Você está na página 1de 29

1

1.0 INDIKATOR EKONOMI


Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) merupakan komposit indeks yang merangkumi 11
komponen yang berkait rapat dengan konsep kualiti hidup. Komponen tersebut adalah terdiri
daripada pendapatan dan pengagihan, persekitaran kerja, pengangkutan dan komunikasi,
kesihatan, pendidikan, perumahan, alam sekitar, kehidupan keluarga, penyertaan sosial,
keselamatan awam serta kebudayaan dan liburan. Indeks ini digunakan sebagai petunjuk bagi
memahami perubahan dan kemajuan kualiti hidup rakyat yang merangkumi aspek fizikal,
sosial, ekonomi dan psikologi. Ini membolehkan penilaian keberkesanan dasar ekonomi secara
menyeluruh dan seterusnya memberi panduan dalam perancangan dasar dan strategi
pembangunan sosioekonomi pada masa hadapan. Berdasarkan laporan kualiti hidup Malaysia
2011 merupakan penerbitan siri ke-4 yang melaporkan perubahan kualiti hidup bagi tempoh
2000 hingga 2010 berdasarkan indeks kualiti hidup Malaysia dengan menggunakan tahun 2000
sebagai tahun asas.










Rajah 1: Indeks Kualiti Hidup Malaysia, 2010

Komponen dan indikator ekonomi
1) Pendidikan
Sistem pendidikan merupakan alat utama bagi penyampaian pengetahuan dan budaya
dari satu generasi ke generasi yang lain. Ia menyediakan asas bagi pembentukan dan
peningkatan teknologi yang diperlukan untuk mengekal serta memperbaiki kualiti hidup.


2









Rajah 2: Pendidikan, 2000-2010

Sub-indeks pendidikan mencatat skor tertinggi iaitu meningkat kepada 120.4% pada
tahun 2010. Ini disumbangkan oleh kadar celik huruf, kadar penyertaan sekolah, nisbah guru-
pelajar bagi sekolah rendah dan menengah serta peratusan guru siswazah di sekolah yang
lebih baik. Kadar penyertaan pra-sekolah bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun
telah meningkat daripada 5.1 peratus pada tahun 2000 kepada 44.5 peratus pada tahun 2010.
Kesedaran mengenai kepentingan pendidikan di peringkat pra-sekolah dan pertambahan
bilangan pra-sekolah merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kadar penyertaan
yang tinggi. Sehingga tahun 2010, sebanyak 8,217 buah pra-sekolah telah ditubuhkan.
Di samping itu, program pendidikan awal untuk kanak-kanak yang berumur empat tahun
dan ke bawah diperkukuh dengan penubuhan Pusat Anak Permata Negara (PAPN) pada tahun
2007. Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran ditingkatkan selaras dengan nisbah
guru-pelajar yang lebih baik. Nisbah guru-pelajar di sekolah rendah bertambah baik, daripada
1:19 pada tahun 2000 kepada 1:13 pada tahun 2010 dan bagi sekolah menengah pula daripada
1:18 kepada 1:13. Peratusan guru siswazah meningkat daripada 25.9 peratus pada tahun 2000
kepada 55.8 peratus pada tahun 2010.

2) Pendapatan dan Agihan
Pendapatan kasar atau pendapatan per kapita adalah proksi bagi menggambarkan
kebajikan atau taraf hidup. Pendapatan membolehkan individu menampung perbelanjaan bagi
diri serta keluarga mereka manakala agihan pendapatan pula menggambarkan kesaksamaan
dan pengagihan sumber ekonomi.
Sub-indeks pendapatan dan pengagihan meningkat sebanyak 13.3 mata hasil daripada
pendapatan per kapita negara yang lebih tinggi berikutan pertumbuhan ekonomi yang
menggalakkan pada tahun 2010.
3








Rajah 3: Pendapatan dan pengagihan, 2000-2010
Pendapatan per kapita meningkat daripada RM13,939 atau AS$3,668 pada tahun 2000
kepada RM26,175 atau AS$8,417pada tahun 2010. Negara perlu mencapai pendapatan per
kapita sekurang-kurangnya RM48,000 atau AS$15,0002 untuk memperoleh status negara maju
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Semua indikator sub-indeks menunjukkan aliran
positif. Pekali Gini 3 yang mencerminkan jurang agihan pendapatan terus mengecil daripada
0.449 pada tahun 2000 kepada 0.441 pada tahun 2009. Kadar kemiskinan telah berkurangan
daripada 7.6 peratus pada tahun 2000 kepada 3.8 peratus pada tahun 2009 menggambarkan
kejayaan program pembasmian kemiskinan.

3) Kesihatan










Rajah 4: Kesihatan, 2000-2010

Kesihatan yang merangkumi kesejahteraan jasmani dan mental membolehkan manusia
bekerja dengan produktif serta melibatkan diri secara aktif dalam kehidupan sosial dan ekonomi
masyarakat.
4

Sub-indeks kesihatan meningkat sebanyak 10.5 mata pada tahun 2010 dicerminkan
oleh jangka hayat rakyat yang lebih panjang. Jangka hayat bagi lelaki mencapai 71.7 tahun
pada 2010 berbanding dengan 70.0 tahun pada 2000. Manakala jangka hayat bagi perempuan
pula meningkat kepada 76.6 tahun berbanding 74.7 tahun pada 2000. Di samping itu, kadar
kematian bayi dan ibu semasa bersalin menyamai tahap yang dicapai oleh negara maju. Kadar
kematian bayi berkurang daripada 6.5 bagi setiap 1,000 kelahiran hidup pada tahun 2000
kepada 6.3 pada tahun 2010. Kadar kematian ibu semasa bersalin juga berkurang daripada
30.6 kepada 27.6 bagi setiap 100,000 kelahiran hidup dalam tempoh yang sama.
Selain itu, penambahbaikan ketara dalam nisbah doktor-penduduk daripada 1:1,504
pada tahun 2000 kepada 1:899 pada tahun 2010 membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan
kesihatan yang lebih berkualiti. Akses kepada perkhidmatan kesihatan juga diperluas dengan
pembinaan 39 buah klinik baharu dan penubuhan 51 buah Klinik 1Malaysia di kawasan bandar
serta 81 buah klinik baharu di kawasan luar bandar di seluruh negara.

4) Persekitaran Keluarga.
Unit keluarga mewakili institusi utama dalam struktur sosial dan berfungsi memenuhi
keperluan sosial, ekonomi dan psikologi individu.










Rajah 5: Kehidupan keluarga, 2000-2010

Sub-indeks kehidupan keluarga meningkat sebanyak 4.6 mata pada tahun 2010
disumbang oleh pengurangan jenayah juvana dan peningkatan pendapatan purata isi rumah.
Jenayah juvana mengurang separuh kepada 0.06 peratus pada tahun 2010. Peningkatan
pendapatan purata isi rumah daripada RM2,6404 pada tahun 2000 kepada RM4,2065 pada
tahun 2010 telah memberi impak positif dalam kehidupan keluarga.
5

Walau bagaimanapun, peningkatan peratusan perceraian dalam kalangan penduduk
berumur 18 hingga 50 tahun telah menyederhanakan pencapaian indeks keseluruhan. Kadar
perceraian mencatat peningkatan daripada 0.13 peratus pada tahun 2000 kepada 0.22 pada
tahun 2010. Kerajaan sedar akan kepentingan institusi kekeluargaan dalam menghadapi
kehidupan moden yang mencabar. Oleh yang demikian, pelbagai program telah diperkenal bagi
mengukuhkan pertalian keluarga seperti program pra-perkahwinan, SMARTSTART,
Parenting@Work serta kursus di bawah modul KASIH.

5) Pembangunan Manusia (The Human Development Index)
The United Nations Development Program (UNDP) mendefinisikan pembangunan
manusia sebagai sebuah proses memperluas pilihan masyarakat. Yang paling penting adalah
pilihan untuk berumur panjang dan sihat dengan mendapat pendidikan yang cukup dan
menikmati standard hidup yang baik. The United Nations Development Program (UNDP)
menyusun ukuran alternatif tingkat kesejahteraan dengan HDI (Human Development Index).
Human Development Index (HDI) diukur dari beberapa aspek iaitu:
i. Life expectancy at birth (harapan hidup saat lahir) aspek ini digunakan sebagai ukuran
tahap atau kualiti kesihatan.
ii. Adult literacy rate (kadar celik huruf orang dewasa) aspek ini mengukur tahap
pendidikan seseorang.
iii. Kadar enrolmen pada pendidikan peringkat rendah, sekunder dan tertiari atau combined
gross enrolment ratio for primary, secondary, and tertiary education. Aspek ini untuk
mengukur setakat mana masyarakat mendapat pendidikan.
iv. GNI per capita (Gross National Income per capita). Aspek ini mengukur tentang taraf
ekonomi masyarakat.

Human Development Index (HDI) meringkas tiga variable kesejahteraan dan
meringkasnya dalam sebuah index dan variable-variable tersebut adalah:
i. Umur yang panjang (longevity) sebagai pengukur kesihatan dan nutrisi. Umur
panjang diukur dengan menganggar harapan hidup (dalam tahun) dari tingkat
kelahiran, dihitung dengan mengandaikan bahawa seorang bayi lahir dalam satu
tahun tertentu akan mengalami tingkat kematian ketika berada dalam kelompok
umur tertentu.
ii. Pendidikan yang terdiri daripada 2 perkara. Antaranya adalah
(a) kadar celik huruf dewasa dalam peratus.
6

Pengangguran (U) = Bilangan Tenaga Buruh Bilangan Gunatenaga X 100
Bilangan Gunatenaga
(b) Jumlah tahun utama ketika berada dalam dunia persekolahan iaitu sehingga
seseorang berada dalam umur 25 tahun.
iii. Standard Hidup. Indikator standard kehidupan adalah GNI per kapita adalah dalam
USD untuk melihat sama ada dengan GDP minimum, masyarakat akan mendapat
nutrisi yang mencukupi untuk menjaga kesihatan mereka.
Human Development Index(HDI) mencerminkan kedudukan sebuah negara dengan
negara lain dari segi tingkat kesejahteraan masyarakat. HDI diukur dalam beberapa aspek iaitu
Life expectancy at birth, Adult literacy rate, Combined gross enrolment ratio for primary,
secondary and tertiary level of education dan GNI per capita. Pada tahun 2010 KDNK perkapita
meningkat kepada USD 13926.9 , kadar celik huruf meningkat kepada 92.9%, jangka hidup bayi
meningkat kepada 74.7 tahun dan kadar enrolmen kekal pada 71.5%. Secara umumnya, GNI
perkapita pada PPP dari tahun 1990 sehingga 2009 diambil daripada World Bank. HDI negara
mencatatkan tren yang semaking meningkat. Kadar celik huruf dan jangka hidup bayi juga
menunjukkan tren yang semakin meningkat kecuali pada tahun 2007 dan 2008 yang didapati
telah menurun dan kemudian meningkat semula mulai tahun 2008. Kadar enrolmen pendidikan
peringkat rendah, tinggi dan tertiari didapati meningkat dan kekal pada kadar 71.5% dari tahun
2003 sehingga 2010.

2.0 GUNA TENAGA : KADAR PENGANGGURAN
Definisi
Guna tenaga ialah pekerja, pekerja tetapi cuti sementara (rehat atau sakit) dan pekerja
yang bekerja kurang dari 25 jam seminggu sedangkan mereka sanggup untuk bekerja lebih.
Tenaga buruh pula merupakan penduduk dalam lingkungan umur 15-64 tahun sama ada
bekerja atau tidak (guna tenaga + penganggur). Di luar tenaga buruh merupakan orang-orang
yang cacat kekal, pesara, tidak minat bekerja dan tidak mahu terima kerja, penuntut dan suri
rumah.
Pengangguran merupakan satu fanomena di mana terdapat individu di dalam
lingkungan umur bekerja, yang sedang mencari pekerjaan tetapi tidak mendapat pekerjaan.
Pengangguran boleh dikira menggunakan formula berikut :




7

Jadual 1 : Perangkaan utama tenaga buruh, Malaysia
Perangkaan Utama Q3/2010r Q2/2011 Q3/2011
Tenaga buruh (000) 12,204.8 12,506.6 12,648.6
Penduduk bekerja (000) 11,822.7 12,128.5 12,259.2

Penganggur (000) 382.1 378.1 389.3
Luar tenaga buruh (000) 7,078.5 7,024.6 6,931.5

Kadar penyertaan tenaga buruh,
KPTB (%)
7,078.5 7,024.6 6,931.5

Kadar pengangguran (%) 3.1 3.0 3.1

Berdasarkan Jadual 1, kadar penyertaan tenaga buruh menokok 0.6 mata peratus
daripada 64 peratus pada suku sebelumnya kepada 64.6 peratus pada Q3/2011. Peningkatan
ini adalah impak daripada peningkatan penduduk dalam pasaran buruh seramai 142,000 orang
(1%) kepada 12.65 juta dan pengurangan bilangan penduduk di luar tenaga buruh seramai
93,100 orang (1.3%) kepada 6.93 juta orang.
Peningkatan penduduk dalam pasaran buruh disumbangkan oleh pertambahan
penduduk yang bekerja dan menganggur masing-masing seramai 130,700 orang dan 11,200
orang kepada 12.26 juta dan 389,300 orang. Walau bagaimanapun, peratus peningkatan
penduduk yang menganggur (3%) didapati lebih ketara berbanding penduduk bekerja (1.1%),
menyebabkan kadar pengangguran meningkat 0.1 mata peratus kepada 3.1 peratus pada
Q3/2011. Kadar pengangguran kekal pada 3.1 peratus manakala KPTB didapati 1.3 mata
peratus lebih tinggi jika dibandingkan dengan suku yang sama pada tahun 2010.

Prospek Pasaran Pekerja 2011
Keadaan pasaran pekerja dijangka kekal positif pada tahun 2011, dengan pertumbuhan
berterusan dalam guna tenaga yang dihasilkan terutamanya daripada pertumbuhan dalam
sektor berorientasikan dalam negeri. Peluang pekerjaan yang ditawarkan akan diterajui oleh
sektor perkhidmatan, khususnya subsektor perdagangan edaran, kewangan dan insurans dan
komunikasi.


8

Dalam sektor perkilangan, walaupun terdapat pertumbuhan yang lebih sederhana dalam
industri berorientasikan eksport, pertambahan dalam guna tenaga akan berterusan kerana
disokong oleh peningkatan dalam kelompok keluaran berkaitan pengguna dan berkaitan
pembinaan. Kadar pengangguran diunjurkan kekal pada 3.2% daripada tenaga kerja pada
tahun 2011.
Prospek guna tenaga yang positif akan menguatkan jangkaan bagi upah yang lebih
tinggi dan pertumbuhan pendapatan isi rumah yang menyokong sentimen dan aktiviti
penggunaan swasta pada tahun ini. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh Bank Negara
Malaysia, kebanyakan rma dalam sektor perkilangan, perkhidmatan bukan kewangan dan
pembinaan adalah optimistik tentang prospek guna tenaga dan menjangka gaji akan terus
dinaikkan. Tambahan gaji purata keseluruhan dalam sektor swasta dijangka pada 4.8% (2010:
4.5%), dengan tambahan purata sebanyak 3.1% dan 5.5% masing-masing dalam sektor
perkilangan dan sektor bukan perkilangan.

Prospek Pasaran Pekerja 2012
Keadaan pasaran pekerja dijangka menjadi lembap pada tahun 2012, berikutan aktiviti
ekonomi yang lebih perlahan. Kewujudan peluang pekerjaan dijangka tertumpu dalam sektor
berorientasikan dalam negeri, khususnya sektor perkhidmatan dan pembinaan kerana
permintaan dalam negeri dijangka kekal kukuh.
Guna tenaga dalam sektor berorientasikan eksport mungkin terjejas akibat permintaan
luar yang semakin lemah. Kadar pengangguran dijangka meningkat kepada 3.2% daripada
tenaga kerja pada tahun 2012 berbanding tahun 2011 iaitu 3.1%.
Pertumbuhan pendapatan pada tahun 2012 akan terjejas oleh prospek ekonomi yang
agak samar yang memberi kesan kepada keputusan rma terhadap kenaikan gaji dan
pembayaran bonus. Walau bagaimanapun, dasar gaji minimum yang dijangka dilaksanakan
pada tahun ini akan memberi sedikit sokongan kepada pekerja berpendapatan rendah
sementara kenaikan gaji yang lebih tinggi untuk kakitangan awam di bawah penambahbaikan
Sistem Saraan Malaysia akan menyokong pendapatan sektor awam.






9

3.0. INFLASI
Pengenalan
Menurut laman sesawang www.wikipedia.org/, dalam konteks ekonomi, inflasi
bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam
sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap
unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih
kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli
wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan
unit akaun dalam sesebuah ekonomi. Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi
iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut
Indeks Harga Pengguna) dari masa ke semasa.
Menurut Nor Aini Haji Idris dan Ab. Razak Dan (2000), kesan inflasi terhadap sebuah
ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi positif dan negatif serentak. Kesan negatif inflasi
termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa,
ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan pelaburan dan
simpanan dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila
pengguna mula menyorokkan barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan
datang. Tugas mengawal kadar inflasi yang rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan
yang membuat polisi kewangan. Umumnya mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan
wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi pasaran terbuka dan melalui penetapan
rizab bank. Kesan positif termasuklah memastikan bank-bank pusat boleh menyesuaikan kadar
faedah nominal (yang bertujuan untuk mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi) dan
menggalakkan pelaburan dalam projek-projek modal bukan monetari.
Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh
pertumbuhan tinggi bekalan wang. Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula
pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar
barangan dan perkhidmatan atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan dan
juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi
yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada
pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.




10

Analisis Inflasi Bagi Tahun 2011 Dan 2012
Prospek Inflasi
Inasi keseluruhan dijangka menjadi sederhana pada tahun 2012, berpurata antara 2.5-
3.0%. Unjuran inasi yang lebih rendah mencerminkan harga komoditi dunia yang sederhana
bagi tahun 2012 secara keseluruhan dan inasi global yang lebih perlahan, sebahagiannya
disebabkan oleh prospek pertumbuhan global yang lebih lemah. Di dalam negeri, pertumbuhan
permintaan dalam negeri yang lebih sederhana juga akan membendung tekanan harga. Tanpa
sebarang pelarasan yang ketara ke atas harga ditadbir, tekanan terhadap inasi dalam negeri
akan kekal terkawal. Harga komoditi dunia dijangka kekal tinggi pada tahun 2012. Bagi komoditi
makanan, Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Food and
Agriculture Organisation of the United Nations, FAO) dalam laporan Prospek Makanan edisi
bulan November 2011, menjangkakan harga makanan akan kekal di bawah paras harga
tertinggi bulan Februari 2011 tetapi akan kekal tinggi dan tidak menentu. Meskipun
pertumbuhan ekonomi global adalah perlahan, permintaan yang tinggi terhadap makanan
berprotein tinggi daripada negara-negara yang mencatat pertumbuhan yang mampan akan
terus kukuh.
Dari segi penawaran, walaupun terdapat jangkaan bahawa pengeluaran akan
bertambah baik, terutamanya bagi bijirin terdapat juga kebarangkalian yang lebih tinggi bahawa
keadaan cuaca yang buruk boleh menjejaskan pengeluaran. Panel Antara Kerajaan Mengenai
Perubahan Iklim (Intergovernmental Panel on Climate Change, IPCC) mengunjurkan
kemungkinan yang tinggi akan berlakunya musim panas secara meluas di seluruh dunia. Kos
input yang tinggi seperti baja dan tenaga juga akan terus memberi tekanan menaik terhadap
harga makanan. Bagi minyak mentah, harga dijangka terus tidak menentu pada tahun 2012
tetapi paras harga akan dikekang oleh pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan.
Kemerosotan prospek pertumbuhan global mendorong Agensi Tenaga Antarabangsa
(International Energy Agency, IEA) untuk menurunkan unjurannya bagi pertumbuhan
permintaan minyak pada tahun 2012 kepada 0.8 juta tong sehari daripada unjuran awal
sebanyak 1.1 juta tong sehari. Sebaliknya, walaupun sasaran pengeluaran yang lebih tinggi
telah diumumkan oleh Pertubuhan Negaranegara Pengeksport Petroleum (Organisation of the
Petroleum Exporting Countries, OPEC), ketegangan geopolitik di rantau Timur Tengah dan
Afrika Utara telah menimbulkan ketidakpastian berhubung dengan bekalan minyak. Ini boleh
mengekalkan harga minyak pada paras yang tinggi sepanjang tahun 2012.

11

Laporan Prospek Ekonomi Dunia (World Economic Outlook, WEO) IMF yang dikemas
kini pada bulan Januari 2012 membuat unjuran bahawa minyak mentah akan diniagakan pada
purata 1USD99 setong pada tahun 2012, rendah sedikit daripada harga purata tahun 2011
pada USD104 setong. Tekanan inasi dalam kalangan rakan import utama Malaysia dijangka
menjadi sederhana pada tahun 2012 sejajar dengan pertumbuhan global yang lebih lemah dan
harga komoditi dunia yang lebih rendah. Keyakinan pengguna yang lemah, kapasiti sedia ada
yang berlebihan dan tekanan permintaan yang lemah akan mengurangkan tekanan inasi
dalam ekonomi maju. Laporan WEO yang dikemas kini pada bulan Januari 2012 Januari
mengunjurkan inasi yang lebih rendah pada 1.6% bagi ekonomi maju berbanding tahun 2011
iaitu sebanyak 2.7%. Tekanan harga juga dijangka menjadi sederhana dalam ekonomi sedang
pesat membangun sejajar dengan permintaan dalam negeri yang stabil dalam ekonomi ini.
Ekonomi sedang pesat membangun dan yang sedang membangun dijangka mencatat inasi
yang lebih rendah pada 6.2% pada tahun 2012 jika dibandingkan dengan tahun 2011 iaitu
7.2%. Tekanan harga luaran yang berkurang dijangka memberi lebih eksibiliti kepada
pengeluar untuk menjajarkan harga dengan permintaan dalam negeri yang lebih sederhana.

Kesan Penambahan Nilai Ringgit Terhadap Harga Import dan Inasi
Ringgit dan mata wang Asia lain secara amnya mencatat trend penambahan nilai sejak
awal tahun 2009 dalam keadaan ekonomi global mulai pulih dan pasaran kewangan global
bertambah baik. Dengan sentimen pasaran dan kesanggupan mengambil risiko bertambah baik
berlatarkan mudah tunai global yang meningkat, aliran masuk portfolio ke Asia naik dengan
ketara dan mata wang serantau menambah nilai antara 6.2% hingga 44.4% berbanding dengan
dolar AS antara bulan Mac 2009 hingga Julai 2011 (rujuk Graf 1). Pada masa yang sama,
pemulihan ekonomi yang pantas di rantau ini sepanjang tahun 2010 dan 2011 sejajar dengan
peningkatan tekanan inasi secara beransur-ansur berikutan kenaikan yang berterusan dalam
harga komoditi dunia dan juga permintaan dalam negeri yang semakin meningkat dalam
keadaan gangguan bekalan global. Memandangkan risiko inasi memuncak pada tempoh
tersebut, persoalan yang timbul adalah sama ada penambahan nilai mata wang akan
mengurangkan sebahagian daripada kesan faktor tolakan kos global terhadap inasi apabila
harga import dalam mata wang tempatan menjadi lebih rendah.

12













Graf 1 : Prestasi kadar pertukaran mata wang serantau berbanding dengan dolar AS.

Hubungan antara kadar pertukaran dengan inasi amat rumit dan melibatkan interaksi
melalui beberapa saluran penyampaian dalam ekonomi, termasuk perdagangan, permintaan
dalam negeri, jangkaan isi rumah dan perniagaan, pasaran kewangan, keadaan mudah tunai
dan monetari serta kos pengeluaran. Rencana ini membincangkan peranan peningkatan kadar
pertukaran dalam mengawal kos input yang diimport dan barangan penggunaan akhir dan
seterusnya harga pengguna. Secara ringkasnya, sejajar dengan dapatan dalam kajian
berkaitan isu ini, kesan pindahan (pass-through) daripada penambahan nilai ringgit kepada
harga import didapati adalah sebahagian sahaja dan tidak lengkap. Malah apa yang
diperhatikan ialah kesan pindahan kepada harga pengguna adalah lebih kecil lagi.
Memandangkan hubungan antara kadar pertukaran dengan inasi adalah lemah, interpretasi
tentang peranan kadar pertukaran untuk mengurangkan inasi tolakan kos dari luar negeri
perlulah dibuat dengan berhati-hati.
Inasi dijangka menjadi sederhana pada tahun 2012. Inasi yang disebabkan oleh
tekanan permintaan dijangka dapat dibendung. Dari segi tekanan penawaran, permintaan
global yang perlahan dijangka mengurangkan sedikit tekanan ke atas harga antarabangsa bagi
komoditi utama. Namun begitu, masih terdapat risiko inasi yang lebih tinggi. Perkembangan
geopolitik yang buruk, keadaan cuaca yang tidak menentu dan keadaan mudah tunai global
yang lebih daripada mencukupi yang boleh menyebabkan pasaran komoditi semakin bercirikan
pasaran kewangan boleh menyebabkan turun naik yang besar dalam harga makanan dan
tenaga global serta mengekalkan harga pada paras yang tinggi.
13

Sebahagian peningkatan dalam tekanan kos global boleh disebarkan kepada harga
barangan dan perkhidmatan dalam negeri.












Rajah 6 : Jurang keluaran positif sejajar dengan inflasi.

Keluaran potensi ialah paras maksimum keluaran atau kapasiti pengeluaran yang boleh
dicapai oleh sesebuah ekonomi tanpa menyebabkan tekanan inflasi. Paras keluaran potensi,
dan bersama dengan itu, jurang keluaran merupakan salah satu faktor penting dalam
pertimbangan dasar yang berkaitan dengan mandat teras Bank Negara Malaysia iaitu
mengekalkan inflasi pada kadar yang rendah dan stabil untuk pertumbuhan ekonomi yang
mampan. Apabila keluaran sebenar melebihi paras potensinya atau dikenali sebagai jurang
keluaran positif, ekonomi sedang melalui tempoh penggunaan sumber yang tinggi. Ini lazimnya
membawa kepada keadaan pasaran pekerja yang ketat dan tekanan upah yang tinggi, lantas
mengakibatkan kenaikan inflasi (Rajah 2). Sebaliknya, ekonomi mempunyai kapasiti lebihan
apabila keluaran sebenar berada di bawah paras potensinya iaitu berada pada jurang keluaran
negatif. Keadaan ini pada amnya dikaitkan dengan pengangguran yang lebih tinggi dan tekanan
inflasi yang lebih rendah.
Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan dijangka terus mengecil daripada 5.0% pada tahun
2011 kepada 4.7% daripada KDNK pada tahun 2012. Pungutan hasil dijangka meningkat
kepada RM186.9 bilion, disokong oleh pentadbiran cukai yang lebih baik dan pematuhan yang
lebih tinggi dalam penyerahan dan pungutan cukai. Jumlah perbelanjaan terus kekal
menyokong pertumbuhan dengan peruntukan sebanyak RM181.6 bilion untuk perbelanjaan
mengurus dan RM49.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
14

4.0 PERDAGANGAN ANTARABANGSA
Pengenalan
Menurut Yeam Hock Kong (2007) dalam buku Makroekonomi menyatakan bahawa
perdagangan antarabangsa juga bermaksud kegiatan tukar-menukar barang dan perkhidmatan
antara sesebuah negara dengan negara yang lain. Wujudnya perdagangan antarabangsa
adalah disebabkan beberapa faktor penarik seperti perbezaan anugerah faktor seperti faktor
buruh dan tanah, perbezaan teknologi, perbezaan kemahiran buruh dan perbezaan iklim.
Faedah yang diperoleh negara-negara yang terlibat dalam aktiviti ini ialah mendapat barang
dari negara lain, mempelbagaikan barangan dan meluaskan pasaran, kebaikan pengkhususan
serta perpindahan teknologi.

Lebihan Akaun Semasa Yang Lebih Rendah Dalam Keadaan Permintaan Luar
Negeri Yang Lemah Dan Peningkatan Aktiviti Dalam Negeri Yang Kukuh

Berdasarkan rujukan daripada laman sesawang www.bnm.gov.my/, Laporan Tahunan
Perkembangan Ekonomi Malaysia Tahun 2012 melaporkan, lebihan akaun semasa Malaysia
berada pada tahap yang lebih rendah iaitu RM60 bilion pada tahun 2012 berbanding 2011 iaitu
sejumlah RM97.1 bilion mencerminkan pelarasan kitaran dan struktur yang berlaku dalam
ekonomi global dan ekonomi dalam negeri. Perkembangan ini boleh dinilai dari dua perspektif
yang saling berkaitan iaitu dari segi prestasi perdagangan antarabangsa Malaysia dan jurang
tabungan pelaburan negara.
Dari perspektif perdagangan antarabangsa, lebihan akaun semasa yang lebih rendah ini
disebabkan terutamanya oleh lebihan barangan yang lebih rendah di samping defisit yang lebih
besar dalam akaun perkhidmatan dan pendapatan. Dalam akaun barangan, penurunan dalam
eksport kasar disebabkan oleh permintaan luar negeri yang lemah dan harga komoditi yang
lebih rendah. Walaupun permintaan terhadap barangan perkilangan daripada ekonomi maju
adalah lemah sepanjang tahun, eksport keluaran bukan Elektronik dan Elektrik (E&E) telah
disokong oleh permintaan serantau yang teguh, terutamanya pada separuh pertama tahun itu.
15

Jadual 2: Perbezaan Imbangan Pembayaran Antara Tahun 2011-2012

Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi di rantau ini yang lebih perlahan pada
separuh tahun kedua menyebabkan permintaan menjadi sederhana untuk keluaran bukan E&E
dan komoditi. Permintaan yang lebih rendah terhadap keluaran bukan E&E dan komoditi
diburukkan lagi oleh penurunan dalam harga komoditi utama terutamanya minyak sawit mentah
dan gas asli. Sebaliknya, eksport keluaran E&E mencatat penguncupan yang lebih kecil, ekoran
pengeluaran E&E yang kembali normal selepas mengalami gangguan bekalan disebabkan oleh
banjir teruk yang melanda Thailand pada tahun 2011. Pertumbuhan import barangan modal dan
penggunaan adalah kukuh berikutan permintaan dalam negeri yang bertambah baik. Secara
khususnya, pertumbuhan yang kukuh dalam aktiviti pelaburan dalam negeri mendorong kepada
peningkatan yang ketara dalam import jentera, kelengkapan telekomunikasi dan pesawat
penumpang.








16













Rajah 7:Jumlah akaun semasa antara tahun Rajah 8: Jumlah imbangan pembayaran
2006-2012 antara tahun 2006-2012

Pengukuhan aktiviti perbelanjaan pengguna mencerminkan pertumbuhan yang terus
kukuh dalam import barangan penggunaan khususnya import barangan pengguna tahan lama
dan separa tahan lama. Walau bagaimanapun, import barangan pengantaraan yang
kebanyakannya digunakan sebagai input untuk eksport perkilangan menguncup. Akaun
perkhidmatan mencatat defisit yang lebih besar disebabkan oleh defisit yang lebih tinggi dalam
akaun pengangkutan dan penerimaan bersih yang lebih rendah daripada akaun perjalanan.
Kemerosotan yang lebih besar dalam akaun pengangkutan mencerminkan pembayaran yang
lebih tinggi untuk perkhidmatan pengangkutan yang diimport sejajar dengan pertumbuhan
import yang kukuh. Pendapatan daripada pelancongan lebih rendah pada tahun 2012
disebabkan ketibaan pelancong ke Malaysia yang meningkat pada kadar yang lebih sederhana
mencerminkan pertumbuhan yang lebih perlahan dalam ekonomi serantau.








17

Rajah 9: Perubahan tahunan prestasi
eksport komoditi antara tahun 2011-2012
Rajah 10: Perubahan tahunan prestasi produk
eksport produk E&E dan bukan E&E antara
tahun 2011-2012

Defisit yang lebih besar dalam akaun pendapatan mencerminkan pendapatan lebih
tinggi yang terakru kepada syarikat asing di Malaysia terutamanya dalam sektor perkilangan
dan perlombongan serta sub-sektor perkhidmatan kewangan. Sementara itu, pendapatan
terakru kepada syarikat Malaysia yang melabur di luar negeri lebih rendah pada tahun 2012
berikutan ketidaktentuan global yang meningkat serta harga komoditi yang lebih rendah.
Lebihan akaun semasa yang lebih rendah juga mencerminkan lebihan tabungan negara yang
lebih rendah berbanding dengan perbelanjaan pelaburan dalam negeri.






Rajah 11: Aliran Masuk Pelaburan
Langsung Asing Kasar Mengikut Sektor
Pada Tahun 2012
Rajah 12: Perubahan tahunan import
mengikut kategori antara tahun 2011-
2012
18

Rajah 13: Jumlah perbezaan imbangan akaun semasa dalam tempoh masa
lebih sedekad (antara tahun 1990-2012)
Tabungan sektor awam meningkat sebanyak 10.1% kepada RM71.2 bilion atau 7.9%
daripada pendapatan negara kasar pada tahun 2012 berbnding 7.5% daripada Pendapatan
Negara Kasar (PNK) pada tahun 2011. Sementara itu, tabungan sektor swasta menurun
sebanyak 5.3% kepada RM227.5 bilion atau 25.2% daripada PNK pada tahun 2012 jika
dibandingkan dengan tahun 2011iaitu sebanyak RM240.2 bilion atau 28%. Secara keseluruhan,
Tabungan Negara Kasar (TNK) menurun sebanyak 2% kepada RM298.7 bilion pada tahun
2012. Walau bagaimanapun, nisbah TNK kepada PNK kekal tinggi pada 33% berbanding pada
tahun 2011 iaitu sebanyak 35.5%. Memandangkan penurunan dalam TNK dan kadar
pertumbuhan pelaburan dalam negeri kasar yang lebih cepat lebihan tabungan-pelaburan telah
menurun kepada RM60 bilion atau 6.6% daripada PNK pada tahun 2012 manakala pada tahun
2011 jumlah tersebut adalah sebanyak RM97.1 bilion atau 11.3%.

Imbangan Akaun Semasa di Malaysia: Perkembangan Terkini dan Prospek













Sejak dilanda krisis kewangan Asia, imbangan akaun semasa Malaysia telah mencatat
lebihan secara konsisten. Eksport barangan telah mengatasi import dan lebih daripada
mengimbangi defisit dalam akaun perkhidmatan dan pendapatan. Prestasi kukuh eksport
Malaysia sebahagian besarnya disebabkan oleh kepelbagaian produk yang meluas dan
pengembangan perdagangan dalam pasaran baharu. Secara khususnya, eksport komoditi yang
mempunyai kandungan import yang rendah memainkan peranan penting dalam menyumbang
kepada pertambahan lebihan akaun semasa.
19

Sejajar dengan kenaikan harga komoditi pada tahun 2008, lebihan akaun semasa
mencatat paras tertinggi pada 17.6% daripada PNK pada tahun tersebut. Namun begitu, Krisis
Kewangan Global (Global Financial Crisis, GFC), menandakan permulaan trend yang lebih
sederhana dalam lebihan akaun semasa. Permintaan global yang lebih lembap dan harga
komoditi yang lebih rendah menyebabkan eksport Malaysia menurun beberapa tahun
kebelakangan ini. Import sebaliknya meningkat dengan ketara di mana didorong oleh
permintaan dalam negeri yang lebih kukuh. Hasil daripada trend tersebut ialah lebihan
simpanan-pelaburan yang lebih kecil. Meskipun imbangan akaun semasa mencerminkan
lebihan eksport berbanding dengan import, namun imbangan ini turut memaparkan lebihan
simpanan-pelaburan dalam sesebuah ekonomi.
Dalam erti kata lain, imbangan akaun semasa boleh dinilai dari sudut perdagangan
antarabangsa dan juga tingkah laku simpanan-pelaburan dalam ekonomi. Dalam ekonomi
tertutup, aktiviti pelaburan dibiayai oleh simpanan dalam negeri sahaja. Walau bagaimanapun,
aktiviti pelaburan boleh dibiayai melalui simpanan dalam negeri atau luar negeri dalam ekonomi
terbuka seperti Malaysia. Jika sesebuah ekonomi lebih banyak menyimpan daripada melabur,
ekonomi itu akan mencatat lebihan akaun semasa. Simpanan lebihan ini boleh digunakan untuk
mengumpul rizab yang berfungsi sebagai penampan terhadap ketidaktentuan luar atau
disalurkan ke luar negeri untuk membiayai aktiviti penggunaan dan pelaburan ekonomi lain,
sama ada dalam bentuk pemberian pinjaman atau pelaburan di luar negeri. Defisit akaun
semasa sebaliknya menandakan bahawa sesebuah ekonomi lebih banyak melabur daripada
menyimpan. Dalam hal ini, ekonomi tersebut sama ada akan meminjam dana dari luar negeri
atau menerima aliran masuk pelaburan asing untuk membiayai keperluan penggunaan dan
pelaburan dalam negerinya.

Perspektif Perdagangan Antarabangsa
Dari aspek perdagangan antarabangsa, perkembangan dalam imbangan akaun semasa
boleh dinilai dari segi perubahan dalam eksport serta import barangan dan perkhidmatan, dan
juga imbangan bersih pendapatan dan pemindahan semasa. Di Malaysia, lebihan akaun
semasa didorong terutamanya oleh lebihan dalam akaun barangan, manakala komponen lain
kekal dalam defisit. Lebihan barangan meningkat dengan ketara berikutan krisis kewangan Asia
apabila pertumbuhan import menjadi perlahan susulan kemerosotan yang besar dalam aktiviti
pelaburan dalam negeri.
20

Rajah 14: Jumlah eksport kasar
barangan perkilangan pada tahun 2012
Rajah 15: Indeks pertumbuhan import
dan eksport antara tahun 2008-2012
Pada masa yang sama, eksport kasar terus berkembang, disokong oleh kepelbagaian
produk dan pasaran eksport. Walau bagaimanapun, selepas berlakunya Krisis Kewangan
Global eksport Malaysia berkembang pada kadar lebih sederhana.













Ekonomi global yang lemah menyebabkan permintaan terhadap eksport barangan
perkilangan dan komoditi Malaysia menurun di mana jumlah masing-masing adalah sebanyak
74% dan 24% bahagian daripada eksport kasar dan diburukkan lagi oleh harga komoditi yang
lebih rendah. Sebaliknya, dalam keadaan permintaan dalam negeri yang lebih kukuh, import
terus meningkat sejak tahun 2009 disebabkan oleh import barangan modal dan penggunaan
iaitu masing-masing mencatatkan sebanyak 16% dan 8% bahagian import kasar. Seiring
dengan aktiviti pelaburan sektor swasta dan juga sektor awam yang meningkat, import modal
naik pada kadar tahunan purata 13.8% dalam tempoh 2010 sehingga 2012. Import barangan
penggunaan turut meningkat pada kadar purata 13.4% dalam tempoh yang sama dan disokong
oleh penggunaan dalam negeri yang lebih kukuh.








21

Rajah 16: Jumlah import kasar dan
peratus barangan import pada tahun
2012
Rajah 17: Pelaburan meningkat apabila
keadaan tabungan lebih rendah
daripada tahun 1990-2012














Penambahan nilai ringgit juga menyumbang kepada peningkatan ini walaupun pada
tahap yang lebih kecil. Import barangan pengantara adalah sebanyak 61% daripada import
kasar pula mencatat pertumbuhan lebih sederhana kerana sebahagian besar import tersebut
digunakan sebagai input untuk pengeluaran eksport perkilangan. Kaitan rapat antara eksport
barangan perkilangan dengan import barangan perantaraan bertindak sebagai penstabil
automatik kepada imbangan akaun semasa.

Perspektif Jurang Simpanan-Pelaburan
Imbangan akaun semasa juga merupakan hasil daripada keputusan pelaburan dan
penggunaan antara-tempoh (inter-temporal) oleh sektor awam dan swasta dalam sesebuah
ekonomi. Bagi Malaysia, lebihan akaun semasa yang mampan sejak krisis kewangan Asia
mencerminkan kemorosotan yang mendadak dalam pelaburan dalam keadaan paras simpanan
yang tinggi serta mampan. Sebaliknya, pembentukan modal tetap kasar semakin bertambah
pada awal tahun 2010. Peningkatan dalam aktiviti pelaburan ini menyebabkan jurang
simpanan-pelaburan menjadi lebih kecil. Seperti yang dipaparkan dalam Rajah 18, lebihan
simpanan-pelaburan Malaysia telah didorong terutamanya oleh sektor swasta yang sentiasa
mencatat lebihan simpanan berbanding dengan pelaburan sejak sedekad yang lalu. Sebelum
berlakunya Krisis Kewangan Global tersebut, lebihan sektor swasta berpunca daripada kadar
simpanan yang tinggi dan pertumbuhan pelaburan yang rendah (rujuk Rajah 18).
22

Rajah 18: Jumlah jurang perbezaan
tabungan dan pelaburan sektor swasta
antara tahun 2000-2012
Rajah 19: Jumlah perbezaan imbangan
akaun semasa dalam tempoh masa
lebih sedekad (antara tahun 1990-2012)



Namun demikian, apabila pelaburan semakin kukuh dan simpanan merosot, lebihan
simpanan-pelaburan sektor swasta menjadi lebih kecil pada tahun 2012. Pelaburan swasta
muncul sebagai penyumbang utama pertumbuhan sejak beberapa tahun kebelakangan ini
disebabkan keuntungan korporat yang kukuh, penggunaan kapasiti yang tinggi, akses
berterusan kepada pembiayaan dan iklim pelaburan yang menggalakkan. Pelaburan yang
besar khususnya telah dilaksanakan dalam sektor minyak dan gas, infrastruktur, perkilangan
dan perkhidmatan. Pelaburan swasta juga dirangsang oleh pelaksanaan Program Transformasi
Ekonomi yang menjadi pemangkin kepada pelaburan dalam bidang pertumbuhan baharu,
industri bernilai tambah lebih tinggi dan infrastruktur.
Apa yang penting, pertambahan pelaburan swasta dijangka meningkatkan kapasiti
produktif Malaysia, menambah kecekapan dan mendorong pertumbuhan eksport bernilai
tambah tinggi pada masa hadapan. Dalam tempoh terdekat ini, pengembangan aktiviti
pelaburan dijangka menyebabkan lebihan akaun semasa terus menjadi kecil. Paras simpanan
sektor korporat dan isi rumah yang tinggi berpunca daripada dua faktor utama. Pertama,
keuntungan korporat telah bertambah berikutan permintaan luar negeri yang berterusan
terhadap produk berasaskan sumber terutamanya sebelum berlakunya GFC. Kedua, caruman
wajib ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta pertumbuhan gaji yang
mampan telah menyokong simpanan isi rumah. Kadar simpanan dijangka terus tinggi pada
masa hadapan berikutan pertumbuhan pendapatan yang teguh. Perbelanjaan modal yang
berterusan oleh perusahaan awam turut menyumbang kepada peningkatan pelaburan awam.
Jurang simpanan-pelaburan sektor awam meningkat pada tahun 2011 dan 2012.


23

Melangkah ke hadapan, berikutan usaha konsolidasi fiskal kerajaan melalui rasionalisasi
perbelanjaan melalui rasionalisasi perbelanjaann dan peningkatan pungutan hasil, simpanan
Kerajaan Persekutuan dijangka terus berdiri teguh. Walau bagaimanapun, lebihan mengurus
perusahaan awam akan bergantung terutamanya pada kekukuhan pemulihan ekonomi global
dan daya tahan permintaan dalam negeri.

Kesimpulan
Secara tuntasnya, lebihan akaun semasa yang menjadi semakin kecil di Malaysia dan
beberapa negara Asia lain baru-baru ini adalah sejajar dengan pengimbangan semula
persekitaran global yang berterusan dan disokong oleh peralihan dalam sumber pertumbuhan
ekonomi serantau. Bagi Malaysia, permintaan dalam negeri yang berdaya tahan telah
menyokong pertumbuhan import yang teguh. Maka dengan itu dapat mengatasi eksport yang
terjejas oleh permintaan luar negeri yang lemah dan harga komoditi yang lebih rendah.
Pertumbuhan aktiviti pelaburan yang lebih kukuh dan simpanan yang lebih rendah juga
menyebabkan lebihan akaun semasa menjadi lebih kecil.
Melangkah ke hadapan, dalam keadaan pemulihan pertumbuhan global yang sederhana
dan pengembangan berterusan dalam permintaan dalam negeri, lebihan akaun semasa
Malaysia dijangka menjadi lebih kecil dalam tempoh terdekat. Sebagai ekonomi yang sangat
terbuka, perubahan dalam akaun semasa Malaysia terutamanya eksport banyak bergantung
pada faktor luaran (exogenous) terhadap ekonomi.
Di dalam negeri pula, konsolidasi fiskal yang berterusan oleh kerajaan dijangka
menambah simpanan awam, manakala simpanan swasta akan menjadi faktor penentu bagi
kekukuhan pengunaan swasta. Dalam jangka masa lebih panjang, perubahan struktur yang
berterusan dalam ekonomi menjadi faktor utama yang akan menentukan landasan imbangan
akaun semasa Malaysia pada masa hadapan. Pelaburan berterusan dalam bidang
pertumbuhan baharu dan industri bernilai tambah tinggi dijangka terus mempelbagaikan eksport
Malaysia dan memantapkan bidang yang mempunyai kelebihan berbanding, seterusnya
menyokong pertumbuhan eksport dan kemampanan imbangan akaun semasa.






24

5.0 MATAWANG NEGARA (ASPEK MATA WANG)
Pengenalan
Menurut Faiz (2011), wang mempunyai sifat penerimaan umum yang menghubungkan
manusia sebagai alat perantaraan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Oleh itu,
orang ramai mendapatkan wang sebagai alat perantaraan untuk tujuan urusniaga bagi
mendapatkan sesuatu barang bagi memenuhi keperluan manusia yang tidak hanya terbatas
pada keperluan hidup semata-mata (Shouyong 1997; Faiz, 2011 ). Wang diperlukan untuk
menentukan harga atau mengukur nilai pertukaran yang sepatutnya sesuatu untuk ditukarkan
dengan barangan dan perkhidmatan. Fungsi wang yang ketiga ialah wang sebagai penyimpan
nilai. Fungsi ini menggambarkan bahawa pertukaran untuk mendapatkan barangan dan
perkhidmatan boleh dilakukan untuk masa akan datang Sejak tahun 1967, Bank Negara
Malaysia (BNM) mengeluarkan mata wang ringgit Malaysia bagi menggantikan ringgit Malaya
dan Borneo British pada tara. Malaysia kini menggunakan nilai matawang Ringgit Malaysia
(MYR) dalam urusniaga pasaran domestik dan antarabangsa.
Pada tahun 2011, Bank Negara Malaysia telah melancarkan siri ketiga bagi wang
syilling yang bertemakan Keunikkan Malaysia yang mendapat ilham motif flora dan fauna yang
terdapat di Malaysia. Sementara itu, duit syiling yang mempunyai reka bentuk baharu ini
merupakan siri yang ketiga bagi denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Tema reka
bentuk mata wang siri baharu ini mengandungi ciri yang khusus bagi Malaysia dan juga
mempunyai ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang
kertas mutakhir ini.
Pada tahun yang sama juga, Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak
5.1 peratus. Kenaikkan nilai ringgit memberi manfaat apabila berhasil menstabilkan harga dan
mengehadkan inflasi. Hal ini disebabkan oleh muncul susulan peningkatan harga komoditi dan
makanan global. Selain itu, pengukuhan ringgit sebanyak 2.8 peratus pada Disember 2010
menjadi penghalang kenaikan harga barang dan permintaan khususnya yang diimport.
Kenaikan itu dipacu oleh langkah pengstrukturan semula subsidi ke atas petrol dan gula
berikutan kenaikan harga pengangkutan dan makanan pada Disember 2010 ( Akhbar Berita
Harian Online ,24 Januari 2011, Kenaikan nilai ringgit stabilkan harga, hadkan tekanan inflasi)
Ringgit mencapai paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun pada RM2.9615 berbanding
dolar AS pada 2011 disebab aliran dana secara besar-besaran ke rantau ini. Walau
bagaimanapun, ringgit menghadapi tekanan yang sederhana pada suku kedua ekoran
kebimbangan hutang berdaulat di Greece serta ketidaktentuan dalam prosepek ekonomi dunia.
25

Nilai Ringgit juga mengalami sedikit peningkatan dalam tempoh 1 Julai hingga akhir
Ogos 2011 iaitu 1.3% berbanding ke atas pertumbuhan ekonomi yang masih lemah dan
ketidaktentuan yang menyelubungi keadaan hutang di AS telah menjejaskan nilai dolar. Ringgit
meningkat 3.5% berbanding dengan dolar AS tetapi susut 5.5% berbanding euro, 2.5%
berbanding yen dan 2% berbanding paun.
Trend peningkatan dan pengukuhan nilai mata wang ringgit memberi kesan yang baik
kepada negara kerana hampir 60% dagangan Malaysia melibatkan negara-negara luar
khususnya negara Asia. Prestasi mata wang ringgit menunjukkan prestasi terbaik di Asia
berbanding mata wang asing seperti dolar AS, Euro dan mata wang serantau yang lain.
Hasilnya, berlaku peningkatan pelaburan lansung (FDI) ke Malaysia. Para pelabur yakin
bahawa nilai ringgit menjadi semakin kukuh impak tindakan kerajaan merancang dan
melaksanakan program yang menyokong pemulihan serta kerancakan ekonomi negara melalui
Program Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi ( ETP), Rancangan
Malaysia ke Sepuluh (RMK-10) dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB). (Nadzir Awang
Ahmad Online, 24 Februari 2011, Akhbar Berita Harian Nilai Ringgit Semakin Kukuh)












Rajah 20:
Pengukuhan nilai ringgit memberi kesan positif kepada rakyat dimana ia menyebabkan
berlakunya peningkatan kuasa beli pengguna, selain memberi keuntungan apabila melakukan
transaksi yang melibatkan kadar tukaran mata wang asing. Hal ini menyebabkan struktur
ekonomi negara berkembang sejajar dengan lonjakan nilai pendapatan rakyat. Namun begitu,
nilai ringgit merosot pada akhir tahun 2011 apabila ekonomi Amerika Syarikat menunjukkan
pengukuhan hasil bantuan sektor eksport yang berkembang didorong oleh kelemahan dolar.
26

Tambahan pula, pergerakan mata wang kekal tidak menentu akibat penghindaran risiko
yang meningkat dalam pasaran kewangan antarabangsa dalam keadaan wujudnya
kebimbangan skal dalam ekonomi maju dalam pasaran pertukaran asing. Pada tahun 2012,
nilai mata wang ringgit Malaysia telah menjadi satu daripada tiga mata wang Asia yang berdaya
tahan dalam jangka panjang selain dolar Taiwan dan Singapura. Menurut Pengarah Urusan dan
Ketua Bahagian Penyelidikan dan Strategi Asia, Chia Woon Khien, faktor ini dipengaruhi oleh
dasar monetari Malaysia yang stabil dan kaitan rendahnya dengan euro yang menjadikan
ringgit lebih berdaya tahan daripada risiko peringkat global. ( Sharizan ,24 Februari 2012,
Akhbar Berita Harian Online, Nilai ringgit dijangka terus mengkukuh : RBS)) . Hal ini
turut disokong oleh perlindungan rizab asing yang kukuh dinegara ini. Dalam laporan ekonomi
2012/2013 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, dalam tempoh tujuh bulan
pertama, prestasi ringgit bercampur-campur berbanding mata wang utama dan serantau. Aliran
modal asing, kebimbangan terhadap krisis hutang kawasan euro yang berlarutan dan prosep
bagi pertumbuhan ekonomi serantau dan global mempengaruhi pergerakan ringgit. Jangkaan
langkah rangsangan oleh China untuk membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi dan
asas ekonomi domestik yang kukuh menyokong pergerakan ringgit. Nilai ringgit naik 0.4%
kepada RM3.1315 berbanding dolar AS dalam tempoh tersebut.












Carta 1:

Kementerian Kewangan Malaysia juga telah melonggarkan peraturan pentadbiran
pertukaran asing yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2013. Tindakan ini bertujuan untuk
meningkatkan daya saing dalam ekonomi dan membangunkan lagi pasaran domestik.
27

Langkah-langkah ini termasuklah memberi kebenaran kepada bank tempatan berlesen
berdagang mata wang asing dengan mata wang asing lain dengan pemastautin, membenarkan
bank tempatan berlesen untuk menawarkan derivatif kadar faedah dalam denominasi ringgit
kepada pemastautin bukan bank dan memberikan flesibiliti kepada pemastautin untuk menukar
oblogasi hutang ringgit atau mata wang sedia ada kepada obligasi hutang mata wang asing
lain.
Secara keseluruhannya, berlaku peningkatan dan penyusutan nilai ringgit dalam
tempoh 2011 dan 2012 dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pada tahun 2011 nilai ringgit
meningkat sehingga mencapai paras tertinggi iaitu RM2.9615 . Hal ini menguntungkan rakyat
dan negara. Kesannya harga barang menjadi stabil dan inflasi berjaya dihadkan. Negara dapat
menjana keuntungan melalui pasaran import dan eksport ke luar negara. Namun, pada tahun
2012 nilai ringgit sedikit merosot apabila ekonomi AS kembali pulih. Dalam pertengahan tahun
2012 prestasi ringgit bercampur-campur berbanding mata wang utama dan serantau. Kerajaan
dan BNM telah mengambil beberapa langkah seperti melonggarkan peraturan pentadbiran
tukaran asing. Langkah ini diharap dapat menggalakkan daya saing dan meningkatkan pasaran
domestik. Pengukuhan nilai ringgit berbanding dengan beberapa mata wang utama pada tahun
2012 juga menyumbang kepada penurunan hutang luar negeri dalam nilai ringgit.

















28

6.0 PASARAN SAHAM.
Pengenalan
Saham merupakan bukti hak milik ke atas sesuatu syarikat atau perusahaan dalam
bentuk perseorangan terbatas. Dalam pasaran saham, ketidaktentuan ini tampak melanjutkan
kemerosotan dalam tawaran awam awal Eropah dan AS di bursa saham dan aktiviti dagangan
yang lemah dalam sesetengah bursa barat yang lebih besar. Merujuk kepada Carta 2, nilai IPO
global pada 2012 lebih rendah daripada dalam mana-mana tahun sejak 2003 (dengan
pengecualian 2009). Malaysia merupakan pengecualian yang ketara bagi trend ini. Pusing ganti
bursa sebagai sebahagian daripada permodalan pasaran di peringkat global telah susut hampir
25% secara purata pada tahun ini. Suku tahunan keempat 2012 sekali lagi menyaksikan satu
perubahan dalam sentimen pelabur, apabila aktiviti 2H 2012 di AS dan pelaksanaan Program
Transaksi Monetari Nyata (OMT) di Eropah mendorong keyakinan pelabur pada penghujung
tahun. Indeks pasaran saham di seluruh dunia mengakhiri tahun ini dengan paras tertinggi tiga
tahun apabila optimisme dalam prospek bagi AS dan China bertambah baik bagi tahun berakhir
2012. Ini selari dengan resolusi Fiscal Cliff di AS berhubung dengan isu berkaitan cukai.


Carta 2: IPO (jumlah global), bilangan urus niaga dan modal yang dijana.
29


Carta 3: halaju perolehan dalam bursa saham terpilih

Você também pode gostar