Você está na página 1de 1

Dengan adanya Anwar Ibrahim dalam kabinet kerajaan bermula 1982 sedikit sebanyak Bahasa Melayu

melayu sudah mula diambil perhatian. Yang paling ketara ialah penggunaan sebutan baku dalam urusan
rasmi. Namun begitu perlaksanaan sebutan baku ini telah dihapuskan beberapa tahun selepas Anwar
Ibrahim disingkirkan daripada kabinet. Saya melihat pelanggaran-pelanggaran terhadap kedaulatan
Bahasa Melayu ini mulai rancak selepas Anwar Ibrahim tiada dalam kabinet. Ada ahli bahasa yang
berpendapat bahawa tidak perlu sebenarnya penggunaan sebutan baku kerana masyarakat sudah
terbiasa dengan sebutan yang biasa digunapakai. Namun begitu saya tidak setuju kerana sepatutnya
suatu sebutan itu adalah berdasarkan kepada ejaan, bukan ejaan berdasarkan sebutan.

Kalau benar-benar ingin menggunakan sebutan yang biasa digunakan, sistem ejaan juga perlu diubah
misalnya saya menjadi saye, lupa menjadi lupe. Kerana kalau diamalkan juga dengan ejaan lain sebutan
lain maka bahasa melayu akan hilangnya wibawanya sebagai bahasa yang bersistematik. Memang tidak
dinafikan bahawa sebutan baku ini agar menyulitkan para penutur. Tetapi kita harus ingat bahawa
penggunaan bahasa dan sebutan baku ini hanya dititikberatkan dalam urusan-urusan rasmi sahaja.
Bukannya sepanjang hari dan bukannya hingga kepada keluarga pun kita perlu bertutur dalam sebutan
baku. Dalam masa lapan jam masa bekerja pun saya pasti tidak sampai lapan jam kita perlu bertutur
dalam sebutan baku.

Setelah sebutan baku dihapuskan dalam sistem sebutan Bahasa Melayu, peranan Bahasa Melayu terus
diketepikan dalam penyampaian bidang ilmu pula apabila bahasa inggeris mula mengambil peranan
dalam pengajaran subjek sains dan matamatik atas alasan ingin meningkatkan kemahiran bahasa
inggeris di kalangan pelajar

Você também pode gostar