Você está na página 1de 3

Ciri-Ciri Guru Cemerlang

Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan
pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu
meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai
seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulia
oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua
aspek utama iaitu:
1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau
humorous (jenaka) dan tegas.
2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar,
pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti
dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.
Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru
Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan
dalam pendidikan 2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178):
1. Kecemerlangan Peribadi
Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:
Nilai kendiri yang positif
Berakhlak mulia
Adil
Bertimbang rasa
Amanah
Bertanggung jawab
Kreatif
Inovatif
Kemas
Sikap sedia berkongsi
Bersikap terbuka
Berpemikiran positif
2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan
kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:
Mengamalkan budaya ilmu
Berkebolehan menyelesaikan masalah
Membuat keputusan yang rasional serta objektif
Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga
guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada
murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan
dengan komunikasi:
Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.
Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.
Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.
Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.
4. Kecemerlangan Potensi
Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti
kurikulum dan kokurikulum.
Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional,
seminar, bengkel.
Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.
5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada
pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:
Adil
Sabar
Tegas
Konsep kendiri positif
Kesungguhan
Mesra
Prihatin
Kerjasama
Menepati masa
Bertanggung jawab
Berakhlak mulia
Kecindan (unsur jenaka)
Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas
iaitu tegas, menepati masa dan kecindandimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita
masa kini.
Posted by Deria at 3:24 PM
3 comments:
Azuar said...
Salam, Dr., saya bersetuju bahawa ini merupakan ciri-ciri yang seharusnya ada bagi
setiap pendidik, namun secara realistiknya dan menerusi tinjauan atau penyelidikan
yang dr. jalankan sama ada di sekolah atau universiti, adakah meluas ciri-ciri ini
dipunyai oleh pendidik pada masa ini? Kerap diadakan kursus seperti perkembangan staf
atas tajuk seperti "kerja sebagai satu ibadah" atau "kerja berpasukan" bagi mencapai
matlamat ini sebagai contoh, namun kesannya hanya bagi sebilangan kecil guru sahaja,
yang lainnya masih sibuk dgn urusan peribadi berbanding urusan terhadap murid.Juga
tidak kurang yang bersikap prasangka dan negatif terhadap rakan sekerja, penghayatan
ciri-ciri ini seolah-olah tidak ada..tp bagi saya ini ibarat check list utk saya muhasabah
diri saya..terima kasih dr.
November 25, 2008 12:02 AM
Deria said...
Selain daripada tuntutan agama sebagai satu ibadah (menyebarkan ilmu pengetahuan)
kerjaya guru adalah mulia di sisi semua masyarakat. Insan guru hanya layak dipunyai
oleh orang yang ikhlas untuk kerjaya ini sahaja. Insan yang tidak ikhlas terhadap kerjaya
ini tidak akan dapat menumpukan seluruh tenaga dan minda kepada kerjaya ini.
November 25, 2008 11:44 AM
annis said...
setiap pekerjaan yg dilakukan dengan rasa ikhlas dan bersenang hati....insyaAllah...Allah
pasti akan mempermudahkan segala urusan dan pekerjaannya....walau sesukar mana
pun,..pasti akan dapat dilaksanakn dengan tenang dan baik.. =)

Você também pode gostar