Você está na página 1de 8

Hak Asasi Kanak-Kanak

Dunia kanak-kanak sepatutnya dilalui dengan penuh riang dan ceria. Seiring usia
yang masih mentah dan jiwa mereka yang putih bersih, kanak-kanak berhak menikmati
kehidupan indah dan menggembirakan. Kanak-kanak perlu mendapat pembelaan yang
sewajarnya oleh anggota masyarakat bagi memberi peluang kepada mereka untuk
berkembang potensi secara menyeluruh dan seimbang. Hak asasi kanak-kanak sejagat
telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-Kanak atau dikenali sebagai Children's Rights Convention(CRC)
pada tahun 1989. Negara Malaysia telah terima pakai CRC kecuali mengekalkan
reservasi terhadap Perkara 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28 (1) (a) dan 37. kerana bertentangan
dengan dasar,undang-undang dan amalan negara kita (Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia).
Menurut Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai individu
yang berumur di bawah 18 tahun. Hak kanak-kanak pula adalah hak-hak yang telah
disenaraikan di dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (Convention on the
Rights of the Children).
Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak merupakan instrumen antarabangsa
yang mempunyai ratifikasi paling banyak antara instrumen PBB yang lain. Konvensyen
ini telah diterima pakai pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
pada 20 November 1989 bagi mengiktiraf hak kanak-kanak. Malaysia telah meratifikasi
konvensyen ini pada 17 Februari 1995, namun masih mengekalkan reservasi kepada
Perkara 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28(1)(a) dan 37.Konvensyen ini menuntut agar kita menjadi
lebih peka terhadap keperluan kanak-kanak dan mewujudkan persekitaran yang
harmoni dan penyayang. Ia menggariskan hak kanak-kanak di seluruh dunia tanpa
mengira jantina, agama, bangsa, kefahaman atau perbezaan. Tanggungjawab bagi
memastikan perlindungan terhadap hak-hak ini terletak kepada kerajaan Negara-
negara Pihak dan juga masyarakat.
Perjanjian ini menggariskan empat pengelasan hak utama iaitu Kehidupan,
Perkembangan, Perlindungan dan Penyertaan. Dalam hak kehidupan, hak kanak-kanak
kepada kelangsungan hidup dan keperluan-keperluan asas untuk hak tersebut seperti
makanan, air bersih dan tempat tinggal. Ibu bapa mestilah menyediakan keperluan-
keperluan asas kepada kanak-kanak mengikut kemampuan mereka. Kanak-kanak
memerlukan tempat tinggal yang baik, pemakanan yang seimbang dan air yang bersih,
Persekitaran yang positif, harmoni dan penyayang perlulah diwujudkan bagi
memastikan kanak-kanak dapat membesar dengan baik. Ibu bapa juga perlu
menyediakan pemakanan seimbang dan berkhasiat yang mengandungi zat seperti
karbohidrat, protein, vitamin dan mineral dalam memangkinkan tumbesaran kanak-
kanak. Ibu bapa harus mengajar kanak-kanak untuk memilih makanan yang berkhasiat
daripada memakan makanan ringan yang kurang berkhasiat.
Manakala dalam hak Perkembangan pula, hak kepada pembangunan potensi
individu menyeluruh seperti hak kepada pendidikan, hak untuk bermain dan hak untuk
menyuarakan pendapat. Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan kepada kanak-
kanak. Pendidikan ini termasuklah mengenali tuhan, nilai-nilai murni dan persekolahan.
Ibu bapa harus memupuk minat membaca dan cintakan ilmu kepada kanak-kanak.
Ilmu-ilmu yang baik dan bermanfaat ini adalah untuk menyediakan kanak-kanak pada
masa hadapan. Kanak-kanak juga diberikan kebebasan untuk bermain mengikut
kesesuaian. Melalui interaksi bermain, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang
bermanfaat. Sebagai contoh, mereka dapat belajar menghormati orang lain; sesuatu
yang mudah seperti beratur ketika bermain atau berkongsi alat permainan bersama-
sama rakan. Kanak-kanak juga perlu didengari. Pendapat mereka yang diambil kira
oleh ibu bapa akan membuatkan mereka berasa dihargai. Dengan ini mereka bersedia
untuk meluahkan perasaan atau masalah kepada ibu bapa. Terdapat banyak kes yang
menunjukkan kanak-kanak atau remaja yang lebih mempercayai rakan sebaya
daripada ibu bapa sendiri dalam berkongsi masalah. Ini disebabkan oleh kurangnya
komunikasi di antara kanak-kanak tersebut dengan ibu bapa mereka sehingga
menyebabkan kanak-kanak ini tidak berminat untuk menceritakan masalah mereka
kepada ibu bapa dan keluarga.
Di samping itu, hak perlindungan kanak-kanak membawa kepada perlindungan
daripada pengaruh-pengaruh tidak baik seperti penderaan, eksploitasi dan sebagainya.
Kanak-kanak berhak kepada perlindungan daripada sebarang keadaan yang berbahaya
seperti penderaan, pencabulan dan eksploitasi. Kanak-kanak tidak seharusnya
dijadikan mangsa kepada sesuatu masalah. Mereka perlu dilindungi daripada
dicederakan dari segi emosi ataupun dari segi seksual. Mereka tidak seharusnya
diabaikan dan dianiaya oleh sesiapa pun. Mereka juga tidak sepatutnya didiskriminasi
hanya kerana perbezaan yang terdapat pada mereka. Jika terdapatnya salah laku
terhadap kanak-kanak ini, pihak-pihak berwajib harus campur tangan dan melindungi
mereka melalui undang-undang yang telah diperuntukkan. Mereka juga hendaklah
memberi perkhidmatan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kepada kanak-
kanak yang menjadi mangsa penyeksaan , pengabaian, penganiayaan, keganasan,
pengeksploitasian atau kanak-kanak tidak terkawal serta penyediaan rawatan
pemulihan kepada pesalah kanak-kanak (child offender). Semua pihak perlu
memastikan kanak-kanak diberi hak kepada perundangan dan perkhidmatan dan juga
memastikan kanak-kanak mangsa bencana menerima rawatan yang sewajarnya bagi
pemulihan, pembangunan dan pengintegrasian semula ke dalam masyarakat.
Memastikan kanak-kanak mangsa eksploitasi seksual (seperti pelacuran kanak-kanak
dan pornografi kanak-kanak) dan pemerdagangan orang diberi perlindungan,
pemulihan dan pengintegrasian semula ke dalam masyarakat atau dihantar pulang ke
negara asal. Kita juga haruslah menggalakkan penyediaan persekitaran yang sihat dan
selamat untuk kanak-kanak.

Hak terakhir dalam hak asasi kanak-kanak ialah hak Penyertaan. Hak
penyertaan ialah hak kepada penyertaan sepenuhnya dalam keluarga, budaya dan
kehidupan sosial masyarakat setempat. Kanak-kanak perlu diberi hak untuk mengambil
bahagian dalam hal ehwal dan pembesaran mereka. Contohnya mereka ingin
mendapatkan sesuatu barangan, sekiranya difikirkan sesuai, ibu bapa perlulah
menyediakan barangan tersebut. Ibu bapa juga perlu menyertakan kanak-kanak dalam
aktiviti kemasyarakatan supaya dapat memupuk sifat-sifat murni dalam diri kanak-kanak.
Selain itu, kanak-kanak juga perlu dididik untuk berbuat baik dan bertoleransi dengan
anggota masyarakat.Ibu bapa merupakan individu yang paling hampir kepada kanak-
kanak. Seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kanak-kanak
ini dapat menjalani kehidupan yang baik. Kesedaran terhadap hak kanak-kanak
perlulah dipupuk ke dalam diri setiap individu agar mereka mengerti bahawa setiap dari
kita mempunyai hak tersendiri. Kesedaran ini juga perlu dalam mengurangkan tindakan-
tindakan tidak berperikemanusian sesetengah individu terhadap kanak-kanak.



Hak utama
kanak-kanak
yang harus
dilindungi
Hak
Penyertaan
Hak untuk
Hidup
Hak
Perkembangan
Hak
Perlindungan



Hak
kepada
pendidikan

Hak untuk
menyuarakan
pendapat.
Hak
untuk
bermain
Hak
Perkembangan
kanak-kanak

Hak
Perlindungan
kanak-kanak
Memberi perkhidmatan
pemeliharaan,
perlindungan dan
pemulihan kepada kanak-
kanak yang menjadi
mangsa penyeksaan
Memastikan
kanak-kanak
diberi hak kepada
perundangan dan
perkhidmatan
sokongan.
Memastikan kanak-kanak
mangsa eksploitasi seksual
dan pemerdagangan orang
diberi perlindungan,
pemulihan dan
pengintegrasian semula ke
dalam masyarakat
Menggalakkan
penyediaan
persekitaran
yang sihat dan
selamat untuk
kanak-kanak.

Memastikan
kanak-kanak
mangsa bencana
menerima rawatan
yang sewajarnya
bagi pemulihan,
pembangunan

Hak
Penyertaan
kanak-
kanak


Mengambil
bahagian dalam
hal ehwal dan
pembesaran
mereka
Menyertakan
kanak-kanak
dalam aktiviti
kemasyarakatan
Dididik untuk
berbuat baik dan
bertoleransi
dengan anggota
masyarakat



Hak
kehidupan
kanak-
kanak
Tempat tinggal yang
baik
Pemakanan
yang seimbang
Air yang bersih
Persekitaran
yang positif,
harmoni dan
penyayang

http://www.konsumerkini.net.my/v1/in
dex.php/berita-terkini/hak-asasi-
manusia/212-fahami-hak-kanak-kanak

Você também pode gostar