Você está na página 1de 13

SEMESTER 2

KUMPULAN :


KUMPULAN : EL A 07


DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO. ID NO. TELEFON
WAN MOHD ZULKIFLY BIN
YAACOB
D20102041380 019-2382480


NAMA PENSYARAH : DR. ADENAN BIN AYOB
TARIKH SERAH : 17 NOVEMBER 2011




KRB3033
Pengantar Bahasa Melayu
Soalan 1
Arahan
Petikan yang berikut merupakan sebahagian daripada temu bual yang telah dijalankan di
sebuah sekolah antara guru kelas dengan seorang pelajar baharu. Perbualan ini berlaku dalam
suasana yang tidak formal dan bahasa yang gunakan juga tidak baku.
Tukarkan bahasa yang digunakan dalam perbualan ini dalam Bahasa Melayu baku.

JAWAPAN
Guru :

Norji :


Guru :

Norji :


Guru :

Norji :


Guru :


Norji :


Guru :

Norji :


Guru :

Norji :

Siapakah nama kamu? Bagaimanakah suasana belajar di sini?

Nama saya Norji. Saya berasal dari Kampung Pinang. Saya bersekolah di kampung
ini. Saya berasa amat seronok apabila belajar di sini.

Mengapakah kamu berasa seronok?

Hal ini kerana saya dapat menimba ilmu pengetahuan daripada guru-guru yang
berpengalaman terutamanya guru-guru lepasan luar negara.

Apakah perasaan awak apabila cikgu menggunakan smartbaord?

Saya baru tahu itu adalah smartboard. Rasa seperti ada semangat hendak
belajar.

Oo Sebelum ini, awak tiada semangat hendak belajar sekiranya tiada
smartboard?

Bukan begitu. Alat ini menambahkan semangat saya untuk belajar. Tetapi cikgu,
setiap kelebihan pasti juga ada kekurangannya.

Kekurangan?

Ya, dengan menggunakan smartboard ini, masa menjadi amat terhad dan saya
tidak sempat hendak menyalin nota.

Ohawak memerlukan lebih masa.

Ya. Masalahnya banyak masa terbuang di situ disebabkan masalah teknikal.







Soalan 2 - Esei
Arahan
Tulis sebuah esei berdasarkan soalan di bawah.
Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan dasar bahasa , iaitu Memartabatkan bahasa
Melayu dan Memperkasakan bahasa Inggeris. Sebagai guru di sekolah, anda terlibat secara
langsung dengan dasar tersebut dalam memperkukuh penggunaan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris.
Bincangkan lima (5) peranan yang anda boleh lakukan dalam menjayakan dasar berkenaan.

JAWAPAN

1.0 Pengenalan

Kerajaan kini telah memperkenalkan dasar baru iaitu MBMMBI (Memartabatkan Bahasa
Melayu - Memperkasakan Bahasa Inggeris) seperti mana yang diumumkan oleh Menteri
Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Dasar ini menggantikan dasar PPSMI (Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) yang mendapat tentangan ramai
ilmuan termasuk sasterawan negara.

Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat
yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang
termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan
bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat
nasional dan antarabangsa.

Dasar baru ini akan dilaksanakan secara beransur-ansur dan akan dilaksanakan
sepenuhnya menjelang 2015 setelah kesemua kohort PPSMI sebelum ini tamat. Dalam dasar
baru ini, pengajaran Sains dan Matematik akan dijalankan dalam bahasa Melayu manakala
untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, jam pengajaran untuk matapelajaran
tersebut telah ditambah kepada 300 minit seminggu.

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa
dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1,
Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan
mekanisme soft landing untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bagi
membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan.

Pemansuhan PPSMI tidak bermakna Kerajaan mengabaikan kepentingan Bahasa
Inggeris. Sebaliknya, penguasaan bahasa Inggeris pelajar akan dipertingkatkan dengan
beberapa langkah menambahbaik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Langkah-
langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah untuk memantapkan penguasaan bahasa
Inggeris di kalangan pelajar. Kenyataan ini telah disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri
ketika membuat pengumuman mengenai strategi Memartabat Bahasa Malaysia dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) baru-baru ini.

Ini termasuklah menambah bilangan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,
menambah waktu belajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di semua peringkat
persekolahan, memperkenalkan program sastera kontemporari kanak-kanak untuk
mengukuhkan asas penguasaan Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat umur yang
awal, memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran
kedua-dua bahasa tersebut, menekankan komponen tatabahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahsa melayu dan Bahasa Inggeris seta mendedahkan pelajar dengan istilah-
istilah Sains dan teknologi dalam kedua-dua bahasa berkenaan.

Dengan melakukan penambahbaikan secara menyeluruh dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, disertai dengan komitmen para guru untuk
menggunakan kaedah terbaik dalam usaha memantapkan penguasaan kedua-dua bahasa
tersebut di kalangan pelajar, Kerajaan menaruh keyakinan bahawa penguasaan Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita akan meningkat. Untuk mencapai
matlamat ini, warga pendidik perlu melakukan lonjakan berganda untuk menterjemahkan dasar
dan strategi pengukuhan dasar MBMMBI ini dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan.

Pemantapan penguasaan Bahasa Inggeris perlu bergerak seiring dengan pengukuhan
penguasaan Bahasa Malaysia. Untuk tujuan ini, Kementerian Pelajaran akan memberi fokus
kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia di kalangan pelajar melalui pendekatan
didik hibur dan apresiasi bahasa. Penekanan juga akan diberikan kepada penghayatan dan
apresiasi kesusasteraan Melayu bagi pelajar di peringkat sekolah menengah.

Melihat ke hadapan, dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan
Bahasa Inggeris yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu
dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar
pendidikan di negara kita.

Oleh yang demikian dasar yang diperkenalkan amat ditunggu-tunggu oleh sebahagian
besar rakyat Malaysia seperti pepatah Orang yang mengantuk disorongkan bantal yang
sebenarnya lebih selesa menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Mengikut Y.Bhg. Tan Sri Dato Alimuddin Hj. Mohd Dom,Bekas Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia berkata:

Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris yang akan
dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan
sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita.

Oleh yang demikian,guru merupakan perlaksana di dalam dasar ini.Sebagai seorang
guru akan secara langsung akan memainkan peranan yang amat penting bagi menjayakan
dasar MBMMBI ini.Guru haru bertindak pro aktif berdasarkan garis panduan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.





2.0 Peranan yang perlu dimainkan oleh seorang guru dalam perlaksanaan MBMMBI.

2.1 Guru Bahasa Malaysia yang berkualiti
Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk
memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan
profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi
dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.

Untuk merealisasikan dasar tersebut berjaya guru harus menjadi pakar dalam Bahasa
Melayu .Guru harus menggunakan Bahasa Melayu dengan betul samaada secara rasmi
ataupun tidak rasmi.Guru harus sentiasa mempertingkatkan kemahiran didalam berkomunikasi
dan kaedah pengajaran dan pembelajaran agar penyampaian yang berkesan mudah disalurkan
kepada para pelajar.Ini adalah untuk mengelakkan guru daripada mengajar perkara yang salah
dan tidak mampu memperbetulakan kesalahan pelajar mereka seperti pepatah Melayu,Jangan
menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan.Ia adalah kerana bahasa sangat
memainkan peranan penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan negara.
- Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia Penguasaan asas kemahiran berbahasa
diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi
modul Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P )
- Asas Berbahasa (Basics To Basics) Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara
berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis
diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa.
P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu
dalam konteks.
- Didik Hibur Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih
menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti
penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
- Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum Penggunaan sistem bahasa
yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan
dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu
Bahasa Melayu itu sendiri.


Bahasa mencakupi keseluruhan hidup manusia sebagai alat pemikiran, alat budaya,
sebagai sumber kemajuan dan tamadun serta sumber kestabilan masyarakat dan negara. Ia
juga sebagai pembentuk keperibadian dan nilai manusia. Memperkasakan Bahasa Melayu
adalah satu perjuangan untuk bangsa Melayu dalam memartabatkan bahasa ini terus hidup di
dunia. Dunia sekarang persaingan bahasa telah membawa masyarakat kepada kehilangan
identiti asal bahasa mereka. Maka langkah memperkasakan Bahasa Melayu adalah satu
pendekatan yang amat baik supaya Bahasa Melayu menjadi bahasa yang gah. Oleh yang
demikian, semua pihak baik pihak kerajaan, ahli politik, masyarakat dan ahli akademik mesti
berganding bahu agar kedaulatan bahasa Melayu kekal seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan Perkara 152.

2.2 Guru Memaksimumkan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman
web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan
diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat
bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang,
mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia dan Inggeris.

Program Bacaan Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa
Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM
diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera
dapat ditingkatkan.Selain daripada itu ia dapat menggalakkkan murid minat dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu setrusnya ia akan dapat mengukuhkan bacaan,sebutan,intonasi
dalam bacaan.Selain itu ia akan dapat membantu murid dalam komunikasi seharian dengan
menggunakan Bahasa Melayu yang betul.

Selain darpda itu secara taidak langsung,guru dapat mengajar dan membimbing pelajar
supaya dapat menggunakan Bahasa melayu dengan betul terutamanya didalam era globalisi
teknologi maklumat didalam kehidupan seharian.Sebagai contoh guru membimbing pelajar
menggunakan Bhasa Melayu dengan betul dalam penghantaran pesanan ringkas (SMS) serta
e-mail.

Supyan Hussin dan Rosnah Mustaffa (2007) mengutarakan SMS lahir dari era digital,
iaitu selepas era pascaperindustrian, yang membenarkan keupayaan komunikasi di serata
ceruk dunia, dan menawarkan liputan segera peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku (hlm.
48).Istilah Dunia Tanpa Sempadan membawa kepada penggunaan SMS meningkat dari masa
ke semasa kerana dapat berhubung antara satu sama lain dengan cepat dan menjimatkan.
Namun begitu, adakah pengguna sedar bahawa kesan penggunaan aplikasi ini akan
menyebabkan berlakunya kerosakan terhadap bangsa Melayu. Bahasa SMS yang berbentuk
simbol, emotikon, dan perkataan singkatan digunakan secara berleluasa dan mendapat
permintaan yang tinggi walaupun bahasa itu bukanlah bahasa yang selalu digunakan dalam
urusan seharian. Punca yang menyebabkan bahasa SMS ini wujud ialah ruang yang disediakan
untuk paparan telefon bimbit adalah terhad. Ruang yang terhad untuk mencipta perkataan yang
lengkap menyebabkan proses pengubahsuaian ayat berlaku dan digantikan dengan perkataan
singkatan, lambang dan juga angka untuk memastikan maksud yang sebenar difahami oleh
penerima pesanan. Keadaan ini menyebabkan bahasa Melayu yang betul tidak lagi mendapat
permintaan yang tinggi untuk digunakan ketika menggunakan aplikasi ini. Penggunaan bahasa
SMS secara berleluasa telah melanggari prinsip tatabahasa Melayu dan juga sistem ejaan.

Penggunaan perkataan yang diringkaskan dan dipendekkan dalam aplikasi SMS
memberi pengaruh yang hebat kepada Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang tidak
tepat dan campur aduk istilah akan merosakkan keindahan bahasa Melayu disamping
menggangu struktur frasa bahasa Melayu. Hal ini terjadi kerana sistem ejaan yang digunakan
dalam sistem pesanan ringkas adalah tidak sama dengan ejaan sebenar dalam bahasa Melayu.
Keadaan ini sekiranya tidak dibendung lama kelamaan akan menular dalam penulisan formal.
Ini kerana, kebanyakan masyarakat yang terdedah kepada bahasa SMS akan lebih gemar
menggunakan perkataan ringkas, ayat mudah dan kosa kata yang terhad untk menulis dalam
urusan rasmi.

2.3 Guru Sebagai Penjana Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Komunikasi .
Peranan yang perlu dimainkan oleh pendidik bagi merealisasikan dasar MBMMBI ini
untuk terus berjaya dilaksanakan adalah dengan usaha menterjemah karya-karya agung dari
Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui
pembacaan dalam Bahasa Melayu dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya
membaca dalam kalangan masyarakat. Selain itu, penerbitan buku dalam pelbagai bidang ilmu
dalam bahasa Melayu juga dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Usaha ini akan dapat
membantu mempercepatkan proses percambahan ilmu dalam sesuatu bidang dengan
menggunakan bahasa Melayu. Dalam masa yang sama, penterjemahan karya asing dalam
bahasa Melayu oleh para cendiakawan juga adalah sangat diharapkan kearah untuk
memastikan bahasa Melayu terus mempunyai nilai tinggi.

Ia juga dapat memperkembangkan ilmu dengan usaha ini.Buku-buku yang diterjemah
perlulah digunakan sebaik mungkin dan sepenuhnya contohnya di Institut Pengajian Tinggi
(IPT) sebagai bahan rujukan kepada para pelajar. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah
tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti
negara bangsa.

Penterjemahan yang berkesan banyak memberi kesan kepada penggunaan bahasa
Melayu itu sendiri di kalangan.Ia dapat membantu menggurangkan penggunaan Bbahasa rojak
dalam pertuturan dan penulisan Bahasa melayu.Penggunaan bahasa rojak bukan sahaja
berleluasa di kalangan penutur rakyat Malaysia, malah turut terpengaruh kepada bidang
penulisan. Keadaan ini dapat dilihat apabila golongan tertentu dengan sewenang-wenangnya
menggantikan perkataan Melayu dengan Inggeris. Sebagai contoh, dalam mempergiatkan
usaha untuk memperkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu, apa sahaja perkataan
yang berakhir dengan tion akan digantikan dengan si. Keadaan ini dapat dilihat apabila
transaction menjadi transaksi dan kenapa tidak menggunakan istilah urusniaga yang
membawa makna yang lebih tepat. Kecenderungan untuk memperkayakan istilah bahasa
Melayu ini dengan menggunakan perkataan Inggeris akan turut menyebabkan bahasa Melayu
mengalami kepupusan penggunaannya.
.

2.4 Guru sebagai Pemangkin kearah memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Kebangsaan.
Bahasa Jiwa Bangsa dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam proses
memupuk perpaduan antara kaum. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Pada tahun 1970, bahasa Melayu secara
berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengatar di
sekolah-sekolah. Sebuah badan berkanun, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah
bertanggungjawab untuk memaju dan memperkayakan bahasa Melayu kita (Kamarudin Husin &
Siti Hajar Abdul Aziz, 1999).
Kepentingan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini
berpaksikan pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, selain daripada Akta Bahasa
Kebangsaan dan Akta Pendidikan yang sedia ada. Menurut Hj. Mohd. Khusairi Hj. Abdullah,
(1983) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak 1971) mula berkuatkuasa pada April 1963.
Akta ini mengandungi tiga seksyen, iaitu meliputi aspek-aspek tulisan, bentuk angka dan
bahasa dalam borang rasmi kerajaan. Akta ini jelas memperuntukan Bahasa Kebangsaan
hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi.

Akta Pendidikan menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama di sekolah-sekolah. Sebelum wujudnya Akta Pendidikan, dalam Laporan Penyata Razak
dan Laporan Rahman Talib telah menegaskan bahawa bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, sama ada di peringkat rendah
mahupun menengah, termasuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan, ataupun di peringkat
universiti. Cara ini dapat memperkukuhkan kedudukan dan taraf bahasa Melayu sehingga
mampu menjadi wadah serta dapat menyaingi bahasa-bahasa maju yang lain.Untuk
mempertahankan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara,
kesepaduan rakyat mestilah sentiasa digembleng. Penggunaan satu bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan akan berjaya mencerminkan jalinan hubungan rakyat Malaysia yang sejati.

2.5 Membudayakan Bahasa Melayu
Pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan perlu dimantapkan semula
iaitu bermula daripada prasekolah hinggalah ke pengajian tinggi. Penegasan perlu diberi
kepada usaha pembudayaan bahasa sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Melayu dalam
dua aspek iaitu:

i) Pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan
dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956
yang diperkukuh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan
dalam Akta Pelajaran 1961 serta Akta Pendidikan 1996 dan

ii) Pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi melalui kegiatan
kokurikulum sehingga ragam bahasa tidak rasmi seperti bahasa sembang intenet dan bahasa
khidmat pesanan ringkas (sms) tidak sampai menggugat bahasa yang mewakili budaya teras.

Oleh itu, adalah wajar untuk pihak-pihak tertentu melihat semula kandungan yang ada
dalam sistem pendidikan kita dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu. Semua pihak
perlu sedar, jika bukan kita siapa lagi untuk diharapkan bagi mengalas tanggungjawab ini.
Sekadar membicarakan dasar dan menggubal akta sahaja masih belum mencukupi, gerakkan
dan kuatkuasakan pelaksanaannya.

Memartabatkan bahasa Melayu bukan setakat dalam sistem pendidikan. Menurut Dr.
Mashudi Bahari, penggunaan Bahasa Kebangsaan itu perlu diperluaskan di luar lingkungan
pendidikan mencakupi semua urusan sama ada rasmi dan tidak rasmi tanpa kompromi. Dasar
Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) merupakan
bukti kesungguhan kerajaan menjulang bahasa itu ke tahap yang tertinggi. Masih terdapat
urusan yang menggunakan bahasa Inggeris seperti dalam bidang pengiklanan, perundangan
khususnya yang melibatkan perjanjian sewa beli dan juga dalam komunikasi awam. Senario ini
membayangkan seolah-olah tiada kesinambungan antara ilmu yang dipelajari di sekolah
dengan penggunaannya dalam kehidupan seharian.

Terdapat juga agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mengagungkan
bahasa asing itu terutamanya dalam pembentangan kertas kerja, mesyuarat atau penyediaan
cadangan perniagaan. Urusan surat menyurat dan dokumentasi juga kebanyakannya dalam
bahasa Inggeris. Selalunya, tida terma yang tepat dalam bahasa Melayu dijadikan alasan untuk
menghalalkan tindakan tersebut. Ia menjurus kepada bidang baru yang berkaitan sains dan
teknologi. Penggunaan bahasa penjajah itu lebih kepada pernyataan status atau untuk
menunjukkan tahap pendidikan penuturnya. Natijahnya, apabila golongan ini memegang
jawatan penting dalam sesebuah organisasi mereka cenderung mengutamakan bahasa
Inggeris. Bukan menidakkan kepentingan bahasa Inggeris tetapi komuniti masyarakat Malaysia
harus mengutamakan bahasa Melayu.








3.0
i
Penutup/Kesimpulan

Bersatu Kita Teguh,Bercerai Kita Roboh adalah merupakan istilah yang tepat bagi
mengambarkan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan Merperkasakan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) perlulah dipergiat dari sekarang. Semua pihak perlulah berganding bahu
untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayudan Bahasa Ingeris tanpa mengira kaum.
Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, kita takut suatu hari nanti Bahasa Melayu
akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara
kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dan tidak
ketinggalan untuk maju dalam Bahasa Ingeris kerana kedua-dua bahasa ini mempunyai
kekuatan ilmunya yang tersendiri.

Dalam usah mencapai dasar ini, apa yang penting ialah semua pihak harus mempunyai
rasa hormat dan cinta terhadapnya. Pepatah menyebut bahawa bahasa itu jiwa bangsa. Jadi
sudah tentu setiap anggota masyarakat perlu menjiwai dan menghayati sepenuhnya keutamaan
menggunakan Bahasa Kebangsaan dengan betul dan mempelajari Bhasa Inggeris yang
optimum.

Perancangan yang jitu dan bijak perlu diambil untuk mengembalikan status, martabat
dan kewibawaan bahasa itu sebagai bahasa ilmu baik dari segi pengajaran-pembelajaran,
wacana keilmuan mahupun penerbitan karya ilmiah. Dasar menggalakkan industri ilmu dalam
Bahasa Melayu dan Bahasa Ingeris perlu segera digubal untuk memastikan ilmu dapat
dikembangkan dengan meluas dalam bahasa itu. Dasar pendidikan yang memperkasa kedua-
dua bahasa tersebut terutamanya Bahasa Kebangsaan kita perlu dilaksanakan dengan
bersungguh-sungguh. Jika kita memiliki iltizam atau kesungguhan, kita sudah pasti akan dapat
mengangkat darjat, martabat dan wibawa Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa yang
mampu bersaing di peringkat dunia.








Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum). (2003a). Sukatan
Pelajaran Kurihtlum Bersepadu Sekolah Rendah: Bahasa Melryu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
l5
Abdul Aziz Bari (2006). Menangani Masalah, Bahasa Kebangsaan Melalui Pemahaman
Perlembagaan. Kuala Lumpur: DewanBahasa, hlm 6-9.
A. Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan Cabaran Global. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa, hlm 26-29.
Nik Safiah Karim (2006). Kuasa DBP Mengembalikan Upaya Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 10-13.
Ismail Hussein (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Asal-usul bahasa
Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 1-6.
Yahya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: PTS
Professional, Hlm 70-71.
Zaitul Azmz Zainon Hamzah (2006). Membudayakan Bahasa Kebangsaan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 14-19.
http://rosiah70.blogspot.com/2011/02/peranan-bahasa-melayu-1-asas-pembinaan.html



i
D041380
KRB 3033

Você também pode gostar