Você está na página 1de 1

Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif.

Para
pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar
untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi.
Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar
biasa (Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pendidikan Malaysia).

Ciri yang kelima ialah bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan. Craft
(2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka
terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.

Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan
terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Mak Soon Sang (2007),
menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan
internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran
masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai p&p.

Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui
program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru
terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet, database, desktop
publishing, dan graphing (Dr Ranbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007).

Ciri yang keenam ialah guru mengamalkan pengajaran efektif. Mok Soon Sang (2007) mengenalpasti
ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran.
Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung
kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu,
mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan
dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan
guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai
melaksanakan pengajaran.

Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia
merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan kaedah
dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana
pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta
pencapaian objektifnya secara optimum.

Você também pode gostar