Você está na página 1de 6

Apakah Erti Kemerdekaan - Maksud Kemerdekaan

APAKAH ERTI KEMERDEKAAN - APA ERTI KEMERDEKAAN - APAKAH ITU


KEMERDEKAAN?

Bila kita menyebut tentang kemerdekaan, ia adalah merupakan suatu pengertian yang telah
menjadi sifat atau fitrah semulajadi manusia. Iaitu dengan lain-lain perkataan, kemerdekaan
adalah sesuatu yang menjadi keinginan semua manusia di dunia ini. Tidak ada manusia di dunia
ini yang tidak menginginkan kemerdekaan. Bahkan ia lebih menjadi suatu perkara yang dicita-
citakan oleh setiap manusia. Cuma yang berbeza dalam pengertian setiap manusia di dunia ini
adalah memahami apakah erti kemerdekaan itu dan bagaimana bentuk kemerekaan itu serta
bagaimana pula usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kemerdekaan itu.

Dalam konteks ini, setiap individu manusia atau setiap kumpulan manusia atau setiap bangsa,
masing-masing ada mempunyai fahaman dan pandangan yang tersendiri dalam memberikan erti
kemerdekaan itu, bagaimana bentuk kemerdekaan itu dan bagaimana harus diusahakan untuk
mencapai kemerdekaan itu. Dan dalam hal ini, kalaulah kita tanyakan kepada seorang individu
tentang fahaman dan pandangannya terhadap erti kemerdekaan itu, kelak ada yang akan berkata
bahawa kemerdekaan bererti bebas membuat apa sahaja, tanpa batas dan mengikut apa sahaja
yang dikehendaki oleh hawa nafsu manusia itu, sekalipun berlawanan dan bertentangan dengan
undang-undang,tatasusila dan hak asasi manusia lain.

Kemudian kalau kita tanyakan kepada kaum buruh pula .iantang fahaman dan pandangan mereka
terhadap ertinya kemerdekaan, mereka pula nanti berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas dari
cengkaman kaum kapitalis. it bagi mereka, kemerdekaan bererti mereka dapat membuat tuntutan
terhadap kehendak-kehendak yang diperlukan olel kaum buruh.

Dan kalau kita bertanya pula kepada golongan nasionalis tentang fahaman dan pandangan
mereka terhadap kemerdekaan, mereka pula akan berkata bahawa ia bererti terlepas daripada
dijajahi oleh bangsa lain ke atas bangsa dan negaranya. Dan bagi mereka,kemerdekaan bererti
mereka dapat mengatur kehidupan bangsa dan negara samada dari segi politik, ekonomi,
pendidikan, sosial dan lain-lainnya mengikut apa yang mereka kehendaki.

Kepada golongan kapitalis pula, kemerdekaan bererti mereka dapat menggunakan modal dengan
sebebas-bebasnya untuk mendapat keuntungan sebanyak mana yang mungkin walaupun terpaksa
menindas kaum buruh ataupun merosakkan akhlak manusia atau menempuh jalan yang haram.

Cukuplah kita paparkan sekadar itu erti kemerdekaan sebagaimana yang difahamkan oleh
sebahagian manusia.

ERTI KEMERDEKAAN YANG MEMBUAT HURU HARA

Erti kemerdekaan yang telah disebutkan tadi, jika setiap individu atau kumpulan atau bangsa itu
mengamalkan fahaman dan pandangan masing-masing mengikut cara masing-masing serta
memperjuangkan-nya mengikut fahaman dan pandangan mereka sendiri,sudah barang tentu akan
berlaku pertembungan dan pelanggaran antara satu golongan dengan golongan yang lainnya,
antara individu dengan individu dan antara satu
bangsa dengan satu bangsa yang lain. Akhirnya timbullah krisis demi krisis hingga membawa
kepada peperangan dan pertumpahan darah antara mereka.

Akibatnya, lahirlah bermacam-macam bentuk jenayah dan kemungkaran di muka bumi Tuhan ini
dan akhirnya manusia hidup dalam huru hara dan dalam kecelakaan.Kebimbangan dan ketakutan
sentiasa menyelubungi jiwa manusia. Kalau demikianlah keadaannya, apakah ini yang dikatakan
kemerdekaan?

Apakah dalam keadaan jiwa yang tertekan oleh kebimbangan dan ketakutan itu dikatakan jiwa
yang merdeka? Sebenarnya, inilah yang dikatakan kemerdekaan yang bukan kemerdekaan!
Kehidupan yang seumpama inilah yang digambarkan oleh Allah S.W.T di dalam firman-Nya
yang berbunyi:
Maksudnya:
"Lahirlah kerosakan di daratan dan di /autan oleh kerana usaha manusia sendiri sehingga Ailah
merasakan kepada mereka sebahagian dari (azab perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan
yang benar. " - Ar Rum 41

Inilah yang dikatakan neraka dunia sebelum neraka akhirat. Apakah sudah masuk neraka dan
merasakan azabnya di dunia ini lagi, dikatakan yang kita ini merdeka? Atau dalam lain-lain
perkataan, dapatkah kita merasakan nikmat kemerdekaan yang kita perjuangkan itu kalau pada
hakikatnya kita berada dalam keazaban neraka dunia! Apakah sudah masuk neraka masih kita
mengatakan yang kita ini merdeka?
Firman Allah lagi:
Maksudnya:
"Bahawasanya mereka, usaha mereka telah tersesat di dunia ini sedang mereka menyangka
mereka telah membuat kebaikan. " - Al Kahfi: 54.

Rupa-rupanya, kemerdekaan yang dicari, neraka yang ditemui. Inilah akibat mencari
kemerdekaan dengan mengikut hawa nafsu semata-mata atau mengikut fikiran yang tidak
berlandaskan syariat. Usaha-usaha manusia seperti ini tidak sampai kepada matlamat dan akan
berakhir dengan kegagalan. Mereka yang gagal mendapat kemerdekaan yang hakiki akan
mendapat seksa neraka di akhirat nanti.

Sumber: Halaqah.net

Ada Apa Dengan Kemerdekaan Malaysia?
Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya tulis, tetapi saya rasa gambar lebih baik untuk
menjelaskan maksud yang ingin disampaikan. Terlebih dahulu mari kita fahamkan apakah
sebenarnya maksud merdeka. Mengikut kamus dewan, merdeka bermaksud bebas, lepas,
berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. Apakah pula maksud bebas kepada
masyarakat Malaysia yang merdeka pada hari ini?

Seks bebas, lari dari rumah, buang bayi, mengedar dan menagih dadah, alkohol, ponteng
sekolah, meragut, menubuhkan kumpulan haram, memukul guru, bergaduh di sekolah, menyebar
gambar lucah, mat rempit, minah rempit, punk, meninggalkan solat, derhaka kepada ibubapa,
membunuh, mencuri, minum arak adalah sebahagian kecil budaya bebas yang sedang menular
diamalkan oleh remaja merdeka sekarang!

Statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengatakan bahawa terdapat lebih 257,000
sijil kelahiran (surat beranak) didaftarkan tanpa catatan nama bapa sejak tahun 2000 hingga
2008. Secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan (83.3) kes setiap
hari. Inilah erti kebebasan yang kita sedang rayakan! Tahniah!

Namun, buat mereka yang masih ada kewarasan dan teguh keimanan di hati, tolong buktikan
semua ini tidak benar dan bukan ini yang kita mahu. Semoga kita dapat melihat suatu keindahan
merdeka yang berbeza suatu masa nanti.



APA ITU MERDEKA?
Ramai dikalangan kita melaungkan merdeka..merdeka..merdeka
Tapi tahukan anda apa sebenarnya merdeka itu ?

Menurut Aristotle faktor yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu adalah bergantung
kepada perubahan, keadaan sekeliling, paksaan, rutin harian, visi atau matlamat, dorongan dari
dalam iaitu semangat atau motivasi, keinginan atau kemahuan untuk keluar dari kepompong
jajahan.

Jadi apa itu merdeka?

Merdeka adalah suatu kebebasan dari belenggu ketidak pastian yang telah diraih oleh seseorang
dengan perjuangan dan hasil kerja keras atas dorongan bagi mewujudkan suatu perubahan dalam
dirinya dan kehidupan.

Seseorang yang telah merdeka akan merubahnya hidupnya sesuai dengan apa yang difikirkan,
hidupnya tidak lagi berada di bawah di telunjuk orang, dan selalu berdiri teguh terhadap
pendiriannya untuk menghadapi apa jua rintangan.

Bagi mewujudkan kemerdekaan itu ada tiga cara iaitu fokus pada tujuan hidup, terus berusaha
mencuba sesuatu yang baru dan belajarlah berdikari untuk merealisasikan perubahan hidup. Apa
pun Selamat

Gambar Logo Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57 Dan Tema

Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih menekankan kepada semangat
kecintaan terhadap negara apabila Malaysia. Di Sini Lahirnya Sebuah
Cinta dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57
Tema yang dipilih itu sangat signifikan bagi memberikan kesan mendalam dan
melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat
Difahamkan, tema berkenaan adalah dipetik daripada lirik lagu Warisan yang
dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad
Gambar Logo Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57 Dan Tema Keterangan



mysumber.com : Gambar Logo Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57 Dan Tema

Você também pode gostar