Você está na página 1de 22

Assignment TITAS OUM 2011 !

Bagilah kredit sikit ustaz/ustazah


!






























Pengenalan
Pencemaran mengikut definisi bermaksud: " merosakkan atau
tidak bersih atau kotor. Definisi ini juga perlu dirujuk kepada kes-
kes yang berlaku. Berlakunya pencemaran apabila sesuatu yang
mulia, baik, murni, bersih, dan sistematik dicerobohi oleh unsur-
unsur yang bertentangan dengan sistem, moral, tatacara, tabii
dan nilai alam. Sikap manusia yang tidak beretika (melanggar
prinsip) akhirnya menyebabkan berlakunya perubahan dan
kerosakan dalam fenomena alam.

Menurut Zaini Ujang (2000), alam sekitar ialah gabungan
keadaan luaran atau eksternal yang mempengaruhi kehidupan
setiap organisma. Keadaan luaran tersebut merangkumi unsur-
unsur dan hubungan bukan hidupan atau abiotik. Alam sekitar
juga mencakupi keadaan internal atau dalaman khususnya kimia
dan biologi yang menjadi teras kepada kehidupan setiap
tumbuhan atau haiwan serta manusia.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2003), pencemaran
adalah suatu perbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan.
Pengotoran alam atau perbuatan mencemarkan kebersihan alam
sekeliling dengan sampah sarap.

Kertas kerja ini membincangkan perihal tiga jenis
pencemaran yang disebabkan oleh kilang di Semenanjung
Malaysia. Kertas kerja ini memfokuskan kilang industri sederhana
dan kecil sederhana dan sektor penternakan yang mengeluarkan
produk-produk pembinaan, kitar semula dan bahan segar ititu
daging dan sayuran. Rasional sasaran punca pencemaran ini
dipilih adalah kerana ia melanggar peraturan amalan perkilangan
baik yang sepatutnya dipatuhi. Ekoran dari kesalahan ini, satu
kilang menyebabkan kerosakan kualiti hidup masyarakat.
Pencemaran yang dipilih adalah pencemaran sungai, udara dan
bunyi. Kawasan yang dipilih adalah sekitar dengan kilang
tersebut. Maklumat akan diberikan adalah tentang jenis
perusahaan, jenis pencemaran yang ditimbulkan dan kesan
kepada penduduk setempat.










Pencemaran Sungai
Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi
kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan
memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama
ada dari segi biologi, kimia dan fizik (Jasiman Ahmad 1996).
Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di
laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak.
Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.
Pencemaran air menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak
langsung kepada sifat sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif
iaitu mana-mana bahagian alam sekeliling yang melepaskan,
mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga
menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan
merbahaya atau memudaratkan kesihatan, keselamatan dan
kebajikan pihak awam atau kehidupan lain seperti burung,
hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan
air.
Di Alor Gajah, kilang memproses makanan, pembuatan kabel,
sarung tangan getah serta industri pembuatan rim membuang
sisa buangan industri kedalam sungai Kelemak dan Sungai
Pengkalan. Begitu juga dengan sebuah kilang memproses batu
merah di Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor yang menjejaskan
mata pencarian kira-kira 80 nelayan di Kampung Makam, Panti,
Kelantan, Tembioh dan Pasak. Pencemaran itu berlaku
sepanjang empat hingga lima kilometer sungai . Berbanding hari
cerah, hujan turut menyebabkan kesan pencemaran itu menjadi
semakin serius dan tinjauan mendapati akibat kekerapan hujan,
air bertukar warna menjadi kemerahan dan apabila air surut,
lumpur di dasar sungai turut bertukar kemerahan. Kajian
mendapati air Sungai Johor bertukar kemerahan di sekitar muara
Sungai Bedil. Jika keadaan ini dibiarkan, bukan setakat makanan
laut, malah nasib nelayan di sini pasti menjadi buruk.
Logam berbahaya yang dilepaskan dari kilang, contohnya zink,
timah hitam dan raksa membahayakan hidupan akuatik. Ia
memusnahkan kawasan habitat hidupan akuatik dan boleh
memudaratkan kesihatan manusia yang menggunakan air atau
memakan hidupan air yang telah dicemari.
Apabila dilihat dari bidang ternakan pula, kewujudan ladang babi
tidak berlesen telah menjadi satu ancaman ekologi. Ia
mengundang pelbagai masalah pencemaran disebabkan sistem
bahan buangan dari ladang ternakan yang tidak diatur dengan
sebaik-baiknya. Air buangan yang keluar dari ladang tidak
seharusnya mempunyai kiraan lebih daripada 50 Biological
Oxygen Demand (BOD) yang boleh menyebabkan pencemaran
serta memberi kesan kepada ekosistem hidupan laut.
Ketika ini terdapat 479 ladang ternakan babi yang mempunyai
lesen daripada 778 ladang ternakan itu di seluruh negara.
Sebanyak 20 peratus daripada 778 ladang ternakan babi di
seluruh negara didapati masih mengamalkan pembuangan sisa
ladang terus ke parit, sungai atau laut sekali gus menjejaskan
ekosistem hidupan laut.
Ladang Tumbuk, Tanjung Sepat Selangor menjadi busuk, jijik dan
memualkan akibat tindakan tidak bertanggungjawab pengusaha
ladang babi yang melepaskan sisa kumbahan secara tidak
teratur. Sikap ini menyebabkan air parit dan longkang yang
menyalurkan sisa kumbahan dari ladang berwarna hitam pekat
dan likat. Tindakan ini menyebabkan air laut yang terletak
berhadapan ladang terbabit tercemar teruk dan berbau busuk.
Tidakan itu jelas menunjukkan pencemaran alam sekitar yang jika
tidak dibendung akan memberikan kesan pada masa depan,
selain boleh memudaratkan kesihatan penduduk sekitar.
Ladang penternakan haiwan yang tidak diselenggara dengan baik
telah menggunakan jalan pintas menyalurkan najis haiwan
ternakan ke dalam anak sungai, yang kemudiannya telah
membuatkan rumpai laut menutupi air, dan mengurangkan
kandungan oksigen didalam air sungai. Kewujudan ladang babi
tidak berlesen mengundang pelbagai masalah seperti
pencemaran disebabkan sistem dan bahan buangan yang tidak
teratur.
Selain itu pembaik tanih digunakan untuk tanah yang dialirkan
untuk mengubah sifat fizik atau sifat kimia tanih. Untuk tujuan ini
kapur, gipsum dan sulfur digunakan dengan meluasnya.
Sejumlah besar pembaik tanih ini akan melarut lesap akhirnya ke
air tanah dan apabila berlakunya hujan, bahan-bahan ini akan
dihanyutkan oleh air ke dalam sungai. Justeru itu, sumber
pencemar ini akan mengurangkan air bersih di kawasan sungai.
Racun yang berada di kawasan Sungai Melaka telah
menyebabkan banyak hidupan akuatik mati akibat terdedah
dengan racun perosak ini.Racun perosak juga merupakan bahan
pencemar yang menjadi bahan penting di kawasan pertanian
sebagai punca resapan untuk pencemaran air. Kehadiran bahan
ini di dalam sungai walaupun dalam kepekatan yang kecil, boleh
mendatangkan akibat yang serius dalam hubungannya kepada
kebolehan air untuk diminum. Kebanyakan racun perosak secara
relatifnya tak larut di dalam air, sementaranya yang lainnya
mudah diserap oleh zarah tanih atau terdedah kepada
penyahgredan mikrob.
Sumber pencemaran yang seterusnya adalah daripada sumber
pencemar dari bahan pertanian seperti baja yang digunakan
untuk aktiviti pertanian. Aktiviti ini biasanya mengggunakan baja
untuk menyuburkan tanaman dan mendapatkan hasil tanaman
yang banyak. Baja utama yang selalu digunakan dalam pertanian
adalah sebatian nitrogen, fosforus dan kalium. Nitrogen di dalam
larutan baja hanya sebahagiannya sahaja digunakan oleh
tumbuh-tumbuhan atau diserap oleh tanih dan baja nitrogen ini
merupakan bahan pencemar utama kepada kawasan sungai
Sumber pencemar yang lain disumbangkan dari penjana kuasa
elektrik haba yang banyak menggunakan air untuk proses
penyejukan. Air yang panas akan dibuang ke dalam sungai
menyebabkan air di sekitar kawasan pembuangan air panas tadi
turut menjadi panas. Air yang panas ini akan menganggu ekologi
hidupan akuatik dalam sungai. Kesan pemanasan air secara ini
disifatkan sebagai pencemaran terma. Salah satu kesan langsung
daripada pencemaran terma ialah kematian ikan kerana
kekurangan oksigen akibat daripada perubahan suhu air di
kawasan itu secara mendadak. Terdapat juga hidupan yang
terpaksa beradaptasi terhadap perubahan suhu ini dan akan terus
tinggal di kawasan ini manakala haiwan yang tidak dapat
menyesuaikan keadaan ini akan berpindah ke kawasan lain.
Manakala haiwan yang tidak dapat bergerak dengan pantas dan
tidak dapat menyesuaikan keadaan ini akan mati.



Pencemaran Udara

Udara adalah faktor yang penting dalam kehidupan, namun
dengan meningkatnya pembangunan Bandar-bandar dan pusat
industri, kualiti udara telah mengalami perubahan. Udara yang
dulunya segar, kini telah kering dan kotor. Perubahan ini berlaku
adalah disebabkan kemasukan bahan pencemar ke dalam udara.












Pencemaran Udara


Pencemaran udara didefinsikan sebagai terdapatnya gas, cecair
atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya
perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain.
Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan
negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini
mengakibatkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia
melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen
ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai
penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma,
kekejangan dan anemia. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-
bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan
pelbagai bentuk pencemaran udara.
Menurut Laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia pada 9
September 2011, Nilai catat kualiti udara tidak sihat setakat
tengah hari ini, apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
di situ mencatat 101. Laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada
laman webnya menyatakan bagi tempoh sama, 35 kawasan di
seluruh negara mencatat IPU sederhana dan 15 kawasan
berkualiti udara baik.
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan
kehadiran sebarang gas atau zarah yang mengandungi toksik
atau radioaktif dalam atmosfera, khususnya yang terhasil
menerusi kegiatan manusia. Biasanya pencemaran udara
dikaitkan dengan pelepasan asap atau bahan-bahan cemar lain
daripada ekzos kenderaan, stesen penjana kuasa, kilang, loji
serta pembakaran bahan api fosil secara domestik di kawasan
bandar dan industri.
Akhbar arus perdana bertarikh 21 Jun 2010 di Batu Pahat sebuah
kilang kayu yang beroperasi 24 jam sejak tujuh tahun lalu di
Taman Perindustrian Sri Sulong mencemarkan udara dan bunyi
di Kampong Lintang Satu, Separap dan lebih 143 penduduk
menerima akibatnya. Kedudukan kilang kayu berkenaan juga
tidak sampai 150 meter daripada sebuah rumah penduduk
kampung yang terletak di persimpangan masuk kampung
berkenaan dan hanya separuh kawasan kilang berkenaan yang
dilitupi jaring habuk seperti diarahkan Jabatan Alam Sekitar
(JAS). Pemeriksaan yang dilakukan JAS turut mendapati
pencemaran udara dan bunyi yang dihasilkan kilang berkenaan
melebihi tahap dibenarkan dan difahamkan agensi berkenaan
juga sudah mengambil tindakan termasuk mengkompaun kilang
terbabit.
Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri
pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun
kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan
penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan
bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis
industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza.
Industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai
kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang
penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur
dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab
mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik.
Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida
adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan
boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain
pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon
industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan
mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak
pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara
contohnya.
Akhbar Utusan Malaysia 1 Ogos 2011 mendedahkan penduduk-
penduduk Seksyen 51/A Petaling Jaya Kuala Lumpur membantah
operasi sebuah loji konkrit yang dibina berdekatan dengan
kawasan perumahan mereka. Penduduk di kawasan perumahan
tersebut menghadapi gangguan pencemaran terutamanya oleh
debu daripada bahan kimia yang dihasilkan dari kawasan kilang
tersebut. Kehadiran loji konkrit itu, yang telah beroperasi selama
empat tahun di kawasan berdekatan perumahan berkenaan,
didakwa menyebabkan penduduk terdedah kepada penyakit
disebabkan habuk atau debu yang terhasil.
Di Muar, sebuah kilang kitar semula di Kampung Tengah
melakukan pencemaran udara selain menjadi tempat pembiakan
nyamuk. Ia mengganggu penduduk di Taman Budiman yang
terletak bersebelahan kilang tersebut. Kilang itu hanya
dipisahkan oleh pagar zink dengan Taman Budiman dan lokasi
yang terlalu dekat itu berlaku pencemaran udara akibat habuk
dan asap.






Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi adalah salah satu daripada pencemaran alam.
Jika pencemaran alam sekitar yang lain memberi impak kepada
ekologi, ekosistem dan penghuni alam, pencemaran bunyi
memberi kesan langsung kepada manusia. Bunyi bising bukanlah
sesuatu perkara asing kepada kita. Kebisingan yang berlaku
berbeza antara satu sumber dengan sumber yang lain. Gangguan
yang berlaku juga bergantung kepada persepsi individu masing-
masing sama ada boleh bertoleransi atau tidak.
Pada masa kini, aktiviti manusia seharian dan perkembangan
teknologi telah menyebabkan paras bunyi menjadi semakin tinggi
berbanding zaman dahulu. Sebagai contoh, bilangan kenderaan
di jalan raya telah semakin meningkat, bilangan penduduk yang
bertambah menyebabkan aktiviti-aktiviti sosial boleh
menghasilkan bunyi bising serta penciptaan kapal terbang dan jet
merupakan antara beberapa contoh pertambahan bunyi di
persekitaran. Oleh yang demikian, menurut Hamidi Abdul Aziz
(2008), pencemaran bunyi pada masa ini telah mula diberi
perhatian serius lebih-lebih lagi apabila bunyi dikaitkan dengan
kesihatan manusia. Keadaan kesihatan yang dimaksudkan
antaranya adalah kerosakan pendengaran pekerja di persekitaran
yang bising juga telah memungkinkan standard bunyi
diperkenalkan.
Menurut OECD (1975), perhatian kurang diberikan kepada bunyi
bising berbanding pencemaran lain kerana beberapa faktor
antaranya adalah bunyi bising merupakan suatu masalah
setempat. Dimana ia berlaku di kawasan yang berhampiran
dengan sumber bising sahaja. Ia tidak dipindahkan dalam jarak
yang jauh sama ada melalui udara mahu pun melalui air. Selain
itu, faktor kesukaran untuk mengenalpasti kesan-kesan
kerosakan segera akibat terdedah kepada bunyi bising dalam
keadaan normal. Keadaan ini menyebabkan masyarakat kurang
sedar akan bahaya pencemaran bising dan seterusnya kurang
memberikan perhatian terhadapnya.
Terdapat banyak istilah bising menurut Hamidi (2008), istilah
paling mudah bagi bunyi bising adalah bunyi yang tidak
dikehendaki dan boleh diertikan juga sebagai sebarang bunyi
yang boleh memberi gangguan psikologi dan kesan sosial kepada
seseorang atau kumpulan. Contohnya seperti gangguan
percakapan, kerja, berehat, rekreasi, tidur dan sebagainya. Bunyi
ini boleh tersebar melalui medium udara, air dan bahan pepejal
yang lain seperti kayu, besi dan sebagainya.
Menurut Bugliarello (1976) dan Freeman (1984), tidak terdapat
seorang pun pada hari ini yang boleh terlepas dari pencemaran
bunyi bising. Ini adalah kerana bunyi bising telah mengganggu
kualiti kehidupan. Ia juga terjadi tanpa mengira batasan politik
atau sosial. Walau bagaimanapun, dalam perbincangan
mengenai pencemaran didapati pencemaran bunyi bising
merupakan pencemaran yang seringkali dilupakan atau diabaikan
berbanding dengan pencemaran lain seperti air dan udara.
Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan pencemaran bunyi bising
merupakan suatu pencemaran yang tidak meninggalkan sisa
kepada alam sekitar.
Kegiatan penternakan sarang burung walit cukup popular di
Malaysia. Ia bukan sahaja diternak di dalam bandar tetapi juga di
luar bandar. Harga sarang burung itu yang dikatakan mahal dan
memberi pulangan kepada peniaga telah membuatkan ramai
usahawan baru mencuba industri ini di kawasan tertentu. Namun,
apa yang dikesalkan tiada kawalan kepada pengusaha terbabit
mendirikan rumah kosong berdekatan dengan kawasan
perumahan sehingga menimbulkan kegelisahan di kalangan
penduduk setempat. Penternakan burung walit pasti
menggunakan system audio yang akan menggalakkan burung-
burung walit berminat untuk membina sarang di dalam rumah
pangsa burung. Fokus utama kaijan ini ialah untuk mendedahkan
pencemaran bunyi yang berterusan yang datang dari sumber
semulajadi. Kicauan burung yang sepatutnya mendamaikan
menjadi mimpi ngeri penduduk yang telah mendengar suara
burung walit ternakan setiap saat.
Bangunan rumah pangsa burung walit milik pengusaha burung
walit di Kampung Baru Gambang, Kuantan menjadi punca
pencemaran bunyi sehingga mengganggu ketenteraman
penduduk di sana. Setiap hari bunyi seperti burung tersebut
melalui pembesar suara mengganggu penduduk terutama anak-
anak kecil.
Premis perniagaan yang diubah menjadi rumah burung walit di
kawasan perumahan Jalan Bayam dekat Jalan Wong Ah Jang
Kuantan bukan sahaja membebaskan bau busuk, malah menjadi
sebab pencemaran bunyi yang mengganggu penduduk di sini
sejak tiga tahun lalu. Pengusaha membuang najis burung
tersebut kedalam longkang sahaja . Setelah tiada
penguatkuasaan tegas dilakukan, bilangan premis terbabit
bertambah dari satu menjadi tujuh. Rumah burung walit kini ada 7
dari 14 premis rumah kedai yang wujud di kawasan itu.




Begitu juga pengusaha burung walit yang tidak prihatin tentang
nasib penduduk setempat apabila mendirikan premis sarang
burung walit di deretan kedai yang terletak 20 meter dari kawasan
perumahan PD Utama, Teluk Kemang Negeri Sembilan. Berlaku
seperti kes terdahulu, lima tahun lalu terdapat dua hingga tiga
sahaja tetapi sudah bertambah sehingga sepuluh premis burung
walit. Premis yang mengeluarkan bunyi burung yang terlalu kuat
dan tidak mengira waktu mengganggu kehidupan penduduk.
Sekiranya bunyi burung walit tidak cukup kukuh untuk dijadikan
satu punca pencemaran bunyi, kejadian yang dilaporkan pada
bulan Oktober tahun 2010 di di Puncak Alam Fasa 2 Kuala
Selangor boleh dijadikan sempadan. Berada di Fasa 2 bagaikan
berada di medan perang kerana sebuah syarikat pemaju
memulakan kerja-kerja meletupkan bukit kira-kira 500 meter dari
kawasan perumahan. Gangguan bunyi letupan seperti berada di
negara Palestin yang walaupun tidak menjejaskan nyawa, ia
mengganggu kehidupan penduduk kerana bunyi letupan batu
sangat kuat dan menyeksakan. Selain rasa terganggu, penduduk
turut bimbangkan keselamatan mereka terancam serta
kemungkinan terdedah kepada berlaku keretakan rumah dan batu
berterbangan dan habuk yang merosakkan harta benda dan
kesihatan penduduk.
Kaedah Penyelesaian Menurut Islam dan Agama-agama Lain

Pencemaran dan kerosakan ke atas sesuatu sistem ini perlu
dihentikan segera menurut amaran yang terkandung dalam Al
Quran yang mulia :

Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah
Allah memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa
takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan).
Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang
yang berbuat baik.
(AI A'raaf: 56)
"Telah nyatalah berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di
darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh
tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan kepada mereka
sebahagian dari balasan perbuatan buruk itu supaya mereka
kembali (insaf dan bertaubat)"
(Surah Al-Rum : 41))
Pada zaman tamadun kerajaan Islam seperti Umayyah,
Abbasiah, Mughal, Sepanyol sehinggalah kepada Uthmaniah
umat Islam telah mendahului dalam soal penjagaan alam sekitar.
Ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan menggabungkan
manusia, alam dan Allah. Agama Islam menjadikan akhlak
sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan.
Menurut sebuah hadis Rasulullah, misi kerasulannya adalah
menyempurnakan akhlak yang mulia. Konsep manusia sebagai
khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak
Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi
dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang
tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah. ada
ulama yang mengatakan bahawa jasad manusia dijadikan
daripada unsur yang telah bercampur melalui bahan makanan
yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan.
Keadaan di Alor Gajah, Selangor dan sungai Melaka adalah
musibah alam. Ia menimbulkan pelbagai petanda dan petunjuk.
Adakah kita benar-benar menuju ke kemusnahan kawasan yang
Allah rahsiakan masa kejadiannya? Apa yang jelas, alam sekitar
mampu berakhir hanya dengan dengan kerosakan yang
diciptakan oleh manusia selaku penghuninya sendiri.
Jelas, dengan penduduk Malaysia yang majoritinya beragama
Islam, lebih mudah kita menyedari bahawa alam sekitar ini
ciptaan Allah dan erti zalim itu ialah tidak meletakkan sesuatu
pada tempatnya. Sampah dan sisa kilang yang sepatutnya
diletakkan di dalam bekas sampah yang sesuai, telah dijumpai di
dalam sungai, maka kita membuat kezaliman kepada alam. Jika
jelaga yang sepatutnya diletakkan di dalam mesin menapis
jelaga, tetapi dikesan bergentayangan di udara, kita laklukan
kezaliman. Umat Islam digalakkan mencari kehidupan dengan
lebih baik melalui amalan berniaga, tetapi tanggungjawab kepada
alam sekitar mesti dijaga.
Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19
kesan daripada Revolusi Industri.Sewaktu zaman Dark Ages,
penduduk di kota London membuang sisa kumbahan mereka di
jalan sahaja, tanpa ada kesedaran akan bahaya penyakit
berjangkit yang membahayakan hidup manusia. Perkembangan
itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang
timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar. Oleh
itu, mereka berusaha melalui pelbagai kaedah bagi mengawal
kualiti alam sekitar daripada terjejas.
Barat lebih terkehadapan dalam soal menjaga alam sekitar
Masdar City, Abu Dhabi mempunyai tahap dan mutu kebersihan
Bandar moden yang cemerlang sehingga berjaya digelar Green
City. Ia adalah usaha dari pihak syarikat-syarikat Barat yang
menjadikan soal keindahan dan kebersihan sebagai keutamaan.
Syarikat Barat diberi tangungjawab untuk menghijaukan Bandar
Timur Tengah.
Masyarakat bukan Islam adalah manusia pertama menganjurkan
kempen Earth Hour, dimana seluruh dunia diminta menutup
lampu selama enam puluh minit bermula dari jam 8.30 hingga
9.30 malam. Tempoh bergelap itu mampu mengurangkan
kepanasan bumi. Ini menunjukkan masyarakat bukan Islam
percaya bumi mempunyai hak untuk dijaga dan diselamatkan.
Agama Shinto di Jepun menyarankan supaya mencintai alam
sekitar, justeru dapat dilihat warganegara Jepun menyayangi
alam sekeliling dengan membina bangunan dan teknologi yang
mesra alam. Amalan mengasingkan bahan buangan pepejal
sudah dibuat dan mereka rela hati melaksanakannya. Agama
Buddha menganggap merosakkan alam sekitar sebagai satu
dosa kepada alam.

Langkah-langkah Menyelesaikan Pencemaran
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih
dipikul oleh sekolah. Untuk membentuk rakyat yang
bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah
disedarkan melalui pendidikan di sekolah pra, rendah dan
menengah. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah
kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam
sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia
akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang
tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah
yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak
bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.
Kini, Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah mengambil langkah-
langkah yang perlu bagi memperkenalkan undang-undang
persekutuan yang seragam dalam usaha untuk menyelaraskan
pelbagai enakmen di peringkat negeri bagi mengawal perusahaan
ternakan. Menjelang 1984, empat buah negeri iaitu Johor,
Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu telah memperkenalkan
enakmen mereka.
Negeri-negeri yang mempunyai ladang haiwan yang banyak
disarankan mencontohi kaedah pengurusan ladang ternakan di
Johor yang mempunyai sistem pengurusan lebih teratur dan
kawalan pencemaran terbaik tanpa perlu menubuhkan kawasan
ternakan babi setempat.
Kebanyakan bahan buangan ternakan tidak dipulihkan malahan
terus dibuang ke dalam saluran-saluran perairan. Walau
bagaimanapun, berdasarkan kesedaran bahawa teknologi yang
sesuai dalam pengendalian, pengawalan dan pembuangan atau
penggunaan semula bahan-bahan buangan tersebut adalah
berkurangan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dengan kerjasama
agensi-agensi kerajaan lain dan juga agensi-agensi badan
antarabangsa serta melalui kerjasama dua hala antarabangsa
menjalankan beberapa projek bagi mengatasi masalah-masalah
tersebut.
Pihak berkuasa tempatan, terutamanya yang mempunyai
kawasan perindustrian telah mula menumpukan perhatian
terhadap keperluan keselamatan dalam mengendali, mengangkut
dan membuang bahan buangan yang berpunca dari industri
kejuruteraan dan pembuatan.
Kempen Cintailah Sungai Kita telah dilancarkan. Projek seperti
Sungai Angkat dan Pembangunan Semula Tebingan Sungai
sedang dilaksanakan di Kuching, Kuantan, Kuala Lumpur, Kuala
Kangsar, Kota Tinggi, Marang dan KualaTerengganu. Usaha ini
dipelopori oleh pihak kerajaan, NGO dan ahli akademik.
Kempen kesedaran tentang pemeliharaan dan penjagaan sungai
kalangan masyarakat umum juga kerap diadakan selain usaha
berterusan daripada media massa bagi menanamkan minat
mencintai alam sekitar.
Suatu perkembangan yang menggalakkan sejak awal dekad
1990-an ialah pembangunan tebingan sungai yang dijadikan
sebagai medan masyarakat dan tarikan pelancong. Di beberapa
buah bandar dan bandar raya di Malaysia, seperti Bandar Raya
Kuching dan bandar Kuantan, pembangunan tebingan sungai
telah dilaksanakan samaada oleh penguasa tempatan seperti
Majlis Perbandaran atau oleh badan berkanun seperti
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. Ia bertujuan untuk
mengembalikan sungai kepada masyarakat dan menjadikan
tebingan sungai sebagai halaman rakyat. Pada dekad 1990-an
juga, Program Sungai Angkat diadakan oleh JPS dan badan lain
bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam penjagaan
sungai. Antara contoh sungai angkat ialah Sungai Gombak,
Sg.Lui (Hulu Langat), Sungai Batu (Kuala Lumpur), Sungai Lendu
(Alor Gajah) dan Sungai Skudai (Johor Bahru).
Masalah pencemaran udara dan bunyi sebahagian besarnya
telah dikawal melalui Penguatkuasaan Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Udara Bersih), Kebanyakan kilang telah dilengkapi
dengan alat kawalan pencemaran udara bagi mengurangkan
pelepasan bunyi, habuk, asap hitam dan gas beracun.
Pemeriksaan terhadap penguatkuasaan telah dipertingkatkan
untuk menentukan supaya alat kawalan adalah berfungsi dengan
berkesan pada setiap masa.
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada
peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya
adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran
sains seperti Biologi. Guru yang tidak mengajar subjek Alam dan
Manusia perlu membuat rentas kurikulum, menerapkan
kesedaran membersihkan kawasan dan mengitar semula kertas
sampah yang dibawa keluar kelas.Guru mengarahkan murid
mengumpulkan kertas sampah di lantai untuk dikumpulkan
didalam beg plastik hitam. Apabila penuh, ia dihantar ke pusat
kitar semula.
Guru perlu menerapkan nilai mencintai keamanan dan
keharmonian didalam kelas yang diajarnya. Pencemaran bunyi
yang melampaui kewarasan seseorang yang berpunca dari kelas
Peralihan yang bising akan mengganggu ketenteraman kelas
bersebelahannya.bukan sahaja kelas di sebelahnya, tetapi kelas-
kelas ynag berjauhan turut merasa tempiasnya. Guru perlu
menyedarkan akan pentingnya mengawal diri sendiri supaya
kelas tidak bising kerana pelajar bergurau dan bermain. Kelas
yang bising datang juga dari guru yang berteriak mengarahkan
supaya pelajar merendahkan suara. Untuk hal ini, guru dan murid
perlu berusaha mengawal emosi dan tingkah laku. Sekiranya
berjaya, murid akan diterapkan bahawa bunyi bising itu
mengganggu, dan bunyi bising seperti dari kenderaan, motorsikal
dan kilang itu mengganggu masyarakat setempat. Murid-murid
yang berjaya memahami konsep keamanan ini akan berusaha
tidak menyumbang kepada pencemaran bunyi ini apabila mereka
dewasa kelak.
Kesimpulan
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat
serta maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan
pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga
membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-
kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan
pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan
pencemaran air.
Berdasarkan pendedahan diatas ketidakprihatinan masyarakat
perindustrian keatas alam sekitar, maka masyarakat setempat
tentulah merasa akan perit dan susahnya hidup didalam keadaan
yang berasap, kotor dan busuk. Selain dari itu, masalah kesihatan
yang akan menjenguk masyarakat tentu mengundang pelbagai
bahaya yang lain.
Sekiranya punca telah dikenalpasti, kilang , masyarakat setempat
dan pihak berkuasa tempatan menggembleng tenaga
menyelesaikan masalah pencemaran tersebut. Langkah
bersepadu sebegini memastikan beban yang berat akan menjadi
ringan dan semua pihak akan merasa faedahnya. Selepas itu
tindakan susulannya ialah mengekalkan amalan perkilangan yang
baik dan masyarakat peka dengan perkembangan sihat itu.
Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah
pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya.
Sikap mengambil berat ini penting untuk menerajui sektor
perkilangan yang mesra alam demi menjaga keharmonian alam
sekitar dan penghuninya.


Bibliografi

Bugliarello,G. et.al, 1976. The Impact of Noise Pollution. New
York : Pergamon Press.
OECD (1975). Reducing Noise in OECD Countries, A Report of
The Ad-Hoc Group On Noise Abatement Policies. Paris.
Hamidi Abdul Aziz. 2008. Pencemaran Bunyi : Teori, Sumber,
Perundangan dan Kawalan. Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang.
Jasiman Ahmad. 1996. Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemar
Alam. Eddiplex Sdn.bhd, Kuala Lumpur.
Zaini Ujang. 2000. Pengenalan Pencemaran Udara. Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Rujukan
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003.
2. Utusan Malaysia bertarikh 9/9/2011
3. Utusan Malaysia bertarikh 17/6/2010
4. Utusan Malaysia bertarikh 5/11/ 2010
5. Utusan Malaysia bertarikh 25/5/2011
6. Utusan Malaysia bertarikh 12/10/2010
7. Utusan Malaysia 21 Jun 2010
8. Utusan Malaysia 1 Ogos 2011

Você também pode gostar