Você está na página 1de 5

Ada penindasan, ada perlawanan

Hishamuddin Rais
10:57PM Feb 14 2011


Sebelum saya berkisah tentang Mesir lebih baik saya buka sedikit tentang sejarah politik yang
lebih dekat dengan wilayah kita sendiri. Biar saya surahkan kepada anak anak muda yang masih
amat muda ketika Presiden Marcos dari Filipina dan Presiden Soeharto dari Indonesia berada di
puncak kuasa. Mereka berdua antara beberapa diktaktor ganas yang pernah muncul di arena
politik Asia Tenggara.

Di zaman Perang Dingin perang idealogi sosialis lawan kapitalis - Amerika Syarikat memelihara
berpuluh-puluh ekor diktaktor. Di Amerika Latin dan di Afrika bersepah-sepah kepala negara
yang merampas kuasa dan menjadi ditaktor. Bagitu juga di Asia Tenggara Vietnam, Laos,
Burma , Thailand dan Korea Selatan. Semuanya di bawah junta tentera dan ditaktor.

Di zaman inilah Marcos dan Soeharto wujud. Kedua-dua presiden ini adalah budak suruhan
Amerika Syarikat yang amat setia. Mereka naik takha kerana Amerika memerlukan khidmat
mereka. Amerika Syarikat memberi sokongan politik, sokongan ekonomi dan membekalkan
senjata kepada para ditaktor ini. Sifat ditaktor ini sama sahaja ketika Perang Dingin: Mereka anti
demokrasi, anti kebebasan yang bertopengkan anti komunis.

Akhirnya Ferdinand Marcos telah dihumbankan oleh rakyat Filipina pada tahun 1986 setelah
berkuasa selama 21 tahun. Manakala Haji Ahmad Soeharto dihumbankan oleh rakyat Indonesia
pada tahun 1998 setelah menjadi presiden selama 30 tahun.

Kedua-dua presiden ini telah dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah bukan melalui
pilihan raya. Rakyat Filipina dan Indonesia telah memilih jalan raya untuk menghumbankan
kedua-dua ditaktor ini. Ini fakta sejarah dan bukan berita dongeng yang direka-reka.



Presiden Ferdinand Marcos dari Filipina dan Ahmad Soeharto dari Indonesia adalah 2 orang
tokoh diktator dari Asia tenggara.Soeharto adalah presiden kedua Indonesia setelah
Soekarno.Marcos yang telah berkuasa selama 21 tahun akhirnya telah ditumbangkan oleh
rakyat pada tahun 1986.Manakala Soeharto pula telah ditumbangkan oleh rakyatnya pada
tahun 1998 setelah berkuasa selama 30 tahun.

Di zaman perang dingin,Amerika (pada ketika itu dibawah Presiden Harry Truman) mempunyai
banyak pemimpin-pemimpin diktator yang dipergunakan untuk kepentingan mereka.Diktator-
diktator ini berada di seluruh pelosok dunia samada di Afrika,Amerika latin ataupun Asia
tenggara.Antara negara dari Asia Tenggara yang mempunyai pemimpin diktator ketika itu ialah
Vietnam,Thailand,Laos,Indonesia,Filipina dan Korea Selatan.Dalam hal ini,Soeharto dan Marcos
adalah antara pemimpin diktator yang dimaksudkan .Mereka adalah orang kuat Amerika dan
mendapat banyak sokongan dari kuasa besar itu dari aspek-aspek politik,ekonomi dan juga
bantuan ketenteraan.



Mari kita kembali kepada Hosni Mubarak Presiden Mesir yang ketika artikel ini ditulis sedang
dikepong oleh rakyatnya. Dari segi pensejarahan Presiden Mubarak ini lebih mirip dengan
Presiden Soeharto. Mereka memiliki latar belakang budaya politik yang sama. Dua-dua
berlatarbelakangkan tentera. Jangan silap baca, politik moden Mesir sesudah perang dunia
kedua bukan politik pro- Amerika. Mesir memiliki sejarah nasionalis Arab yang kukuh, sejarah
menentang zionis Israel, dan dasar anti imperialis yang jelas. Ini sama seperti sejarah negara
bangsa Indonesia.

Mesir negara Arab yang terbesar dengan 86 juta penduduk. Manakala Indonesia adalah negara
penganut Islam terbesar dengan 238 juta penduduk. Dari segi strategi politik, perniagaan dan
militer, kedua-dua negara ini amat penting untuk kuasa imperial dan kaum pemodal.

Kalau Indonesia moden dilahirkan bersama watak Presiden Sukarno, Mesir moden muncul
bersama watak Presiden Nasser. Dua protoganis ini adalah nasionalis hebat yang mucul
sesudah perang dunia kedua. Mereka telah mengemudi tanah air mereka untuk bebas dari
pengaruh Amerika mahu pun Rusia.



Presiden Soeharto dan Hosni Mubarak mempunyai latar belakang politik yang sama iaitu
kedua-duanya mempunyai latarbelakang tentera.Soeharto menjadi Jeneral tentera ketika
zaman penjajahan Jepun dan Belanda di Indonesia,manakala Hosni Mubarak adalah ketua
tentera udara pasukan Mesir dalam peristiwa perang Arab-Israel 1976. Mesir adalah negara
Arab yang terbesar dengan 86 juta orang penduduk. Manakala Indonesia adalah negara yang
mempunyai penganut Islam terbesar dunia seramai 238 juta penduduk.

Indonesia Moden telah lahir pada zaman Soekarno manakala Mesir Moden telah lahir pada
zaman Gamal Abdel Nasser.Kedua-dua orang ini telah memimpin negara mereka tanpa
dipengaruhi oleh mana-mana kuasa besar samada Russia atau Amerika.




Diracik-racik kuasa kolonial

Nasser lahir dari gerakan Free Officers Movement. Ini satu gerakan bawah tanah yang anti-
British. Sebelum perang dunia kedua, Mesir sebagai saki-baki dari empayar Uthmaniah sedang
diperintah oleh Raja Farouk. Mesir adalah tanah jajahan British. Sebagai pegawai tentera,
Nasser telah melihat bagaimana bumi Arab diracik-racik oleh kuasa kolonial British dan
Perancis. Nasser juga melihat bagaimana negara Arab tewas dan Israel dilahirkan di bumi Arab.

Mesir adalah sebuah negara Arab terbesar yang terletak di bahagian Afrika Utara.Ketika Mesir
masih lagi dibawah pemerintahan Uthmaniah,Mesir diperintah oleh raja Farouk. Gamal
Abd.Nasser menganggotai gerakan underground Free Officer Movement yang anti-British .

Pada tahun 1952 Nasser dengan gerakan bawah tanah ini telah melakukan satu revolusi dan
merampas kuasa. Raja Farouk telah diturunkan dari taktha dan dilayarkan ke Itali. Mesir kini
merdeka dari British. Maka bermulalah dasar Pan Arabism atau nasionalisma Arab yang
disebarkan oleh Nasser dari Mesir.

Pengaruh Nasser bagitu kuat sekali. Semangat kesedaran bangsa Arab naik menjulang. Malah
Mesir dan Syria pernah bersatu sebagai Republik Arab Bersatu pada tahun 1958 hingga tahun
1961. Inilah rancangan strategik Nasser untuk menentang pengaruh Zionis di bumi Arab. Ini
kerana Naseer sedar bahawa Mesir ialah tembok dan kunci untuk bumi Arab melawan Israel.

Pada tahun 1955, Nasser, Chao En Lai dan Soekarno telah mengadakan Konferensi Bandung.
Konferensi Bandung inilah yang melahirkan blok Negara-Negara Berkecuali. Sekali lagi kuasa
imperial Amerika merasa bahawa orang yang bernama Nasser dan kaum nasionalis dari Dunia
Ketiga ini amat merbahayakan. Mesir di bawah Nasser dilihat amat merbahaya buat Isreal yang
baru bertapak pada tahun 1948.

Kuasa imperial British, Perancis dan Israel tidak senang tidur dengan Mesir di bawah pimpinan
Nasser. Presiden Nasser telah mengambil dasar nasionalis Arab. Naseer telah
memiliknegarakan Terusan Suez pada 26 Julai 1956. Kuasa kolonial Britain, Perancis dan Israel
telah menyerang Mesir. Ketika ini muncul kuasa imperial baru yang mencelah masuk dan
berusaha untuk menamatkan perang ini. Kuasa baru ini ialah kuasa imperial Amerika - satu
kuasa yang terkuat sesudah selesai perang dunia kedua. Kuasa imperialis Amerika mencelah
masuk seolah-olah menyebelahi Mesir kerana ingin mencari kawan dan sahabat di Timur
Tengah.

Pada awalnya, seperti Perjanjian Bandung, Presiden Nasser telah mengambil dasar berkecuali
tetapi apabila projek empangan Aswan cuba digagalkan oleh British maka Presiden Nasser telah
mula berbaik-baik dengan blok Soviet Rusia. Akhirnya Rusia telah menjadi rakan setia kepada
Mesir. Rusia bukan sahaja telah membantu menyiapkan empangan Aswan, malah telah
membekalkan senjata terkini dan tercanggih buatan Blok Soviet untuk tentera Mesir.

Semua ini berlaku di zaman Perang Dingin. Pada ketika ini kuasa imperialis Amerika sedang
ditentang oleh rakyat dunia ketiga. Di Indo-China Amerika sedang dipukul hebat oleh rakyat
Vietnam. Rakyat Dunia Ketiga dengan sokongan politik dan persenjataan dari Russia telah
berani bangun menentang Amerika. Di era inilah Soviet Union telah berjaya mendapat rakan
yang paling berpengaruh di bumi Arab, iaitu Mesir.

Di zaman ini tidak ada seorang pun pemimpin Arab yang berani membuat hubungan sulit
dengan Israel. Malah banyak negara Arab ketika ini memiliki dasar luar yang tidak pro-Amerika
atau berkecuali. Saudi yang dijelmakan sebagai raja oleh kuasa British pun tidak berani
menunjukan sentimen pro-Israel itu. Ini kerana sesiapa sahaja pemimpin Arab yang dilihat
bersubahat walau pun secara sulit dengan Israel pasti akan digugurkan oleh rakyat.

Peranan Mossad, CIA

Di zaman Nasser kuasa imperial Amerika terdesak. Kaum buruh di Mesir mula menyusun
kasatuan sekerja. Kaum tani di Mesir telah berani menuntut hak tanah mereka. Kaum pelajar
dan anak muda bebas berpersatuan. Nasser juga telah memulakan dasar ekonomi sosialis.
Melihatkan semua ini berlaku maka kuasa imperial Amerika malalui CIA telah mula menjalankan
jarumnya.

CIA telah berjaya menanamkan bibit-bibit Islam yang anti-komunis dan anti golungan progresif.
CIA telah memelihara dan mendukung parti Persaudaraan Muslim atau Ikhwan Muslimin. Parti
ini pada awalnya bekerjasama dengan Nasser tetapi telah menjadi sebuah parti reaksioner yang
anti kaum buruh dan anti gerakan nasionalis Arab.

Dasar-dasar Nasser yang anti-Amerika selalu mendapat tentang dari parti Persaudaraan
Muslim. Amat jelas di zaman ini parti Persaudaraan Muslim ini telah diperalatkan oleh CIA
untuk menentang Nasser. Dokumen-dokumen yang baru ditemui telah membuktikan jelas
hubungan CIA dengan parti Persaudaraan Muslim Mesir.

Ketika ini musuh agung Mesir dan warga Arab ialah zionis Isreal. Amerika bersama Isreal terus
merancang untuk menumpaskan pengaruh Nasser dari bumi Arab. Pelbagai rancangan licik
dijalankan. Akhirnya perang meletus pada bulan Jun 1967. Israel terlebih dahulu secara
mengejut telah menyerang Mesir. Kapal terbang tentera udara Mesir menjadi sasaran pertama
Israel. Pertahanan udara Mesir lumpuh.

Perang Enam Hari atau Perang Bulan Jun ini adalah kekalahan yang amat sangat untuk umat
Arab. Bukit Gholan milik Syria dirampas Israel hingga ke hari ini. Tebing Barat bumi Palestin
dirampas Israel hingga ke hari ini. Sinai, wilayah Mesir dirampas oleh Isreal.

Kekalahan ini juga adalah pukulan yang maha hebat secara pribadi untuk Presiden Naseer. Ini
adalah pukulan maut dari segi politik, diplomasi dan ketenteraan. Tiga tahun kemudian pada 28
September 1970 Nasser diserang penyakit jantung dan meninggal dunia. Maka sekali lagi politik
Mesir berubah.

Pengganti Nasser ialah Anwar Sadat. Anwar Sadat juga adalah dari kumpulan Free Officerrs
Movement. Malah pernah dipenjarakan oleh British kerana gerakan anti-penjajah. Dari segi
sejarah, Anwar Sadatlah yang bertanggung jawab menghebohkan berita di radio kepada rakyat
Mesir ketika gerakan Free Officer Movement melakukan rampasan kuasa dan menurunkan Raja
Farouk dari takhha.

Sekali imbas, Anwar Sadat dengan sejarah politik yang baik adalah sosok yang unggul untuk
menyambung dan meneruskan garis politik dan ekonomi nasionalis Presiden Naseer. Tetapi di
zaman Perang Dingin, Mossad dan CIA, terus bergerak untuk memastikan negara Arab yang
berpengaruh ini akan mandul.

Você também pode gostar