Você está na página 1de 3

Bagaimana menggunakan media sosial untuk meningkatkan kualiti Pengajaran

dan Pembelajaran (PDP)?



Media sosial adalah salah satu perkembangan teknologi yang memiliki jaringan
besar dalam memberikan kemudahan bagi manusia untuk berkomunikasi dan bersosial.
Dengan era Friendster dan Myspace, era Facebook dan Twitter serta yang terbaru
Google Plus, media ini banyak memberi perubahan kepada manusia dalam bersosial.
Ini sesuai dengan tujuan awal mengapa media sosial dibuat iaitu memungkinkan kita
untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain di seluruh dunia untuk mencari
kawan baru, pasangan hidup, peluang perniagaan bahkan berpolitik.
Terdapat pelbagai jenis media sosial yang digunakan oleh guru sebagai alat
bantu mengajar. Antaranya media yang digunakan oleh guru ialah media sosial. Media
sosial adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan
komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
lebih berkesan. Media sosial adalah alat penting yang dapat memberikan banyak
manfaat pembangunan kepada dunia pendidikan. Pembangunan yang dimaksudkan
adalah pembelajaran yang dilaksanakan dengan cara mengumpul bahagian-bahagian
tertentu dari kehidupan sebenar pelajar.
Manfaat lain pula membawa erti pelajar yang terlibat dalam pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan media sosial boleh mempelajari ilmu yang ada
sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, dan pengetahuan. Selain itu,
penggunaan media sosial akan membantu dalam memberikan motivasi kepada pelajar
untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap. Media sosial
juga membantu dalam mendedahkan murid dengan lebih dekat lagi dalam sesuatu
topik pembelajaran yang didedahkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, penggunaan media sosial menjadi sangat berguna keada pelajar
dan meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran dan seterusnya meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi guru dan murid.
Penggunaan media sosial seperti Wikipedia, Blog dan Jaringan sosial akan
memberi pendedahan kepada pelajar dengan lebih jelas dan mendalam mengenai isu
atau topic pembelajaran dalam sesi PDP. Pelajar akan lebih terdedah kepada informasi
yang lebih meluas dan seterusnya meningkatkan kualiti pemikiran mereka dalam topik
pembelajaran. Hal ini membuktikan bahawa media sosial amat membantu dalam
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dalam penggunaan media sosial,
pelajar akan dapat memahami topik pengajaran dengan lebih cepat dan cekap maka
aktiviti dapat dijalankan dengan baik. Disamping itu, media sosial juga akan membantu
guru dalam mencapai hasil pembelajaran dan ini terbukti membantu meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Apakah cabaran yang perlu guru hadapi dalam menjadikan media sosial sebagai
media pengajaran dan pembelajaran?
Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam menjadikan
media sosial sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Antara cabaran yang paling
ketara ialah pembaziran masa atau kelalaian para pelajar dalam memberi tumpuan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan menyebabkan guru
terpaksa menghadapi kegagalan dalam mencapai hasil pembelajaran yang telah
dirancang sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, media sosial
juga digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan kepada
semua pengguna media sosial seperti penggunaan kod sumber palsu dan tempat
penyebaran fitnah. Hal ini akan menyebabkan pelajar menerima maklumat yang salah
atau tidak tepat semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan
memberikan kesan yang negatif kepada pelajar. Justeru itu, guru akan menghadapi
cabaran dalam memastikan media sosial yang digunakan haruslah tepat dan
memberikan informasi dari sumber yang boleh dipercayai agar hasil pengajaran boleh
dicapai dengan baik.
Selain itu, antara cabaran yang lain ialah, guru akan menghadapi masalah dari
aspek fasiliti ataupun kemudahan dalam menggunakan media sosial. Cabaran ini akan
dihadapi oleh guru yang berada di kawasan pendalaman. Para guru akan menghadapi
kesukaran dalam menggunakan media sosial untuk para pelajar semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berlaku kerana kurangnya fasiliti untuk mencari
media sosial yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran. Selain itu,
cabaran ini perlu dihadapi oleh guru apabila sekolah tidak mempunyai pengkalan data
atau maklumat yang mencukupi untuk digunakan.

Você também pode gostar