Você está na página 1de 2

 

LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI


APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK
BERMINAT ATAU TIDAK PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG
RISALAH
INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN
KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA
KASIH.
WASSALAM.
  KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
 
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
 
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar
umpama cacing kepanasan.  Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.
 
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan  sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.
 
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.
 
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari
pihak Allah di langit dan di bumi.  Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi
pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah,
Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan
membaca
Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu
kesanggupan kita sehari.
 
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
 
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan
dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah
antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada
seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara
kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak
tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas
tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali
betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus
kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
 
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
 
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat
Arasy di atas 360,000sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi
ialah 300,000 tahunperjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur
hingga ke barat. Pada setiap  padangsahara itu terdapat 80,000 malaikat yang
mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai
Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang
yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
 
Sabda Rasulullah SAW lagi:
 
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap
malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izraila.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil
a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap
satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara
keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang
nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
 
 

Você também pode gostar