Você está na página 1de 2

SMK PANTAI REMIS

34900 PANTAI REMIS


PERAK

PANITIA EKONOMI ASAS

POST MORTEM PEPERIKSAAN SPM 2013

1.0 ANALISIS KEPUTUSAN
Bilangan calon : 64 orang
Bil Cemerlang : 1 orang (1.6%)
Bil Lulus : 25orang (40.32%)
Bil Gagal : 37orang ( 59.68%)

2.0 PERBANDINGAN KEPUTUSAN SPM 2013 DAN 2012

TAHUN BIL A
+
A A
-
B
+
B
-
C
+
C D E LULUS % GAGAL %
2012 59 1 2 1 4 2 5 3 7 12 37 62.7 22 37.3
2013 64 0 0 1 1 0 1 3 7 12 25 40.3 37 59.7
BEZA -22.4

3.0 ULASAN PENCAPAIAN
Prestasi pelajar menurun pada tahun 2013 berbanding tahun 2012 iaitu menurun
sebanyak 22.4%.

4.0 KEKUATAN
4.1. Pelajar dibekalkan dengan bilangan latih tubi yang bersesuaian dengan kebolehan
masing-masing
4.2. Penggunaan buku koleksi soalan tahun lepas yang effisien.
4.3 Pemantapan pemahaman terhadap konsep dan istilah.
4.4. Dorongan dan sokongan berterusan dari guru mata pelajaran berpengalaman luas
dalam bidang dan subjek ini-
-Tn. Hj. Amir Din bin Busu (mengajar Kelas 5K1 & 5K2)
guru opsyen Ekonomi (pemegang ijazah Bachelor of Economy)
pengalaman mengajar selama 26 tahun
guru pemeriksa kertas SPM
.
5.0 KELEMAHAN
5.1 Pelajar tidak membuat persediaan/lemah motivasi diri.
5.2 Lebih kurang 80% pelajar bangsa Cina menghadapi masalah sukar untuk
memahami penerangan guru
5.3 Terdapat ramai pelajar yang tidak bersungguh-sungguh menjawab soalan latih
tubi.
5.4 Pelajar tidak menjawab soalan Kertas 2 sepenuhnya kerana tidak memahami
kehendak soalan.
5.5 Masalah kehadiran pelajar
5.5.1 Pelajar sering tidak hadir ke sekolah mengganggu pembelajaran.
5.5.2 Pelajar yang digantung persekolahan- terlibat masalah disiplin.

6.0 STRATEGI PENINGKATAN PRESTASI

6.1 Meneruskan aktiviti latih tubi dan gerak gempur seperti yang telah dirancang.
6.2 Pendedahan yang lebih banyak terhadap teknik menjawab soalan terutama
Kertas 2.
6.3 Setiap pelajar membuat kamus istilah ekonomi.
6.4 Penumpuan terhadap topik penting (Tingkatan 4) sahaja bagi pelajar terlalu
lemah.
6.5 Mengelaskan pelajar berpotensi, sederhana dan lemah untuk penggunaan
pendekatan yang berbeza.
6.6 Menggunakan modul soalan peperiksaan tahun lepas untuk dijadikan sebagai
bahan latih tubi di rumah.
6.7 Pihak pentadbir mengambil tindakan ke atas pelajar yang kerap ponteng
sekolah
6.8 Memperbanyakkan latihan soalan objektif untuk membantu khususnya pelajar
lemah memperoleh markah tinggi (Kertas 1)dan sekurang-kurangnya lulus
6.9 Menjalankan latih tubi soalan esei dengan lebih kerap di samping
menyemak/memantau bilangan latihan yang telah disiapkan pelajar.




Disediakan oleh, Disahkan oleh,



.................................................. ......................................................
(YURHAMY BIN YUSUF) (TIN SOOK TING)
KETUA PANITIA EKONOMI ASAS KETUA BIDANG VOTEK
SMK PANTAI REMIS SMK PANTAI REMIS

Você também pode gostar