Você está na página 1de 4

2.3 APAKAH ITU PERSATUAN?

2.3.1 DEFINISI PERSATUAN


Persatuan didefinisikan sebagai sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,
berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan. Di peringkat sekolah persatuan
biasanya dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat
dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu
dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat
yaqng telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat,
kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing. Persatuan juga didefinisikan
sebagai satu gabungan, ikatan dan kumpulan. Kamus Oxford Edisi Kedua mempunyai
maksud yang berbeza bagi perkataan persatuan iaitu:
an association of people with mutual aims or interest, an organization of people
formed for a particular and shared purpose: an association, ......
bermaksud sejenis perkumpulan, gabungan atau perikatan yang dianggotai oleh individu-
individu yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.
Selain daripada itu, persatuan juga mempunyai definisi yang berbeza iaitu :-
Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan
berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat,
kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling
bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan
mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi
memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.
Melalui kedua dua definisi ini, kita dapat memahami persatuan adalah satu badan taupun
kumpulan yang dibina untuk sesuatu matlamat yang sama dimana matlamat intu membawa
kebaikan kepada individu, masyarakat, dan Negara.
2.3.2 KONSEP PERSATUAN
Menurut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)
tahun 1998, Warta Kerajaan P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru
Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis mestilah menubuhkan
persatuan sekolah dari kategori yang berikut iaitu
Mata pelajaran diajar di sekolah yang dinyatakan dalam Peraturan Pendidikan Hobi
dan rekreasi Sukan dan permainan Badan beruniform Atau Apa-apa persatuan lain yang
diluluskan oleh pendaftar.
2.3.3 TUJUAN PENUBUHAN PERSATUAN
Aktiviti kokurikulm merupakan sesuatu yang sangat penting. Aktiviti kokurikulum
mempunyai keupayaan untuk membina seseorang individu yang berdisiplin serta yang
dalam menjayakan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang
berilmu serta memaparkan kebolehan dalam lima aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan
intelek serta social. Usaha menubuhkan persatuan di sekolah adalah usaha kependidikan
yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran
kepimpinan dikalangan murid di samping membangunkan diri mereka menjadi insan yang
mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid yang tersurat dan
tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Murid-murid amatlah digalakkan untuk mengganggotai dan menggerakkan
persatuaan dengan sendirinya di sekolah. Insiatif dan usaha ini akan memberi impak yang
lebih besar dalam mengangkat kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian daripada program
pendidikan di sekolah apabila pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran murid-murid
memimpin, mengurus dan mengoperasikan persatuan yang ditubuhkan itu dipertingkatkan
secara bersepadu dan berterusan. Sebagai contoh murid-murid yang mempunyai minat,
kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama akan berpeluang untuk merancang dan
melaksanakan aktiviti dan kegiatan berkumpulan. Dalam keadaan sebegitu, murid dapat
menjalinkan hubungan yang akrab dan silaturahim dengan warga warga persatuan yang
lain. Jadi , keupayaan murid untuk bersosial dengan rakan rakan bertambah. Keupayaan ini
membantu murid semasa dia menghadapai sebarang temuduga pada hari kelak nanti.
Selain itu, murid juga dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang
yang diminati dan digemari. Sebagai contoh, murid yang mempunyai minat dalam bidang
bahasa, boleh melibatkan diri dalam persatuan bahasa melayu. Ini kerana, aktiviti aktiviti
yang dijalankan dalam persatuan seperti syarahan, mendeklamasikan sajak, aktiviti
berpantun dan lain lain lagi dapat murid untuk meningkatkan kemahirannya dalam bidang
bahasa dengan lebih dalam. Proses ini juga memudahkan murid yang baru belajar untuk
menelaah ilmu yang baru itu.
Di samping itu, aktitviti persatuan ini juga menetapkan matlamat yang dipersetujui
dan dilaksanakan bersama. Disini murid akan belajar pemikiran secara rasional semasa
mengambil sesuatu keputusan. Aktiviti persatuan ini memberi peluang kepada setiap
individu untuk mengemukakan pandangan dan isi hatinya. Dalam keadaan sebegini,
individu yang dapat memberi idea yang berkesan diterima oleh semua orang. Idea yang
diberikan itu turut dilaksanakan bersama sama. Jadi pemikiran logik dapat dipupuk pada diri
individu yang terlibat dengan aktif dalam persatuaannya.
Selain itu, aktiviti persatuan mengajar kita untuk berkongsi sumber dan peralatan
dengan cermat. Sebagai contoh, unit kokuikulum menyediakan bahan bahan untuk
menjalankan aktiviti aktiviti persatuan dengan lancar. Kita diberikan peluang untuk
menggunakan bahan bahan tersebut dan perlu pulangkan pada masa yang tertentu supaya
ahli ahli persatuan dapat menggunakannya. Dalam hal sebegini, kita mestilah menyemai
rasa tanggungjawab semasa menggunakan bahan bahan kepunyaan orang lain.
Kesimpulannya, aktiviti persatuan mempunyai tujuan yang penting. Jadi, kerajaan
perlu berganding bahu dengan sekolah serta ibubapa untuk meningkatkan taraf aktiviti
persatuan dengan lebih tinggi.
2.3.4 OBJEKTIF AM
Aktiviti persatuan ini dijalankan disebabkan dua objektif yang berlainan iaitu obkjektif
Am dan Khusus. Objektif Am yang pertamanya ialah guru - guru dan murid-murid akan
mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk
memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah. Sekolah
merupakan tempat pembelajaran sesuatu kemahiran selain daripada apa yang diajarkan di
kelas. Dengan menceburi aktiviti aktiviti persatuan, seseorang murid dapat mempelajari nilai
kepimpinan dengan lebih dalam.
Selain itu, aktiviti persatuan juga membantu murid untuk mengetahui dan memahami
kaedah, strategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan secara berkesan.
Sebenarnya, menjalankan sesuatu aktiviti dalam sesebuah persatuan adalah satu perkara
yang sukar. Perkara ini menjadi mudah apabila murid memahami strategi dan kaedah untuk
menjalankan aktivitinya. Bagi tidak terlepas daripada matlamat asal sesuatu persatuan,
murid harus mengambil tahu prinsip pengurusan kelab dan persatuan.
Lebih lebih lagi, murid murid mengetahui dan memahami kaedah dan strategi
memimpin dan memotivasikan ahli-ahli kelab atau persatuan yang dipimpin. Apabila murid
murid dimotivasikan, semangat murid murid tu akan menjadi tinggi. Selain itu, aktiviti
persatuan ini melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang,
mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.
Guru juga memainkan peranan yang penting dalam membantu murid mempelajari
kemahiran kemahiran yang dinyatakan tadi.
Seterusnya, aktiviti ini melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri sebagai
pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.






2.3.5 OBJEKTIF KHUSUS
Objektif khusus menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan
di sekolah dalam konteks ke pendidikan dan kepimpinan. Selain itu, aktiviti ini boleh
melahirkan murid yang menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.
Murid yang boleh menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan
kelab atau persatuan juga turut dilahirlan melalui aktiviti kokurikulum persatuan ini.
Seterusnya, persatuan ini menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan
aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan
undang-undang. Ia juga dapat membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas
kepimpinan. Murid yang boleh menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid
sebagai warganegara berdasarkan Rukunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020
dapat dilahirkan melalui aktiviti persatuan ini.

Você também pode gostar