Você está na página 1de 3

ALIRAN PEMIKIRAN

MORAL
NATURALIS
DEFINISI DAN CIRI-CIRI :
Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Menurut Peter R.S.
dalam Ethnics and Education, tabii (nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus
hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding dengan
haiwan yang lain. Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan
bertindak secara rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan
terhadap kehendak-kehendak mereka.

Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan hubungan peribadi, jadi mereka dapat
menggalakkan pembentukan hubungan yang baik sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini tidak
terdapat di antara haiwan yang lain. Haiwan lain memang tidak dapat menghormati antara satu sama lain. Ini bermakna
mereka menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan sebagai hubungan yang biasa dan bermoral manakala
hubungan atau kelakuan seperti hubungan seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral.

Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat dikatakan berfikiran naturalis.
Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri
rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah
berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.

Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja.

CONTOH:

Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan
percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima
keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu
juga prestasinya. Dia tidak berusaha untuk mencari alasan-alasan yang menyebabkan
dia mendapat markah yang rendah.

Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan
jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara telah
merdeka 47 tahun yang lalu.

Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya
percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi
padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri
hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum
tujuh keturunan berakhir.

Você também pode gostar