APA YANG TELAH DILALUI DAN DILAKSANAKAN SEPANJANG PRAKTIKUM
Alhamdulillah selama beberapa minggu saya menjalani prakikum fasa kedua
di Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan ini, telah banyak memberi pengetahuan baru serta pengalaman yang banyak sepanjang saya menjalani praktikum ini. Praktikum adalah salah satu platform yang dapat memberi didikan serta kemahiran kepada guru pelatih yang bakal mendidik generasi yang akan datang. Oleh itu,sepajang praktikum kali ini adalah sangat berbeza dengan yang sebelumnya. Hal ini kerana pada praktikum kali ini masanya lebih panjang dan kami diselia begitu banyak kali. Oleh yang demikian, ia dapat memberi banyak pendedahan bagaimana proses pengajaran yang baik . Jadi, apa yang telah saya lalui sepanjang praktikum ini adalah bagaimana hendak merancang proses pengajaran yang sempurna. Apakah hasil pembelajaran yang hendak saya capai terhadap anak murid saya. Oleh itu, saya berusaha untuk membuat perancangan pengajaran yang baik serta menarik agar murid berminat dan memhami isi pelajaran yang hendak saya sampaikan. Tambahan lagi, apa yang telah saya lalui sepanjang praktikum ini adalah dapat melahirkan hubungan sosial yang baik bersama anak murid serta guru pembimbing. Melalui proses pengajaran ia dapat mendekatkan guru dengan murid-murid .Oleh itu, guru dapat mengetahui kelemahan serta kepakaran murid. Selain itu, melalui praktikum ini juga dapat memberi pendedahan terhadap hubungan kolaborasi yang baik antara saya dan guru. Melalui cara ini ia bukan sahaja melahirkan seorang guru pelatih yang mahir dalam pengajaran, bahkan dapat melhirkan individu guru pelatih yang boleh berkolaborasi dengan warga sekolah dengan baik. Di samping itu, melalui apa yang telah dilalui oleh guru pelatih sepanjang praktikum ini haruslah di ambil buat pedoman dan rujukan agar di masa akan datang, guru pelatih akan bersedia untuk mendidik dan berkhidmat dengan lebih cemerlang dimana sahaja penempatan mereka yang akan di tempatkan di masa akan datang.
APA YANG TELAH DICAPAI SEPANJANG PRAKTIKUM Sepanjang praktikum fasa kedua ini, telah banyak perkara yang saya rencanakan telah tercapai antaranya dapat menjalankan proses pengajaran yang dapat memberansangkan minat dan menjana kemahiran berfikr murid-murid. Selain itu, perkara yang telah saya capai sepanjang praktikum kali ini adalah dapat mengenali latar belakang murid serta saya dapat memahami serba sedikit kekuatan dan kelemahan mereka. Oleh yang demikian, melalui apa yang telah dicapai ini membantu memudahkan guru merancang isi pengajaran yang sesuai dengan tahap murid. Selain itu, melalui proses pengajaran yang saya jalankan sepanjang praktikum ini dapat menjadikan saya lebih kreatif dan teliti dalam menghasilkan sebuah bahan pengajaran yang menarik untuk proses pembelajaran. Bahkan melalui apa yang telah saya laksanakan sepanjang praktikum ini telah membantu meningkatkan pengetahuan saya dalam mengenali murid serta merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, apa yang telah saya capai sepanjang praktikum ini adalah dapat berkhidmat dengan sekolah dengan melibatkan diri dengan setiap aktiviti yang telah dianjurkan oleh sekolah seperti majlis program ihya ramadhan, majlis sambutan jamuan raya dan perasmian bulan kemerdekaan. Melalui aktiviti yang telah dilaksanakan ini dapat memberi satu pendedahan baru kepada guru pelatih dan melalui pelaksanaan ini dapat membolehkan guru pelatih belajar cara menguruskan sesuatu. Jadi, melalui tugas-tugas khas yang telah diberikan kepada saya membolehkan saya melihat bagaiman cara menguruskan sesuatu program besar ini, melalui pengalaman ini akan dapat memberi gambaran baru didalam kamus seorang guru pelatih supaya dimasa akan datang dapat menjalankan aktiviti sebegini. Akhir sekali, apa yang telah dicapai oleh guru pelatih sepanjang praktikum ini ialah dapat berkolaborasi baik bersama warga guru SKPPH dan warga pentadbiran sekolah. Melalui kolaborasi baik bersama warga sekolah ini membolehkan hubungan baik dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim yang erat,serta guru pelatih boleh turus minta tunjuk ajar agar dapat memperbaiki diri dan terus berjaya di masa akan datang.