Você está na página 1de 5

ALIRAN SENI BARAT

Zaman Pertengahan
tidak bersifat individu, karya tidak diletakan nama pengkarya
subjek utama: keagamaan yang terdapat dalam penceritaan kitab
keagamaan. Contohnya: Kitab Bible.
Catan kebanyakannya dilukis pada kulit binatang.
Media: Cat air, dakwat, tempera.
Renaissance
Perkembangan catan paling pesat pada abad ke-15 dan 16.
Catan dihasilkan di gereja, bangunan awam dan rumah-rumah persendirian.
Subjek utama: figura manusia dan imej agama kristian
teknik utama: Chioroscuro - kesan cerah yang seolah-olah datang dari luas
kanvas dari latar yang gelap dan kesamaran. Menimbulkan kesan tiga
dimensi dalam ruang atmosfera.
Sfumato: olahan cahaya terang gelap dan teknik kekaburan cahaya dan
penggunaan warna lembut.
Perspektif Linear: gambaran horizon secara sistematik untuk
mempersembahkan lukisan secara tepat berdasarkan sudut pandangan
mengikut aras mata dan perspektif.
Media: fresco, cat minyak dan tempera
Baroque
Subjek utama: imej keagamaan yang bersifat ilusi atau khayalan untuk
membawa audiens ke syurga, figura manusia dan latar belakang seperti
landskap.
Teknik utama: Tenebrism - kontra terang gelap yang tinggi dan memberi
kesan kepada bentuk, ruang dan kesan ke atas cerita. Contohnya, kesedihan
dan simpati pada cerita yang digambarkan.
Media: cat minyak

Rokoko
Subjek utama: seni hias di istana yang melambangkan kemewahan dan kisah
percintaan. Subjek diolah daripada petikan cerita-cerita hikayat dan agama
dan landskap serta potret individu.
Contoh: di taman-taman bunga dan dalam istana
Teknik utama: secco su fresco
Media: cat minyak

Neo-Klasik (1770-1820)
Lahir pada penghujung abad ke-18 dan berkembang pada awal abad ke-19
Memperjuangkan moral dan kisah tentang patriotic
Memperjuangkan suara rakyat melalui anutan fahaman humanisme dan
idealismenya
Subjek utama: menceritakan subjek berkaitan sejarah dan hikayat Yunani dan
Romawi
Media: Cat minyak

Romantissisme (1800-1850)
Merujuk kepada kemuliaan, sentimen terhadap wira dan kepujian terhadap
sesuatu. Ia tidak merujuk kepada perkataan asal 'romance' yang
mengisahkan percintaan
Subjek utama: imej sejarah, keindahan landskap, perasaan simpati, kejujuran
dan suasana perang
Mementingkan ketepatan gambaran dari segi perasaan, emosi dan suasana
perang
Penggunaan warna yang kelam dan murung menimbulkan karya yang lebih
dramatic
Media: Cat minyak

Realisme (1850-1880)
Menolak gambaran secara tradisional dan fiksyen
Subjek utama: rakaman alam semula jadi dan situasi sebenar kehidupan
harian
Teknik merakam imej secara realistik dan mementingkan ketepatan dan
kebenaran apa yang dilihat oleh mata
Media: Cat minyak

Impressionisme (1870-1880)
Menolak gambaran secara tradisional dan khayalan dalam keagamaan
Subjek utama: rakaman alam semula jadi, kehidupan seharian dan benda-
benda di persekitaran
Teknik merakam imej dengan mementingkan rakaman cahaya dan campuran
warna yang mengambarkan kesan cahaya yang jatuh pada sesuatu imej yang
dilukis
Media: Cat minyak

Post-Impressionisme (1880-1905)
Menolak gambaran secara tradisional dan khayalan dalam keagamaan dan
mula bersifat emosi individu
Subjek utama: rakaman alam semula jadi, kehidupan seharian dan benda-
benda di persekitaran
Teknik: gabungan warna yang mementingkan kepada kajian bentuk sesuatu
benda, ekspresi emosi melalui gabungan warna dan bersifat individu seperti
gambaran perasaan takut, tegang dan misteri
Media: Cat minyak


Fauvisme (1905)
Subjek utama: merakam pelbagai imej yang menggambarkan potret, figura
manusia, landskap dan alam benda
Teknik: mementingkan kespontanan, penggunaan warna yang terang dan
cerah. Tidak mementingkan ruang sebenar tetapi mementingkan perasaan
dan emosi yang lahir ketika imej tersebut dilukis. Warna tidak natural,
menggunakan warna terus daripada tiup warna
Media: Cat minyak

Ekspressionisme (1905)
Subjek utama: merakam pelbagai imej yang menggambarkan potret, figura
manusia, landskap dan alam benda
Teknik: imej dipermudahkan, diolah secara ekspresif, sapuan warna yang
kasar dan garang, melahirkan luahan perasaan seperti kemaharan,
menakutkan, emosional, dan imej diolah secara abstrak.
Media: Cat minyak dan media campuran

Kiubisme (1907)
Subjek utama: merakam pelbagai imej yang menggambarkan potret, figura
manusia, landskap dan alam benda
Teknik: pencarian baru dan kefahaman dalam seni tampak. Subjek
dipecahkan kepada pelbagai satah atau kiub
Media: Cat minyak dan media campuran

Futurisme (1910)
Subjek utama: merakam imej yang berkaitan dengan perkembangan
teknologi, gerakan manifestasi kemajuan, teknologi dan sains
Media: Cat minyak dan media campuran
Dadaisme (1917)
Subjek utama: gerakan yang lahir akibat Perang Dunia Pertama, menentang
peperangan dan kezaliman serta protes terhadap kezaliman
Teknik: melahirkan imej yang seolah-olah tidak bermakna, iaitu gambaran
kepada suasana akibat peperangan dan kehidupan manusia menjadi seolah-
olah tidak bermakna
Media: Cat minyak dan media campuran

Surealisme (1920-an)
Subjek utama imej khayalan, bawah sedar dan alam mimpi, bersifat imej
simbolik
Media: Cat minyak dan media campuran

Abstrak Ekspresionisme (1940-an)
Gerakan yang lahir akibat Perang Dunia Kedua, menentang peperangan dan
kezaliman serta protes terhadap kezaliman
Luahan perasaan yang dilahirkan melalui sapuan berus yang spontan dan
bebas. Melibatkan aksi dan pergerakan badan dalam penghasilan karya.
Media: Cat minyak dan media campuran

Seni Pop (1960-an)
Gerakan yang lahir pertengahan tahun 50-an, lahir di Britain dan Amerika
Syarikat
Subjek utama: imej popular seperti: artis, pemimpin, benda komersill seperti
minuman coca-cola dan lain-lain
Media: Cat minyak dan media campuran

Você também pode gostar