya akan menyebabkan kepala lutut tercabut ataupun sendi lutut koyak.
Ketiga-ketiga otot ini memainkan peranan penting dalam memastikan lutut tidak
tercabut ataupun terkoyak sendinya semasa melakukan tackle.
Anatomi lain yang terlibat semasa melakukan tackle ialah buku lali (Ankle). Dalam
permainan bola sepak kecederaan ankle akan sentiasa berlaku kerana berlakunya
tackle. Semasa melakukan tackle, buku lali akan bergerak atau tergantung sambil
bergerak ke arah sasaran. Kesilapan menyasarkan buku lali ke sasaran atau
kesilapan dalam menjaga timing tackle akan membuatkan buku lali tercedera.
Kecederaan ini kadangkala hanya lah lebam-lebam dan boleh juga terkehel
mahupun patah.


Rajah di atas menunjukkan betapa kompleksnya buku lali. Ini menunjukkan bahawa
buku lali juga merupakan anggota badan yang penting dalam melakukan tackle.
Semasa melakukan tackle, kedua-kedua pemain sama ada yang melakukan tackle
dan yang tidak melakukan tackle mempunyai risiko untuk cedera buku lali mereka.

16