Você está na página 1de 8

PENINGKATAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS

MEMERHATI DENGAN MENGGUNAKAN AKTIVITI


HANDS-ON

Nurul Ain binti Obaidillah
IPG Kampus Sultan Abdul Halim

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatnya
penguasaan Kemahiran Proses Sains memerhati dengan
menggunakan aktiviti hands-on. Kumpulan sasaran dalam
kajian ini terdiri daripada 24 orang murid tahun 5 Delima
yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana atau
lemah dalam mata pelajaran Sains berdasarkan keputusan
ujian bulanan. Triangulasi data digunakan untuk
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan melalui
instrumen analisis dokumen, temu bual dan catatan nota
lapangan. Hasil analisis mendapati, 18 responden telah
berjaya menjawab 70% soalan yang diberi dengan betul
manakala 20 responden dapat melukis apa yang diperhatikan
semasa aktiviti hands-on dijalankan dengan tepat. Hasil
dan dapatan kajian menunjukkan aktiviti hands-on dapat
meningkatkan penguasaan murid dalam Kemahiran Proses
Sains memerhati.

Kata kunci: Meningkatkan; Kemahiran Memerhati; Aktiviti Hands-On; Tahun 5

Pengenalan

Proses pengajaran dan pembelajaran Sains melibatkan kemahiran saintifik
yang terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
Pemerhatian dikenalpasti sebagai kemahiran permulaan yang amat penting bagi
kanak-kanak. Pemerhatian bukan hanya melibatkan satu deria semata-mata tetapi
melibatkan kesemua deria yang ada seperti deria penglihatan, pendengaran, rasa,
sentuhan dan bau. Murid-murid gemar melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti jika
diberi peluang. Aktiviti hands-on merupakan salah satu kaedah yang boleh
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan
Kemahiran Proses Sains memerhati dalam kalangan murid-murid. Aktiviti hands-
on juga dapat meningkatkan penglibatan murid secara aktif untuk membina
pengetahuan dan lebih memahami apa yang dipelajari.

Fokus Kajian

Saya fokuskan kajian ini untuk mengkaji masalah murid-murid berkaitan
Kemahiran Proses Sains memerhati. Hampir keseluruhan kelas tidak menguasai
tentang kemahiran memerhati. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran terganggu dan sukar untuk meneruskan sesi pengajaran. Kajian ini
juga dapat membantu murid meningkatkan penguasaan konsep Sains dengan lebih
baik.

Objektif kajian

Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti masalah murid dalam:
1. Meningkatkan penguasaan Kemahiran Proses Sains memerhati murid-murid
dengan menggunkanaktiviti hands-on.
2. Meningkatkan pencapaian murid dalam mengaplikasikan Kemahiran Proses
Sains memerhati dalam menjawab soalan Sains menggunakan kaedah
hands-on yang dijalankan.

Soalan kajian

1. Adakah aktiviti hands-on mampu meningkatkan penguasaan Kemahiran
Proses Sains memerhati?
2. Adakah aktiviti hands-on dapat meningkatkan pencapaian murid dalam
mengaplikasikan Kemahiran Proses Sains memerhati dalam menjawab soalan
Sains?

Tinjauan literatur
Hasil rujukan dari pelbagai sumber mendapati bahawa aktiviti hands-on
membantu dalam meningkatkan Kemahiran Proses Sains memerhati. Aktiviti ini
dapat memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada murid-murid
untuk memerhati dengan betul menggunakan lima organ deria yang ada. Menurut
Tan (2009), pembelajaran melalui aktiviti hands-on membolehkan murid
mengingati apa yang dipelajari lebih lama berbanding pembelajaran objektivisme
iaitu guru yang menyalurkan semua maklumat. Pengetahuan bukan sesuatu yang
boleh diagihkan tetapi dibina melalui aktiviti hands-on atau pengalaman secara
langsung yang menjanakan idea, dipelajari semasa penglibatan murid-murid dan
bukan hanya melalui peperiksaan dan ujian (Roblyer, 2006). Menurut kenyataan
Case (2000) dan Halford (2004), kebanyakan Teori Pemprosesan Maklumat
mengatakan bahawa peningkatan kapasiti minda menyebabkan peningkatan dari segi
pemprosesan maklumat juga berlaku. KPS adalah sesuatu yang penting untuk
menjadikan seseorang murid benar-benar faham konsep Sains dan mampu menguasai
kemahiran ini dengan baik (Iman, 2005). Apabila KPS memerhati dimasukkan dalam
sesi pembelajaran di kelas, kebolehan dan penguasaan murid dalam kemahiran
tersebut semakin bertambah dan kekal dalam minda murid itu sendiri (Padilla, 1990).
De Duve (2002), menyatakan Sains adalah berdasarkan pemerhatian dan eksperimen
yang berdasarkan alasan atau sebab dan gabungannya dapat membezakan Sains
daripada cabang ilmu yang lain.

Metodologi
Kumpulan Sasaran

Murid-murid Tahun 5 Delima yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 12
orang perempuan daripada latar belakang keluarga yang hampir sama. Semua murid
di kelas berkenaan berprestasi sederhana atau lemah. Terdapat seorang murid yang
tidak tahu membaca tetapi dapat menjawab soalan yang ditanya secara lisan. Hampir
keseluruhan murid tidak memahami tentang kemahiran memerhati dan tidak dapat
memberikan respond apabila ditanya tentang kemahiran itu.


Kaedah Pengumpulan Data

Saya telah menggunakan beberapa instrumen seperti catatan nota lapangan
dan gambar bagi pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen melalui kertas
lukisan dan lembaran kerja.

Perancangan dan pelaksanaan tindakan

Saya merujuk kepada model Kurt Lewin untuk menjalankan kajian tindakan
secara sistematik. Tindakan yang saya gunakan bagi meningkatkan penguasaan
kemahiran memerhati dalam kalangan murid ialah menggunakan aktiviti hands-on.
Saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan aktiviti
hands-on berdasarkan Topik Keadaan Jirim Perubahan Air. Murid dibahagikan
kepada enam kumpulan dan diberi alat dan radas seperti bikar, jubin putih, rod kaca,
air oren, ketulan ais, silinder penyukat dan penyepit. Mereka perlu memerhatikan
perubahan ais dalam air oren di dalam bikar mengikut kumpulan masing-masing.
Saya turut menggunakan soalan bimbingan dan lukisan bagi membantu murid
menterjemahkan hasil pemerhatian yang telah dijalankan.

Tindakan susulan 1: Soalan bimbingan

Saya telah mengemukakan beberapa soalan yang dapat membantu murid
meneroka dan menggunakan lima deria rangsangan mereka. Soalan yang diberi dapat
membantu mereka untuk memerhati dengan lebih teliti berdasarkan aktiviti yang
dijalankan dan mereka mencatat jawapan bagi soalan yang dikemukakan pada kertas
yang disediakan oleh guru. Soalan bimbingan ini dapat membantu dan memberi
panduan kepada mereka untuk memerhati menggunakan deria rasa, bau, penglihatan,
pendengaran dan sentuh.

Tindakan susulan 2: Lukisan

Setelah mencatat hasil pemerhatian berdasarkan soalan bimbingan yang
diberi, murid-murid melukis apa yang telah diperhatikan. Saya menggunakan teknik
lukisan kerana dapat membantu dan memudahkan murid menterjemahkan apa yang
telah diperhatikan. Bukan itu sahaja, terdapat murid yang mempunyai masalah dalam
menulis tetapi masih dapat memindahkan hasil pemerhatian yang telah dilakukan
semasa aktiviti hands-on melalui teknik lukisan. Lukisan tersebut menunjukkan
apa yang telah diperhatikan semasa aktiviti berlangsung dan menterjemahkan
pemerhatian mereka.

Dapatan dan Refleksi

Analisis dokumen kertas lukisan dan lembaran kerja

Analisis dokumen yang digunakan dalam kajian ini ialah catatan hasil
pemerhatian berdasarkan soalan bimbingan dan hasil kertas lukisan yang telah
dilukis oleh murid-murid bagi tajuk Proses Pencairan. Daripada kumpulan sasaran
seramai 24 orang dalam kajian ini, 20 orang murid telah berjaya mencapai indikator
yang telah dibuat. Hanya empat orang murid sahaja yang tidak berjaya mencapai
indikator namun masih melukis sebahagian proses pencairan dengan tepat.

Saya juga telah meminta murid melengkapkan lembaran kerja yang
mempunyai 10 soalan melibatkan KPS memerhati. Seramai 24 orang telah
melengkapkan lembaran kerja tersebut. Berikut merupakan graf peratusan markah
murid bagi lembaran kerja.


Rajah 1. Graf peratusan markah murid bagi lembaran kerja.
Seramai 18 orang murid dapat menjawab melebihi 60% soalan yang ditanya dengan
betul. Selebihnya pula, empat orang lagi dapat menjawab 50% soalan yang ditanya
dengan betul manakala masing-masing satu murid yang dapat menjawab 40% dan
30% soalan dengan betul. Berdasarkan indikator untuk menganalisis lembaran kerja
ini, saya telah menetapkan markah melebihi indikator 50%, bermakna murid telah
menunjukkan peningkatan penguasaan dalam kemahiran memerhati dan dapat
mengaplikasikan kemahiran memerhati dalam menjawab soalan Sains. Jika murid
berjaya melengkapkan keseluruhan lembaran kerja dan berjaya menjawab 70%
soalan dengan betul, ini menunjukkan murid telah menguasai kemahiran memerhati
yang telah dipelajari berdasarkan aktiviti hands-on dan dapat meningkatkan
pencapaian murid dalam mengaplikasikan KPS memerhati semasa menjawab soalan
sains.

Analisis temu bual

Temu bual dijalankan ke atas tiga orang murid tahun 5 Delima. Hasil temu
bual mendapati, terdapat peningkatan penguasaan kemahiran memerhati berdasarkan
jawapan temu bual oleh mereka. Hal ini menunjukkan mereka memahami aktiviti
yang dijalankan berdasarkan pemerhatian sepanjang aktiviti dijalankan. Berikut
merupakan contoh jawapan temu bual daripada ketiga-tiga responden yang dipilih
daripada kumpulan sasaran saya.


0
2
4
6
8
10
12
10 20 30 40 50 60 70 80 90 100
markah (%)
bilangan murid
Jadual 1
Temu bual bersama responden bagi soalan 1
Responden Soalan temu bual Jawapan temu bual Kod
L1 Apa yang kamu dah buat tadi?

Oh..tadi saya duk buat
aktiviti ais.
L1.1
L2 Apa yang kamu dah buat tadi?

Saya lukis ja ais. L2.1
P1 Apa yang kamu dah buat tadi?

Saya buat aktiviti ais
yang cair.
P1.1
Responden L1 dan P1 tahu bahawa mereka memerhatikan ketulan ais dalam air oren
berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan dan L2 tahu bahawa dia perlu melukis apa
yang telah diperhatikan.

Jadual 2
Temu bual bersama responden bagi soalan 2
Responden Soalan temu bual Jawapan temu bual Kod
L1 Apa yang kamu nampak
semasa buat aktiviti
tadi? Lagi? Ada apa
yang kamu tengok?

Ais cair jadi ayaq. (sambil
menggaru kepala). Emm...ada
ayaqkt luar bekas. Pahtu..saya
rasa la ayaq tuh. Tawaq ja.
Ingatkan ada rasa oren.
L1.2
L2 Lagi? Apa yang kamu
dah nampak?

Habis ais lebuq..cair dhayaq
oren tuemm...pahtu, luaq
bekas pn, basah..ada ayaq kat
luaq sebab ais cair dah
L2.2
P1 Apa yang kamu nampak
semasa buat aktiviti
tadi?

Saya nampak ais yang ada
dalam ayaq oren dah cair..lepas
tu saya perlu lukis apa yang
saya nampak. Saya pun saja bau
ayaq kat luaq bekas. Tak ada
bau pa pn
P1.2
Semasa soalan kedua ditanya, mereka dapat menyatakan secara jelas apa yang
dilihat, dirasa dan disentuh semasa menjalankan aktiviti hands-on tersebut. Mereka
dapat menggunakan organ deria yang ada dalam membuat pemerhatian lebih-lebih
lagi dibantu oleh soalan bimbingan.

Jadual 3
Temu bual bersama responden bagi soalan 3
Responden Soalan temu bual Jawapan temu bual Kod
L1 Apa yang kamu lukis
tadi?

Saya lukis gambaq ayaq oren.
Dalam tu ada la ais..lepas tu ais
tu cair..
L1.3
L2 Ok. Apa yang kamu
lukis?
Tu ha..lukis ayaq oren cair.

L2.3
P1 Apa yang kamu dah
lukis?

Oo..banyak. Saya lukis bekas
yang ada ayaq oren..emm...lepas
tu lukis ais dalam ayaq oren dah
cair.
P1.3
Jawapan temu bual soalan ketiga, responden menunjukkan terdapat peningkatan
penguasaan dalam memerhati. Mereka dapat melukis apa yang diperhatikan dan
lukisan mereka menterjemahkan apa yang dilihat semasa menjalankan aktiviti
tersebut.

Jadual 4
Temu bual bersama responden bagi soalan 4
Responden Soalan temu bual Jawapan temu bual Kod
L1 Apa terjadi apabila ais
cair?

Bila ais cairemm...ada ayaq
kat luaq bekas. (Diam
sektika)ha..wap air..lupa
pulakHabis basah atas meja,
ayaq banyak sangat aihh..

L1.4
L2 Kamu rasa tak ayaqkt
luar bekas tu? Apa
terjadi apabila ais cair?

Rasa tawaq ja..(mencebik).
Ada ayaq la kat luaq bekas
tu..kan ais cair dah. Ayaq dari
ais la tuh..

L2.4
P1 Apa terjadi apabila ais
cair?

Ada ayaq pada luar bekas. Saya
tak tau rasa oren ke tak.hehe..
Tapi sejuk jugak air tu.

P1.4
Jawapan temu bual soalan keempat pula menunjukkan mereka dapat
mengaplikasikan apa yang diperhatikan untuk menjawab soalan sains yang ditanya
secara lisan. Mereka menyatakan apa yang terjadi sepanjang aktiviti dijalankan.
Mereka berpeluang untuk meningkatkan penguasaan kemahiran memerhati
menggunakan aktiviti hands-on dan menggunakan organ deria dengan sebaiknya
dalam kemahiran memerhati.

Analisis Pemerhatian (Catatan Nota Lapangan)

Saya juga menggunakan instrumen pemerhatian tidak berstruktur iaitu catatan
nota lapangan kerana boleh merekod tingkah laku dan interaksi responden dalam
kajian tindakan yang dijalankan. Sepanjang PdP berlangsung, kekerapan tema aktif
ialah sebanyak 4 kali. Hal ini menunjukkan murid-murid aktif dan bersedia untuk
menerima PdP pada hari tersebut. Tema berminat pula mempunyai kekerapan 5 kali
sepanjang PdP berlangsung. Murid kelihatan bersemangat untuk belajar dan
menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar. Terdapat 10 kali tema kuasai dijumpai
dalam catatan nota lapangan tersebut. Lapan kali tema kuasai dicatat pada fasa
penstrukturan semula idea. Tema seronok pula dicatat sebanyak dua kali. Berikut
merupakan graf kekerapan setiap tema dalam catatan nota lapangan.



Rajah 2. Graf kekerapan tema dalam catatan nota lapangan.
Setiap tema mempunyai indikator yang tersendiri untuk diukur sebelum mengelaskan
tingkah laku atau gerak geri ke dalam tema tersebut. Setiap tema yang dipilih dapat
menjawab soalan kajian yang telah dibina.


Cadangan Seterusnya

Saya bercadang untuk melekatkan prosedur bagi aktiviti hands-onyang
perlu dijalankan kepada setiap kumpulan bagi menjadikannya lebih lancar dan
sistematik. Saya memberi masa kepada mereka untuk bertanya jika terdapat sebarang
soalan berkenaan aktiviti tersebut. Seterusnya, saya juga bercadang untuk
menjalankan aktiviti yang berbeza tetapi masih dalam topik yang sama menggunakan
kaedah stesen supaya dapat memperkembangkan lagi kemahiran memmerhati murid-
murid.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, aktiviti hands-on dapat membantu
mempertingkatkan penguasaan kemahiran memerhati murid-murid tahun 5 Delima.
Semua murid melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan dan dapat memerhati
dengan baik dengan menggunakan aktiviti hands-on. Murid dapat menterjemahkan
pemerhatian melalui berdasarkan soalan bimbingan dan lukisan mereka.











0
2
4
6
8
10
12
Aktif (AK) Berminat (BM) Kuasai (KU) Seronok (SR)
GRAF KEKERAPAN TEMA DALAM CATATAN
NOTA LAPANGAN
Kekerapan

Senarai rujukan

Case, R. (2000). Conceptual Structures. In M. Bennett (Ed.) Development
Psychology. Philadelphia: PsychologyPress.

Halford, G.S. (2004). Information Processing Models Of Cognitive Development. In
U. Goswami (Ed.), Blackwell Handbook of Childhood Cognitive
Development. Malden, MA: Blackwell.

Iman bin haji Joni. (2005). Meningkatkan Kemahiran Membuat Inferens Dengan
Pendekatan Bimbingan. Sri Aman. Dimuat turun pada 30 Mac 2013 daripada:
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/SemAR2005/9%20
Iman%20Joni.pdf

De Duve, C. (2002). "Life Evolving: Molecules, Mind, AndMeaning". New York:
Oxford University Press.
Mary Tan MuiYee. (2009). Kesan Penggunaan Aktiviti hands-on Dalam Proses
Pembelajaran Sains Tahun Empat. Dimuat turun pada 23 Mac 2013 daripada:
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/SN/15.%20%
20MARY%20TAN%20MUI%20YEE.pdf

Padilla, M. (1990, March). "The Science Process Skills". Paper 9004 in the series,
"Science matters - to the science teacher", published by the National
Association for Research in ScienceTeaching. Dimuat turun daripada:
http://www.educ.sfu.ca/narstsite/research/skill.htm

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2006). Spesifikasi Kurikulum Sains Tahun 5.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Roblyer, M.D. (2006). Integrating Educational Technology Into Teaching (4
th
Ed.).
Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Você também pode gostar