Você está na página 1de 4

Amali Sains 2 ( Biologi 2) 25/7/2011

Aktiviti 4.5 : Eksperimen mengkaji kesan kepekatan enzim ke atas kadar tindak
balas biokimia
1. Tujuan:
Mengkaji kesan kepekatan enzim ke atas kadar tindak balas biokimia.

2. Masalah:
Apakah kesan kepekatan enzim ke atas kadar tindak balas biokimia?

3. Hipotesis:
Kadar tindak balas biokimia berkadar terus dengan kepekatan enzim.

4. Bahan dan radas:
Larutan kanji 1%, larutan iodin, air suling, bikar, tabung uji, picagari, penitis,
rod kaca, jubin putih, thermometer, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa
dawai, jam randek

5. Arahan:
1. Labelkan enam tabung uji A, B, C, D, E dan F.
2. Masukkan larutan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.7.
Tabung uji A B C D E F
Isi padu air liur (ml) 0.5 1.0 1.5 2.0 2.5 3.0
Isi padu air suling (ml) 2.5 2.0 1.5 1.0 0.5 0.0
Jadual 4.7
3. Titiskan beberapa titik larutan iodin secara berasingan di atas sekeping
jubin putih.
4. Masukkan 4 ml larutan kanji ke dalam tabung uji A.
5. Mulakan jam randek dan dengan serta-merta, keluarkan sedikit campuran
dengan menggunakan penitis. Titiskan setitik campuran itu ke dalam
larutan iodin pada jubin putih. Perhatikan perubahan warna pada larutan
iodin.
6. Jalankan ujian iodin setiap satu minit sehingga larutan iodine tidak
bertukar warna.
7. Catatkan masa yang diperlukan untuk kanji dihidrolisiskan sepenuhnya,
iaitu tiada perubahan warna pada larutan iodin dalam sebuah jadual.
8. Ulang langkah 4 hinnga 6 bagi kandungan tabung uji B, C, D, E dan F.
9. Rekodkan semua pemerhatian anda dalam jadual yang telah anda
sediakan.
10. Plotkan suatu graf untuk kadar tindak balas (1/masa) pada tiap-tiap
kepekatan enzim dalam air liur.

6. Keputusan:
Tabung
Uji
Kepekatan
Amilase (%)
Masa digunakan untuk
kanji dihidrolisiskan
sepenuhnya (minit)
Kadar tindak
balas (minit)
A 0.17 38 0.03
B 0.33 11 0.09
C 0.50 6 0.17
D 0.67 3 0.33
E 0.83 3 0.33
F 1.00 3 0.33
Jadual kesan kepekatan enzim ke atas kadar tindak balas biokimia.

Cara pengiraan kepekatan amilase = Isi padu air liur Isi padu air liur dan air
suling



7. Perbincangan:
Daripada jadual keputusan tentang kesan kepekatan enzim ke atas kadar
tindak balas biokimia, kita mendapati bahawa tabung uji A memiliki kadar
tindak balas yang paling rendah, iaitu 0.03 minit kerana kepekatan
amilasenya ialah yang paling rendah, maka peluang perlanggaran yang tepat
antara substrat dengan amilase adalah kurang. Manakala bagi tabung uji B
dan tabung uji C menunjukkan kadar tindak balas yang kian meningkat, iaitu
0.09 minit dan 0.17 minit. Hal ini demikian kerana apabila kepekatan
amylase meningkat, peluang perlanggaran yang tepat antara substrat dengan
enzim akan bertambah, maka kadar tindak balas dijangka meningkat juga.
Kadar tindak balas terus meningkat sehingga titik maksimum, iaitu 0.33minit
dan selepas titik ini, sebarang tambahan kepekatan amilase tidak akan
mempengaruhi kadar tindak balas kerana substrat-subtrat sudah pun
dihidrolisiskan sepenuhnya oleh amilase. Dalam keadaan ini, subtract
dianggap sebagai faktor terhad (limitng factor).

(i) Mengapakah isi padu kandungan setiap tabung uji itu perlu disamakan
pada awal eksperimen?
Isi padu kandungan setiap tabung uji itu perlu disamakan pada awal
eksperimen adalah untuk mengawal kepekatan amilase pada setiap
tabung uji dan isi padu keseluruhannya agar keputusan eksperimen
tidak akan terganggu.

(ii) Tabung uji yang manakah menunjukkan kadar tindak balas yang
(a) Paling tinggi: Tabung uji D
(b) Paling rendah: Tabung uji A

8. Kesimpulan:
Kadar tindak balas biokimia berkadar terus dengan kepekatan enzim.
Hipotesis diterima.

Você também pode gostar