Você está na página 1de 21

1

PENINGKATAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN MENYAMBUNG CERITA


DENGAN MENGGUNAKAN PETA CERITA

Munira Ismail

Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengkaji peningkatan kemahiran menulis
karangan menyambung cerita dengan menggunakan peta cerita dalam
kalangan murid tahun 5 di sebuah sekolah di Kajang, Selangor. Kajian ini
berfokus pada aspek penulisan struktur karangan untuk mengurangkan
masalah kemahiran menulis karangan menyambung cerita yang melibatkan 30
orang responden yang terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 13 orang
murid perempuan. Kajian tindakan ini dijalankan mengikut model penyelidikan
tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Empat instrumen kajian yang
digunakan dalam kajian ini iaitu ujian, temu bual, soal selidik dan analisis
dokumen yang dianalisis secara statistik deskriptif. Langkah yang dijalankan
ialah Ujian Awal, Intervensi dan Ujian Akhir Karangan Menyambung Cerita,
temu bual dan soal selidik tentang pengajaran dan pembelajaran menulis
karangan menyambung cerita dengan menggunakan peta cerita dan analisis
dokumen. Pelaksanaan intervensi dalam pengajaran dan pembelajaran
menulis karangan menyambung cerita dengan menggunakan peta cerita ialah
aktiviti merangka isi-isi karangan dalam peta cerita dan aktiviti menulis
karangan berpandukan isi-isi karangan yang dicatat dalam peta cerita. Hasil
analisis data menunjukkan seramai 12 orang responden (40%) meningkat
kepada skor baik yang menjadikan 13 orang responden (43.3%) berada pada
skor baik dan 9 orang responden (30%) meningkat kepada skor memuaskan
yang menjadikan 17 orang responden (56.5%) berada pada skor memuaskan
dalam Ujian Akhir Karangan Menyambung Cerita berbanding dengan Ujian
Awal Karangan Menyambung Cerita. Hasil dapatan kajian menunjukkan
bahawa penggunaan peta cerita dapat meningkatkan kemahiran menulis
karangan menyambung cerita dalam kalangan murid tahun 5. Kajian lanjutan
yang dicadangkan ialah kajian tentang peningkatan kemahiran menulis
karangan menyudahkan cerita dengan menggunakan peta cerita.





2

Abstract
This action researches conducted to investigate upgrading the skills of writing
essays continues the story with a story map among standard 5 students at a
school in Kajang, Selangor. This study focuses on structural aspects of essays
writing skills to reduce the skills of writing essays continues the story problem
involving 30 respondents, instead of 17 boys and 13 girls. This action research
conducted based on model of action research by Kurt Lewin (1946) and
Laidlaw (1992). Four research instruments used in this study is the tests,
interviews, questionnaires and document analysis and been analyzed by
descriptive statistics. Measures carried out are Early Essay Test, Interventions
and Final Essay Test Continues Stories, interviews and questionnaires about
teaching and learning to write essays connect the story with a story map and
analysis of documents. The implementation of interventions in the teaching and
learning to write essays continues the story with a story map is developing the
contents of the essay in the story map and essay writing activities based on the
contents of the essay is written in the story map. Data analysis results show
that a total of 12 respondents (40%) improved to best score that makes 13
respondents (43.3%) is at a best score, and 9 respondents (30%) improved to a
satisfactory score that makes 17 respondents (56.6%) is at satisfactory score in
the Final Essay Test Continues Story compared to Early Essay Test Continues
Story. The finding showed that the use of story maps can improve the skills of
writing essays continues the story among standard 5 students. Further research
proposed is a study on upgrading the skills of writing essays completes the
story using the story map.











3

PENGENALAN
PENDAHULUAN
Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari di peringkat sekolah
rendah. Mata pelajaran Bahasa Melayu ini bertujuan melengkapkan murid dengan keterampilan
berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Salah
satu kemahiran yang diajarkan dalam bahasa Melayu ialah kemahiran menulis. Kemahiran
menulis ialah keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan. Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting
dan perlu dikuasai oleh murid. Kepentingan menguasai kemahiran ini dinyatakan dengan jelas
dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 2003.
Penguasaan penulisan yang kurang memuaskan dalam kalangan murid perlu ditangani segera
demi mencapai objektif Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Bahasa Melayu SK Tahun 5 dan demi
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan keseluruhannya.

PENYATAAN MASALAH
Masalah yang dihadapi ialah murid-murid Tahun 5 Dedicated belum mencapai tahap penulisan
yang cemerlang dalam kemahiran menulis karangan menyambung cerita mengikut penskoran
dalam Penandaan Kertas UPSR Bahasa Melayu (012) Penulisan Bahagian B Karangan
Menyambung Cerita. Hal ini berpunca kerana murid-murid lemah dalam aspek penulisan
struktur karangan. Pelaksanaan kajian tindakan bagi mengurangkan masalah dalam kemahiran
menulis karangan menyambung cerita ini adalah perlu kerana hal ini akan menjejaskan markah
murid-murid Tahun 5 Dedicated dalam ujian Bahasa Melayu (012) Penulisan Bahagian B
Karangan Menyambung Cerita yang membawa peratusan sebanyak 50%. Hal ini amat penting
bagi persediaan mereka untuk menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun hadapan
dan demi kejayaan dalam pelajaran pada peringkat yang seterusnya. Pelaksanaan kajian tindakan
ini juga penting bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran seperti yang terkandung di
dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSR BM SK Tahun 5 iaitu Huraian Hasil Pembelajaran :
8.6 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.
Aras 1 (ii) Menulis sebuah karangan yang lengkap bersesuaian dengan format.
4

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pada minggu kedua sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya menjalankan aktiviti
menulis karangan menyambung cerita. Saya dapati hasil kerja penulisan karangan murid-murid
Tahun 5 Dedicated tidak dapat dibuat dengan baik. Lebih daripada 25 orang murid masih belum
mencapai tahap penulisan yang cemerlang mengikut penskoran dalam Penandaan Kertas UPSR
Bahasa Melayu (012) Penulisan Bahagian B. Murid lemah dalam beberapa aspek penulisan
karangan dan kerap melakukan kesalahan yang sama seperti jumlah perkataan yang tidak
mencukupi, murid tidak membuat perenggan karangan dan isi karangan tidak berkaitan dengan
tajuk karangan. Malah, murid tidak menggunakan ayat permulaan untuk menyambung cerita.
Saya juga mendapati murid-murid tidak dapat membuat huraian yang tepat dan berkaitan
dengan tajuk. Kesinambungan idea yang disampaikan pula kurang memberi kesan makna. Hal
ini juga telah menyebabkan isi karangan mereka terpesong dan terkeluar dari tajuk. Selain itu,
ayat yang dibina di dalam penulisan karangan berulang-ulang. Setelah saya teliti, murid-murid
Tahun 5 Dedicated ini menghadapi masalah dan lemah pada aspek penulisan struktur karangan
dalam kemahiran menulis karangan menyambung cerita. Sebagai seorang pengamal pendidikan,
saya bertanggungjawab untuk memperbaiki amalan pendidikan supaya kualiti amalan pendidikan
dapat ditingkatkan seterusnya murid-murid mendapat manfaat daripadanya.

AMALAN NILAI PENDIDIKAN
Matlamat pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan
2020 ialah menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau dalam abad
ke-21. Dalam usaha untuk merealisasikan matlamat pendidikan negara ini, pendidikan di
Malaysia mengalami perubahan. Menurut Pierce dan Hunsaker (1996), perubahan dalam
pendidikan tidak dapat dielakkan dan merupakan satu kemestian. Dalam konteks pendidikan
negara, penyelidikan dan penilaian merupakan satu aktiviti penting dalam menyediakan
maklumat asas yang dapat digunakan untuk merancang perubahan atau reformasi ke atas
program pendidikan di semua peringkat bagi tujuan penambahbaikan. Osterman dan Kottkamp
(1993), menyebut pewujudan reformasi atau inovasi dalam pendidikan harus bermula dengan
guru itu sendiri.
5

Polemeni (1976), menyatakan bahawa kajian tindakan pemangkin kepada perubahan
yang efektif. Ini bermakna guru mesti menjadi egen perubahan (Pierce dan Hunsaker, 1996).
Guru perlu sentiasa membuat perubahan terhadap amalan pendidikannya mengikut kapabiliti
intelektual dan keperluan pembelajaran muridnya. Model pengajaran yang dikemukakan oleh
Shulman (1987), yang dipanggil Model Pemikiran dan Tindakan Pengajaran menjelaskan
bagaimana guru berfikir dan bertindak bagi mengubah atau menterjemah pengetahuannya
tentang isi kandungan mata pelajaran yang diajar kepada bentuk-bentuk pengetahuan yang dapat
difahami oleh murid dan dapat diajar dengan berkesan serta menepati keupayaan dan latar
belakang murid yang berbagai.
Menurut Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abd. Aziz (1997), kemahiran menulis
merupakan satu kemahiran yang sukar dan hanya dapat dikuasai melalui pengajaran.
Tanggungjawab guru adalah amat penting dalam meningkatkan kemahiran menulis pelajar.
Menurut Nunan (2003),
Writing is both a physical and mental act.
Isahak Haron (1978), menganggap menulis berkaitan keupayaan intelek dan mental dalam
menggarap idea. Pendapat ini menegaskan bahawa menulis memerlukan kemahiran intelek.
Justeru itu, amalan nilai pendidikan yang saya pegang ialah membuat perubahan terhadap bentuk
pengajaran saya kepada bentuk pengetahuan yang dapat mengoptimumkan keupayaan intelek
murid supaya murid dapat menguasai ilmu dan kemahiran menulis.

TINJAUAN MASALAH DAN FOKUS KAJIAN
Menurut laporan prestasi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Kementerian Pendidikan
Malaysia (1994), kelemahan murid yang paling ketara dalam bidang penulisan karangan ialah
kebanyakan karangan ditulis tanpa membuat perancangan atau rangka terlebih dahulu sebelum
menulis. Memetik lagi dari laporan prestasi Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian
Pendidikan Malaysia (2003), menggambarkan bahawa pelajar belum lagi mahir dalam
penguasaan sosiolinguistik dalam aktiviti penulisan karangan. Antaranya ialah ketidakfahaman
terhadap tajuk dan kehendak soalan, kekurangan idea utama, kurang mahir dalam menyusun
idea-idea dan kesukaran untuk mengembangkan idea.
6

Hasil analisis tiga dokumen iaitu hasil kerja murid, buku latihan menulis karangan murid
dan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) Fasa 1, lebih daripada 25 orang murid
melakukan kesalahan yang sama seperti dalam laporan prestasi Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Setelah saya teliti, murid-murid Tahun 5 Dedicated ini menghadapi masalah dan lemah pada
aspek penulisan struktur karangan dalam kemahiran menulis karangan menyambung cerita. Saya
juga mendapati bahawa mereka sebenarnya tidak dapat menghasilkan sesuatu penulisan
karangan tanpa panduan yang khusus. Mereka juga tidak dapat mengeluarkan sesuatu idea tanpa
ransangan. Apabila saya mereflek kembali, akhirnya saya membuat kesimpulan bahawa aktiviti
berfikir tidak berlaku dengan terancang dan terbimbing dalam minda atau sistem kognitif murid.
Sedangkan aktiviti berfikir penting untuk mencetuskan idea-idea (Rafiei Mustapha, 1998). Untuk
merangsang aktiviti berfikir murid-murid Tahun 5 Dedicated ini, pelaksanaan aktiviti yang
melibatkan kemahiran berfikir di dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah perlu.
Aktiviti berfikir yang dapat merangsang murid mengeluarkan idea pada pemikiran saya,
soalan diperlukan. Soalan adalah alat rangsangan yang sering digunakan untuk memperolehi
maklumat yang bertujuan untuk menggalakkan pencetusan idea-idea baru dan untuk penggunaan
idea-idea yang sedia ada dengan baik (Tee et al., 2009). Manakala untuk merangka struktur
karangan, satu panduan dalam bentuk pengurusan grafik perlu didedahkan kepada murid-murid.
Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), pengurusan grafik adalah satu bentuk ilustrasi atau
lakaran yang digunakan dengan tujuan untuk merancang dan menghasilkan sesuatu idea
pemikiran yang lebih sistematik dan jelas. Justeru itu, peta cerita yang digunakan dibentuk
daripada gabungan soalan dan pengurusan grafik. Penggunaan peta cerita bagi mengurangkan
masalah kemahiran menulis karangan menyambung cerita ini disokong oleh Baker et. al (2003),
Visual representation such as story map can be beneficial for all students, and are especially
helpful for student with Learning Difficulties.
Kajian ini berfokuskan tentang teknik pengajaran dan pembelajaran menulis karangan
menyambung cerita dengan menggunakan peta cerita yang menekankan aktiviti berfikir iaitu
soalan untuk mencetuskan idea dan pengurusan grafik untuk merangka struktur karangan. Aspek
tatabahasa dalam penulisan karangan kurang diberikan tumpuan sementara aspek yang
ditekankan ialah aspek penulisan struktur karangan iaitu isi-isi karangan, perenggan karangan
dan pengolahan isi yang disampaikan mengikut urutan cerita.
7

OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF UMUM
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan
menyambung cerita dalam penulisan Bahasa Melayu dengan menggunakan peta cerita.

OBJEKTIF KHUSUS
Tujuan kajian ini dijalankan supaya murid dapat:
i. Merangka isi-isi karangan dengan menggunakan peta cerita bagi karangan menyambung
cerita dalam penulisan Bahasa Melayu,
ii. Menulis karangan menyambung cerita dengan baik berpandukan isi-isi karangan yang
dicatat mengikut perenggan,
iii. Meningkatkan kemahiran menulis karangan menyambung cerita seterusnya meningkatkan
prestasi markah bagi ujian Bahasa Melayu (012) Penulisan Bahagian B Karangan
Menyambung Cerita .


SOALAN KAJIAN
i. Adakah penggunaan peta cerita dapat membantu murid merangka isi-isi karangan bagi
karangan menyambung cerita dalam penulisan Bahasa Melayu?
ii. Adakah penggunaan peta cerita dapat membantu murid menulis sebuah karangan
menyambung cerita dengan baik berpandukan isi-isi karangan yang dicatat mengikut
perenggan?
iii. Adakah penggunaan peta cerita dapat membantu murid meningkatkan kemahiran menulis
karangan menyambung cerita seterusnya meningkatkan prestasi markah bagi ujian Bahasa
Melayu (012) Penulisan Bahagian B Karangan Menyambung Cerita?

8

TINJAUAN LITERATUR
Sebilangan besar murid sukar mengenal pasti penulisan cerita adalah kesan daripada penggunaan
teknik yang konvensional (Vygotsky, 2006). Kelemahan daripada penggunaan teknik pengajaran
yang tidak sesuai turut mengekang keseluruhan pencapaian murid. Menurut Abd. Aziz Abd.
Talib (2007) pula, teknik pengajaran konvensional secara syarahan yang berpandukan buku teks,
buku latihan topikal dan nota daripada guru masih menjadi amalan. Ini juga menyebabkan
pembelajaran menjadi tidak menarik, di samping menjadikan murid tidak dapat menumpukan
perhatian kepada pengajaran penulisan.
Pembelajaran kemahiran menulis merupakan salah satu pembelajaran bahasa yang
bergantung kepada operasi kognitif. Pendapat ini disokong oleh tokoh pemikiran yang
menegaskan penulisan memerlukan kemahiran intelek. Vygoysky (1962) menyatakan, penulisan
melibatkan proses mental. Ciri itu dapat diterjemahkan melalui kesukaran menyatakan
pandangan atau idea dalam bentuk tulisan yang dapat memberikan kefahaman kepada pembaca.
Bailey (1984), pula mengatakan penulisan memerlukan usaha membuat draf dalam mental. Oleh
itu dalam proses penulisan, bahan-bahan yang hendak ditulis perlu difikir, dibayangkan dan
dicuba dalam fikiran penulis terlebih dahulu sebelum diperincikan kepada pembaca.
Sejak 1970-an, ahli kognitif mula menyelidik proses penulisan dengan psikologi kognitif
dan psikolinguistik. Mereka berpendapat bahawa pada peringkat awal mengarang, penekanan
terhadap penjanaan dan penyusunan iaitu mengorganisasikan idea adalah penting. Proses
penulisan mengikut pandangan ahli kognitif memfokuskan pada permulaan penulisan yang juga
dikenali sebagai prapenulisan yang meminta murid menjana dan menyusun idea sehingga
berjaya. Antara aktiviti prapenulisan yang dapat dijalankan ialah membuat rangka karangan.
Penggunaan invensi heuristik yang diperkenalkan oleh Kenneth Burk (1945), merupakan salah
satu proses kognitif dalam karangan. Caranya ialah dengan menyenaraikan soalan yang dapat
membantu murid bagi menjana, membina dan menyusun idea. Antara soalan yang selalu
digunakan seperti siapa, apa, bila, mengapa serta soalan-soalan yang lebih kompleks. Hal ini
menunjukkan bahawa soalan adalah unsur yang penting untuk membantu dan menggalakkan
murid mencetuskan idea dalam penulisan karangan.
9

Menurut Tee et. al (2009), soalan adalah alat rangsangan yang sering digunakan untuk
memperolehi maklumat, meninjau kefahaman, mencungkil minat dan menilai kebolehan
seseorang tentang sesuatu perkara bagi memenuhi keperluan dan tujuan tertentu. Antara tujuan
soalan ialah memperkembangkan proses berfikir secara kreatif dan kritis di mana ia
menggalakkan pembelajaran yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi serta mengumpul
dan menganalisis maklumat secara berkesan. Selain itu, soalan digunakan untuk menggalakkan
serta meningkatkan penggunaan metakognitif dalam kalangan pelajar dan menggalakkan
pencetusan idea-idea baru dan penggunaan idea-idea yang sedia ada dengan baik.
Secara umumnya, pengurusan grafik berbentuk seperti borang dan jaringan yang perlu
diisi dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk atau kemahiran yang sedang
dipelajari (Som dan Mohd Dahalan, 1998). Melalui pengurusan grafik, sesuatu idea yang hendak
disampaikan itu akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami. Pengurusan grafik digunakan
untuk membantu seseorang itu mengurus dan menyusun pemikirannya supaya menjadi lebih
sistematik dan berkesan. Pengurusan grafik bukan sahaja dapat membantu mengurus pemikiran
dengan berkesan, malah dapat memudahkan pemahaman tentang sesuatu proses pemikiran itu
dengan lebih baik.
Memetik penyataan dari laman sesawang EnchantedLearning.com yang menyatakan :
Story maps are graphic organizers that can be useful in helping a student write a story. A story
map is a visual depiction of the settings or the sequence of major events and actions of story
characters. This procedure enables students to relate story events and to perceive structure in
literary selections. Story maps can be used as outlines for story writing.
Penyataan ini disokong oleh Baker et. al (2003), :
Visual representation such as story map can be beneficial for all students, and are especially
helpful for student with Learning Difficulties. Story maps take numerous forms. One variation we
like is the organization sheet developed by...
Englert (1990, 1992), menyatakan peta cerita ialah proses menulis dalam bentuk pemetaan :
The topic or title of the story is written in a circle in the middle of the page and the subtopics or
components of the plot are written in the surrounding circles.
10

METODOLOGI KAJIAN
MODEL PENYELIDIKAN TINDAKAN KURT LEWIN (1946) DAN LAIDLAW (1992)
Reka bentuk kajian yang saya jalankan ini menggunakan model penyelidikan tindakan Kurt
Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Proses penyelidikan tindakan mengikut model Kurt Lewin
dan Laidlaw ini berlaku secara berulang dalam lingkaran atau kitaran. Proses penyelididkan
tindakan mengikut model ini bermula dari proses mengenal pasti aspek amalan, merancang,
tindakan, melihat kesan tindakan dan refleksi. Rajah 1 yang ditunjukkan berikut menunjukkan
proses penyelidikan tindakan model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).
Rajah 1. Adaptasi Proses Penyelidikan Tindakan Model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).














MENGENAL PASTI ASPEK AMALAN
Mengumpul data untuk mengenal pasti
aspek amalan yang ingin ditambah
baik.
MERANCANG
Merancang pelan tindakan untuk
menambah baik amalan.
Merancang mengumpul data
tentang kesan tindakan.
TINDAKAN / IMPLEMENTASI
Melaksana pelan tindakan.
MELIHAT KESAN TINDAKAN
Mengumpul data tentang kesan
tindakan.
REFLEKSI
Menganalisis dan menilai.
Membuat refleksi mengenai
keberkesanan tindakan
berdasarkan data yang
dikumpul.
KITARAN
SETERUSNYA
11

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya bagi kajian tindakan terhadap kemahiran menulis karangan menyambung
cerita ini ialah murid-murid Tahun 5 Dedicated di salah sebuah sekolah di Kajang. Mereka
terdiri daripada 30 orang murid iaitu 17 orang lelaki dan 13 orang perempuan. Kesemua mereka
adalah berbangsa Melayu. Kelas ini merupakan kelas yang keempat daripada lima buah kelas
tahun 5 di sekolah ini. Berdasarkan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) Fasa 1
bulan Mac, tahap pencapaian akademik mereka dalam kemahiran menulis adalah pada tahap
sederhana dan lemah. Walaupun tahap pencapaian akademik mereka rendah namun, mereka
merupakan murid-murid yang aktif di dalam kelas. Hanya segelintir sahaja yang bersikap pasif.
Mereka juga menunjukkan kesungguhan untuk belajar dan patuh dengan arahan. Sebilangan
besar daripada murid-murid Tahun 5 Dedicated juga selalu terlibat dengan aktiviti di luar bilik
darjah. Sementara itu, sebilangan kecil daripada mereka ada yang menyandang jawatan penting
di sekolah iaitu pengawas pusat sumber dan briged siber.

INSTRUMEN KAJIAN
Saya menggunakan empat instrumen yang berbeza untuk mengumpul data hasil dapatan kajian
yang dijalankan. Empat instrumen yang digunakan iaitu ujian, analisis dokumen, temu bual dan
soal selidik.

Ujian
Tujuan ujian dijalankan adalah untuk menilai tahap pencapaian murid dalam kemahiran menulis
karangan menyambung cerita. Dua jenis ujian yang digunakan dalam kajian ini iaitu Ujian Awal
Karangan Menyambung Cerita dan Ujian Akhir Karangan Menyambung Cerita. Ujian awal
digunakan untuk mengesan tahap pencapaian murid sebelum intervensi dijalankan. Sementara
itu, ujian akhir pula digunakan untuk mengesan tahap pencapaian murid selepas intervensi
dijalankan. Keputusan ujian dianalisis secara statistik deskriptif iaitu skor, kekerapan, peratusan
dan deskriptif. Keputusan ujian awal dan ujian akhir dibandingkan.

12

Analisis Dokumen
Analisis dokumen digunakan untuk mendapatkan maklumat yang releven kepada masalah
kemahiran menulis karangan menyambung cerita pada aspek penulisan struktur karangan iaitu
isi-isi karangan, perenggan karangan dan pengolahan isi yang disampaikan mengikut urutan
cerita. Analisis dokumen juga digunakan untuk mengesan tahap pencapaian murid dalam aspek
yang dikaji sebelum intervensi iaitu ujian awal dan selepas intervensi iaitu ujian akhir dijalankan.
Keputusan analisis dokumen dianalisis secara statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan dan
deskriptif. Keputusan analisis dokumen sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi
dibandingkan.

Temu Bual
Temu bual dilaksanakan untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan terperinci tentang pandangan,
pendapat dan persepsi murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran menulis karangan
menyambung cerita selepas intervensi dilaksanakan. Temu bual yang dijalankan ialah temu bual
berstruktur secara individu ke atas 30 orang responden. Temu bual dianalisis secara manual
dalam bentuk transkripsi temu bual, kekerapan dan deskriptif.

Soal Selidik
Soal selidik dijalankan untuk mengetahui tentang keadaan sebenar tentang isu-isu pengajaran
dan pembelajaran menulis karangan menyambung cerita selepas intervensi dilaksanakan. Soal
selidik ini juga dikenali sebagai soal selidik maklumat skala pemeringkatan yang mempunyai
beberapa tahap persetujuan. Sepuluh soalan soal selidik digunakan. Jenis soal selidik yang
dijalankan ialah soal selidik dengan skala Likert yang mempunyai lima poin. Soal selidik
dianalisis secara statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan dan deskriptif.



13

PELAKSANAAN TINDAKAN
Pelaksanaan tindakan dalam kajian ini dijalankan mengikut proses penyelidikan tindakan model
penyelidikan tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992), bermula dari proses mengenal
pasti aspek amalan, merancang, tindakan, melihat kesan tindakan dan refleksi. Jadual 1 yang
ditunjukkan berikut menunjukkan pelaksanaan tindakan dalam kajian ini mengikut proses
penyelidikan tindakan model penyelidikan tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).
Jadual 1. Jadual Proses Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan
Bil. Proses Tarikh / Minggu Tindakan
1 Mengenal
Pasti
Aspek
Amalan
14 Feb 18 Feb
Minggu Ke-2
(Dilaksanakan
semasa praktikum)
Membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran.
Membuat tinjauan awal masalah dan mengenal pasti
isu kajian.
Membina instrumen kajian.
Pengumpulan data awal.
21 Feb 25 Feb
Minggu Ke-3
Membuat analisis dokumen.
Hasil kerja murid.
28 Feb 04 Mac
Minggu Ke-4
Membuat analisis dokumen.
Buku latihan menulis karangan.
21 Mac 25 Mac
Minggu Ke-7
Membuat analisis dokumen.
Keputusan Penilaian Kemajuan Berasaskan
Sekolah (PKBS) Fasa 1 bulan Mac.
28 Mac 01 Apr
Minggu Ke-8
Menjalankan temu bual.
Menjalankan soal selidik.
04 Apr 08 Apr
Minggu Ke-9
Membuat analisis data tinjauan awal masalah.
Memfokuskan permasalahan dan menentukan fokus
kajian.
2 Merancang 11 Apr 15 Apr
Minggu Ke-10
Menentukan objektif dan soalan kajian.
Merancang dan membina bentuk tindakan dan
intervensi.
18 Apr 25 Apr
Minggu Ke-11
Mencari dan mengumpul maklumat tentang tindakan
yang akan digunakan untuk mengurangkan masalah
yang dihadapi dan dikesan.
Membuat tinjauan literatur dengan merujuk buku,
kajian lepas, laman sesawang dan sebagainya.
Menentukan instrumen kajian, cara pengumpulan
data dan analisis data.
14

Bil. Proses Tarikh / Minggu Tindakan
3 Tindakan
dan
Melihat
Kesan
Tindakan
11 Jul 15 Jul
Minggu Pertama
(Dilaksanakan
semasa Internship)
Menjalankan Ujian Awal Karangan Menyambung
Cerita.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menulis
karangan menyambung cerita dengan mneggunakan
peta cerita.
Aktiviti 1_ Memperkenalkan karangan
menyambung cerita dan menyalin contoh
karangan menyambung cerita.
18 Jul 22 Jul
Minggu Ke-2
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menulis
karangan menyambung cerita dengan mneggunakan
peta cerita.
Aktiviti 2_ Memperkenalkan peta cerita dan
mencatat isi-isi karangan dalam peta cerita.
Menjalankan Intervensi Karangan Menyambung
Cerita 1.
Aktiviti 3_ Merangka isi-isi karangan dalam peta
cerita.
Aktiviti 4_ Menulis karangan menyambung cerita
berpandukan isi-isi karangan dalam peta cerita.
25 Jul 29 Jul
Minggu Ke-3
Menjalankan Intervensi Karangan Menyambung
Cerita 2 & menjalankan Intervensi Karangan
Menyambung Cerita 3.
Aktiviti 3_ Merangka isi-isi karangan dalam peta
cerita.
Aktiviti 4_ Menulis karangan menyambung cerita
berpandukan isi-isi karangan dalam peta cerita.
01 Ogos-05 Ogos
Minggu Ke-4
Menjalankan Ujian Akhir Karangan Menyambung
Cerita.
Menjalankan temu bual dan soal selidik.
Membuat analisis dokumen dan membuat penilaian.
Mentadbir instrumen kajian untuk pengumpulan data
Menganalisis dan menginterpretasi data.
4 Refleksi Membuat refleksi keberkesanan tindakan.
Mmebuat rumusan kajian.
Cadangan tindakan kitaran kedua.
15

ANALISIS DATA
Analisis Dokumen
Jadual 2. Analisis Aspek Penulisan Struktur Karangan : Karangan Menyambung Cerita
ASPEK UJIAN AWAL UJIAN AKHIR
Kekerapan Peratus (%) Kekerapan Peratus (%)
Isi
Karangan
10 33.3 25 83.3
Perenggan
Karangan
12 40 27 90
Olahan
Isi
8 26.6 20 66.6

Hasil analisis data daripada Jadual 2, menunjukkan seramai 10 orang responden (33.3%) dapat
mengemukakan isi karangan dengan baik dalam Ujian Awal Karangan Menyambung Cerita
sementara dalam Ujian Akhir Karangan Menyambung Cerita pula seramai 25 orang responden
(83.3%) dapat mengemukakan isi karangan dengan baik. Bagi penulisan perenggan karangan
pula, seramai 12 orang responden (40%) dapat membuat perenggan karangan dalam Ujian Awal
Karangan Menyambung Cerita sementara dalam Ujian Akhir Karangan Menyambung Cerita
pula seramai 27 orang responden (90%) dapat membuat perenggan karangan. Manakala bagi
pengolahan isi karangan, seramai 8 orang responden (26.6%) dapat membuat olahan isi karangan
dalam Ujian Awal Karangan Menyambung Cerita sementara dalam Ujian Akhir Karangan
Menyambung Cerita pula seramai 20 orang responden (66.6%) dapat membuat olahan isi
karangan.
Analisis Ujian
Jadual 3. Analisis Keputusan Ujian Karangan Menyambung Cerita
PENSKORAN UJIAN AWAL UJIAN AKHIR
Kekerapan % Kekerapan %
CEMERLANG
(24-30)
0 0 0 0
BAIK
(17-23)
1 3.3 13 43.3
MEMUASKAN
(11-16)
8 26.6 17 56.6
PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM
(1-10)
21 70 0 0
16

Hasil kajian seterusnya daripada Jadual 3 mendapati bahawa seorang responden (3.3%)
mendapat skor baik dalam Ujian Awal Karangan Menyambung Cerita sementara dalam Ujian
Akhir Karangan Menyambung Cerita pula seramai 13 orang responden (43.3%) mendapat skor
baik. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa seramai 8 orang responden (26.6%) mendapat skor
memuaskan dalam Ujian Awal Karangan Menyambung Cerita sementara dalam Ujian Akhir
Karangan Menyambung Cerita pula seramai 17 orang responden (56.6%) mendapat skor
memuaskan. Manakala seramai 21 orang responden (70%) mencatatkan skor pencapaian tahap
minimum dalam Ujian Awal Karangan Menyambung Cerita sementara dalam Ujian Akhir
Karangan Menyambung Cerita pula tiada sebarang catatan direkodkan. Tiada seorang responden
pun yang mendapat skor cemerlang dalam kedua-dua Ujian Awal Karangan Menyambung Cerita
dan Ujian Akhir Karangan Menyambung Cerita.
.Analisis Data Temu Bual
Soalan 1) Adakah penggunaan peta cerita dapat membantu kamu untuk merangka isi-isi
karangan bagi karangan menyambung cerita?
Jadual 4. Analisis Temu Bual Tentang Penggunaan Peta Cerita Dalam Merangka Isi Karangan.
TEMA KEKERAPAN PERATUS (%)
YA 28 93.3
TIDAK 2 6.6

Mengikut maklumat daripada Jadual 4 menunjukkan bahawa seramai 28 orang responden
(93.3%) menyatakan bahawa penggunaan peta cerita dapat membantu mereka untuk merangka
isi-isi karangan bagi karangan menyambung cerita sementara 2 orang responden lagi (6.6%)
menyatakan sebaliknya.
Soalan 2) Adakah penggunaan peta cerita dapat membantu kamu menulis sebuah karangan
menyambung cerita dengan baik berpandukan isi-isi karangan yang dicatat mengikut
perenggan?
Jadual 5. Analisis Temu Bual Tentang Penggunaan Peta Dalam Menulis Karangan Menyambung
Cerita Mengikut Perenggan.
TEMA KEKERAPAN PERATUS (%)
YA 27 90
TIDAK 3 10
17

Hasil analisis data daripada Jadual 5 menunjukkan bahawa seramai 27 orang responden (90%)
menyatakan bahawa penggunaan peta cerita dapat membantu mereka menulis sebuah karangan
menyambung cerita dengan baik berpandukan isi-isi karangan yang dicatat mengikut perenggan
sementara 3 orang responden lagi (10%) menyatakan sebaliknya.
Analisis Soal Selidik
Jadual 6. Analisis Soal Selidik Tentang Pengajaran dan Pembelajaran Menulis Karangan
Menyambung Cerita dengan Menggunakan Peta Cerita.
ITEM
SOAL SELIDIK
SKALA
(KEKERAPAN / PERATUS)
3 4 5
IT4. Peta cerita membantu saya menjana idea yang
bernas dan logik mengikut cerita.
2
6.6
15
50
13
43.3
IT6. Peta cerita membantu saya menulis karangan
menyambung cerita dengan lebih baik.
6
20
10
33.3
14
46.6
IT8. Saya dapat menulis perenggan pendahuluan, isi
dan penutup karangan berpandukan peta cerita.
7
23.3
7
23.3
16
53.3
IT10. Peta cerita dapat membantu meningkatkan
prestasi markah ujian penulisan karangan
menyambung cerita.
3
10
13
43.3
14
46.6

Berdasarkan maklumat dalam Jadual 6, kekerapan skala yang paling tinggi bagi item 4 ialah
skala setuju iaitu sebanyak 15 (50%) diikuti dengan skala sangat setuju sebanyak 13 (43.3%) dan
skala kurang setuju iaitu 2 (6.6%). Kekerapan skala yang paling tinggi bagi item 6 pula ialah
skala sangat setuju dengan kekerapan sebanyak 14 (46.6%) diikuti dengan skala setuju sebanyak
10 (33.3%) dan skala kurang setuju iaitu 6 (20%). Sementara itu, bagi item 8 pula, kekerapan
skala yang paling tinggi ialah skala sangat setuju iaitu sebanyak 16 (53.3%) diikuti dengan skala
setuju dan skala kurang setuju iaitu 7 (23.3%). Kekerapan skala yang paling tinggi bagi item 10
ialah skala sangat setuju iaitu sebanyak 14 (46.6%) diikuti dengan skala setuju sebanyak 13
(43.3%) dan skala kurang setuju iaitu 3 (10%).

18

DAPATAN KAJIAN
Hasil analisis aspek penulisan struktur karangan bagi karangan menyambung cerita yang
dijalankan terhadap kertas Ujian Akhir Karangan Menyambung Cerita menunjukkan
peningkatan dalam ketiga-tiga bahagian aspek penulisan struktur karangan berbanding Ujian
Awal Karangan Menyambung Cerita. Seramai 15 orang responden (50%) menunjukkan
peningkatan dalam aspek mengemukakan isi karangan yang menjadikan seramai 25 orang
responden (83.3%) dapat mengemukakan isi karangan dengan baik dalam Ujian Akhir Karangan
Menyambung Cerita berbanding dengan Ujian Awal Karangan Menyambung Cerita. Sementara
itu, seramai 15 orang responden juga (50%) menunjukkan peningkatan dalam aspek membuat
perenggan karangan yang menjadikan seramai 27 orang responden (90%) dapat membuat
perenggan karangan dengan baik dalam Ujian Akhir Karangan Menyambung Cerita berbanding
dengan Ujian Awal Karangan Menyambung Cerita. Manakala seramai 12 orang responden
(40%) menunjukkan peningkatan dalam aspek pengolahan isi karangan yang menjadikan seramai
20 orang responden (66.6%) dapat mengolah isi karangan dengan baik dalam Ujian Akhir
Karangan Menyambung Cerita berbanding dengan Ujian Awal Karangan Menyambung Cerita.
Hasil analisis ujian karangan menyambung cerita pula menunjukkan seramai 12 orang
responden (40%) meningkat kepada skor baik yang menjadikan 13 orang responden (43.3%)
berada dalam skor baik dan 9 orang responden (30%) meningkat kepada skor memuaskan yang
menjadikan 17 orang responden (56.5%) berada dalam skor memuaskan dalam Ujian Akhir
Karangan Menyambung Cerita berbanding dengan Ujian Awal Karangan Menyambung Cerita.
Sementara itu, tiada seorang pun responden yang mendapat skor pencapaian tahap minimum
dalam Ujian Akhir Karangan Menyambung Cerita berbanding dengan Ujian Awal Karangan
Menyambung Cerita seramai 21 orang responden (70%) mendapat skor pencapaian tahap
minimum.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan peta cerita dapat membantu murid
merangka isi-isi karangan bagi karangan menyambung cerita dan menulis sebuah karangan
menyambung cerita dengan baik berpandukan isi-isi karangan yang dicatat mengikut perenggan.
Selain itu, penggunaan peta cerita juga dapat membantu murid meningkatkan kemahiran menulis
karangan menyambung cerita seterusnya meningkatkan prestasi markah bagi ujian Bahasa
Melayu (012) Penulisan Bahagian B Karangan Menyambung Cerita.
19

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
REFLEKSI TINDAKAN
Melalui tindakan yang dijalankan, saya dapati penggunaan peta cerita dalam pengajaran dan
pembelajaran menulis karangan menyambung cerita dapat membantu murid dalam
meningkatkan kemahiran menulis karangan menyambung cerita terutamanya dalam aspek
penulisan struktur karangan yang saya fokuskan. Selepas tindakan ini dijalankan, saya dapat
memahami bahawa setiap masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
diatasi melalui kajian tindakan. Saya juga dapat meningkatkan kefahaman tentang masalah yang
dihadapi oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran dan memberi kesedaran kepada saya
tentang kepentingan untuk membaiki amalan pendidikan.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Penggunaan teknik peta cerita ini akan lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dalam tempoh
yang lebih panjang. Teknik ini boleh juga diaplikasikan untuk pengajaran dan pembelajaran
kemahiran menulis karangan menyudahkan cerita. Oleh itu, saya mencadangkan supaya teknik
peta cerita ini digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan
menyambung cerita dalam tempoh yang lebih panjang. Selain itu, saya juga mencadangkan
supaya teknik peta cerita ini digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis
karangan menyudahkan cerita.

RUJUKAN
Abd. Aziz Abd. Talib (2007). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan (2007). Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Ahmad Nazri bin Hj. Abdul Khorid (2009). Prestasi Murid Tahun Lima Dalam Pembelajaran
Penulisan Karangan Berpandukan Bahan Grafik. Tesis tidak diterbitkan, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
Alimah Binti Abu Noh (1999). Kesan Pengajaran Berfokuskan Tatacerita Terhadap
Pemahaman Pembaca Mahir dan Kurang Mahir. Tesis tidak diterbitkan, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
20

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Tindakan, Kementerian Pelajaran Malaysia (2008).
Buku Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Faridah Sarajul Haq, Nooreiny Maarof, Raja Mohd Fauzi (2001). Masalah Penulisan Naratif
Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan 27: 3-26
Jane Kelly (2009). Teaching Children Neat Writing. Diperoleh pada Mei 12, 2011 dari
http://www.suite101.com/content/teaching-children-neat-writing-al142555/
Janette K. Klingner, Sharon Vaughn, Alison Boardman (2007). Teaching Reading
Comprehension For Student With Learning Difficulties. The Guilford Press
Kamariah Ab. Ghani (2002). Kesan Penggunaan Pendekatan Kemahiran Berfikir Secara
Penyebatian Sepenuh Terhadap Pencapaian Penulisan Karangan. Tesis tidak
diterbitkan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Malaysia.
Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj.Abd.Aziz. (1997). Penguasaan Kemahiran Menulis. Subang
Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1994). Laporan Prestasi Sijil Pelajaran Malaysia 1993. Kuala
Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah SK Tahun 5 Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum
Lee Gwo Jiuh (1993). Kemahiran Berfikir Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM). Kertas kerja dibentangkan sempena prosiding Konvensyen Antarabangsa
Kecemerlangan Berfikir. UKM, Bangi. 19-20 November.
Marohaini Yusoff (1987). Aspek-Aspek Dalam Pengajaran Kemahiran Menulis di Peringkat
Menengah. Jurnal Dewan Bahasa 31 (2): 117-127
Mohd. Nashuha Jamidin (1996). Kemahiran Berfikir Dan Belajar. Shah Alam: Penerbitan Fajar
Bakti Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang (2004). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 5. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan & Pedagogi Murid Dan Alam Belajar. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nagaran A/L Muniandy (2006). Kesan Pembinaan Kaedah STAD Terhadap Penulisan
Karangan Bahsaa Tamil. Tesis tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia, Malaysia.
21

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood (2010).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noraini Idris, Shuki Osman (2009). Pengajaran Dan Pembelajaran Teori Dan Praktis. Kuala
Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Omar Abas (2011). Longman Esensi Panduan Revisi Untuk Sukses Bahasa Malaysia UPSR.
Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn Bhd.
Othman Lebar (2006). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori Dan Metod. Kuala
Lumpur: Univision Press Sdn. Bhd.
Rahimah Mohd. Isa, Suhaila Hamdan, Rafizah Salleh (2010), Model Shulman. Diperoleh pada
Mei 12, 2011 dari http://www.scribd.com/doc/39570225/Model-Shulman-Power-Point
Rajeswary A/P Palaniyandi (1998). Kesan Struktur Cerita Terhadap Pemahaman Teks Naratif di
Kalangan Pelajar Tingkatan 1. Tesis tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, Malaysia.
Rosinah Edinin (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Rosini Abu, Ghazali Mustapha, Rohani Ahmad Tarmizi (2001). EDU3043: Unit 1-3/3
Kemahiran Berfikir. Serdang: IDEAL.
Samsu Yaacobb (1996). Aplikasi Kemahiran Berfikir Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
Menengah Atas. Kajang: Makruf Publisher & Distributors Sdn. Bhd.
Som Hj. Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis &
Kreatif. Selangor: Longman.
Tee Tze Kiong, Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad, Widad Bt. Othman, Yee Mei
Heong (2010). Kepentingan Peta Minda Sebagai Alat Berfikir Dalam Mengambil Nota
Kuliah. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST 2009).
UNESCO (1995-2011). Education For All. Diperoleh pada Mei 12, 2011 dari
http://www.unesco.org/en/efa/
Yahya Othman (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Diperoleh pada Mei 12, 2011 dari
http://www.readwritethink.org/files/resources/interactives/storymap/
Diperoleh pada Mei 12, 2011 dari http://www.hishelpinschool.com/learning/storymap.html

Diperoleh pada Mei 12, 2011 dari
http://olc.spsd.sk.ca/de/pd/instr/strats/storymapping/index.html

Diperoleh pada Mei 12, 2011 dari http://www.educationworld.com/a_curr/curr365.shtml

Você também pode gostar