Você está na página 1de 2

Apa itu whatsapp ?

Whatsapp adalah pesanan ringkas dan panjang kita untuk


mengirimkan file, pesan, gambar, video dan foto. Whatsapp juga merupakan salah
satu aplikasi yang laris di dunia khususnya bagi pengguna Smartphone. Ianya
mempermudah untuk saling berhubungan serta meningkatkan laman sosial.
Kehadiran media massa, seperti surat kabar, radio, televisyen dan internet, sebagai
komunikasi abad modem telah berpengaruh luas. Suatu pesan atau berita dengan
mudah dapat diterima oleh masyarakat dalam waktu yang relatif singkat.

Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya, ada hitam dan
putihnya. Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke
atas tiap sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan Whatsapp, sebuah
laman sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini di semua
peringkat usia. Whatsapp adalah sebuah laman web sosial yang mampu
mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul. Hubungan
persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, university, kolej ataupun di
tempat kerja akan lebih erat. Ada juga individu yang menggunakan whatsapp untuk
mencari pengaruh,berkomunikasi dan berkongsi maklumat.
Whatsapp juga sebagai alat perantaraan dalam sesebuah organisasi. Ia mudah
untuk mendapatkan target KPI organisasi. Ini kerana Whatsapp menjadikan
komunikasi tanpa henti kerana setiap saat arahan atau makluman boleh dikirimkan
tanpa batasan masa dan menjimatkan kos dan sebagainya. Dengan cara ini, dapat
membawa lebih keuntungan kepada organisasi. Pengguna whatsapp juga boleh
menonjolkan individu dimata ketua organisasi tetapi kalau sekejap timbul sekejap
tenggelam atau tidak aktif maka organisasi tidak akan ingat siapa kita.
Di sebalik kebaikan ada keburukan yang diperolehi melalui penggunaan whatsapp,
pengguna juga akan mendapat keburukan melaluinya jika tidak digunakan dengan
betul. Antara keburukan yang paling ketara ialah pembaziran masa. Bukan itu
sahaja, akibar daripada kelalaian pengguna menggunakan whatsapp,
kebarangkalian pengguna akan mendapat prestasi yang rendah disebakan tidak
memberi maklumbalas dengan segera terhadap arahan oleh organisasi. Bayangkan
kehiduapan kita dalam sesebuah organisasi dimana kita telah berada di pejabat
tempoh minum 8 jam sehari untuk lima kali seminggu dengan arahan dan
tanggungjawab tetapi apabila kita pulang ke rumah kita perlu waktu rehat bersama
keluarga tetapi arahan berlaku dalam whatsapp mungkin menyebabkan kita hidup
dalam keadaan stress 24 jam. Ini boleh menjejaskan kesihatan dan hubungan
keluargaan kita.
Whatsapp yang digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan
disebarkan kepada semua boleh menjatuhkan maruah seseorang. Mereka inilah
sebenarnya seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak berani menghadapi
situasi sebenar. Sekirannya pihak yang difitnah tidak boleh menerima penyebaran
fitnah yang dikenakan ke atas mereka, pasti akan berlaku pergaduhan antara
keduanya. Kadang-kadang tidak ketahui apa yang bermain difikiran mereka ini,
adakah mereka ingin bergurau atau mereka sebenar gagal mengawal kemarahan
mereka lantas meluahkannya dan tidakkah juga mereka berfikir bahawa bukan
semua daripada mereka dapat menerima apa yang ditulis oleh mereka?
Berdasarkan huraian yang telah dijelaskan di atas, terdapat banyak kebaikan dan
keburukan whatsapp yang kita boleh perolehi. Sebenarnya semua bergantung
kepada cara kita menggunakan whatsapp tersebut. Penggunaan whatsapp yang
betul menjadikan kesan yang baik dan penggunnaa yang salah menjadikan kesan
penggunaan yang tidak baik.

Kita perlu bijak menilai mana baik dan buruk dalam sesuatu perkara. Oleh itu,
gunakanlah akal dalam penggunaan teknologi ini dan bukannya nafsu semata-mata.

Você também pode gostar