Você está na página 1de 13

4/10/2014 ANALISIS PERSONALITI: March 2009

http://analisispersonaliti.blogspot.com/2009_03_01_archive.html 1/13
Thursday, March 12, 2009
Trauma
Trauma mempunyai definisi secara perubatan dan juga kejiwaan
atau emosi. Selama lebih 20 tahun dalam bidang motivasi terfokus
kepada analisis personaliti, trauma bagi saya ada kaitannya dengan
aspek kemurungan. Secara perubatan, trauma berarti cedera, luka,
atau shock fisik yang serius atau parah. Definisi ini sering
digabungkan dengan pengubatan trauma yang dipraktikan dalam
keadaan kecemasan dan mewakili pandangan terkini. Secara
kejiwaan atau emosi, trauma diandaikan sebagai sebuah maksud
yang berbeza dan berarti sebuah pengalaman secara emosi yang
menyakitkan, distress, dan mengejutkan, di mana biasanya
menghasilkan kesan mental dan fisikal yang mendalam.Trauma
secara kejiwaan, atau kekerasan emosi, intinya respon normal
pada sebuah peristiwa yang ekstrim. di mana ia melibatkan
pencitraan memori emosi tentang peristiwa distress yang tersimpan
sangat dalam di otak. secara umum, hal ini dipercaya semakin
berkaiat secara terus dengan tekanan, semakin besar kemungkinan
terjadi kekerasan emosi. Peristiwa amuk di sekolah yang semakin
kerap berlaku di Amerika dan German adalah sebagai contoh; murid
murid yang melihat temannya tertembak atau terbunuh secara
emosi akan terpengaruh daripada murid lain yang tidak melihat
ketika peristiwa itu terjadi, tetap mempunyai kemungkinan-
kemungkinan, sehingga dengan alasan ini semua anak anak dan
orang dewasa yang terlibat kekerasan atau bencana sebenarnya
hanya melihatnya melalui media cetak, Oleh itu mereka harus
diawasi supaya tidak wujud ap ayang diistilahkan sebagai disstress
emosional.
Pernahkan anda melihat orang melukis pokok yang seakan-akan
dipulas-pulas. Pokok yang dipulas-pulas menunjukkan pelukisnya
berada dalam keadaan stress. Walaupun perkataan stress itu agak
subjektif tetapi meletakkan imej yang dipulas-pulas menunjukkan
pelukisnya mahu meluahkan perasaan geram. Stress mahupun
traumatik yang dialami oleh pelukis tidak semestinya berlaku atau
terjadi sepanjang kehidupannya tetapi pernyataan yang paling
tepat ialah bila ia pernah berlaku. Barangkali ia berlaku ketika ia
sedang melukis, ketika usia remaja atau ketika usia kanak-kanak.
Sebenarnya elemen pulas pada imej pokok boleh kelihatan pada
bahagian kulit, dahan atau ranting, batang pokok mahupun
akarnya.
Posted by Dr main rindam at 5:04 PM No comments:
Wednesday, March 11, 2009
Kepelbagaian ciri pada lukisan pokok
Asalamualaikum wbt. Salam sejahtera.
Pokok adalah hidupan yang diciptakan oleh ALLAH s.w.t. bertujuan
melaksanakan fungsi yang tersirat. Al-Quran diturunkan dalam
tempoh 22 tahun 2 bulan dan 22 hari. Al-Quran menyebut banyak
Followers
Join this site
with Google Friend Connect
Members (9)
Already a member? Sign in
KENALI SAYA
Dr main rindam
Dr. Main Rindam dilahirkan di Parit
Penyengat, Muar Johor. Mendapat
Pendidikan awal di SK Sungai Sayong, SMK
Sultan Alauddin Bukit Besar, Kulai dan
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baharu
sebelum mendapat Ijazah Pertamadan
sarjananya dari UM. Beliau memperolehi
Ph.D dari USM. Telibat dalam bidang
motivasi dan pembangunan personaliti
lebih daripada 18 tahun. Bidang kepakaran
beliau selain bidang akademik, ialah
analisis personaliti dan terapi
anakkusayang. Pelbagai program
melibatkan pelajar, staf agensi kerajaan,
swasta, NGO, koporat dan industri telah
menggunakan khidmat beliau. Impian
beliau ialah untuk berkongsi ilmu bagi
membangunkan modal insan bangsa
Melayu agar mampu maju bersama bangsa
lain di alam ini.
View my complete profile
ANAK KU SAYANG
Terapi Anak Ku Sayang
BLOG RAKAN
Che Din
KATEGORI
Share
0

More

Next Blog thieng5542@gmail.com

Dashboard

Sign Out
ANALISIS PERSONALITI
Kenali Personaliti Anda Bersama Dr Main Rindam
4/10/2014 ANALISIS PERSONALITI: March 2009
http://analisispersonaliti.blogspot.com/2009_03_01_archive.html 2/13
kali tentang pokok-pokok dan tumbuhan yang boleh dimanfaatkan
oleh manusia. Antaranya ialah Allah s.w.t. berfirman yang
bermaksud:
" Sesungguhnya Kami telah mencurahkan hujan dengan curahan
yang menakjubkan. Kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan
belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, lalu Kami
tumbuhkan pada bumi biji-bijian. Dan buah anggur serta sayur-
sayuran. Dan zaitun serta pohon-pohon kurma. Dan taman-taman
yang menghijau subur. Dan berbagai buah-buahan serta
bermacam-macam rumput. Untuk kegunaan kamu dan binatang-
binatang ternak kamu (Abasa:24-32).
Ingatkah kita kepada hadis nabi Muhammad s.a.w. yang ini:
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a.
berkata: "Rasulullah s.a.w. berjalan melalui dua kubur yang baru
ditanam, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kedua
kubur ini sedang disiksa dan tidak disiksa kerana dosa besar,
adapun yang satu maka tidak bersih jika cebok dari kencingnya
dan yang kedua biasa berjalan membangkitkan fitnah. Kemudian
Rasulullah s.a.w. mengambil dahan pohon yang hijau lalu dibelah
dan menancapkan diatas kubur masing-masing. Sahabat bertanya:
"Ya Rasulullah, mengapakah engkau berbuat itu?" Jawab Rasulullah
s.a.w.: "Semoga Allah s.w.t. meringankan keduanya selama dahan
ini belum kering."
Marilah kita mencari erti keikhlasan. Ertinya Keikhlasan
(BERSIH HATI DARI SEGALA TUJUAN SELAIN KEREDHAAN ALLAH
S.W.T.)khususnya menerusi doa. Jika pokok yang menghijau itu
sentiasa berdoa, apatah lagi kita sebagai insan muslim.
Kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan. Malah doa itu juga
boleh dianggap sebagai ibu ibadah. Di dalam sebuah hadith riwayat
Imam Tirmizi yang berbunyi : Ertinya : Dari Anas bin Malik, dari
Nabi s.a.w bersabda : Doa itu adalah ibu atau hati ibadah. (Hadith
riwayat Imam Tirmizi)Ketahuilah, doa yang dipohon dengan hati
yang ikhlas lagi tawadu' akan memberikan kesan yang sangat besar
pada kehidupan kita. Melalui berdoa bukan sahaja memberikan
kebaikkan kepada diri kita malah juga kepada orang yang didoakan,
seperti contoh kejayaan anak-anak kita dalam pelajaran,
Kesejahteraan keluarga kita, ketenteraman Negara kita dan
sebagainya.Doa yang kita panjatkan pada Allah SWT pasti akan
diperkenankan. Ini janji Allah. Setiap doa kita pasti akan
diperkenankan atau Allah akan berikan yang lebih baik untuk kita.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 186:Maksudnya :
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku
maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah)
sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan
orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah
mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan
hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik
serta betul.Saudaraku, begitulah rahmat yang telah Allah berikan
kepada kita. Dengan kebijaksanaanNya dan kasih sayangNya Allah
SWT akan mengkabulkan doa-doa semua hamba-hambanya
(dipetik daripada khutbah jumaat majlis agama Islam Singapura, 24
Ogos 2007..
Kembali kepada perbincangan berhaitan pokok. Jika pokok yang
dilakarkan itu terbelah dua atau mengalami unsur-unsur kecacatan,
seperti patah atau ditebang, dipanah petir dan lainnya, ia
menggambarkan pelukisnya sedang mengalami masalah yang teruk.
Boleh jadi masalah mental atau masalah kemurungan.
Posted by Dr main rindam at 6:43 PM No comments:
Tuesday, March 10, 2009
Batang pokok.
Asalamualaikum wbt.
aktiviti (1)
anak ku sayang (1)
analisis personaliti (1)
motivasi (1)
tips personaliti (1)
Blog Archive
2012 (1)
2011 (6)
2010 (4)
2009 (15)
October (2)
September (2)
July (1)
March (8)
Trauma
Kepelbagaian ciri pada lukisan pokok
Batang pokok.
Akar pokok dalam lukisan projektif
Ranting dan personaliti
6 unsur (Matahari, Runah, Pokok, air,
bunga dan ul...
Makna dan fungsi ranting kepada
personaliti anak.
Makna daun kepada personaliti anak
February (1)
January (1)
2008 (24)
2007 (11)
4/10/2014 ANALISIS PERSONALITI: March 2009
http://analisispersonaliti.blogspot.com/2009_03_01_archive.html 3/13
Kata orang ubat sebenar kepada
sebarang jenis penyakit ialah otak
kita. Dalam bahasa akademiknya
minda. Beberapa pakar motivasi yang
mengerakkan idea berhubung
kekuatan minda atau kuasa minda
(mind power) berpendapat sekiranya
kita betul-betul fokus kepada sesuatu
perkara kita akan mampu
memperolehinya. Misal kata, kita
memberikan fokus seratus peratus,
dua ratus peratus atau lebih kepada keinginan untuk menjadi kaya,
dengan izin Allah s.w.t kita boleh menjadi kaya. Kekuatan minda
sebenarnya suatu aset yang sangat besar kepada manusia.
Kemampuan aqal untuk menjadi pemulih daripada semua jenis
penyakit sangat hebat namun kajian menunjukkan kita hanya
menggunakan kurang 10 peratus aqal kita dalam kehidupan kita
sehari-hari.
Hari ini saya akan mengaitkan lukisan
batang pokok dengan personaliti
seseorang. Lukisan batang pokok juga
boleh dihubungkaitkan dengan sikap
manusia itu sendiri. Lukisan batang
pokok (trunk) dapat menunjukkan ego
seseorang. Menurut kamus, ego ialah
rasa kepentingan diri. Rasa bangga diri,
maruah diri dan sesetengah
berpendapat ia berkait rapat dengan
keupayaan diri seseorang. Bahasa pasar kit akata, ego sebagai
"angkat bakul sendiri" atau puji diri sendirilah.
Setiap orang yang dilahirkan pasti
mempunyai ego sendiri. Kecil atau besar
bergantung bagaimana ia dipupuk atau
dibesarkan. Bagaimana ia mendapat
pendidikan format atau tidak, latar
belakang keluarga dan masyarakat juga
mempengaruhinya. Ego adalah satu
identiti sendiri. Ego adalah fikiran sedar
kita. Saiz ego dapat dilihat berdasarkan
saiz batang pokok yang dilukiskan oleh
seseorang. Jika saiz batang pokok kecil
atau melidi, ini bererti ia mempunyai ego yang kecil. Betulkah
begitu. Kecilnya ego bererti seseorang itu kurang berkeyakinan. Ia
sendiri tidak mengetahui kemampuan sebenar dirinya sendiri.
Kurang yakin pada diri sendiri dan kurang meletakkan kepentingan
diri di hadapan berbanding hal-hal lain. Tidak bercakap besar, tidak
hidung tinggi dan tidak juga suk a mengangkat bakul sendiri.
Namun kadang kala kecil-kecil batang pokokpun boleh dikatakan
mempunyai ego besar sebab seseorang yang melukiskan lakaran
menggunakan garisan tebal bagi menunjukkan banir atau alur atau
urat pokok menunjukkan kekuatan ego seseorang. Ia mungkin tidak
menunjukkan sikap penting diri sendiri seperti dalam bahasa
inggeris disebut "self fish" tetapi ia mungkin mempunyai sikap
"kepala batu" atau "pegun" atau tidak mahu dengar cakap. Anda
mempunyai pengalaman berdepan dengan akan yang tidak mahu
dengar cakap? walaupun anda pukul, rotan, cubit......pelbagai
"warning" telah dibuat tetapi ia tetap tidak mahu dengar cakap. Itu
menunjukkan saiz ego anak atau pelajar ini besar. Pendiam tetapi
tidak mahu dengar cakap atau nasihat. Satu bentuk ego juga.
Baragkali kit amempunyai pengalaman membawa anak ke pusat
membeli belah. Ada anak yang meminta-minta sehingga kita
4/10/2014 ANALISIS PERSONALITI: March 2009
http://analisispersonaliti.blogspot.com/2009_03_01_archive.html 4/13
"bengang". Di anak yang tu....yang tu juga yang di minta.
Walaupun puas dipujuk.....dia nak yang tu juga....nak....nak
....juga. Ada anak yang tak kisah langsung. Beli pun tak pa ...tak
beli pun dia tak kisah. Kita berdepan dengan ego anak sebenarnya.
Kata pakar, ego ada kaitan dengan keturunan....betul ke begitu?
Kembali kepada batang pokok, kecil menunjukkan saiz ego
seseorang kecil sementara besar menunjukkan egonya juga besar.
Jika sudah mengetahui saiz ego seseorang, berhati-hati jika mahu
memberikan nasihat. Berhati-hati jika mahu berhujah dengannya,
berhati-hatilah jika mahu meneruskan persahabatan atau
berkomunikasi dengan mereka. Jika dikaitkan dengan 7 sikap,
seorang ego jarang mempunyai sikap pesimistik. Mereka mempunyai
tiga sikap paling dominan iaitu optimistik (semua dia boleh), sinis
(selalu memandang serong kepada keupayaan orang lain dan
skaptikal (suka memperkecilkan kebolehan orang lain). Orang ego
tidak pragmatik dan buka seorang yang ideal mahupun realis atau
berpijak dibumi nyata. Seorang egi sangat mengangkat dirinya
sehingga ia sebenarnya tidak berada dalam dunia kenyataan.
Merek abukan seorang yang idealis sebab mereka suka
mengenepikan pendapat orang lain dan mereka bukan pragmatik
sebab mereka tidak suka bergantung pada orang lain.
Dr. Main R.
Centre 4 Distance Edu, USM.
12/3/09:9.45am.
Posted by Dr main rindam at 4:46 PM No comments:
Thursday, March 5, 2009
Akar pokok dalam lukisan projektif
Asalamualaikum wbt. Semoga anda yang
mengikuti blok ini berada dalam keadaan
mental dan emosi yang sihat serta ikhlas.
Pada hari ini saya akan menyambung
perbincangan kita berhubung personaliti
berasaskan analisis pokok. Kali ini saya akan
membincangkan apakah peranan akar pokok
kepada kehidupan insan. Akar sangat asas
kepada hayat sebatang pokok. Akar pokok
tersembunyi di bawah tanah. Akar pokok selain menjadi alat untuk
pokok menyerap makanan sehingga jauh ke dalam bumi. Ia juga
menentukan tegap atau sebaliknya kedudukan sebatang pokok.
Lebih daripada itu akar boleh menjadi ubat yang sangat mujarab
kepada kehidupan di sekelilingnya. Jadi apakah pandangan kita
terhadap akar pokok. Akar pokok adalah asas, oleh itu apakah asas
kepada kehidupan manusia yang fungsinya menyamai akar.
Akar dikatakan saling berkait antara satu sama lain dengan
kehidupnan manusia. Pokok tanpa akar atau pokok yang
mempunyai akar yng rosak menunjukkan situasi kurang selamat
yang dirasai atau alami oleh pelukis atau tukang lakar lukisan tadi,
Sementara bagi mereka yang melakar akar yang terlalu bnyak pula
membawa maksud atau situasi melampau yang berlebihan. Jika
anak merasakan kurang selamat, apakah tindakkan utama yang
akan dilakukan. Rasa kurang selamat muncul disebabkan banyak
faktor. Anak merasa kurang selamat jika ibu bapanya tidak berada
dekat dengannya. Anak merasa kurang selamat disebabkan oleh
persekitaran atau keadaan sekelilingnya. Anak yang sedang belajar
4/10/2014 ANALISIS PERSONALITI: March 2009
http://analisispersonaliti.blogspot.com/2009_03_01_archive.html 5/13
di tadika tiba-tiba berubah sikap kerana merasakan keadaan
sekelilingnya kurang selamat. Penjaga yang garang dan tidak
penyayang adalah punya yang dikesan mengapa anak di tadika
merasa kurang selamat. kanak-kanak akan menangis bila mereka
merasa kurang selamat. Sikap mereka juga berubah.
Remaja dan orang dewasa juga mempunyai perasaan kurang
selamat, bergantung kepada situasi tertentu. Seorang pelajar
merasa kurang selamat bila ia tidak menyiapkan kerja sekolahnya.
Mereka jug a merasa kurang selamat bila keputusan ujian tidak
memuaskan. Dengan masalah disiplin yang mulai melampau
sekarang ini, pelajar merasa kurang selamat bila berada di sekolah.
Baca akhbar hari ini, seorang pelajar ditikam dengan lawi ayam di
Kelantan hanya kerana ia cuba meleraikan pergaduhan rakan
sekolah mereka. Kenapa pelajar membawa senjata ke sekolah?
Sebabnya ia merasa kurang selamat di sekolah. Senjata digunakan
untuk melindungi dirinya dan sekarang ia digunakan bukan sahaja
untuk melindungi tetapi untuk mencederakan orang yang mahu
mendamaikan pertelingkahannya. Sejauhmana ia benar ia masih
dalam siasatan.
Akar yang mati menunjukkan perasaan
pelukisnya yang terputus daripada
keadaan sebenar atau realiti. Berlaku
kekosongan dan kehampaan atau rasa
putus asa atau harapan pada dirinya.
Kenapa perkara ini boleh berlaku. Anak
kecil yang berada dalam persekitaran
keluarga yang bercerai, anak yang
gagal mendapat perhatian ibu bapa
atau rakan, anak yang gagal dalam
ujian atau apa juga pertandingan adalah antar amereka yang
mengahadapi masalah ini. Remaja yang gagal bercinta, gagal untuk
ke IPTA, gagal untuk mendapatkan pekerjaan dan situasi-situasi
lain yang pelbagai adalah punca kenapa sintom ini wujud.
Akar mempunyai seribu satu warna. Setiap satu perlu dianalisis
atau diknosis dengan teliti sebelum kit adapat mengetahui kenapa
pelukis memilih untuk melakarkan imej sebegitu. Lukisan projektif
adalah jalan pintas untuk mengetahui situasi yang dialami oleh
pulukis. Lukisan projektif sebenarnya dapat membuat telahan
tentang apa yang tersimpan di dalam tanah atau di dalam hati
pelukisnya. Soalan hanya bertujuan mendapat pengesahan atau
untuk mendapatkan jawapan yang lebih ampuh atau kejap. Lukisan
projektif dapat menerangkan 90 peratus air yang berada di bawah
permukaan air atau akar yang terpendam dan disembunyikan di
dalam bumi.
Dr. MainR
PPPJJ, USM. 6/3/2009.
Posted by Dr main rindam at 4:46 PM No comments:
Wednesday, March 4, 2009
Ranting dan personaliti
Asalamualaikum wbt.
Cepat benar masa berjalan. Ketika saya menulis di blog ini jam
sudah menunjukkan ja 12.15 tengahari. Sambil menyiapkan buku
berkaitan hujan asid di Malaysia, saya luangkan sedikit untuk
menulis kembali analisis personaliti berkaitan objek ranting dalam
lukisan projektif, pokok. Melukis pokok sekakan kurang serinya jika
4/10/2014 ANALISIS PERSONALITI: March 2009
http://analisispersonaliti.blogspot.com/2009_03_01_archive.html 6/13
tidak melukis ranting. Ranting yang bersaiz
kecil menunjukkan pelukisnya mempunyai
aras keyakinan yang rendah. Justeru ia
merujuk kepada satu situasi di mana
pelukis menunjukkan kemahiran yang
terhad untuk keluar daripada keupayaan
sebenarnya atau potensi sebenarnya.
Bercerita tentang potensi seorang pelajar.
Semua pelajar mampu mendapat semua A
dalam mata pelajaran mereka baik semasa
PMR mahupun SPM. Boleh dan memang
boleh. Cumamnya bagaimana yakinnya kita untuk mencapai
straight A itu masih dipersoalkan. Jika melukis, pelajar yang dengan
sendiriny amelukis ranting kecil dan halus....walaupun berseni
tetapi sebenarnya ia kurang yakin untuk menunjukkan keupayaan
dirinya yang sebenar, masih dibataskan oleh rasa kekurangan diri
sendiri. Bagi dahan yang besar ia menunjukkan keupayaan untuk
keluar bagi memenuhi impian diri sendiri.
Cabang ada yang dilukis secara liar dan ada
juga cabang yang dibentuk dalam bentuk
sato pol akecil. Jik alakaran seperti ini
kelihatan ia menunjukkan anak tadi
menunjukkan satu sifat agresif dalam
meinginannya untuk menggarap apa yang
diinginkan. Ada juga pelukis yang
melakarkan dahan yang dipulas dan jika ini
berlaku terdapat unsur mematikan atau
membantutkan usahanya untuk berkembang
atau meningkat keluar. Dahan yang mati pula menunjukkan
kekosongan dan putus asa pelukis untuk mengeksploitasi kemahiran
atau keupayaannya sendiri. Perhatikan lukisan pokok di sebelah
kanan anda. Sihat dan subur, bersemangat dan hidup. batang,
cabang, dahan dan ranting mencambah seimbang. Bukankah ini ciri
kehidupan seimbang yang diidamkan. Perhatikan bilangan cabang
yang banyak, dahan yang besar serta ranting yang banyak.
Tengoklah betapa orang ini sangat bersemangat dan bersungguh-
sungguh u ntuk menunjukkan keupayaannya....bakatnya.....serta
keinginannya untuk menguasai dunia. Perhatikan daun yang
terperinci lakarannya, bunga yang terang....semuannya
menunjukkan kehidupanny ayang serba sempurna. Sememangnya
sempurna. ada unsur kebahagiaan.
Perhatikan lukisan anak-anak kita,
bagaimana bentuk ranting dan dahan
pokok yang dilukiskannya. Mengapa
anak tidak melukis dahan, ranting
mahupun canbang pokok yang
dilukiskannya. Mengapa terdapat
unsur patah,potong atau torehan
pada cabang mahupun dahan pokok. Semuany amemberikan
maklumat tentang personaliti anak-anak kita yang semakin
membesar.
Dr. MainR
Posted by Dr main rindam at 8:14 PM No comments:
6 unsur (Matahari, Runah, Pokok, air, bunga dan ular)
4/10/2014 ANALISIS PERSONALITI: March 2009
http://analisispersonaliti.blogspot.com/2009_03_01_archive.html 7/13
Asalamualaikum wbt. Seorang ibu, kenalan rapat saya ada
menghantar sms yang mahu berkongsi perbincangan tentag lukisan
projektif 6 unsur. Saya tidak
berkeberatan untuk berkongsi
pengalaman dan juga
pengetahuan berkaitan
dengannya. Lantas saya pulang
kerumah dan membelek-belek kes
pelajar yang pernah mengikuti
kelas atau seminar saya
berkaitan analisis enam unsur ini.
Setelah mencari beberapa ketika
saya bertemu dengan satu
'bundle" kes yang melibatkan pelajar tahun lima SK Batu Lancang,
Pulau Pinang. Ketika ujian ini diambil, merek berada dihujung
semester tahun 2008. Mari kita berkongsi perbincangan berkaitan
lukisan yang telah dihasilkan oleh pelajar tersebut.
Enam unsur yang dimaksudkan ialah elemen matahari, rumah,
pokok, air, bunga dan ular. Apa rasionalnya elemen-elemen
tersebut terhadap kehidupan atau personaliti anak-anak. Elemen
matahari kepada kehidupan ialah sumber tenaga. Ia merupakan
sumber tenaga kepada pokok untuk memasak makanannya iaitu
menerusi proses fotosentesis, manakala kepada manusia pula ia
dikatakan sebagai sumber tenaga dalam bentuk semangat, jiwa
atau perasaan. Kecil atau besarnya matahari (saiz) atau terang
atau malapnya cahaya atau panas atau sejuknya bahangan
matahari ditujukkan menerusi bagaimana terangnya warna matahari
tersebut atau memancarnya cahaya matahari tersebut dilakarkan.
Dalam jiwa atau hati anak-anak siapakah yang menjadi tenaga
atau pembakar semangat kepada kehidupan mereka.....seorang
ayah. Matahari umpama seorang ayah. Secara fokus ayah adalah
ketua keluarga yang mencari nafkah untuk keluarga terus hidup.
Jadi ayah merupakan sumber tenaga untuk kehidupan. Ayah
sumber semangat untuk terus hdup dan ayah menjadi sumber
inspirasi.
Pokok, selain memberikan buah kepada kehidupan lain ia juga
menjadi tempat berteduh. Bila sebut sahaja tempat berteduh di
situlah letaknya kasih sayang. Pokok tidak dapat menempiaskan
perasaan marah, yang ada hanya redup dan sejuk oleh warna hijau
dedaunnya dan rendang dahan serta rantingnya. Melihat pokok
yang diciptakan oleh Allah s.w.t ke alam dunia ini memang cukup
aggung dan hebat fungsinya. Ia bukan sahaja menyejukkan insan
dan hidupan lain kerana fungsinya yang membekalkan oksigen
untuk kehidupan tetapi ia juga menyerap karbon dioksida untuk
membersihkan kotoran di bumi ini. Siapakah dalam alam ini yang
mempunyai jiwa pemberi dan pembersih ini jika bukan peranan
seorang ibu. Justeru itu, pokok adalah pelambangan peranan
seorang ibu. uniknya, pokok memerlukan tenaga daripada matahari.
oleh itu jika kedudukan matahari dan pokok saling berhampiran, ini
menunjukkan hubungan antara pokok dengan matahari sangat
dekat atau rapat. Dalam bahasa cinta ia membawa maksud
kehidupan yang bahagia.
Rumah dalah pelindung kepada manusia. Pelindung daripada bahang
matahari dan juga diredupkan oleh sebatang pokok yang hidup di
tepi rumah atau di bahagian depan atau belakang rumah. Jika
matahari adalah sumber tenaga, pokok pul abersifat pengasih dan
peyayang, bagaimanapula rumah. Rumah adalah ego. Ego kepada
diri seseorang dan jika yang mengambil ujian ini adalah seorang
anak, maka ia berkaitan ego dan personaliti seorang anak. Rumah
perlu dilihat daripada pelbagai sudut, misalnya kedudukan di atas
kertas, saiznya, bahan binaannya, bilangan tingkap dan pintunya
dan lakaran tambahan yang disulamkan bagi mengindahkan
4/10/2014 ANALISIS PERSONALITI: March 2009
http://analisispersonaliti.blogspot.com/2009_03_01_archive.html 8/13
imeginasi binaan rumah tersebut dalam hidup anak-anak atau
pelukisnya. Rumah dan matahari, jik amatahari diletakkan betul-
betul di atas bumbung rumah, ertinya anak sangat menyanjungi
atau menghormati ayah. Meletakkan rasa hormat yang tinggi
kepada ayah atau bapa sangat jarang berlaku pada anak-anak hari
ini. Kebanyakan lakaran akan meletakkan matahari berada pada
kedudukan sedang naik atau sedang turun bergantung kepada
imeginasi atau visualisasi masing-masing. Kembali kepada lakaran
rumah. Saiz rumah yang besar menunjukkan anak mempunyai ego
yang besar. Jik arumah lebih besar dan tinggi daripada pokok, maka
ini menunjukkan si anak berkelakuan besar kepala kepada ibu atau
uminya. Ego anak lebih tebal berbanding ibu dan sering berlaku
episod anak lebih berkuasa berbanding ibunya. Malah ibu acap kali
terpaksa mendengar kata-kata anak berbanding kata-katanya
sendiri. Fenomena anak tidak mendengan cakap ibu pada hari ini
semakin lumrah. Ini menunjukkan akhlak anak sudah bejat.
Perhatikan bil aibu menyuruh anak membaca buku, ketika ia sedang
asyik bermain game komputer atau menontoh siri katun
kegemarannya......dengar apa
jawapannya......nanti.....nanti.....atau jika suruh ia membasuh
kasut....membuang sampah.....menjaga adik dan sebagainya.
Jawapannya hampir sama.....nanti dulu......dll. Rumah yang memiliki
tingkap kurang daripada 3 mengesahkan bahawa anak ini sangat
ego. Tingkap terbuka atau tertutup, jika tertutup ertinya fikiran
dan hati kita tertutup kepada idea atau pandangan orang lain.
Bagaimana pintunya, jika terbuka kita mengalu-alukan pengunjung
atau tetapi jik atidak maka sebaliknyalah. Bagaimana jika rumah
ada cemeni atau cerombong dan adapula asap yang keluar
daridalamnya. Cemeni dan asap adalah simbol keinginan anak untuk
berhubung dengan orang luar. Ini menunjukkan anak-anak tadi
mempunyai kecendrungan untuk membuat hubungjalin dengan
rakan-rakan di luar sana.
Bagaimanapula dengna unsur air, air merujuk kepada perasaan,
jiwa atau semangat pelukisnya. Untuk mengetahui lebih lanjut kita
perlu melihat bentuk jisim air tersebut. Sama ada ia dilukis dalam
bentuk sungai, laut, kolam, air hujan atau boleh sahaja dalam
bentuk air paip, dalam baldi mahupun air dalam cawan. Perasaan
yang bebas dan gembira selalunya ditunjukkan dalam bentuk air
sungai dan juga laut. Air yang berkait dengan rasa tertekan
selalunya ditunjukkan dalam bentuk kekangan seperti air kolam,
baldi mahupun telaga. Air ini terkongkong dan tidak boleh mengalir.
Air hujan lebih kepada anak yang suka menolong orang lain.
Bunga adalah lambang persahabatan atau percintaan. Bunga yang
mekar, begitulah keadaan hati dan perasaan anak-anak kita ketika
memanjat usia remaja. Penuh dengan perasaan ingin disukai dan
dibelai. Perasaan ingin berbicara atau berbual, perasaan ingin
berpasangan. Perhatikan bagaimana anak-anak melakarkan bunga
tersebut. Adalah lakarannya hidup atau sebaliknya. Perhatikan pula
bilangan pokok bunga tersebut. Jika lebih daripada satu, di situ lah
letakkan keterbukaan anak untuk meneruma atau tidak belanja
kawan. kanak-kanak yanghatinya bersih selalunya melukis bunga
lima kelopak, bunga biasa atau bunga yang belum ada jiwa atau
terisi dengan perasaan cinta. Tetapi remaja atau anak belasan
tahun lebih suka bunga ros iaitu bunga lambang kasih. Jika begitu
keadaannya, maka unsur bunga dan perasaan kasih memamg ada
kesinambungannya.
Ular adalah lambang masalah anak. Jika ular hampir dengan rumah
ia bermaksud anak sedang stress, sementara jika ular jauh
daripada rumah, anak lebih tenang. Saiz ular atau jenis bisa ular
tersebut menunjukkan berapa aras bahaya masalah tersebut
kepada diri pelukisnya. Jika ia besar dan berbisa, anak sedang
menghadapi masalah besar. Kitalah yang perlu memberikan kata-
4/10/2014 ANALISIS PERSONALITI: March 2009
http://analisispersonaliti.blogspot.com/2009_03_01_archive.html 9/13
kata semangat kepadanya dan
menenangkan dirinya.
Berdasarkan lukisan yang saya
lampirkan, perhatikan saiz rumah
yang lebih besar daripada rumah,
menunjukkan ibu lebih banyak
mengalah dengan kehendak anak
dan anak lebih "berkuasa" dalam
banyak hal. Lohat tingkap
(kurang daripada 3) yang
tertutup begitu juga pintu yang
tertutur. Ini menunjukkan saiz ego anak ini cukup besar. Lihat
pokok (ibu) yang ada dahan tetapi tidak ada daun, tidak ada
bunga dang juga buah, pokok tidak ada buah dan bunga ertinya
tidak gembira (tertekan) serta bersaiz lebih kecil. Perhatikan juga
sungai di belakang rumah yang bermaksud dalam apa juga keadaan
anak ini tidak memberikan penekanan soal perasaan, tetapi ia lebih
memberikan penumpuan soal keegoannya....keinginannya
dulu....kepentingan dirinya dulu berbanding perkara lain. Benarkah
begitu, ia masih perlu dianalisis dengan teliti. Pokok bunga dalam
pasu yang menunjukkan anak ini merasakan kehidupannya
dikongkong oleh ibu bapa mereka. Lihat saiz ular yang
kecil.....budak ini tidak ada banyak masalah. Lihat saiz matahari
yang besar dan sangat terang (lihat cahayanya yang memancar).
Lihat kedudukan matahari yang menghindar sedikit daripada rumah
tetapi sangat dekat dengan pokok. Hubungan pokok dan matahari
sangat dekat.
Penyelesaian terdekat ialah dengan membawa anak bersama ibu
dan bapanya datang berjumpa saya untuk bersama-sama dalam
program anakku sayang. Program terapi ini bertujuan mengetahui
lebih dekat personaliti anak, melakukan baik pulih atau melakukan
pengukuhan. Fokus kit aialah untuk membentuk TQI atau total
quality insan. Konsep ini boleh dicapai menerusi keseimbangan
empat perkara, minda, emosi, fizikal dan rohani. Program anaku
sayang merupakan program ke arah TQI. Mendekatkan anak, ibu
dan bapanya. Memahami hati ke hati. Lebih dekat......lebih
terkesan dan menyentuh perasaan serta air mata.
Allhwuallam. SubhanaAllah.
Dr. MainR
Boleh dihubungi menerusi e-mail: rmain@usm.my.
PPPJJ, USM.
Posted by Dr main rindam at 5:05 PM 2 comments:
Monday, March 2, 2009
Makna dan fungsi ranting kepada personaliti anak.
Cabang dan ranting pokok memiliki seninya yang tersendiri. Begitu
juga apabila kita melihat lukisan pokok yang dilakarkan oleh anak-
anak kita. Pokok dan dahan serta ranting tidak dapat dipisahkan.
Sepohon pokok akan hilang serinya jika tidak dihidupkan dengan
dahan dan ranting. Ringkasnya dahan dan ranting adalah satu
senario pemandangan pokok yang indah dan cantik untuk
dipandang.
Kenapa pokok mesti mempunyai dahan dan ranting. Sebatang
pokok tanpa dahan maka jadilah ia seperti pokok ubi, buluh atau
4/10/2014 ANALISIS PERSONALITI: March 2009
http://analisispersonaliti.blogspot.com/2009_03_01_archive.html 10/13
pokok tebu. Dahan dan ranting
menjadikan pokok tersebut lebih
berkeupayaan untuk mencambah
dan menyemarakkan daunnya. Ia
juga membolehkan pokok
tersebut menambahkan potensi
untuk berbuah atau berbunga
lebih. Pokok yang berdahan dan
berranting besar juga boleh
menjadi pelindung kepada lebih
banyak habitat di sekeilingnya.
Pokok yang berdahan besar dan
lebar tentunya lebih sihat berbanding pokok yang tidak berdahan.
Pokok yang berdahan dan berranting besar tentunya kelihatan
lebih berkuasa berbanding pokok yang tidak berdahan atau
beranting.
Memandangkan sifat dahan dan ranting dapat menunjukkan gahnya
sebatang pokok maka dahan dan ranting sering dirujuk sebagai
satu tanda egois seseorang. Oleh itu saiz dahan selalunya dirujuk
sebagai satu darjah ego seseorang. Lakaran dahan secara
langsung dapat menunjukkan bagaimana seseorang itu berusaha
untuk menunjukkan tahap atau aras egonya kepada orang lain.
TETAPI kepada saya, secara halusnya ia menunjukkan usaha
seseorang untuk meneroka dunia luar dan menyokong apa sahaja
yang memberi faedah kepada diri sendiri. Lihat saiz dahan yang
dilukiskan oleh anak-anak, jika besar saiznya maka ia sedang
berusaha untuk menonjolkan ogonya kepada dunia luar dan menjadi
seseorang yang sangat kuat berpegang dengan pendiriannya
walaupun ia tahu apa yang diperjuangkannya itu selalu salah dan
mengikut perasaan. Kalau ia bercinta, ia akan memenangkan apa
yang dicintainya. Kalau ia suka sangat bermain bola ia akan
menekankan yang bola itulah segala-galanya dan jika ia merasakan
tusyen itu sangat baik maka ia akan seboleh-bolehnya memaksa
ibu bapa mereka untuk menghantar dirinya ke pusat tusyen. Asal
sahaja tindakannya itu menyokong apa sahaja yang dirasakan
memberikan faedah kepada dirinya sendiri. Jangan salah faham bila
berbincang tentang ego atau kepentingan diri. Tajuk ini say afokus
ego dalam bentuk bersemangatnya seseorang untuk meneroka
dunia luar. Dua yang serba mungkin. Bersemangatnya seseorang
sehingga ia tidak mahu mengambil peduli apa orang lain kata atau
pendapat orang lain. Ia suka mengikut kata hati. Emosinya
menyatakan ia sahaja yang betul...atau gurunya sahaja yang
betul...atau kata-kata ibu bapanya sahaja yang betul. Ego di sini
ialah satu usaha untuk meneroka duni aserba mungkin dan
pelukisnya mahu mengikut cara dirinya sahaja sebagai satu cara
yang paling betul. Yes...ia pasti menimbulkan konflik....konflik
berlaku bila pertembungan antara dua ego terjadi. Ada
pemenangnya atau boleh saja tidak ada siapa yang menangpun.
Apabila kita melihat dahan pokok dicantas atau dipotong dalam
lakaran anak-anak kita atau orang lain, ia memberikan maksud
yangkurang sihat. Ia menunjukkan satu aras kesukaran untuk diriny
amencapah keluar. ia merasakan dirinya tersekat itu danini. Ia
menjadikan dirinya tidak berpotensi dan merasakan dirinya sering
dihentam atau disekat oleh orang lain. Namun adakalanya
penganalisis berpendapat pencantasan dilakukan oleh pelukis bagi
menghadkan usahanya sendiri yang agak liar dan sukar untuk
dibentuk dari aspek pencambahannya. Dia sendiri merasakan ia
sangat rakus untuk mencampah sehinggakan orang lain dirasakan
sukar untuk mengawal dirinya sendiri, akhirnya dia merasakan
hanya dirinya yang dapat mengawal perilaku atau kerakusannya
untuk mencampah. Adakah anda merasakan anak-anak rempit,
bohsia atau yang mengalami salah laku mempunyai dahan yang
tercantas. Atau anda merasakan anak-anak yang tertekan
4/10/2014 ANALISIS PERSONALITI: March 2009
http://analisispersonaliti.blogspot.com/2009_03_01_archive.html 11/13
mempunyai dahan yang tercantas. Atau
anak-anak yang hyperaktif mempunyai
dahan tercantas. Ia memang menjadi satu
persoalan yang memerlukan penelitian
yang sungguh-sungguh.
Dahan pokok memberikan personafikasi
yang pelbagai. Bermula dari soal keinginan
untuk mencambah keluar.....meneroka
dunia luar....menunjukkan sifat dan
kekuatan ego seseorang, ia jug
amenyimpan pelbagai rahsia tentang
keseimbangan diri seseorang. Tuhan
menciptakan dahan kepada sebatang pokok untuk menunjukkan
berselerannya pokok tersebut untuk berkembang dan
subur....hidupnya. Begitu jugalah manusia.....ego menjadikan
manusia berusaha keras untuk menonjolkan potensi hidupnya.
Tanpa dahan pokok hanya lurus meninggi dan berusaha
melepaskan pucuk masing-masing. Dengan dahan pokok bisa
merendang dan memberikan naungan yang lebih luas.
Allah s.w.t maha mengetahuni.
Dr. Main Rindam.
Posted by Dr main rindam at 10:07 PM No comments:
Sunday, March 1, 2009
Makna daun kepada personaliti anak
Asalamualaikum wbt.
Setiap sesuatu kewujudan di muka bumi ini pasti ada
permulaannya. Lahirnya seorang anak di mulakan dengan wujudnya
ayah dan ibu dan begitulah seterusnya. Sesungguhnya ketika saya
menulis tajuk ini, lagu ayah dan ibu sedang berkumandang menjadi
ulam deria dengar saya. Senikatanya cukup menyentuh perasaan.
Anak, memang menjadi nantian setiap pasangan yang baru
memulakan alam rumah tangga. Malah anak-anak ini menjadi
nostaljia kepada pasangan yang sekarang tinggal hanya berdua.
Semua anak-anak sudah dewasa dan pandai berdikari.
Namun bukan ini tajuk perbincangan asal kita sebenarnya. Apa
yang mahu saya bicarakan kali ini ialah bagaimana daun sepohon
pokok boleh menunjukkan personaliti anak kita. Daun sangat
penting kepada pokok. Perhatikan apabila benih bercambah. Objek
yang mula-mula tumbuh atau mencapah keluar ialah daun. Bermula
dengan dua helai di sebelah kiri dan kanan ia kemudiannya
bertambah hingga ke satu angka yang sukar untuk dikira. Daun
sangat penting kerana ia menunjukkan permula kepada satu
kehidupan. Ia lambang semangat sesuatu kehidupan. Bukan suatu
simbol kegembiraan tetapi ia lebih kepada simbol harapan atau jiwa
atau perasaan meruap-ruap untuk memulakan kehidupan. Ditambah
dengan warna hijau segar, ia menunjukkan kehidupan yang dinanti-
nantikan. Kepada kita yang melihat sendiri bagaimana daun-daun
benih yang kita tanam bercambah menjadikan jiwa kita cukup
segar, mekar dan bersemangat. Apatah lagi kepada benih itu
sendiri. Jadi daun adalah jiwa kepada sepohon pokok.
4/10/2014 ANALISIS PERSONALITI: March 2009
http://analisispersonaliti.blogspot.com/2009_03_01_archive.html 12/13
Maka saya panjangkan lagi, daun adalah simbol yang menunjukkan
usaha untuk menonjolkan diri sendiri. Sama seperti benih yang bari
tumbuh. Daun yang keluar dari permukaan bumi adalah
menunjukkan usaha untuk menonjolkan diri...usaha untuk
menunjukkan kewujudan diri...usaha untuk menunjukkan yang kita
ada atau pernah ada di permukaan bumi ini, so TOLONG
PERHATIKAN KAMI.
Oleh itu apabila anak-anak melukis sepohon pokok, perhatikan
daun-daun yang dilakarnya. Kerana daun adalah jiwa dan
semangat serta keinginanny aanak untuk menerangkan
kewujudannya dalam keluarga dan mata ibu bapa masing-masing.
Secara serius, aras tumbesaran menunjukkan pokok berusaha
untuk mencapai atau mengaut sebanyak mana tenaga matahari
yang boleh. Daun adalah instrumen atau alat untuk memasak
makanan. Daun tempat berlakunya proses fotosentisis. Malah bagi
sesetegah daun, di situlah ia mencambahkan benihnya untuk
membiak. Lihat bagaimana akan melukis daun, adalah ia hanya
melukiskan lakaran kasar seperti satu bingkai atau "frame" bagi
menunjukkan daun. Lihat bagaimana rakusnya daun pokok yang
dilukiskan oleh anak-anak kita, kajikan bagaimana berseleranya
daun-daun tersebut mendapatkan cahaya matahari. Lihat
kedudukan pokok itu sendiri, adakah ia diletakkan di bahagian atas
kertas atau di tempat lain. Semuanya d apat memberikan makna
terhadap personaliti anak-anak kita. Anak yang bersemangat
selalunya akan melukis:
Pokok di bahagian atas kertas
Pokok yang mempunyai daun lebat
Daun yang dilukis besra-besar dan satu persatu
Daun yang sihat dan segar
Daun yang selalu mencapah ke udara.
daun yang sentiasa laparkan cahaya matahari.
Pokok tanpa daun menunjukkan situasi atau keadaan pokok yang
kurang atau tidak sihat. Pokok yang menggugurkan daunny
amenunjukkan pokok tersebut kehilangan semangat tetapi masih
mahu meneruskan kehidupan. Sama seperti pokok getah pada
musim kemarau. Daun-daun digugurkan bagi meneruskan
kehidupan. Apabila anak melukis pokok tanpa daun, ia menunjukkan
situasi kurang sihat. Pokok tanpa jiwa, semangat atau perasaan. I
amenunjukkan anak berdepan dengan perasaan hampa yang bukan
kepalang. Anak-anak yang berdepan dengan keputusan
peperiksaan yang kurang membrangsangkan sering menunjukkan
keadaan begitu. Anak yang sering dihukuk atau didera jug a
menunjukkan keadaan begitu. Wanita yang mengalami kemurungan
juga menunjukkan ciri begitu.
Pokok tanpa daun juga mempunyai potensi untuk tidak berbuah
kerana daun sangat penting untuk fotosentesis dan pembesaran.
Kepada seorang lelaki, pokok tanpa daun juga dilakarkan oleh
golongan yang kecewa. Salah satu punca kekecewaan t ersebut
ialah putus cinta, kematian, kehilangan pekerjaan dan banyak
faktor lain yang menyumbang kenap apokok yang dilakarkan tidak
berdaun. Tanpa fotosentisis yang mencukupi, pokok tidak berdaya
maju untuk berbuah dan dalam kes ini tidaklah sampai mabuk daun.
Mabuk daun juga menyebabkan pokok tidak berbuah, kerana asyik
mengeluarkan daun sahaja. Jika diterjemahkan kepada manusia,
anak yang mementingkan penampilan sahaja tanpa usaha juga
belum tentu dapat membuahkan hasil. Sebab itu pokok yang hanya
dilakarkan "crown" sahaja menunjukkan pokok yang terlalu lebat
daunnya sehingga mabuk daun. Ini menyebabkan pokok jarang
atau tidak berbuah lagi. Daun gugur menunjukkan kemurungan atau
sedang mengalami peristiwa kemurungan yang memerlukan seorang
4/10/2014 ANALISIS PERSONALITI: March 2009
http://analisispersonaliti.blogspot.com/2009_03_01_archive.html 13/13
Newer Posts Older Posts
rakan untuk merawatnya. Kemurungan boleh sahaja berpunca
daripada pelbagai faktor atau sebab.
Adakah anak kita melukis daun yang terperinci urat sarafnya. Jika
daun yang dilukiskan itu agak terperinci, ia membawa maksud anak
ini sangat fokus daya pemikirannya. Cita-cita serta harapannya
juga terfokus kepada satu objektif. Daun yag terfokus
menunjukkan keadaan agresif. Ia sering merujuk kepada anak-anak
yang mempunyai keinginan serta semangat kental untuk
mendapatkan apa yang mereka idamkan seperti kasut bola, game,
PS3, straight A dan sebagainya.
Allahwuallam.
Posted by Dr main rindam at 10:09 PM No comments:
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Você também pode gostar