Você está na página 1de 8

Pendidikan yang merupakan satu aspek yang paling asas dan dasar dalam sistem kehidupan

manusia, corak dan aliran pendidikan yang begitu dinamik dan kontinum inilah yang menjadi faktor
utama merubah kehidupandan tamadun manusia sejak zaman berzaman lagi dan dapat mendidik
dan membangunkan manusia secara yang paling optimum dan seimbang. Pendidikan merupakan
proses membentuk keperibadian manusia yang sempurna dan seterusnya melahirkan manusia yang
dapat berinteraksi lebih baik dengan pencipta alam dan alam itu sendiri.
Oleh itu, semua warga guru bertanggungjawab untuk membantu usaha-usaha mencapai
matlamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan negara ini sebagai pusat
kecemerlangan bertaraf dunia. Sifat-sifat yang luhur, bertanggungjawab serta tahap
professionalisme yang tinggi semestinya menjadi amalan sewaktu menjalankan amanah profession.
Guru mesti mempunyai etika kerja supaya dapat menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap
negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi meningkatkan kualiti kerja. Selain
itu dapat meningkatkan disiplin diri bagi menghasilakn perkhidmatan yang cemerlang kepada
pelanggan dan organisasi serta dapat memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada
negara.
Berdasarkan pembacaan dan analisis artikel yang telah dipetik dari Berita Harian yang
bertajuk 'NUTP Dedah Salah Laku Guru Wanita', saya telah menjumpai satu isu yang berkaitan
kesantunan guru iaitu gangguan seksual. Berdasarkan artikel yang dipilih menunjukkan bahawa guru
tersebut didakwa mengusik pelajar lelaki terutamanya yang memiliki paras rupa atau penampilan
yang menarik. Tabiat guru tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa pelajar
terbabit. Salah satu aduan yang dilakukan ialah salah seorang pelajar yang menjadi mangsa kejadian
menyatakan pipinya seing dicubit-cubit manja kerana diminati bukan sebagai hukuman disiplin.
Perkara ini menjadi suatu isu apabila pelajar tersebut menjadi segan dan serba salah apabia diejek
oleh rakan sekelas selain rasa tidak selesa.
Isu etika yang terlibat dalam kes ini ialah isu kesantunan. Kesantunan atau etiket merupakan
sesuatu perkara yang biasa dilakukan di dalam masyarakat. Namun kesantunan guru perlu
disesuaikan dengan kontekstual. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010)
menyatakan kesantunan dibahagikankepada tiga iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah
laku dan kesantunan berbahasa. Artikel ini menunjukkan guru wanita ini terlibat dengan kesantunan
tingkah laku.
Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan setiap guru
perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Oleh itu, kes ini
guru hendaklah mengambil tahu tentang emosi murid. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad
Subki Bin Miskon (2010) menyatakan juga guru juga perlu bersikap adil terhadap setiap orang murid
tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Selain
akauntabiliti ibu bapa, rakan sejawat, masyarakat dan negara, akauntabiliti terhadap murid
merupakan salah satu akauntabiliti keguruan. Oleh itu, menjadi kewajipan seorang guru untuk
menjaga amanah yang telah diberikan.
ANALISIS ISU :

3.1 KONSEP GANGGUAN SEKSUAL
Sesuatu perbuatan itu ditakrif sebagai gangguan seksual apabila terdapat dua elemen yang
harus dibuktikan iaitu : perbuatan yang dilakukan oleh penggangu dianggap lucah dan mangsa
berasa terganggu akibat daripada perbuatan lucah itu. Namun dalam kes jenayah kedua-dua elemen
tersebut tidak dianggap bersalah melainkan mempunyai niat yang salah. Berdasarkan prinsip
undang-undang jenayah Inggeris menjelaskan bahawa sesuatu perlakuan itu tidak boleh disabitkan
sebagai jenayah jika pelaku tiada niat melakukannya. Namun gerak-geri pelaku tersebut boleh
menunjukkan niatnya. 3.2 BENTUK-BENTUK GANGGUAN SEKSUAL Gangguan seksual dalam
isu kesantunan guru ini terbahagi kepada dua iaitu secara verbal dan non-verbal . Kementerian
Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan seksual kepada lima jenis utama,
iaitu gangguan secara lisan, gangguan secara bukan lisan, gangguan secara fizikal, gangguan secara
visual dan gangguan secara psikologi.
Gangguan secara lisan dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan,
bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan
soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual
sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut untuk berurusan.
Gangguan secara bukan lisan dipamerkan melalui sikap atau perlakuan seseorang yang
memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling,
menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain.
Terdapat juga gangguan seksual berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti
mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa,
memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga Pengadu
berasa tersinggung, terhina atau terugut.
Gangguan secara visual pula ialah perlakuan menghantar nota, surat, mel elektronik (e-mel),
short messaging system (sms), multimedia messaging system (mms), gambar (foto), poster, objek
atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan
elektronik atau peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menyebabkan Pengadu berasa
tersinggung, terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual.
Gangguan psikologi pula ialah perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong,
mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual Pegawai Awam sama
ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada Pengadu yang
menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas Pengadu adalah terjumlah kepada gangguan
seksual.
3.4 HUKUMAN KEPADA PESALAH
Berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Jabatan perkhidmatan Awam Malaysia
menyatakan, seseorang Pegawai Awam yang didapati melakukan gangguan seksual, boleh dikenakan
tindakan tatatertib kerana telah melanggar peraturan 4A atau peraturan 4(2)(d), Peraturan Pegawai
Awam yang memperuntukkan Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh
memburukkan atau mencemar nama perkhidmatan awam.
Selain itu, seseorang Pegawai Awam juga yang didapati bersalah melakukan gangguan
seksual boleh dikenakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang
berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu menurut peraturan 38, Peraturan Pegawai
Awam iaitu mendapat amaran, denda,lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji,
turun pangkat atau buang kerja.
3.5 KOD ETIKA YANG BERKAITAN
Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia
yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga berperanan menyediakan
seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai
kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara
mencapai kemajuan. Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan
pemimpin dan ketua masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan membimbing ahli
masyarakat lain ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong dari landasan kehidupan yang baik.
Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah.
Kod etika yang terlibat dengan kes ini ialah guru tidak harus berkelakuan begitu rupa
sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan akan menyebabkan kehilangan kepercayaan
orang ramai. Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak
mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat
dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan
bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.
Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar, ia
memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati.
Setiap penjawat awam terutamanya guru yang mempunyai dan mengamalkan prinsip ini
tidak akan bersikap mementingkan diri sendiri malah sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan
orang ramai khususnya murid-murid. Prinsip-prinsip ini mampu mengelakkan seorang guru daripada
terjebak dengan isu etika keguruan yang boleh mencemarkan imej profesion perguruan.
Antara etika keguruan ialah tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya.
Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan
atau persendirian. Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru membuat
keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupun kehendak persendirian,
keputusan yang perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama perlu guru dahulukan. Ini adalah
kerana sudah menjadi tanggungjawab seorag guru itu untuk melindungi dan menjaga kepentingan
pelajarnya terutama ketika disekolah. Sewaktu guru sedang menjalankan tugas, perkara lain harus di
ketepikan buat sementara waktu agar guru dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar

Merujuk kepada kod etika keguruan, salah satu prinsip yang dinyatakan ialah prinsip
kesetiaan iaitu prinsip yang mempunyai kaitan dengan isu yang dibincangkan. Guru seharusnya tidak
melakukan perkara yang tidak sopan sehingga mencemarkan profesionnya. Guru juga bertindak
sebagai pengganti ibu bapa iaitu membentuk tingkah laku murid. Secara kesimpulannya, guru yang
bertingkah laku negatif fterhadap murid tidak mengamalkan kod etika yang telah digariskan.
3.6 FAKTOR ATAU PUNCA ISU TERSEBUT BERLAKU
Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam
masyarakat dunia. Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan
pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan istem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini
kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan
dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang.
Salah satu sebab yang mewujudkan masalah kesantunan kepada guru ialah faktor peribadi
guru itu sendiri. Sudah menjadi tanggapan umum bahawa guru boleh dijadikan model dalam
kehidupan bermasyarakat. Namun, pandangan dan tanggapan positif masyarakat kian menipis
apabila ada sesetengah guru yang melanggar etika keguruan. Ini termasuklah guru yang selalu
ponteng kelas dan keluar dari kawasan sekolah atas urusan peribadi. Malah ada guru yang sanggup
menghisap rokok dan bersembang dengan guru yang lain sambil diikuti ketawa hilai. Lebih malang
lagi apabila ada guru yang telah memperdaya dan melakukan hubungan seks dengan pelajarnya.
Segala perbuatan negatif ini tentunya boleh mengikis kepercayaan dan penghormatan masyarakat
terhadap guru.
Faktor yang menjadi penyumbang kepada perlakuan guru tersebut ialah pengaruh media
massa. Menurut kajian yang dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak dari pengaruh media
massa. Kerana pengaruh media elektroni boleh didapati tanpa sekatan.
Antara faktor lain ialah guru tersebut mengahadapi masalah keluarga. Kerjaya guru cuma
berkaitan dengan usaha-usaha mengajar dan mendidik manusia agar berjaya dalam hidup mereka.
Dunia guru telah membataskan pergaulan dan interaksi mereka dengan rakan setugas dan para
pelajar sahaja. Peluang mereka untuk bergaul dengan masyarakat luar begitu terhad. Segala
keterhadan ini akan membataskan peluang orang ramai untuk mengenali dan memahami peranan
guru. Lebih ketara lagi apabila guru-guru tidak mempunyai apa-apa kuasa atau pengaruh terhadap
urusan hidup masyarakat moden seperti sekarang.
Selain itu, faktor yang mendorong guru tersebut berkelakuan begitu ialah kurang memahami
etika keguruan. Oleh itu, bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika
profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam. Guru
merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik
murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan
emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan,
berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
3.7 IMPLIKASI ISU KEGURUAN TERSEBUT
Gangguan seksual merupakan perkara yang mampu mewujudkan implikasi yang
kompleks terutamanya kepada profesion guru kerana guru merupakan pendidik yang sepatutnya
menjadi role model. Antara impaknya termasuklah impak kepada psikologi, impak kepada emosi,
impak kepada kesihatan fizikal, impak kepada hubungan sosial dan ikatan sosial dan impak kepada
tekanan kerjaya. Menurut American Psychological Association pada tahun 1999 melaporkan ramai
mangsa mengalami tekanan berat selepas menerima gangguan seksual. Ini termasuklah kesan
psikologi iaitu rasa rendah diri dan sering menyalahkan diri sendiri. Apabila mereka mengalami
perkara ini terlampau lama mereka akan mengalami penyakit neurosis termasuk fobia.
Murid yang mengalami gangguan seksual akan mengubah corak hidup mereka kepada
pendiam dan jarang bergau. Selain impak yang diberikan kepada psikologi dan emosi ganggaun
seksual juga memberi impak kepada kesihatan fizikal. Contohnya ialah mangsa gangguan seksual
juga sering kali mengalami pening kepala dan muntah-muntah serta mengalami sindrom seperti
tidak selera makan dan sukar untuk tidur. Kesan ini biasanya dialami mangsa kerana terlampau
memikirkan perkara yang berlaku ke atas diri mereka dan jika berterusan ia akan menjadi lebih
parah sehingga mengalami sakit mental jika tidak mendapat rawatan awal.
Gangguan seksual khususnya di tempat kerja turut memberi kesan ke atas produktiviti
dan ekonomi negara. Ia merugikan pasaran buruh kerana ia boleh menjejaskan kenaikan pangkat
kepada mangsa yang sudah berpengalaman kerja kebanyakannya akan bertindak berhenti kerja. Ini
menyebabkan tukar ganti pekerja yang tidak dirancang. Selain itu, imej sesuatu sekolah juga tercalar
jika peristiwa tersebut diketahui umum.
Antara implikasi yang dihadapi oleh guru yang melakukan perbuatan ini ialah hubungan
guru dan murid menjadi renggang di mana semua murid akan menjadi takut untuk menuntut ilmu
dengan guru tersebut. Dalam situasi ini murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi
pembelajaran. Selain itu hubungan guru dan rakan sejawat juga akan musnah kerana guru lain tidak
akan percaya kepada guru tersebut. Guru tersebut juga akan mengalami masalah jiwa terjadap
perbuatan yang dilakukannya. Kesan jangka masa panjang yang akan ditempuhi guru
tersebut ialah mereka tidak diterima oleh masyarakat di mana masyarakat akan memandang serong
kepada mereka. Guru tersebut juga akan dipindahkan dari sekolah berkenaan bagi menjaga nama
baik sekolah tersebut. Di mata masyarakat guru tersebut tidak mendapat tempat di mata
masyarakat kerana tidak dipercayai.
Kesan jangka masa pendek terhadap profesion perguruan ialah profesion perguruan
akan dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat tidak memandang profesion ini sebagai
profesion yang penting. Profesion ini juga tdak dianggap mulia kerana masyarakat menganggap
profesion ini bukanlah selamat untuk anak mereka lagi. Tambahan pula profesion ini tidak lagi
dihormati oleh masyarakat. Kesan jangka masa panjang kepada profesion perguruan ialah generasi
muda tidak lagi mahu menjadi pelapis terhadap profesion ini. Penyusutan kuasa untuk menjalankan
tugas secara professional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.









<!--[if !supportLists]-->4.0 <!--[endif]-->CARA MENGATASI ISU KEGURUAN YANG BERLAKU

Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik untuk mengatasi tingkah laku guru yang
negatif di mana melalui kaedah ini kita boleh membangunkan kesedaran guru tentang bahaya
gangguan seksual yang dilakukan ke atas murid. Kebanyakan Negara maju telah memperkenalkan
pendidikan seks kepada semua masyarakat bagi mendedahkan pelbagai isu dalam menimbulkan
kesedaran mengenai ganggun seksual seperti diskriminasi seksual, hak asasi wanita, nilai-nilai baik
antara hubungan lelaki dan perempuan, penderaan,pencabulan, seksual dan sebagainya.

Justeru itu kerajaan atau badan bukan kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam
menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat menyedarkan masyarakat khususnya guru-guru
dalam mengatasi masalah tingkah laku yang negatif ini. Pendidikan seks bukan sahaja sesuai untuk
murid, gur-guru dan masyarakat namun kepada pesalah gangguan seksual itu sendiri. Pendidikan
seks ini bertujuan untuk memberi maklumat yang sebenar tentang keslaahan seksual yang dilakukan
lebih-lebih lagi dilakukan kepada murid. Di samping itu juga, pendidikan seks ini juga
mengetengahkan implikasi dan kesan yang diperolehi oleh pesalah gangguan seksual jika mereka
terus melakukan gangguan seksual kepada murid-murid.

Selain itu, bagi mengatasi masalah ini, kursus, ceramah atau bengkel perlu dibuat lagi bagi
meningkatkan nilai-nilai dan tingkah laku yan teratur dan bertanggungjawab terutama yang
melibatkan penjawat awam contohnya guru. Bagi mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi, semua
guru perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh kerajaan bagi menyedarkan mereka tentang
tanggungjawab sebagai pendidik. Nilai murni seperti kemanusiaan, kasih sayang, nilai moral, etika,
tanggungjawab dan sebagainya perlu diterapkan ke dalam diri setiap guru. Nilai hidup yang baik ini
dapat memelihara mereka daripada melakukan gangguan seksual yang bertentangan dengan norma
hidup yang perlu dipertahankan. Guru perlu melibatkan diri secara produktif dalam proses
perubahan, guru mempunyai tujuan moral yang dikaitkan dengan tugas dan tanggungjawab mereka.

Selain itu bagi menangani masalah tingkah laku guru yang negatif ini (gangguan seksual),
kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu menyediakan kemudahan khidmat kaunseling
khususnya kepada murid-murid yang mengalami gangguan seksual. Di setiap sekolah perlu
diwujudkan khidmat bimbingan dan kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu
gangguan seksual di mana khidmat ini dikendalikan oleh individu yang pakar dalam masalah ini.
Khidmat bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan guru mendapatkan bantuan
dan nasihat dari pakar kaunseling jika mereka terjebak dengan masalah ini. Menurut Shertzer dan
Stone (1981), mengatakan bahawa bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang
memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.

Kuatkan undang-undang juga adalah satu jalan mudah yang boleh diambil bagi mengatasi
tingkah laku yang negatif. Penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kes gangguan seksual di
kalangan murid ini perlulah dibanteras supaya masalah sepri ini dapat diatasi dengan segera.Dengan
adanya penguatkuasaan undang-undang ini, tingkah laku negatif di kalangan murid mungkin dapat
diatasi dan dibanteras dengan segera.











KESIMPULAN
Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut
acuan sendiri, iaitu mencapai kejayaan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan
kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan
mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh pada nilai agama, moral dan etika serta
menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil
dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik,
tangkas serta berdaya tahan.
Secara keseluruhannya, selaku seorang guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan
dapat dihormati serta boleh dicontohi oleh murid. Guru adalah orang yang selalu mendapat
perhatian walau di mana mereka berada. Oleh itu, guru haruslah jelas tentang kod etika dan
akauntabiliti keguruan. Mengikut pengertian Kamus Dewan (2005) etika bermaksud satu sistem
dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.

Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas
sebagai pendidik dengan baik. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan
kewibawaan profesion keguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan
dan tatasusila perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan
iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan
masyarakat dan Negara, bukannya mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap murid
tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru juga haruslah
mempunyai inisiatif untuk mendalami kod etika keguruan.



REFLEKSI

Tugasan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional ini membuka peluang kepada saya
untuk menjalani pelbagai jenis langkah-langkah untuk menyiapkan kerja. Ini keraa tugasan ini
melibatka juga tugasan berkumpulan. Antaranya ialah menjalankan kolaborasi dengan rakan-rakan
untuk menyiapkan tugasan ini. Saya berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk meneroka
isu ini dan membincangkan bagaimana untuk menjadikan satu blog. Blog yang diwujudkan oleh
kumpulan saya akan dilampirkan sebagai rujukan. Unsur TMK yang diterapkan di dalam tugasan ini
memberi ruang kepada saya untuk mencorak cara pengajaran saya pada masa akan datang.

Selain itu, tidak pernah terdetik di hati saya untuk mengetahui dengan lebih mendalam
tentang isu-isu keguruan yang wujud di arena pendidikan tanah air. Namun, tugasan ini
menggalakkan saya untuk medalami isu yang ada dan isu yang saya pilih ialh berkaitan dengan
tingkah laku guru wanita. Tingkah laku yang pada sesetangah pihak dianggap biasa namun jika dari
aspek kod etika keguruan guru tidak seharusnya melakukan perkara sebegitu. Berdasarkan tugasan
ini juga saya mendapat banyak maklumat selain menjaga tingkah laku sebagai seorang guru. Guru
juga harus mementingkan keadaan murid dahulu.

Você também pode gostar