Você está na página 1de 11

ANALISIS BENTUK KATA KERJA DAN KATA TUGAS YANG TERDAPAT DALAM

CERPEN PUAKA PAK JAHA



1.0 PENGENALAN
Cerpen yang dipilih untuk membuat analisis bentuk kata kerja dan kata tugas ialah
cerpen yang bertajuk Puaka Pak Jaha yang dikarang oleh Nadia Khan. Proses
menganalisis cerpen Puaka Pak Jaha ini boleh dirujuk di bahagian lampiran 1. Berikut
merupakan analisis bentuk kata kerja dan kata tugas yang terdapat dalam cerpen ini.


2.0 ANALISIS BENTUK KATA KERJA DALAM CERPEN PUAKA PAK JAHA

2.1 Kata Kerja Tunggal

KATA KERJA TUNGGAL CONTOH AYAT

Khayal
soalan Deris memecah ruang minda aku yang
sedang khayal (m/s 1 : Perenggan 3).

Keluar
..Cik Siti jarang-jarang keluar rumah. (m/s 1 :
Perenggan 7)

Lewat
...di malam hari ketika lewat di perkarangan
rumah Pak Jaha. (m/s 2 : Perenggan 2)

Soal
langsuir pun jadi orang suruhan dia? soal aku,
gerun berbaur kagum. (m/s 3 : Perenggan 2)

Tanya
Banyak ke, Jaha? tanya Pak Usman. (m/s 4 :
Perenggan 3)

Perasan
Saya perasan air kencingnya warna hitam.
(m/s 4 : Perenggan 7)

Kembali
hari aku dan Deris kembali ke kampung
(m/s 4 : Perenggan 10)

Masuk
Nak masuk tak? (m/s 4 : Perenggan 11)

Ketawa
Aku ketawa kecil (m/s 4 : Perenggan 13)


2.2 Kata Kerja Terbitan Awalan

KATA KERJA TERBITAN AWALAN CONTOH AYAT

Tergantung
pintunya tergantung dari engsel.. (m/s
1 : Perenggan 1)

Berselisih
dia berselisih dengan aku yang
menggigil ketakutan. (m/s 1 : Perenggan
3)

Mendengar
kami memasang telinga mendengar
cerita tentang rumah hujung kampung
itu. (m/s 1 : Perenggan 4).

Meneka
jadi makin galaklah orang kampung
meneka pekerjaannya. (m/s 1 :
Perenggan 5)
Mencubit sambil tangan mencubit si suami yang
lupa diri. (m/s 1 : Perenggan 6)

Bekerja
tidak kelihatan keluar untuk pergi
bekerja. (m/s 1 : Perenggan 7)

Menjadi
sehinggalah ia menjadi sebuah karya
agung. (m/s 1 : Perenggan 8)

Menyanyi
duduk di tepi sungai sambil menyanyi
seorang diri. (m/s 2 : Perenggan 1)

Terdengar
terdengar jeritan Cik Siti di malam
hari.. (m/s 2 : Perenggan 2)

Terserempak
Jika sesiapa terserempak dengan Pak
Jaha (m/s 2 : Perenggan 3)

Bercerita
becuk mulut Wan Lijah bercerita
(m/s 2 : Perenggan 4)

Memaksa
Tetapi, usia remaja memaksa kami
memaparkan (m/s 3 : Perenggan 6)

Bergegas
Tok Alang dan Pak Usman bergegas ke
rumah Pak Jaha (m/s 3 : Perenggan 8)

Mengendap
Sebaliknya, kami senyap-senyap
mengendap dari luar tingkap (m/s 3 :
Perenggan 9)
Memandang Aku memandang Deris. (m/s 4 :
Perenggan 4)

Mengadu
Lewat petang tadi dia mengadu sakit
perut, Tok. (m/s 4 : Perenggan 7)

Berpindah
Pak Jaha juga berpindah. (m/s 4 :
Perenggan 9)

Mengambil
Deris mengambil jurusan kejuruteraan
(m/s 4 : Perenggan 10)

Berdiri
ketika kami masih berdiri di pinggir
rumah usang itu. (m/s 4 : Perenggan 12)

Terpandang
aku terpandang gambar-gambar yang
tergantung (m/s 5 : Perenggan 7)

Terkejut
Kau ni, Deris! Buat terkejut aku saja!
(m/s 5 : Perenggan 11)

Merawat
Ubat merawat sakit mental (m/s 6 :
Perenggan 2)

Mengangguk
Aku mengangguk tanda faham dan
setuju. (m/s 6 : Perenggan 8)

Mencapai
Aku mencapai fail tersebut. (m/s 6 :
Perenggan 9)

Terbayang
Aku terbayang wajah Cik Siti malam itu.
(m/s 6 : Perenggan 13)

Tertelan
Simptom-simptom tertelan bahan
kimia (m/s 6 : Perenggan 14)

Terfikir
Ketika kami masih belum terfikir yang
puaka sebenar ialah rasa kasih dan
sayang (m/s 7 : Perenggan 2)




2.3 Kata Kerja Terbitan Apitan

KATA KERJA TERBITAN APITAN CONTOH AYAT
Diselubungi walaupun diselubungi dengan aura
misteri (m/s 1 : Perenggan 1)
Memperkatakan sibuk memperkatakan tentang Pak
Jaha yang baru berpindah ketika itu. (m/s
1 : Perenggan 5)
Mengamalkan Kata orang, Pak Jaha mengamalkan ilmu
hitam. (m/s 1 : Perenggan 8)
Disaksikan karya agung ini ialah bukti-bukti separa
benar yang disaksikan oleh (m/s 2 :
Perenggan 1)
Mengarahkan mengarahkan si toyol mencuri wang
(m/s 2 : Perenggan 2)
Memikirkan Malam itu aku tidak dapat tidur
memikirkan kehebatan ilmu hitam Pak
Jaha. (m/s 3 : Perenggan 3)
Terkenangkan Aku terkenangkan cerita langsuir Deris.
(m/s 3 : Perenggan 3)
Melintasi berlari ketakutan setiap kali melintasi
rumah hujung kampung itu. (m/s 3 :
Perenggan 5)
Dikejutkan kami dikejutkan oleh satu berita
(m/s 3 : Perenggan 7)
Menghadiri kami tidak menghadiri pengebumian
Cik Siti. (m/s 4 : Perenggan 9)
Pengebumian kami tidak menghadiri pengebumian
Cik Siti. (m/s 4 : Perenggan 9)
Memerhatikan Dek kerana terlalu asyik memerhatikan
gambar-gambar di ruang tamu (m/s 5 :
Perenggan 8)
Menghembuskan Cik Siti menghembuskan nafas
terakhir beberapa tahun dulu. (m/s 6 :
Perenggan 14)
Mempertahankan mengatasi segala tohmahan untuk
mempertahankan orang yang dicintai.
(m/s 7 : Perenggan 3)




2.4 Kata Kerja Terbitan Akhiran

KATA KERJA TERBITAN
AKHIRAN
CONTOH AYAT
Jelajahi Kami jelajahi setiap ceruk kampung ini bersama-
sama. (m/s 1 : Perenggan 4)
Khabarkan Tak ramai yang tahu tentang kejadian itu, Pak Jaha
khabarkan pada Tok Alang (m/s 3 : Perenggan 8)
Tinggalkan Saya tinggalkan sekejap saja petang tadi (m/s 4 :
Perenggan 2)
Sedarkan dia macam tak sedarkan diri. (m/s 4 : Perenggan
2 )
Percayakan Ketika kami masih percayakan hantu dan
jembalang. (m/s 7 : Perenggan 1)


2.5 Kata Kerja Majmuk

KATA KERJA MAJMUK CONTOH AYAT
Meninggal dunia

Cik Siti meninggal dunia. (m/s 3 : Perenggan 7)


2.6 Kata Kerja Gandaan

KATA KERJA GANDAAN CONTOH AYAT
Lalu - lalang menggerunkan siapa sahaja yang lalu-lalang .
(m/s 1 : Perenggan 1).
Melenggang-lenggok Tatkala dia melenggang-lenggok ke kedai Wak
Dollah dengan payungnya (m/s 1 : Perenggan 6)
Bertegur-sapa jarang-jarang mahu bertegur-sapa dengan Pak
Jaha. (m/s 2 : Perenggan 3)
Terngiang-ngiang masih terngiang-ngiang segala cerita tentang
Pak Jaha dan Cik Siti. (m/s 3 : Perenggan 6)

3.0 ANALISIS BENTUK KATA TUGAS DALAM CERPEN PUAKA PAK JAHA

3.1 Kata Hubung Pancangan Relatif

KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF CONTOH AYAT
Yang kami berkongsi musuh yang sama
(m/s 1 : Perenggan 3)


3.2 Kata Hubung Pancangan Komplemen

KATA HUBUNG PANCANGAN
KOMPLEMEN
CONTOH AYAT
Untuk Waktu saya hendak ambil wuduk untuk
solat Maghrib (m/s 4 : Perenggan 7)


3.3 Kata Hubung Pancangan Keterangan

KATA HUBUNG PANCANGAN
KETERANGAN
CONTOH AYAT
Kerana Dek kerana terlalu asyik memerhatikan
(m/s 5 : Perenggan 8)


3.4 Kata Hubung Gabungan

KATA HUBUNG GABUNGAN CONTOH AYAT
Dan Persahabatan aku dan Deris bermula
(m/s 1 : Perenggan 3)
Sambil Deris mengusap dagunya sambil
termenung panjang. (m/s 2 : Perenggan 7)
Tetapi Tetapi, usia remaja memaksa kami
(m/s 3 : Perenggan 6)
Kemudian Kemudian dia tidak sedarkan diri (m/s 6 :
Perenggan 13)
3.5 Kata Tanya

KATA TANYA CONTOH AYAT
Kenapa Kenapa kita takutkan sangat rumah ni
dulu ya? (m/s 1 : Perenggan 2)
Macam mana Ya Allah, macam mana boleh jadi ni,
jaha? (m/s 4 : Perenggan 1)
Apa Aku ketawa kecil, buat apa? (m/s 4 :
Perenggan 13)
Siapa Ubat siapa ni? tanya aku. (m/s 5 :
Perenggan 14)


3.6 Kata Seru

KATA SERU CONTOH AYAT
Ah Ah, Cik Siti gadis awal 20-an yang
(m/s 1 : Perenggan 6)



3.7 Kata Perintah
Tiada penggunaan kata perintah dalam cerpen ini.


3.8 Kata Pembenar

KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF CONTOH AYAT
Betul Kau rasa betul ke Pak Jaha tu ada ilmu
hitam? (m/s 2 : Perenggan 5)




3.9 Kata Pangkal Ayat

KATA PANGKAL AYAT CONTOH AYAT
Sungguhpun begitu Sungguhpun begitu, sesekali aku
mencuri pandang (m/s 5 : Perenggan 6)



3.10 Kata Bantu Aspek

KATA BANTU ASPEK CONTOH AYAT
Sedang Soalan Deris memecah ruang minda aku
yang sedang khayal. (m/s 1 : Perenggan
3)
Baru yang baru berpindah ketika itu. (m/s 1 :
Perenggan 5)
Masih Di telinga aku sendiri, masih terngiang-
ngiang segala (m/s 5 : Perenggan 6)
Sudah tergila-gilakan dirinya yang sudah mula
beruban. (m/s 2 : Perenggan 2)


3.11 Kata Bantu Ragam

KATA BANTU RAGAM CONTOH AYAT
Hendak termasuklah aku dan Deris yang baru
hendak menghidu usia (m/s 1 :
Perenggan 6)
Boleh Ya Allah, macam mana boleh jadi ni,
Jaha? (m/s 4 : Perenggan 1)
Mungkin Mungkin terlalu pahit untuk Pak Jaha
membawa peninggalan Cik Siti yang
(m/s 6 : Perenggan 8)


3.12 Kata Penguat

KATA PENGUAT CONTOH AYAT
Kata penguat
belakang
Benar Marah benar Pak Jaha kerana Cik Siti
keluar (m/s 2 : Perenggan 1)
Kata penguat
belakang
Cukup Gayanya menjawab soalan sahaja sudah
cukup meyakinkan. (m/s 2 : Perenggan 5)
Kata penguat
hadapan
Terlalu waktu berjalan dengan terlalu pantas.
(m/s 3 : Perenggan 5)


3.13 Kata Penegas
KATA PENEGAS CONTOH AYAT
-lah Sejak dari itulah kami bersahabat. (m/s 1
: Perenggan 4)
Sahaja menggerunkan siapa sahaja yang lalu-
lalang. (m/s 1 : Perenggan 1)
Lagi Sejak sebelum Pak Jaha pindah ke situ
lagi, aku cuba berbahas. (m/s 2 :
Perenggan 9)


3.14 Kata Nafi

KATA NAFI CONTOH AYAT
Tidak kami tidak menghadiri pengebumian
Cik Siti. (m/s 4 : Perenggan 9)





3.15 Kata Pemeri

KATA PEMERI CONTOH AYAT
Ialah karya agung ini ialah bukti-bukti separa
benar yang (m/s 2 : Perenggan 1)



3.16 Kata Sendi Nama

KATA SENDI NAMA CONTOH AYAT
Di Cik Siti duduk di tepi sungai (m/s 2 :
Perenggan 1)
Dengan walaupun diselubungi dengan aura
misteri yang bisa (m/s 1 : Perenggan 1)
Dari Dari kedai kopi Pak Usop hinggalah ke
rumah Wan Lijah (m/s 1 : Perenggan 5)
Ke Dari kedai kopi Pak Usop hinggalah ke
rumah Wan Lijah (m/s 1 : Perenggan 5)


3.17 Kata Arah

KATA ARAH CONTOH AYAT
Atas Aku terduduk di atas katil (m/s 6 :
Perenggan 14)


3.18 Kata Bilangan

KATA BILANGAN CONTOH AYAT
Dua menjadi isteri kepada Pak Jaha yang
hampir dua kali ganda usianya. (m/s 1 :
Perenggan 6)

3.19 Kata Adverba

KATA ADVERBA CONTOH AYAT
Secantik bagaimana pula dia mendapat isteri
secantik Cik Siti?... (m/s 1 : Perenggan 8)


3.20 Kata Pascakata (Kata Pembenda)

KATA PASCAKATA (PEMBENDA) CONTOH AYAT
Kerjanya Apa kerjanya tidak pula diketahui (m/s
1 : Perenggan 5)


3.21 Kata Pascakata (Kata Penekan)
Tiada penggunaan Kata Pascakata (Kata Penekan) dalam cerpen ini.


4.0 KESIMPULAN

Secara teorinya, terdapat banyak kata kerja dan kata tugas yang digunakan di dalam
Cerpen Puaka Pak Jaha karya Nadia Khan ini. Kesemua kata kerja yang terdiri daripada
kata kerja tunggal, kata kerja terbitan, kata kerja majmuk dan kata kerja gandaan ada
digunakan dalam penulisan cerpen ini. Manakala, terdapat dua kata tugas yang tidak
digunakan dalam penulisan cerpen ini iaitu kata perintah dan juga kata pascakata yang
melibatkan kata penekan. Kesimpulannya, penggunaan kata kerja dan kata tugas amat
diperlukan dalam membina sesuatu ayat. Dengan penggunaan kata kerja dan kata tugas
ini, sesebuah karya yang menarik dapat dihasilkan dengan baik dan bermutu.

Você também pode gostar