Você está na página 1de 2

ANGGARAN BELANJA MENGURUS

MENYEDIAKAN SARAPAN PAGI DAN MAKAN TENGAH HARI UNTUK


PELAJAR ANAK YATIM
DI SEKOLAH KEBANGSAAN SIKIJANG, SERAMAI 20 ORANG SEPANJANG TAHUN 2014


Senario
Sekolah Kebangsaan Sikijang, Nusajaya telah menerima murid dari Rumah
Anak Yatim yang beroperasi di Skudai Johor. Seramai 20 orang murid telah
mendaftar masuk ke sekolah ini mulai 26 Februari 2014 dan jumlah ini dijangka akan
bertambah dari masa ke semasa. Kehadiran murid-murid ini telah mendapat
perhatian dari masyarakat kampung, di mana mereka bersungguh untuk membantu
pihak sekolah dalam mengurus hal berkaitan kebajikan seperti menyediakan
makanan dan minuman kepada mereka. Memandangkan mereka akan berada di
sekolah mulai jam 7.30 pagi hingga jam 4.30 petang, pihak sekolah bersama dengan
Jawatankuasa Masjid mencadangkan agar mereka disediakan sarapan pagi dan
makan tengah hari. Kekangan yang ada adalah tiada kantin dan sumber kewangan
bagi mengurus hal yang tersebut.

A. Pecahan Perbelanjaan

BIL PERKARA
PERBELANJAAN
SEBULAN
BILANGAN
BULAN
JUMLAH
1 Upah penyediaan RM 200 9 RM 1800
2 Bahan Kering RM 300 9 RM 2700
3 Bahan Basah RM 400 9 RM 3600
4 Lain-lain RM 50 9 RM 450
JUMLAH BESAR RM 8550

B. Sumber Sedia Ada

1. Sumbangan Tabung Masjid Kampung Tebing Runtoh = RM1800

C. Kekurangan Perbelanjaan

1. RM 8550 - RM 1800 = RM 6750

Susulan
Pihak sekolah bersama dengan PIBG dan Jawatankuasa Masjid Kampung Tebing
Runtoh memerlukan dana seperti yang dinyatakan bagi urusan yang dinyatakan.

Sumbangan ke atas akaun
No akaun :
8006 065214 / CIMB Nusa Perintis
Cek Atas Nama :


Talian Untuk Dihubungi :
1. Guru Besar, En. Rasman
019-7873109

2. YDP PIBG, En. Misdi
019-7384704







SK SIKIJANG Kod : JBA 1032

PETI SURAT 24 Tel : 019-787 3109 (Guru Besar)

81550 GELANG PATAH Email : sikijang_jba1032@yahoo.com

JOHOR BAHRU


Ruj. Kami : JBA1032 / 200 2 / 3
Tarikh : 6 MAC 2014
Kepada yang berkenaan

Tuan / Puan,

MOHON SUMBANGAN TABUNG MENGURUS BAGI MENYEDIAKAN MAKANAN
DAN MINUMAN DI KALANGAN ANAK YATIM MURID-MURID SEKOLAH

Untuk makluman perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama ini disertakan anggaran belanja mengurus bagi tujuan di atas.

3. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan / puan kami dahului dengan
setinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,