Você está na página 1de 2

Apakah yang diperlukan dalam diet atlet remaja?

Atlet remaja memerlukan :


Tenaga yang mencukupi menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang
normal serta aktiviti fizikal.
Karbohidrat yang mencukupi menyimpan bekalan tenaga.
Protein yang mencukupi pertumbuhan, tetapi tidak berlebihan kerana ia boleh
meningkatkan risiko dehidrasi.
Air yang mencukupi mengelakkan dehidrasi dan meningkatkan stamina.
Lemak yang mencukupi tetapi tidak berlebihan.
Pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan vitamin dan mineral
yang diperlukan untuk pertumbuhan dan prestasi (contoh: zat besi dan vitamin-
vitamin B).
Pelbagai sumber kalsium dan vitamin D memastikan tulang sihat.
Makanan yang kaya dengan zat besi untuk mencegah anemia yang boleh
mengurangkan stamina dan tahap pencapaian.


Apakah corak pengambilan makanan yang sesuai sebelum
sesuatu acara sukan?
Tujuan utama pengambilan makanan sebelum sesuatu acara sukan adalah untuk
mengelakkan rasa lapar sebelum atau semasa latihan atau pertandingan, serta
mengekalkan paras optimum glukosa dalam darah.
Sasaran utama pemakanan adalah untuk menyediakan makanan yang tinggi
karbohidrat kompleks, protein yang sederhana dan sedikit lemak dan bergantung
dengan tempoh masa sebelum sesuatu acara bermula.
Berikut adalah contoh corak pengambilan makanan yang boleh diikuti :

Hidangan /Snek Selang masa Contoh
Snek - 1 jam sebelum 1-2keping roti + air kosong
Hidangan ringan 2 - 4 jam sebelum
1 set sandwic tuna + 1 potong betik, +air kosong
Hidangan berat 4 - 5 jam sebelum
1 - 2 cawan nasi + 1 ketul ayam / ikan bakar
+ cawan sayur yang dimasak / 1 cawan sayur mentah
+ Jus Oren

Você também pode gostar