Você está na página 1de 2

Kepentingan Nilai-nilai Murni dalam Kehidupan

Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala
tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam
masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi
merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan
Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu
memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri anak-anak
mereka.
Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia.
Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita.
Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah juta orang, jika tidak diterapkan
dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan menjadi generasi yang akan
merugikan negara pada masa kelak. !al ini kerana, nilai-nilai murni akan men"erminkan suasana
kehidupan yang harmoni di Malaysia.
Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk
masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat
membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada #uhan dan setia kepada negara. $leh itu, ibu
bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke
dalam jiwa anak-anak. #ambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk
membentuk masyarakat yang bersatu padu.
%i peringkat sekolah pula, didikan moral yang positi& dan nilai murni yang diterapkan
oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh
negati& luar yang tidak memberikan apa-apa &aedah dan man&aat. 'ekas Perdana Menteri, #un
Sri %r. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah
rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di
bangku sekolah. !al ini demikian kerana negara memerlukan generasi yang berpengetahuan,
berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, ber&ikiran luas serta positi&.
(uru-guru dan keadaan sekolah yang kondusi& boleh membantu para pelajar untuk
mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan
pelajar yang "emerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang kokurikulum.
Sebagai "ontohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positi& boleh menjadi role model kepada
para pelajar. #ambahan pula, keadaan sekolah yang kondusi& dan lengkap dengan kemudahan
pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posi&
dalam diri mereka. 'egitulah "aranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang
yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka.
#idak dapat dina&ikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu materialistik dan
mementingkan kemewahan. $leh itu, tanggapan sesetengah pihak yang menganggap kononnya
nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta benda merupakan satu kesilapan besar.
Sebenarnya, gejala sosial yang semakin berleluasa ini berpun"a daripada kekurangan kasih
sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa terlalu sibuk dan tiada masa untuk menerapkan nilai-
nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan, adab dan kelakuan yang baik kepada anak-anak.
$leh itu, dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa
bersikap prihatin terhadap anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang harmoni.
Kesimpulannya, semua masyarakat di negara ini perlulah tahu dan mengamalkan nilai-
nilai murni dalam diri masing-masing. !al ini demikian kerana, terdapat banyak kepentingan
bagi nilai-nilai murni yang wujud dalam diri kita. Selain itu, terdapat banyak juga langkah untuk
mewujudkan nilai-nilai murni ini. Sebagai hasilnya, negara akan memiliki rakyat yang produkti&
dan berkualiti.