Você está na página 1de 6

1 Aplikasi seni dalam pendidikan

Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan
halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa
bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan
tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam
melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam
pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan
tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran
haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak
yang positif untuk seseorang individu.

Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang
diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi
mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik
manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan
oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga
merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai
kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta
sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih
lengkap dari pelbagai aspek.

Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan
tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan
juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni
pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik
pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna
merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan
menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak
menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam
komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam
menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni
visual.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan
sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati
sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan
mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam
kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai
contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan
sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita
sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama
digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata
yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama
sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan,
menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda
kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa
kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid
akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan
secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti
dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok
melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.

Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak
melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi.
Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh
dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi
lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya,
guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam
pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai
satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan
menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru
perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan
menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran
tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni
Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak
dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini,
secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi,
kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

2 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh
danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari
denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk
menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini,
ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi,
inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu
dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses
tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada
seorang pendidik seperti:

a) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang
berketrampilan dan professional.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan
memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif,
peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang
kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar
dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan
pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif
dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,
eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih
menyeronokkan murid-murid tersebut.

b) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan
pembelajaran.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni
visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda
dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses
pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

c) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.
Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu
dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept
(1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan
bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama
untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru
senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

d) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan
pembelajaran.
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat
tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan
linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini
menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana
manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui
perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik
dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri
dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni
menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni
perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan
dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam
proses membuat sentiasa ditegaskan

3 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-
1 Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan
kemahiran belajar.
2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.
3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.
5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps

4 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan
dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus
mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian
pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan.
Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini
berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.

Você também pode gostar