Você está na página 1de 2

Apa Yang Telah Dicapai Sepanjang Praktikum

Sepanjang saya menjalani praktikum di SK Chuping saya telah mendapat banyak


kebaikannya dan ilmu yang berguna kepada saya. Di sini saya telah melalui
pelbagai pengalaman baru sebagai pendidik warga SK Chuping. Segala ilmu dan
panduan yang diterima daripada Pensyarah pembimbing saya, sangat memberi
manfaat dan dapat saya jadikan contoh, alhamdulillah.

Di antara perkara yang telah dipelajari dan telah dicapai dengan jayanya ialah:

Cara kawalan kelas bagi murid yang ramai.

Pada awal pengajaran, saya agak buntu dan kurang arif untuk mengawal kelas yang
agak ramai muridnya. Saya berkongsi masalah ini bersama pensyarah saya dan
beliau menyarankan saya untuk melakukan pembahagian kumpulan dengan lebih
awal dan menggunakan wisel sebagai alat unutk mengawal kelas.

Penyediaan buku rancangan pengajaran harian

Alhamdulillah saya telah Berjaya menyediakan perancangan untuk mengajar
sebelum saya masuk ke kelas untuk mengajar. Perancangan untuk mengajar
merupakan salah satu perkara yang amat penting dan wajib dilakukan oleh
seseorang guru itu untuk mendapatkan kesan yang baik dalam pengajaran mereka
pada hari tersebut.

Penyediaan Fail Bahan Bantu mengajar.

Alhamdulillah, fail ini dapat disediakan dengan baik setelah diberi tunjuk ajar oleh
Pensyarah Pembimbing saya. Penyediaan ini banyak memberi manfaat dan akan
digunakan bukan sahaja dalam tempoh praktikum, malah sangat bermanfaat untuk
masa akan datang.



Menarik minat murid untuk menyertai kelas saya.

Alhamdulillah, pengajaran dan pembelajaran saya telah menarik minat murid untuk
menyertai kelas saya. Beberapa orang murid kerap berjumpa saya beberapa kali
dan memujuk saya untuk masukkan mereka di dalam kelas saya. Terdapat seorang
murid yang mengulangi permintaan yang sama sehingga 3 kali. Hal ini membuktikan
bahawa murid amat berminat untuk berada di dalam kelas saya.

Menyediakan BBM

Penyediakan bahan bantu mengajar ini dapat menarik minat murid untuk belajar di
dalam kelas. Apa tidaknya mereka apabila melihat sesuatu yang pelik dan baru
sudah tentulah mereka akan bersungguh-sungguh untuk mengetahui akan
kegunaan alat tersebut. Di samping mereka juga turut dapat menggunakan alat
tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid di dalam kelas.

Você também pode gostar