Você está na página 1de 5

Apakah Penggunaan Kalkulator dan Komputer (teknologi) Dapat

Menggantikan Peranan Guru Matematik Di Dalam Bilik Darjah? Setujukah,


anda dengan persoalan di atas. Ulaskan pendapat anda.
Pada pendapat kami Kalkulator dan Komputer (teknologi) dapat
menggantikan peranan Guru Matematik di dalam bilik darjah. Ini kerana, Matematik
ialah satu bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dari segi kandungan,
kegunaan dan cara mempelajarinya Bagi ahli matematik, matematik adalah satu
bahasa yang unik di mana ia melibatkan komunikasi dan konsep-konsep melalui
simbol. Menurut Inder (1982), Mathematics is a language-a way of describing,
recording in mathematical sentences and interpretating the symbols used to
relationship. Perubahan sistem pendidikan di negara ini selepas kemerdekaan
merupakan hasil daripada segala proses yang bertitik tolak daripada perancangan
program-program kerajaan pada masa itu untuk melaksanakan berbagai peruntukan
dan peraturan yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran
1961.
Dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji semula dan kurikulum
pendidikan sentiasa dikemaskinikan bagi meningkatkan mutu pendidikan untuk
memastikan keberkesanan pelaksanaannya sebagai persediaan untuk menghadapi
cabaran alaf baru ini. Oleh yang demikian, tidak dapat ditolak hakikat bahawa dari
semasa ke semasa aspek matlamat dan peranan pendidikan negara telah
disesuaikan dengan matlamat dan keperluan rancangan negara. Dalam hal ini,
matlamat pembangunan pendidikan sentiasa diberikan penekanan yang wajar.
Prosesnya telah merangkumi pelbagai aspek pembangunan dalam program
pendidikan berasaskan kepada dasar-dasar umum dan khusus yang diputuskan dari
semasa ke semasa.
Pelajar yang mahir dalam matematik biasanya dikaitkan dengan kebolehan
mereka memahami sesuatu konsep, teorem, keupayaan menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu serta kebolehan menyelesaikan masalah dengan menggunakan
strategi-strategi heuristik yang tertentu. Mengapakah ramai pelajar tidak mampu
mengaplikasikan kemahiran dan konsep matematik yang telah dipelajari ? Kenapa
matematik dikatakan sukar? Matematik dianggap sukar kerana pada dasarnya ia
adalah berbentuk hiraki. Pemahaman tentang satu konsep adalah perlu untuk
mempelajari suatu konsep yang lain. Kegagalan pelajar untuk memahami sesuatu
konsep asas boleh menjejaskan pembelajaran matematiknya. Apakah kriteria yang
digunakan oleh seorang pelajar dalam mempelajari matematik? Bagi seorang
pelajar, mendapat maklumat dalam matematik adalah satu prosedur yang sukar
kerana ia melibatkan cara memikir dan membuat. Tiga aktiviti utama yang terlibat
dalam matematik adalah penerokaan/penyiasatan, penyelesaian masalah dan
pembuktian.
Penggunaan Teknologi yang canggih dalam apa jua bidang pekerjaan
sentiasa ditunggu-tunggu oleh masyarakat yang perihatin tentang keperluan dan
kepentingan teknologi. Usaha yang menyeluruh perlu digerakkan dari peringkat awal
untuk membuat anjakan pradigma masyarakat terhadap penggunaan teknologi.
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum matematik di sekolah sebagai
satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif
terhadap teknologi dari peringkat awal lagi. Sesuai dengan konsep Sekolah Bestari,
kebanyakan sekolah mula dibekalkan dengan pelbagai teknologi untuk digunakan
oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Dalam pendidikan matematik , keupayaan kalkulator dan komputer (teknologi
maklumat) dapat membantu menyelesaikan banyak masalah pendidikan matematik.
Penggunaan teknologi komputer juga dapat menaikkan minat pelajar terhadap
matematik dan dapat mengubah persepsi pelajar bahawa matematik merupakan
subjek yang susah, membosankan dan melibatkan pengiraan sahaja atau dalam
perkataan lain menggunakan kertas dan pensil sahaja. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran matematik menjadi lebih bermakna melalui komputer. Peralatan
canggih ini bukan sahaja memudahkan penyampaian konsep matematik tetapi dapat
membuktikan dengan jelas konjektur-konjektur yang timbul dalam tajuk-tajuk yang
diajar.
Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat
memperkembangkan dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Penggunaan
komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja memperbaiki kualiti
pengajaran matematik malah ia boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam
silibus matematik. Dalam pendidikan matematik, komputer melibatkan beberapa
penggunaan aplikasi seperti hamparan elektronik, multimedia, internet dan
Geometer's Sketchpad (GSP). Geometer's Sketchpad, contohnya, digunakan untuk
mengajar topik geometri. Melaluinya ,pelajar boleh meneroka pembelajaran
matematik dengan lebih berkesan. Pelajar berminat untuk membuat penerokaan
alam lain yang lain yang baru ditemui. Mereka akan memperolehi suasana
pembelajaran yang baru dan maklumat serta informasi yang terkini. Di samping itu ia
juga dapat menggalakkan mereka belajar secara berkumpulan dan menyemai
semangat belajar yang agresif serta lebih berfikiran kritikal.
Selain menggunakan komputer, kalkulator Grafik juga merupakan salah satu
lagi bahan yang boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti
yang hangat diperbincangkan di masa kini. Kalkulator harus digunakan bersama-
sama dengan program pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penggunaan
kalkulator dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat memberi
kebebasan kepada pelajar bermain dengan nombor yang lebih besar. Tanggapan
yang menyatakan bahawa kalkulator menjadikan pelajar malas mengira harus
ditolak kerana tanpa pengetahuan asas matematik pelajar tidak dapat menggunakan
kalkulator dengan berkesan. Kalkulator sangat berguna untuk membantu pelajar
meneroka cara matematik dan membuat kesimpulan.
Dalam melaksanakan tugas pengajaran guru harus berusaha untuk
meningkatkan keberkesanannya. Pengajaran yang berkesan menghasilkan
pembelajaran yang diharapkan. Pembelajaran yang baik berlaku apabila pelajar
melibatkan diri dengan seseorang itu biasanya akan lebih mengingati sesuatu hasil
daripada perbuatan atau pengelamannya sendiri. Di sinilah pentingnya peranan
teknologi dalam pendidikan matematik hari ini. Penyertaan aktif murid-murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran membantu mereka belajar. Untuk
membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan guru haruslah menyediakan
atau memilih teknologi yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar. Di samping itu,
teknologi juga haruslah selaras dengan aktiviti pembelajaran serta dapat mencapai
objektif pengajaran.
Untuk membina persikataran yang sesuai untuk pengintegrasian, pendekatan
pengajaran dan pembelajaran haruslah berpusatkan pelajar di mana guru
berperanan sebagai fasilitator. Matlamat utama penggunaan teknologi adalah bukan
untuk pelajar menggunakan teknologi semata-mata tetapi proses untuk melibatkan
pelajar dalam pembelajaran yang lebih bermakna. Apabila seseorang guru belajar
untuk menggunakan teknologi dalam bilik kelas, mereka akan menjadi model proses
pembelajaran kepada pelajar. Dalam masa yang sama guru akan menimba sesuatu
yang baru hasil daripada memerhatikan pelajar belajar. Pemindahan tugas sebagai
seorang pendidik ("teaching role") dari guru kepada pelajar berlaku secara tidak
disedari apabila teknologi (penggunaan komputer contohnya) digunakan dalam
kelas.
Penggunaan teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil alih tugas dan
peranan seseorang guru sehingga penafsiran perguruan sebagai tidak relevan lagi.
Tidak pula ia sekadar sebagai alat untuk membantu guru matematik untuk mengajar
yang biasa dilakukan setakat ini.Teknologi akan diintegrasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran apabila ia digunakan untuk melibatkan pelajar belajar secara
bernas bukan hanya semata-mata pelajar dan guru menggunakan teknologi. Aktiviti
pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya teknologi seperti
internet khususnya dapat digunakan dengan lebih berkesan dengan pendekatan
pengajaran pembelajaran yang berlainan daripada apa yang diamalkan secara
tradisional hari ini. Pengintegrasian teknologi akan lebih berkesan apabila
pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar seperti persekitaran pembelajaran
yang aktif, konstruktif, kolaboratif, bermatlamat, berwacana, berkonteks dan
refelektif.
Justeru guru dan pentadbir sekolah haruslah memahami halangan-halangan
yang mungkin dihadapi dalam pengintegrasian teknologi ini. Mereka haruslah
bersedia untuk menangani perubahan yang bakal timbul daripada pengintegrasian
ini seperti halangan masa, latihan guru, sumber dan sokongan. Oleh itu guru perlu
menyesuaikan diri kepada alat teknologi pengajaran yang baru seperti komputer dan
kalkulator ini. Guru juga perlu mengubah keadah mengajar yang diamalkan sebelum
ini untuk disesuaikan dengan teknologi yang digunakan. Maka guru-guru perlu
mengambil kira perkara-perkara ini dalam usaha mengintegrasikan teknologi ini agar
lebih berkesan seperti tidak terlalu berfokus kepada teknologi dan kurang kepada
matematik, tidak menggunakan teknologi secara eksklusif, tidak menggunakan
teknologi untuk melakukan lebih daripada yang diminta dalam matematik, tidak
terlalu bergantung kepada sejenis teknologi sahaja.
Jelasnya, teknologi ini tidak akan merubah peranan guru sebaliknya guru
akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka
khususnya dalam bidang IT ini. Ketrampilan dan keperibadian mereka yang mulia
akan tetap menjadi tunjang dan ikatan utama. Teknologi ini sebenarnya mampu
mengurangkan beban tugas guru dan murid. Para guru haruslah bijak memilih
aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan
teratur amatlah penting supaya murid-murid dapat menggunakan teknologi ini
secara optimum dan maksimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan selagi
sumber maklumat atau sebagai bahan bantu yang diaplikasikan terus dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Você também pode gostar

  • Inkuiri Terbimbing
    Inkuiri Terbimbing
    Documento9 páginas
    Inkuiri Terbimbing
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • Book Review Kak Saro 3
    Book Review Kak Saro 3
    Documento1 página
    Book Review Kak Saro 3
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • Ujian Akhir Sesi Akademik PK Tahun 6
    Ujian Akhir Sesi Akademik PK Tahun 6
    Documento5 páginas
    Ujian Akhir Sesi Akademik PK Tahun 6
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • Inkuiri Terbuka
    Inkuiri Terbuka
    Documento12 páginas
    Inkuiri Terbuka
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • Book Review Kak Saro 2
    Book Review Kak Saro 2
    Documento1 página
    Book Review Kak Saro 2
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • RPH Dr. Faridah
    RPH Dr. Faridah
    Documento5 páginas
    RPH Dr. Faridah
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • RPT PJPK T3
    RPT PJPK T3
    Documento21 páginas
    RPT PJPK T3
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • RPT PK Senivisual TH 1 2020
    RPT PK Senivisual TH 1 2020
    Documento15 páginas
    RPT PK Senivisual TH 1 2020
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • RPT PK Seni Muzik TH 1 2020
    RPT PK Seni Muzik TH 1 2020
    Documento12 páginas
    RPT PK Seni Muzik TH 1 2020
    ALDRO GAISAH
    Ainda não há avaliações
  • RPH Sains
    RPH Sains
    Documento1 página
    RPH Sains
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • Lirik Lagu Patriotik
    Lirik Lagu Patriotik
    Documento1 página
    Lirik Lagu Patriotik
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • RPH 15 BM
    RPH 15 BM
    Documento1 página
    RPH 15 BM
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • RPT MZ TH4 2020
    RPT MZ TH4 2020
    Documento11 páginas
    RPT MZ TH4 2020
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • Kata Nama Am Dan Khas
    Kata Nama Am Dan Khas
    Documento2 páginas
    Kata Nama Am Dan Khas
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • RPH 1 BM 2020
    RPH 1 BM 2020
    Documento1 página
    RPH 1 BM 2020
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • Jadual Transisi 2020
    Jadual Transisi 2020
    Documento13 páginas
    Jadual Transisi 2020
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • RPH 1 Sains
    RPH 1 Sains
    Documento1 página
    RPH 1 Sains
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • Slip Tandatangan
    Slip Tandatangan
    Documento3 páginas
    Slip Tandatangan
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • SEO_OPTIMIZED_TITLE
    SEO_OPTIMIZED_TITLE
    Documento10 páginas
    SEO_OPTIMIZED_TITLE
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • PEJABAT PELAJARAN DAERAH LUBOK ANTU PEPERIKSAAN SERAGAM SEMESTER 1 2013
    PEJABAT PELAJARAN DAERAH LUBOK ANTU PEPERIKSAAN SERAGAM SEMESTER 1 2013
    Documento13 páginas
    PEJABAT PELAJARAN DAERAH LUBOK ANTU PEPERIKSAAN SERAGAM SEMESTER 1 2013
    ramlah
    Ainda não há avaliações
  • Jadual Bertugas
    Jadual Bertugas
    Documento8 páginas
    Jadual Bertugas
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • RPH 16 BM
    RPH 16 BM
    Documento1 página
    RPH 16 BM
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • Laporan Trnsisi
    Laporan Trnsisi
    Documento7 páginas
    Laporan Trnsisi
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • Ujian Sains Mac2018
    Ujian Sains Mac2018
    Documento11 páginas
    Ujian Sains Mac2018
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • Memo
    Memo
    Documento2 páginas
    Memo
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • LAGUSUASA
    LAGUSUASA
    Documento2 páginas
    LAGUSUASA
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • Lirik Lagu Raya
    Lirik Lagu Raya
    Documento2 páginas
    Lirik Lagu Raya
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • Divider Persatuan
    Divider Persatuan
    Documento1 página
    Divider Persatuan
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • LAGUSUASA
    LAGUSUASA
    Documento2 páginas
    LAGUSUASA
    Heenisha Lachemykanden
    Ainda não há avaliações
  • Kata KERJAbergambar
    Kata KERJAbergambar
    Documento4 páginas
    Kata KERJAbergambar
    Khairuddin Muhamad
    Ainda não há avaliações