Você está na página 1de 44

AJARAN SESAT DI MALAYSIA

2.1 AJARAN SYIAH


2.1.1 Definisi Syiah
Dari sudut bahasa, lafaz Syiah adalah berasal dari kata kerja ( ) yang
bermaksud menyokong. Kata kerja ini juga adalah bermaksud, 'menolong dan
bergabung'. Imam Al-Azhari menyebut bahawa Syiah ialah kumpulan penolong
seseorang dan pengikutnya. Lafaz Syiah digunakan untuk menunjukkan makna
kumpulan manusia yang saling mengikut atau menyokong antara satu sama lain. Imam
al-Muhaddith al-Zabidi di dalam Taj Al-Urus mengatakan:
Setiap kaum yang berkumpul untuk satu tujuan maka mereka adalah
Syiah. Justeru setiap orang yang menolong seseorang dan
menyebelahinya maka ia disebut Syiah.
Al-Quran al-Karim juga turut menggunakan lafaz Syiah untuk menunjukkan
maksud pengikut dan penolong. Buktinya Allah SWT berfirman dalam Surah Ar-Ruum
ayat 31-32:
4-):Og4N`gO^O)+OE>-4W
-O1g~4E_OUO-4W-O
+^O7>;g`4-)O;^-^@=
}g`-g~-.-W-O~O_4LCg1W
-O+^~444Og-WO7uOgOE
)jgE4pONO@O^@g


Maksudnya: Hendaklah kamu (Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa
rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah
kamu kepadanya; dan kerjakanlah sembahyang Dengan betul sempurna; dan
janganlah kamu menjadi dan mana-mana golongan orang musyrik. Iaitu orang-orang
Yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan
masing-masing serta mereka pula menjadi bergolongan-golongan; tiap-tiap golongan
bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong
itu).
Kesimpulanya, jelaslah kepada kita bahawa lafaz Syiah dari sudut bahasa
bermaksud kumpulan pengikut, golongan atau penyokong. Namun definisi ini tidak
terhenti dari sudut bahasa sahaja. Malah perluasan istilah turut seiring dengan
perkembangan masa dan pemikiran.
Dari sudut istilah pula, Imam Abdul Qaher bin Thahir al-Baghdadi mentakrifkan
Syiah sebagai kumpulan pembangkang Khalifah ( ) yang terawal dan
mengklasifikasikan mereka kepada empat bahagian utama iaitu: Zaidiah, Imamiah,
Kaisaniah dan Ghulat (pelampau). Manakala, Kiyai Hj Sirajuddin Abbas mentakrifkan
Syiah sebagai golongan yang mempercayai bahawa Sayyidina Ali adalah pengganti
Nabi SAW melalui wasiat. Van Hoekl pula mentakrifkan Syiah sebagai satu kumpulan
aliran Islam yang meyakini bahawa Sayyidina Ali dan keturunannya adalah Imam atau
pemimpin agama bagi umat Islam setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW. Takrifan
di atas secara umumnya menjelaskan kepada kita bahawa Syiah ialah kumpulan
manusia yang mengaku menjadi pengikut dan penyokong Sayyidina Ali. Namun, asas
ini kemudiannya disulami dengan unsur fanatik, penisbahan dan modifikasi yang dilihat
bersesuaian dengan zaman dan kepentingan tertentu. Maka, ini menjadikan mereka
sebagai kumpulan pelampau agama.

2.1.2 Sejarah kemunculan ajaran Syiah di Malaysia
Ajaran Syiah mula dikesan bertapak di Tanah Melayu semenjak tahun 1900M
lagi. Antara golongan yang dikenalpasti begitu dominan dalam sejarah peradaban
melayu dan kekal sehingga hari ini ialah tiga kumpulan utama iaitu Syiah Imam Dua
Belas atau Ja'afariyah, Al-Ismailiah, dan Al-Zaidiyyah. Sebahagian pengkaji
berpendapat bahawa sekiranya istilah Syiah disebut maka ia merujuk kepada Syiah Al-
Imamiah Dua Belas. Ini kerana golongan ini merupakan kelompok Syiah yang terbesar
di dunia. Hampir 99% penduduk di Republik Islam Iran berfahaman Syiah Imamiah.
Manakala Iraq, Syria dan Lubnan boleh dikatakan jumlah mereka sebanyak 60%
mewakili umat Islam disana. Dalam sesetengah keadaan, Syiah Imamiah juga turut
dikenali dengan nama Syiah Jafariyyah. Kalimah Syiah juga merujuk kepada Syiah Al-
Ismailiah. Kebanyakan kelompok ini berasal dari India dan Pakistan. Mereka memasuki
negara ini melalui aktiviti perdagangan tekstil. Mereka juga turut dikenali dengan al-
Daudiah Bohra, al-Batiniah atau Syiah Ismailiyyah Agha Khan. Di samping itu, kalimah
Syiah juga turut merangkumi golongan Al-Zaidiah. Golongan ini kebanyakkannya
berada di Yaman. Boleh dikatakan bahawa hampir 70% penduduk Yaman berfahaman
Syiah al-Zaidiyyah.
Realiti sebenar di Malaysia yang perlu kita sedari bahawa umat Islam di Malaysia
merupakan penganut ajaran Ahli Sunnah iaitu berpegang dengan metod Imam Abu
Hassan al-Asyari dalam akidah. Menggunakan pendekatan Mazhab al-Syafie dalam
penentuan hukum feqah dan meraikan mazhab muktabar yang lain. Manakala dalam
bidang kesufian kita berpegang kepada para Sufi yang benar. Pendek kata, sebelum
kedatangan unsur Wahhabi, Syiah, Islam Liberal dan percambahan ajaran sesat
kedudukan umat ini begitu teguh dan harmoni. Namun, kesejahteraan umat sedikit
berkocak dan menjadi keruh apabila munculnya pelbagai aliran yang bertentangan
dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Perlu disedari bahawa gelombang Syiah di Malaysia semakin berkembang lebih-
lebih lagi selepas kejayaan Revolusi Islam-Iran pimpinan Ayatollah Khomeini. Selain itu,
faktor penaklukan Amerika ke atas Iraq, krisis Hizbullah - Israel di Lubnan dan Palestin
turut menarik perhatian masyarakat terhadap Iran dan Syiah. Terkini dasar buka pintu
yang diamalkan Kerajaan Malaysia turut menjadi faktor utama penyebaran dan
pengukuhan ajaran Syiah di Malaysia. Dianggarkan hampir 250,000 umat Islam di
Malaysia menganut fahaman Syiah pelbagai aliran. Manakala terdapat lebih 250
syarikat perniagaan yang dikenalpasti mempunyai kaitan dengan fahaman ini.
Sebilangan dari Syarikat berkenaan pula didapati aktif menjalankan perniagaan dan
menjadi penyumbang dana kepada kegiatan penyebaran Syiah di negara kita.
Berasaskan kepada gambaran di atas, tidak hairan jika umat Islam di Malaysia
yang jahil tentang Syiah tidak menyedari hakikat sebenar ajaran ini. Justeru, menjadi
kewajipan bagi setiap individu Muslim mengambil berat tentang akidah yang benar dan
menolak sebarang bentuk penyelewengan yang berlaku. Semua ini boleh diakses
dengan mudah apabila seseorang itu bergaul dengan para alim ulama Ahli Sunnah
menerusi majlis ilmu samada di masjid, surau atau premis persendirian. Atau dengan
cara paling mudah ialah dengan merujuk kepada pihak berautoriti agama di negeri
masing seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Barangsiapa yang membangkangi ketentuan ini
ertinya dia boleh dianggap sebagai kumpulan pelampau kerana berpaling dari mentaati
perintah Allah dan Rasulnya, para ulama dan pemimpin yang beriman dalam sesebuah
negara.
2.1.3 Kumpulan ajaran Syiah di Malaysia
Di Malaysia terdapat tiga jenis kumpulan Syiah, iaitu:
a. Syiah Daudiyyah Bohra:
Kumpulan ini berasal dari India. Lebih cenderung kepada Syiah
Imamiah. Di Malaysia, mereka dikenali sebagai kumpulan
muslim yang memiliki 'Kedai Bombay yang menjual produk
tekstil'. Kebanyakkan mereka berpusat di Klang, Selangor dan
sekitar Jalan Masjid India dan Jalan TAR, Kuala Lumpur. Di
Klang mereka didapati mempunyai tanah perkuburan dan
masjid sendiri.

b. Syiah Ismailiah Agha Khan:
Kumpulan ini juga berasal dari India dan segelintir mereka dari
Pakistan. Mereka aktif dalam aktiviti perniagaan tekstil 'Kedai
Pheerbai' sekitar Lembah Klang. Jumlah pengikut merekalebih
kecil berbanding Kelompok Bohra.

c. Syiah Ja'afariyah atau Imamiah lthna Asyariyyah (Imam Dua
Belas):
Kumpulan ini mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan
Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh kumpulan ini semakin
menular melalui hubungan dua hala Malaysia-Iran. Ia juga
tersebar melalui bahan bacaan dan inisiatif individu tertentu
yang menghantar anak merekabelajar di Iran. Di samping itu,
kemasukan beribu pelajar dari Iran ke Malaysia turut
menjadifaktor penyebaran Syiah. Manakala beberapa orang
pensyarah universiti tempatan sudah dikesan turut berperanan
dalam menyebarkan fahaman ini secara serius kepada para
pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam mahupun swasta,
kolej universiti, sekolah agama dan tadika pra sekolah.
2.1.4 Kitab-kitab Syiah
Berdasarkan kajian dan observasi yang telah Ustaz Hj. Zamihan bin Hj Mat Zin
Al-Ghari (2013), beliau mendapati bahawa terdapat beberapa kitab utama Syiah yang
telah dijadikan rujukan dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Antaranya ialah:
a. Kasyful Asrar oleh Ayatullah Al-Khomeini.
b. Al-Hukumah Al-Islamiah oleh Ayatullah al-Khomeini.
c. As-Sab'ah Min As-Salaf oleh Ayatollah Al-Murtadza Az-Zubaidi.
d. Al-Usul Min Al-Kafi oleh Syeikh Muhammad Bin Yakob Al-
Kulaini.
e. Tahrir al-Wasilah oleh Ayatullah al-Khomeini.
f. Al-Muraja 'at oleh Al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin Al-
Musawi.
g. Peshawar Nights oleh Al-Sayyid Muhammad Rais Al-Wahidin.
h. Mafatihul Jinan oleh Syeikh Abbas Al-Qummi.
i. Raudhatul Muttaqin Bi Syarh Man La Yahdhuruhu al-Faqih oleh
Syeikh Muhammad Taqiy al-Majlisi.
j. Bihar al-Anwar oleh Syeikh Muhammad Baqir al-Majlisi. Ia
mengandungi 118 jilid.
k. Masyariq al-Syumus al-Dhurriyyah Fi Ahqiyyati Mazhabil
Akhbariyyah oleh Sayyid Adnan al-Musawiy al-Bahraniy.
l. Anwar al-Zahra oleh Sayyid Hassan al-Ubtuhiy terjemahan
dalam bahasa arab oleh Nasir al-Najafi
m. Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya @ Fiqh Lima Mazhab
Di Antara Nas Dan Ijtihad oleh Al-Hasan Bin Yusuf Al-Mutahhar
Al-Hulliyy diterjemah oleh Prof Madya Dr Lutpi Ibrahim.
n. Mengapa Aku Memilih Ahlul Bayt AS oleh Syeikh Muhammad
Mar'i Al-Amin
o. Al-Antaki diterjemah oleh Prof Madya Dr Lutpi Ibrahim
p. Benarkah Salafi Wahhabi, tanpa penulis dan penerbit.
Mengandungi 643 muka surat.
q. Akhirnya Kutemui Kebenaran, Dr Ahmad Tijani, Percetakan Tok
Ku Pulau Manis, Kuala Terengganu dan banyak lagi.





2.1.5 Pusat kegiatan Syiah di Malaysia
Terdapat beberapa premis perniagaan telah dijadikan pusat penyebaran Syiah di
Malaysia. Pusat ini dijadikan pengkalan untuk menggerakkan aktiviti Syiah seperti kelas
pengajian, syarahan umum, sambutan perayaan dan acara tertentu. Antara pusat yang
dikenalpasti ialah seperti :

Pusat Sumber Amirul Mukminin, Medan Kamunting Jaya, Taiping, Perak

Larkin Perdana, Johor Bharu, Johor

Hauzah al-Ridha, Gombak, Selangor


Rumah Kedai Tingkat Dua, Taman Permata, Ulu Klang





2.1.6 Dasar-dasar pegangan sesat ajaran Syiah
Menurut kacamata Ahli Sunnah, ajaran Syiah didapati bercanggah dan
menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ia menjadi duri dalam daging
kepada Umat Islam. Bahkan boleh menjadi ancaman kepada institusi keluarga,
keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara. Penyelewengan Syiah
boleh dikesan melalui akidah, syariah dan beberapa bentuk penyelewengan umum
yang lain. Berdasarkan kajian dan analisis yang telah dibuat oleh Ustaz Hj. Zamihan bin
Hj Mat Zin Al-Ghari (2013), berikut merupakan antara dasar-dasar pegangan atau
penyelewengan yang telah dilakukan oleh pengikut-pengikut ajaran sesat Syiah.
A. Penyelewengan daripada Sudut Aqidah:

1) Khalifah Diwasiatkan Secara Nas ( ).
Pengikut Syiah mempercayai jawatan Imam telah
ditentukan Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas.
Ini dijelaskan dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh
Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar halaman 78.
Syiah juga mempercayai bahawa orang yang dilantik
untuk menunaikan wasiat Rasulullah SAW adalah
Sayyidina Ali KWH. Usul ini disebutkan dalam kitab
Aslu Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhamad bin Husain
Ali Kasyif al-Ghita', halaman 136.

2) Imamah dan Khilafah dianggap sebahagian daripada Rukun
Islam dan ianya berlaku melalui nas. Perkara ini dinyatakan
di dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya ( Fiqh
Lima Mazhab di Antara Nas dan Ijtihad ) oleh al-Hasan bin
Yusuf al-Mutahhar al-Hulliy, terjemahan Prof. Madya Dr.
Lutpi Ibrahim, halaman 145-146.

3) Semua Imam Adalah Maksum ().
Pengikut Syiah meyakini bahawa para Imam mereka
adalah maksum (terpelihara)daripada dosa kecil dan
dosa besar dari peringkat kanak-kanak
hinggalahmeninggal dunia.
Bagi mereka, Imam sama seperti para Nabi AS yang
tidak melakukan kesalahan,tidak lupa serta dianggap
sebagai pemelihara syariat. Fakta inidijelaskan dalam
kitab al-Syiah Fi al-Mizan oleh Muhammad Jawadal-
Mughniah, halaman 38 dan kitab Aqaid al-Imamiah
oleh SyeikhMuhammad Redha al-Muzaffar, halaman
72.

4) Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang
Berlaku Kepada( ) Manusia.
Dari sudut bahasa arab, al-Bada' bermaksud lahir
sesudah tersembunyi.Menurut akidah Syiah, al-Bada'
ialah Allah mengetahui sesuatu perkarasetelah
berlaku peristiwa berkenaan yang mana sebelumnya
peristiwa itu dianggaptersembunyi daripada Allah
SWT.
Pengikut Syiah juga menganggap ilmu Allah akan
berubah dan bersesuaiandengan fenomena baru. Hal
ini dijelaskan dalam kitab al-Usul Minal-Kafi oleh al-
Kulaini, Jld 1, halaman 146.

5) Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan Orang
Yang Telah Mati Untuk Memberi Keadilan ( ).
Menurut akidah Syiah, golongan Syiah dikehendaki
mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan
semula orang-orang yang telah mati ke dunia
bersama-sama kebangkitan Imam Mahdi dari
kalangan mereka untuk menghukum orang-orang
yang melakukan kezaliman. Fakta ini dijelaskan
dalam kitab Aqaid al-lmamiah oleh Syeikh
Muhammad Redha al-Muzaffar, halaman 83.

6) Berpura-pura ( ).
At-Taqiyah bermaksud menyembunyikan sesuatu
yang bolehmembahayakan diri atau harta benda
dengan menzahirkan sesuatu yang bukanhakikat
sebenar isi hati seseorang.
Konsep At-Taqiyah diamalkan dalam setiap perkara
kecuali di dalam masalaharak dan menyapu dua khuf.
Perkara ini dijelaskan dalam kitab al-UsulMin al-Kafi,
jilid 2 oleh Abu Ja'afar Muhammad bin Ya'kub bin
Ishakal-Kulaini ar-Razi, halaman 217.

7) Muhammad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi al-
Muntazhar ( ).
Golongan Syiah percaya bahawa Muhammad bin
Hassan al-Askari ialah imamyang ditunggu-tunggu
yang hilang dan yang akan kembali untukmemerintah
dan menghukum orang-orang yang melakukan
kezaliman.
Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun
mulai tahun206H - 329H. Hal ini dijelaskan dalam
kitab as-Syiah Wa al-Tashihal-Sira' Baina al-Syiah
Wa al-Tasyayyu' oleh Doktor Musa al-
Musawi,halaman 61.

8) Menyamakan Sayyidina Ali Dengan Allah SWT.
Sebahagian Pengikut Syiah mempercayai bahawa
Sayyidina Ali adalah sama taraf dengan Allah di mana
beliau adalah sebagai pembahagi ahli Syurga dan
Neraka. Perkara ini disebutkan di dalam kitab al-Usul
Min al-Kafi oleh al-Kulaini, Jilid 1, halaman 197.

9) Mengkafirkan Para Sahabat RA.
Mereka mempercayai bahawa selepas kewafatan
Rasulullah SAW semua sahabat murtad kecuali ahlul
bait dan empat orang sahabat iaitu Abu Dzar, Miqdad,
Salman al-Farisi dan Ammar. Hal ini dinyatakan
dalam kitab al-Anwar al-Nu'maniah oleh al-Syed
Nikmatullah al-Musawi, halaman 81.

10) Menuduh Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman Dan
Muawiyah Sebagai Empat BerhalaQuraisy Serta Pengikut-
Pengikut Mereka Adalah Musuh Allah.
Sebahagian golongan Syiah menuduh Sayyidina Abu
Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat
berhala Quraisy dan pengikut mereka dikatakan
musuh Allah. Perkara ini dijelaskan dalam kitab al-
Tafsir oleh Muhammad bin Mas'ud bin 'Iyasy al-
Salami al-Samarqandi, Jilid 1, halaman 116. Lihat
juga kitab al-Anwar al-Numaniyyah karangan Sayyid
Nikmatullah al-Jazairi, Bab Nur Fi Haqiqah al-Anwar,
Jilid 2, hlm 278.

11) Hanya Ali Menghimpunkan Al-Quran Dengan Sempurna.
Sebahagian Syiah menganggap bahawa tidak ada
sahabat yang menghimpunkandan menghafal al-
Quran dengan sempurna kecuali Ali sahaja.
Perkaraini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi
oleh al-Kulaini, Jilid 1,halaman 228. Al-Quran yang
ada pada umat Islam sekarang sama ada didalam
mashaf atau yang dihafaz dianggap telah diseleweng.
Al-Quranyang sebenarnya ada pada Sayyidina Ali bin
Abi Talib, kemudian beliautelah mewariskan kepada
Imam yang selepasnya dan sekarang ini adapada
Imam Mahdi Al-Muntazhar.
Selain daripada itu, golongan Syiah mempunyai
pandangan khusus dalammentafsirkan al-Quran dan
mentakwilkannya. Antara contoh tafsiran Syiah
adalah seperti mereka mentafsirkan firman Allah SWT
dalam surah al-Nahl ayat 51 iaitu:

4~4+.-W-7OgC
+->u-E_)u-4L^
-WE^^)4O-O)
/g4W"O+C)pO+:
E-O^)
Maksudnya: Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu
bertuhankan dua tuhan kerana Sesungguhnya Tuhan
itu hanyalah Tuhan Yang satu; maka kepada Akulah
sahaja hendaknya kamu gerun gementar.Golongan
Syiah mentakwil dengan : Iaitu janganlah kamu
menjadikan dua orang Imam sebenarnya, ambillah
satu Imam sahaja.
Hasilnya, kalimah Dua Tuhan ditukar menjadi
Dua Imam.

Kemudian, firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah
ayat 238:

W-OOgEOO>4Ng4OU
O-jE_OUO-4_O
Cc+O^-W-ON`O~4*
.4-gg4~^g@g
Maksudnya: Peliharalah kamu (kerjakanlah Dengan
tetap dan sempurna pada waktunya) Segala
sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta
(sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah
(dalam sembahyang kamu) Dengan taat dan
khusyuk.

Namun golongan Syiah mentakwilkan maksud
al-solah dengan maksud RasulullahSAW, Amirul
Mukminin, Hassan dan Hussain. Manakala lafaz al-
Wusta ialah Amirul Mukminin, (waqumu lillahi qonitin)
ialah taat terhadap Imam-imam.

Seterusnya, firman Allah SWT dalam surah al-Naba'
ayat 1-2.

4N4pO747.=O44C^^}4N)4:EL-
OgE^-^g

Maksudnya: Tentang apakah mereka bertanya-
tanya? Tentang berita Yang besar, (berita
kebangkitan manusia hidup semula menerima
balasannya).

Mereka mentafsirkan kalimah al-naba' dengan
maksud Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib.

12) Menambah ucapan lafaz Syahadah.
Golongan Syiah menambah nama Sayyidina Ali
dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad
SAW. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min
al-Kafi oleh al-Kulaini, Jilid 1, halaman 441.

13) Menolak Hadis Yang Diriwayatkan Oleh ulamak Ahlus
Sunnah Wal Jamaah sekalipunHadis Mutawatir. Mereka
berpegang kepada empat kitab hadissahaja. Kitab tersebut
seperti Al-Kafi Fi Usul Wa Al-Furu', Man La Yakhdarah Al-
Faqih, Tahzib Ahkam dan Al-Istibsor Fima Ikhtilafiyyah Min
Akhbar.
Al-Kafi Fi Usul Wa Al-Furu' karangan Muhammad bin
YaakubAl-Kulaini. Beliau digelar oleh golongan Syiah
sebagai Thiqah Al-Islam. Kitab inimerupakan kitab
hadith terulung mazhab Syiah. Namun yang
menghairankan ialah periwayatannya disandarkan
terus kepada salah seorang dari kalangan Imam Dua
Belas bukannya disandarkan kepada Rasulullah
SAW.
Mereka berpendapat bahawa tidak ada perbezaan di
antara Imam-imam mereka dengan Rasulullah SAW.
Imam yang paling banyak disandarkan kepadanya
ialah Imam Jaafar Al-Sodiq. Kitab ini
mengandungiriwayat-riwayat yang menghina dan
mengaibkan al-Quran denganmengatakan ianya ada
kekurangan dan terseleweng. Semoga Imam Jafar
al-Sadiq juga berlepas diri dari mereka.
Mereka hanya berpegang dengan hadis yang
diriwayatkan oleh AhlulBayt Rasulillah SAW sahaja.
Mereka juga menolak dan mencemuh sebahagian
besar riwayat para sahabat seperti periwayatan Abu
Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan al-Hakam,
Imran bin Hathan al-Khariji dan Amru al-Ash. Fakta ini
disebutkan di dalam bukuAslu al-Syiah Wa Usuluha
oleh Muhammad al-Husain Aali Kasyif al-Ghita',
halaman 149.

B. Penyelewengan daripada Sudut Syariat:

1) Menolak Penggunaan Ijmak Ulama.
Golongan Syiah tidak menerima ijmak ulama dalam
perundangan Islam malah mereka berpegang kepada
pendapat imam-imam mereka kerana mereka
mempercayai ijmak mengandungi kesalahan
sedangkan pendapat imam adalah maksum.
Kenyataan ini dijelaskan dalam buku Mukhtasar al-
Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-
Imam Waliyyullah Ahmad Abdul Rahim ad-Dahlawi,
halaman 51.

2) Menolak Penggunaan Qias dalam Penentuan Hukum-
hakam.
Sebahagian golongan Syiah juga menolak qias.
Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Aslu al-Syiah
Wa Usuluha oleh Muhammad bin al-Husain Aali
Khasif al-Ghita', halaman 149.

3) Mengamalkan Nikah Mutah (kontrak).
Golongan Syiah masih meneruskan amalan nikah
Mutah yang diamalkan sejak zaman Jahiliah
sehingga sekarang. Mereka berpendapat nikah
Mutah adalah diharuskan dalam syariat Islam. Ciri-
ciri nikah Mutah yang diamalkan oleh golongan Syiah
adalah akad, tempoh dan mahar. Berikut adalah
huraian ciri-ciri nikah Mutah golongan Syiah :
- Dalam acara nikah Mutah ditetapkan tempoh
tertentu yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak
(lelaki dan wanita) sama ada sehari, seminggu,
sebulan atau setahun. Nikah Mutah juga boleh
dilakukan dalam tempoh satu jam, dua jam, sehari,
dua hari atau semalaman melalui Imam atau Ustaz
Syiah.
- Nikah Mutah boleh dilakukan dengan perempuan
Yahudi, Nasrani, Majusi, pelacur atau dengan anak
dara walau tanpa izin bapanya. Dalam acara nikah
Mutah juga tidak ditentukan bilangan wanita yang
ingin diMutahkan. Sesetengah kitab Syiah
menjelaskan bahawa nikah Mutah boleh dilakukan
sehingga seribu orang wanita berdasarkan syarat-
syarat tertentu.
- Sewaktu akad hendaklah disebutkan mahar dan
tempoh yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.
Sekurang-kurang mahar ialah semangkuk
gula,segenggam makanan, sepasang selipar,
sebentuk cincin dan sebagainya.
Nikah Mutah yang diamalkan golongan Syiah boleh
dirujuk menerusi kitab Syiah sendiri. Antaranya
seperti kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-
Fatawa oleh Abu Ja'afar Muhammad b. al-Hasan b.
Ali al-Tusi, halaman 489 - 491 serta kitab Tahzib al-
Ahkam oleh Abu Ja'afar Muhammad b. al-Hasan al-
Tusi, halaman 254,259 dan 266 dan lain-lain.

4) Menolak 'Aul dan Mendahulukan Qurabah dari 'Asobah
Dalam Masalah Pusaka.
Dalam pembahagian harta pusaka, teori feqah Syiah
menolak prinsip 'aul yang telah diasaskan oleh
Khalifah Umar al-Khattab dan diamalkan oleh Ahli
Sunnah Wal Jamaah. Bagi mereka semua kenyataan
Umar al-Khattab tidak boleh dipercayai. Asas ini
dinyatakan secara jelas menerusi buku Minhaj
Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab
di Antara Nas dan Ijtihad ) oleh al-Hassan bin Yusuf
al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr.
Lutpi Ibrahim, halaman 100-101.

5) Mengharuskan Jamak Solat Dalam Semua Keadaan.
Golongan Syiah mengharuskan jamak solat fardhu
iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan
Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan
tanpa sebarang sebab. Perkara ini disebutkan di
dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (
Fiqh Lima Mazhab di Antara Nas dan Ijtihad ) oleh al-
Hassan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan
Prof. Madya. Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 36.

6) Menetapkan 1/5 Sebagai Kadar Zakat.
Golongan Syiah menetapkan 1/5 sebagai kadar zakat
dan harta rampasan perang dan lain-lain. Usul ini
dinyatakan secara tegas menerusi kitab Tahzib al-
Ahkam karangan Abu Ja'afar Muhammad bin al-
Hasan al-Tusi, halaman 122. Kenyataan ini juga
terdapat dalam buku Minhaj Kebenaran dan
Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di Antara Nas
dan Ijtihad ) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-
Hulliyy, terjemahan Prof. Madya. Dr. Lutpi Ibrahim,
halaman 48.

7) Solat Dhuha dianggap Bidaah.
Sebahagian golongan Syiah mendakwa solat Dhuha
adalah bidaah. Perkara ini dinyatakan di dalam buku
Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya ( Fiqh Lima
Mazhab di Antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin
Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof.
Madya. Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 31. Keterangan ini
dilihat mempunyai persamaan dengan fikrah Wahhabi
yang juga turut menghukum bidaah sesat sesiapa
yang menunaikan solat dhuha. Nauzubillah min
Dzalik.



8) Islam Bukanlah Syarat Wajibnya Haji.
Sebahagian golongan Syiah mendakwa Islam
bukanlah syarat wajibnya haji. Perkara ini dinyatakan
dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (
Fiqh Lima Mazhab di Antara Nas dan Ijtihad ) oleh al-
Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan
Prof. Madya. Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 55. Namun
sesetengah golongan Syiah juga berpendapat
diwajibkan haji dan mereka turut hadir mengerjakan
haji di Makkah al-Mukarramah.

9) Wajib Membasuh (menggosok) Kedua-dua Kaki dan Tidak
Memadai dengan hanya membasahi dengan air
sebagaimana yang diamalkan mazhab al-Syafie.
Hal ini dijelaskan di dalam buku Minhaj Kebenaran
dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di Antara
Nas dan Ijtihad ) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar
al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya. Dr. Lutpi Ibrahim,
halaman 13 -14.



C. Penyelewengan Am:

1) Menziarahi Kubur Sayyidina Hussain bin Ali bin Abi Talib
dianggap memperoleh Syurga.
Usul ini terkandung di dalam kitab al-Irsyad karangan
Muhammad bin Muhammad bin Nu'man al-'Askibri al-
Baghdadi, halaman 252. Dakwaan ini disandarkan
kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Sesiapa yang menziarahi Husain selepas wafatnya,
nescaya ia akan memasuki syurga." Padahal syurga
hanya dijanjikan kepada orang yang beriman dan
melakukan amalan soleh yang mendekatkan diri
kepada Allah. Bukannya dengan semata-mata
menziarahi maqam individu tertentu.

2) Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam ( ).
Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada
dan menyeksa tubuh badan bermula 1hb - 10
Muharam bagi menangisi kematian Sayyidina Husain
yang dibunuh secara kejam di medan Karbala. Tetapi
kemuncak aktiviti mereka adalah pada 10 Muharram.
Fakta ini ditegaskan di dalam kitab al-Syiah Wa al-
Tashih al-Sira', Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu oleh
Doktor Musa al-Musawi, halaman 98 dan beberapa
kitab Syiah yang lain. Sebenarnya amalan ini
bertentangan dengan roh Islam itu sendiri yang
menekankan prinsip keselamatan tubuh badan
sebagaimana yang terangkum dalam Maqasid
Syariah Islamiah. Tambahan pula, aktiviti ritual yang
melibatkan kecederaan tubuh badan tidak pernah
disyariatkan Islam dan ia dilihat seperti ritual
keagamaan hindu.

3) Menghina Isteri-Isteri Nabi SAW.
Golongan Syiah juga aktif menghina isteri-isteri Nabi
SAW melalui pelbagai rangkaian media samada
media cetak mahupun elekronik. Lihatlah kitab-kitab
karangan ulamak mereka. Ibu-ibu Mukminin yang
mulia seperti Aisyah RA, Hafsah RA dan lain-lain
dicela dengan pelbagai perkataan yang tidak sanggup
didengar. Sehingga mereka dituduh bukan Islam dan
murtad. Nauzubillah. Situasi ini dinyatakan dalam
kitab Tuhfah al-'Awam Maqbul oleh Al-Syed Manzur
Husain, halaman 330, Kitab Bihar al-Anwar oleh
Muhammad Baqir al-Majlisi, Kitab Raudhotul Muttaqib
Bi Syarh Man La Yahdhuruhu al-Faqih oleh
Muhammad Taqiy al-Majlisi dan lain-lain. Padahal
Para Ummahatul Mukminin kesemuanya dimuliakan
oleh Nabi SAW dan dijamin kedudukan mereka
diakhirat sebagai mencapai satu kedudukan yang
amat tinggi bersama Baginda SAW dan para sahabat
yang lain. Nabi SAW ditanya oleh Amru al-Ash RA :
: . :


: : . :
Maksudnya: Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang
dikau paling cintai? Baginda SAW menjawab:
Aisyah. Aku bertanya lagi: Kemudian siapa lagi dari
kalangan lelaki? Baginda SAW menjawab : Ayahnya
(Abu Bakar). Kemudian siapa lagi? Baginda
menjawab Umar dan menyebut nama beberapa
sahabat lelaki yang lain. riwayat Muslim.


Apabila Nabi SAW menceraikan Hafshah binti Umar
al-Khattab, Jibril AS mendatangi Baginda SAW lalu
berkata:


Maksudnya: Sesungguhnya dia (Hafshah)
merupakan seorang yang rajin berpuasa dan rajin
berqiyamulail dan dia adalah isterimu di syurga.
riwayat Abu Daud


















2.2 ARIFFIN BIN MOHAMAD (AYAH PIN)
Ariffin bin Mohamad ataupun lebih dikenali sebagai Ayah Pin adalah
merupakan pengasas kepada kerajaan Langit (Sky Kingdom) dan telah disenaraikan
antara gerakan kumpulan yang sesat dan jauh tersasar daripada landasan Al-Quran
dan As-Sunnah.
Ajaran Ratib Kuat Ayah Pin di Hulu Besut telah dikesan sejak dari tahun 1985
lagi. Kandungan ajarannya bercanggah secara langsung dengan Al-Quran dan As-
Sunnah. Walaupun Ayah Pin (Ariffin Mohamad) sendiri pernah membuat pengakuan
dan mengeluarkan kenyataan kepada pihak media pada awal tahun 1995 bahawa
beliau sendiri yang telah mereka-reka ajaran dan amalan yang diajarkan. Akan tetapi,
ianya terus mendapat sokongan dari pelbagai pihak bahkan sambutan yang lebih hebat
dari pihak tertentu. Para pengikutnya terdiri dari pelbagai latar belakang dan golongan
sama ada dari golongan professional, akademik, korporat dan sebagainya. Sebahagian
besarnya datang dari pantai barat Semenanjung Malaysia seperti Perak, Selangor dan
sebagainya.
Perkembangan terakhir menyaksikan mereka dengan berani mempersenda dan
mempermainkan hukum Islam apabila secara terang-terangan mengaku telah keluar
dari agama Islam. Alasan yang diadakan ini bagi membolosi pemantauan yang
dilakukan terhadap mereka oleh pihak berkuasa agama, terutamanya pihak Jabatan
Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Sokongan, bantuan dan kerjasama
sepenuhnya mestilah diberikan kepada pihak berkuasa untuk menghapuskan
kesesatan dan mengembalikan mereka ke pangkal jalan.
Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah
Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-
pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari
langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.

Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit itu, ramai
orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai ugama mempercayai dan
mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan
mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini
untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis
tempatan yang terkenal.
Jika hendak diikutkan, Ayah Pin bukannya orang cerdik pandai, malah dia buta
huruf dan tidak tahu membaca. Dengan pengikut-pengikutnya itu juga, Ayah Pin
membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan teko, pasu dan beberapa lagi replika
besar untuk melambangkan kuasa Tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk
melindungi dan memayungi umat manusia.
Selepas hampir 10 tahun bergiat aktif dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya
ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa dan agama
tempatan. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin pula ditahan dan disoal siasat serta
didakwa di mahkamah. Kawasan Kerajaan Langit juga telah dimusnahkan. Ayah Pin
pula menyatakan dia tidak boleh dianggap sesat kerana dia sudah mengistihar keluar
dari memeluk Islam semenjak 1998 lagi.
Sejarah kemunculan ajaran sesat di negara kita amnya dan di Hulu Besut,
Terengganu secara khususnya tetap mempunyai hubung kait dengan sejarah kelahiran
ajaran sesat di zaman permulaan Islam. Kemasukkan pemikiran asing, pengaruh
daripada pelbagai fahaman dan pegangan seperti Hindu, Parsi, Nasrani, Yunani serta
serangan tanpa henti mereka akhirnya berjaya menyesatkan segelintir masyarakat
Islam. Ianya didokong oleh puak Batiniah dan golongan falsafah dengan bentuk ajaran
yang baru atau bidah, tariqat dan tasawuf (wahdatul wujud), kepercayaan kuno, anti
hadith dan pelbagai macam lagi. Mereka sesat dari sudut amalan zahir atau lebih berat
lagi apabila mereka juga sesat dari sudut keyakinan dan pegangan (Itiqad) terhadap
Allah.


Secara rasminya pada tarikh 18 Ogos 2005, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama
Islam dan Adat Melayu Terengganu, di bawah seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal
Ehwal Agama Islam 1986 telah mengeluarkan fatwa berikut yang diwartakan pada 4
Disember 1997 bahawasanya ajaran dan pegangan yang diamalkan oleh Arifin bin
Muhamad (Ayah Pin) adalah ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar,
sesat,syirik, palsu dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam
serta merosakkan akidah.
Antara ciri-ciri ajaran dan pegangan yang diamalkan oleh Ayah Pin adalah sama
sekali bercanggah dengan hukum Islam serta jauh terpesong daripada pegangan dan
ajaran Al-Quran serta As-Sunnah. Ciri-ciri ajaran tersebut meliputi penyelewengan dari
pelbagai segi aspek. Antaranya adalah dari aspek akidah dan aspek syariah. Dari
aspek akidah, penyelewengan yang dilakukan adalah :
+ Ayah Pin sebagai tuhan yang turun dari langit dan kerajaan langit adalah di
bawah kekuasaannya.
+ Ayah Pin mempunyai kuasa menyembuh segala penyakit dan sebutan namanya
boleh menakutkan binatang buas.
+ Ayah Pin mendakwa bahawa Mekah, Kaabah dan Air Zam-zam adalah miliknya
dan dibina selepas mendapat wahyu dari langit.
+ Ayah Pin mempunyai kuasa menjadikan manusia menjadi batu melalui
sumpahannya, mengetahui perkara ghaib, boleh menentukan syurga dan neraka
seseorang, mendakwa roh orang yang mati jahat akan dikurung dalam kubah
markaz.
+ Menolak berlaku kemusnahan dunia ketika berlakunya kiamat.
+ Seseorang Islam itu perlu menjadi kafir dahulu.
+ Menolak kepentingan mengucapkan dua kalimah syahadah di akhir kematian
anak Adam.




Manakala daripada aspek syariah pula, antara fahaman dan ajaran Ayah Pin adalah
:
+ Menolak rukun Islam dan hukum syarak berkaitan dengan Tuhan.
+ Menolak rukun-rukun Islam yang lima.
+ Menghalalkan makanan yang diharamkan oleh syarak.
+ Mengada-adakan hukum syarak seperti nikah batin

Hal ini sudah terbukti jelas lagi bahawa ajaran yang dibawa oleh Ayah Pin ini
adalah merupakan satu ajaran atau fahaman yang sesat dan tidak berasas pada
pemikiran seorang muslim yang waras fikiran dan segala yang diamalkan oleh Ayah Pin
adalah turut tidak dapat diterima oleh akal logik fikiran. Di antara fakta-fakta penting
yang berkaitan dengan ajaran Ayah Pin sehingga difatwakan sesat ialah :
Beliau mengaku tidak belajar agama
Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan syarak.
Beliau pernah menyatakan bahawa Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi
Muhammad S.A.W yang berguru dengan Jibril. Dakwaan ini salah dan palsu
serta bertentangan dengan ajaran Islamdan menghina Syarak.
Beliau mengaku mengajar, ajaran serta pegangannya adalah sesat dan
bertentangan dengan hukum Syarak.
Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur, Taurat dan Injil serta menjadikan
Al-Quran.
Bongkar Al-Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua
puluh.
Setiap kali sembahyang, hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di
hadapan.
Al-Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
Mendakwa beliau telah melalui semua agama barulah jadi Islam dan menerima
syahadah secara langsung dengan Tuhan.
Beliau mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin
manusia melainkan Ayah Pin seorang.
Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk di tangannya kerana
dia yang memegang segala kunci-kunci akhirat.
Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada
berzikir dan bersembahyang.
Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati
kepada Ayah Pin.
Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahului untuk menentukan
bagi si mati sama ada syurga atau neraka.

Secara kesimpulannya, ajaran, fahaman dan pegangan yang dipegang dan
diamalkan serta di asaskan oleh Arifin Muhamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin
adalah sesat dan sama sekali tertolak oleh hukum Islam. Firman Allah S.W.T dalam
surah Al-Ikhlas :
~ 4O- +.- NEO ^ +.-
EO- ^g ;)-4C 4
;ONC ^@ 4 }74C N-. -O
lEO ^j
Maksudnya :
(1)Katakanlah (Muhammad), Dialah Allah, Yang Maha Esa. (2)Allah tempat meminta
segala sesuatu. (3)(Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.(4)Dan tidak asa
sesuatu yang setara dengan Dia
Hal ini menunjukkan bahawa hanya Allah sahaja yang kekal di atas muka bumi
ini. Tiada sesiapa pun yang dapat seperti Allah. Hanya Allah sahaja Yang Maha Kuasa.

2.3 AJARAN AL-ARQAM
2.3.1 Definisi Al-Arqam
Al-Arqam merupakan sebuah kumpulan atau Jamaah Islam yang
diasaskan oleh Ashaari Muhammad pada tahun 1968. Gerakan Al-arqam
bermula dari sebuah kelas pengajian fardhu ain yang diadakan dalam bentuk
halaqah oleh Ustaz Ashaari. Beliau telah mengadakan kelas ini setelah beliau
meletakkan jawatan dalam PAS pada tahun 1968. Halaqah ini diadakan di rumah
Cikgu Abdul Rahman rakan beliau sewaktu sama-sama bertugas di Sekolah
Kebangsaaan Dato Keramat. Oleh kerana rumah Cikgu Ahmad itu berwarna
putih maka halaqah itu dinamakan Jemaah Rumah Putih. Setelah jemaah ini
bergiat selama tiga tahun Ustaz Zakaria Ansari telah memberikan satu cadangan
untuk membentuk halaqah ini menjadi satu kumpulan yang dinamakan al-Arqam
atau Darul al-Arqam. Cadangan itu diterima baik oleh Ustaz Ashaari. Nama al-
Arqam diambil sempena nama sahabat Nabi s.a.w iaitu Arqam bin Abi al-Arqam
yang mana rumah beliau telah dijadikan markas pertama dakwah Nabi s.a.w.
Selain itu jemaah ini juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah,
Rufaqa dan Ikhwan. Seterusnya jemaah ini telah mengembangkan pengaruhnya
dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia.
2.3.2 Sejarah kemunculan ajaran Al-Arqam di Malaysia
Jemaah Al-Arqam telah ditubuhkan pada tahun 1968 dan tumpuan
sepenuhnya telah diberikan kepada jemaah ini pada tahun 1972 dan pada tahun
1973 setelah Ashaari bertindak keluar dari ABIM. Pada mulanya al-arqam
merupakan satu kumpulan usrah yang dibimbing oleh Ashaari dengan memberi
tumpuan kepada perkara yang berhubung dengan fardu ain terutamanya dalam
pembentukan moral, pembersihan jiwa dan berjihad melawan nafsu.
Zakaria Al-Ansari merupakan orang pertama yang diajak oleh Ashaari
untuk membentuk satu usrah bagi membincangkan ilmu-ilmu berkaitan dengan
agama yang dapat mendidik diri dan mentarbiyah diri bagi membentuk peribadi
muslim yang sempurna. Penubuhan usrah ini menurut Zakaria adalah bertitik
tolak daripada kekecewaan mereka dengan jemaah PAS yang pada ketika itu
hanya menitikberatkan politik dan mengabaikan pendidikan dan tarbiyah.
Usrah ini pada mulanya hanya disertai 10 orang sahaja yang merupakan
orang yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan ini dan mengadakan
pengajian seminggu sekali. Pada hujung minggu pula mereka mengadakan
kuliah subuh. Usrah ini pada mulanya diadakan di rumah no 94, Lorong Kiri 2
Dato Keramat , Kuala Lumpur yang diduduki oleh Cikgu Abdul Rahman Haji
Syamsudin yang pada ketika itu sama-sama mengajar dengan Ashaari di
Sekolah Kebangsaan Dato Keramat. Oleh kerana rumah itu berwarna putih
maka kumpulan usrah itu dinamakan Kumpulan Rumah Putih atau Jemaah
Rumah Putih.
Nama ini tidak bertahan lama kerana selepas 3 tahun kegiatannya timbul
cadangan yang dikemukakan oleh Ustaz Zakaria Ansari untuk menamakan
kumpulan ini dengan nama Jemaah Dar Al- Arqam. Al-arqam adalah nama yang
dipilih bagi menggantikan kumpulan rumah putih. Markas Dar Al-Arqam
kemudiannya berpindah ke rumah Mohd Salleh Abu Bakar di simpang flat Jalan
Pekeliling. Pada peringkat awal pertubuhannya kumpulan ini hanya
memanfatkan ajaran daripada tokoh-tokoh yang berpengalaman malah
identitinya sebagai sebuah pertubuhan yang tersendiri yang tidak begitu ketara.
Pada tahun 1972 Dar Al-Arqam telah membuka perkampungan Islam di
Sungai Penchala, Selangor seluas 5 ekar yang menjadi tempat tinggal malah
sebagai markas Dar Al-Arqam. Oleh kerana Dar Al-Arqam belum memiliki
sekolah sendiri maka pada 13 Januari 1975 Dar Al-Arqam telah mengirimkan
seramai 12 orang putera puterinya ke Yayasan Khairiah, Kupang, Baling.
Yayasan ini dipilih kerana ianya banyak menekankan konsep tarbiyah islamiah
dan pendukung al-arqam iaitu Ustaz Mohd Rosdi Yusuf merupakan mudir di
yayasan ini. Pada 1 Ogos 1975, Yayasan Al-Arqam di Sungai Penchala telah
ditubuhkan dan pada Mei 1977, bahagian perkhidmatan ummah telah dibentuk
di Gombak yang diketuai oleh Akhbar Anang. Pada 1 Julai 1977 mereka telah
menerbitkan akhbar al-Arqam dan pada 18 Jun 1978, mereka telah membuka
pusat perubatan al-Arqam di Desa Minang, Gombak yang dipimpin oleh Nordin
2.3.3Dasar-dasar pegangan sesat ajaran Al-Arqam
A. Penyelewengan dari Sudut Aqidah

1) Mempercayai bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi,
pengasas Aurad Muhammadiah tidak mati dan akan lahir
sebagai imam mahdi
2) Mempercayai bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi telah
berjumpa dengan Rasulullah s.a.w didalam kaabah dengan
keadaan jaga dan menerima Aurad Muhammadiah itu
daripada baginda.
3) Mengadakan tambahan pada lafaz syahadah dengan fakta
palsu yang menyebut Syeikh Muhammad As-Suhaimi
sebagai Imam Mahdi dan menyamakan tarafnya dengan
Khulafa Al-Rasyidin.
4) Mentafsir secara salah terhadap maksud ayat 3 surah An-
nisa dengan mendakwa bahawa asal pernikahan
hendaklah bermula dengan dua isteri dan seterusnya tiga
dan empat. Ini bertentanagn dengan tafsiran muktabar dan
sekaligus menolak ijma ulama tentang hukum nikah.
5) Ketua kumpulan al-Arqam mendakwa bertemu secara sedar
dengan Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang lain serta
berdialog dengan baginda. Dakwaan ini melanggar asas
syariat islam kerana ini bermakna al-Quran dan hadith
belum selesai dan tamat. Disamping itu, beliau juga
mendakwa Rasulullah s.a.w mengakui kesahihan ajaran al-
Arqam.
6) Pengikut al-Arqam telah mencapai satu peringkat taasub
kepada ketua hingga sanggup mendewa-dewakan Ashaari
Muhammad dan mempercayai beliau mempunyai barakah,
karamah dan syafaat.
7) Ashaari Muhammad di dakwa diberi kuasa-kuasa Allah (kun
fayakun.) dakwaan ini boleh membawa kepada syirik keran
ia sanggup menyengutukan Allah.
8) Al-Arqam juga tidak mematuhi undang-undang dan
enakmen agama islam negeri dan undang-undang bertulis
yang berkaitan dengaan hal ehwal islam di negeri-negeri
dan tidak mematuhi serta menghormati keputusan alim
ulama.
9) Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad
Muhammadiah, berjumpa Rasulullah saw dalam jaga dan
menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda
Rasulullah saw di dalam Kaabah.
10) Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan
akan muncul semula sebagai Imam Mahdi.
11) Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah
saw dan meletakkan setaraf dengan Khulafa' Al-Rasyidin.
12) Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh
ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi.
Mereka datang untuk mengesahkan sesuatu yang
diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya
mengenali siapa yang taat dan siapa yang tidak taat kepada
Al-Arqam dan pemimpinnya.
13) Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh
datang menolong apabila diseru namanya.
14) Ashaari Muhammad dipercayai, selain seorang yang soleh,
wali yang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid
akhir zaman.
15) Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu
satu rumpun dengan keturunan Nabi Muhammad saw yang
memegang panji-panji Al-Mahdi.

















3.0 IMPLIKASI AJARAN SESAT

3.1 Implikasi kepada Individu

3.1.1 Merosakkan Aqidah Seseorang
Seseorang yang melibatkan diri dengan ajaran sesat menyebabkan
aqidahnya menjadi rosak. Adakalanya kerosakan aqidah itu
menjadikannya kufur dan murtad, sesat atau menyeleweng dari landasan
Islam yang sebenar. Oleh itu, dia wajib bertaubat dan kembali
mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

3.1.2 Masa Terbuang Dengan Aktiviti Tidak Berfaedah
Kebanyakan mereka yang terlibat dengan ajaran sesat
menghabiskan masa mereka dengan aktiviti yang tidak bermanfaat.
Mereka ternyata menyia-nyiakan nikmat anugerah Allah s.w.t. Antara
aktiviti yang bertentangan dengan agama ialah seperti memuja,
melakukan perbuatan syirik, amalan khurafat dan seumpamanya.
Di samping itu, ibadat yang diperintahkan pula seperti solat, puasa
dan lain-lain tidak diendahkan. Bahkan ditinggalkan dengan begitu sahaja.
Bagi mereka amalan ibadat itu hanya ditentukan oleh ketua atau guru
mereka sahaja. Keasyikan mereka terhadap sesuatu amalan
menyebabkan mereka tidak terasa rugi walau meninggalkan suruhan
agama. Bahkan menentang ketentuan agama dengan anugerah Allah
s.w.t. Namun, apabila mereka kembali ke pangkal jalan mereka mula
terasa bahang kerugiannya. Al-Quran secara jelas memerintahkan kita
supaya bijak menguruskan masa. Firman-Nya dalam surah aAl-Asr:
Maksudnya: Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar.

3.1.3 Minda Tertutup Dan Dikongkong
Tindakan dan kelakuan pengikut ajaran sesat kebanyakannya tidak
rasional. Sikap ini timbul hasil budaya fanatik yang disemai oleh ketua
atau pemimpin ajaran mereka. Mereka mengesampingkan fungsi akal dan
ajaran agama. Sebaliknya mentaati ajaran ketua melebihi segala-galanya.
Hal ini menyebabkan fikiran mereka tertutup dan benar-benar dikongkong.
Mereka tidak berfikir tentang diri sendiri. Apatah lagi untuk mengambil
tahu hal ehwal keluarga, masyarakat dan negara.

3.1.4 Kehidupan Tidak Stabil
Seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat menjadikan hidupnya
tidak seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi. Ini kerana
penglibatannya itu menjadikan dirinya berada di persimpangan dilema
dalam mencari pegangan dan amalan hidup yang sebenarnya. Dia juga
tidak merasai nikmat hidup beragama dengan penuh ketenangan. Bahkan
hidupnya terasa kosong tanpa sebarang pengertian dan kesudahan.




3.2 Implikasi kepada Masyarakat

3.2.1 Tanggungjawab Terabai Runtuhnya Institusi Kekeluargaan
Apabila seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat tidak
mengendahkan tuntutan agama, dia juga pastinya tidak mengambil berat
tanggungjawabnya dalam menguruskan hal ehwal diri dan keluarganya.
Senario ini menjadikan pengurusan diri dan keluarganya terabai.
Pengabaian tanggungjawab diri dan keluarga menyebabkan kehidupan
mereka berantakan dan tidak stabil. Keperluan asasi anak isteri tidak
dipenuhi dengan sebaiknya. Akhirnya membawa keruntuhan kepada
institusi kekeluargaan.

3.2.2 Gejala Pencemaran Aqidah dan Murtad Berleluasa
Berdasarkan kepada beberapa kajian yang dilakukan didapati
bahawa cetusan ajaran sesat membawa kepada pencemaran aqidah
seseorang dan seterusnya akan menjadi suatu perkara yang bahaya bagi
masyarakat. Jika aqidah yang suci menjadi tercemar dan bercampur baur
dengan najis ajaran sesat ia secara automatik menghakis ketulenan
agama yang diperagakan al-Quran dan al-Sunnah. Manusia tidak lagi
beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Malah turut mempercayai adanya
kuasa-kuasa ajaib yang lain selain dari Allah. Situasi ini sekaligus
menjadikan amalan murtad berleluasa. Nauzu billah min zalik.
Kesimpulannya, pemerintah perlu bertindak dan mendakwa mereka yang
terlibat dengan ajaran sesat. Dan mereka sewajarnya dikenakan hukuman
mengikut bidang kesalahan yang telah dilakukan. Sama ada pesalah itu
dikenakan hukuman hudud, qisasatau tazir. Bentuk hukuman seperti ini
adalah perlu bagi menyelamatkan nyawa, aqidah, harta benda, maruah
dan keturunan seseorang. Memandangkan ketentuan ini dari Allah, maka
kita perlu yakin dengan Allah dengan melaksanakan perundangan yang
telah ditetapkannya.


















3.3 Implikasi kepada Negara

3.3.1 Mengancam Keselamatan Negara
Sejarah mencatatkan bahawa fenomena kemunculan ajaran sesat
mampu mengancam keselamatan negara. Sebagai contoh:
a. Pada 19 Ogos 1979, seramai 4 orang pengikut Ilmu Kasyaf pimpinan
Hj. Kamaruddin @ Abdullah Sani Kajang mati terbunuh dalam satu
peristiwa di Kerling, Selangor.
b. Pada 16 Oktober 1980, seramai 8 orang dari kumpulan ajaran sesat
pimpinan Ahmad Nasir Kemboja yang mengaku sebagai Imam Mahdi
telah terbunuh setelah mereka menyerang dan mencederakan
anggota yang bertugas di Balai Polis Batu Pahat, Johor.
c. Pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi
telah mencederakan Hj. Damanhuri Hj. Abdul Wahhab, Imam Masjid
Rapat Setia, Ipoh, Perak.
Kesimpulannya, paparan fakta di atas membuktikan kepada kita
bahawa tindakan kumpulan ajaran sesat mengancam keselamatan
negara. Maka sayugianya, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu
membuat pemantauan terhadap kemunculan dan pergerakan mereka dari
semasa ke semasa.


3.3.2 Menggugat Kestabilan Politik Dan Ekonomi Negara
Sesebuah negara yang mengalami fenomena ajaran sesat
berskala besar terpaksa menanggung beberapa risiko politik dan
ekonomi.
Dalam bidang politik, sesuatu ajaran tidak ketinggalan menjadikan
tokoh politik tertentu sebagai sasaran mereka. Walaupun tidak secara
langsung, pautan terhadap tokoh politik sudah cukup untuk dijadikan
kubu atau perisai bagi mempertahankan ajaran mereka dari diusik pihak
tertentu. Dan apabila pihak pemerintah mengambil tindakan keras
terhadap ajaran berkenaan maka tokoh-tokoh pilitik yang dilihat menaungi
mereka secara automatik terkena tempiasnya.
Apabila tokoh politik dalaman dilihat tidak lagi dapat membantu
mereka, mereka akhirnya menggunakan isu murtad dan hak asasi
manusia sebagai senjata terakhir. Senjata ini kerap digunakan dan
seringkali mendapat campurtangan antarabangsa. Lantas menjadikan
proses membendung ajaran sesat semakin sukar dan menggugat
kestabilan politik dalaman sesuah negara.
Manakala dari sudut ekonomi, negara pula terpaksa menghabiskan
masa, tenaga dan perbelanjaan yang banyak untuk menghapus sesuatu
ajaran sesat. Tentunya ada pula golongan yang menjadi mangsa.
Faktor ketidakstabilan politik dan kekacauan setempat
menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat dijalankan dengan baik.
Wujudnya masyarakat yang tidak proaktif terhadap kegiatan ekonomi.
Pelabur asing pula khuatir untuk datang melabur. Situasi ini sekaligus
merencatkan pertumbuhan dan melemahkan prestasi ekonomi negara.


3.3.3 Mengganggu Agenda Pembangunan Islam
Kemunculan ajaran sesat sama ada berskala kecil atau besar tidak
syak lagi mengganggu agenda pembangunan Islam yang dicetuskan oleh
pemerintah sesebuah negara. Ini kerana pemerintah, khususnya pihak
berkuasa agama terpaksa mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit
yang banyak untuk membasmi pengaruh ajaran sesat.
Fokus terhadap ajaran sesat menyebabkan tumpuan terhadap
agenda pembangunan ummah dan pemerkasaannya beralih arah dan
terbantut. Para ulama pula tidak banyak mampu menyumbangkan idea
yang bernas kepada pemerintah lantaran pola pemikiran mereka telah
ditumpukan kepada ajaran sesat. Jika tenaga dan keringat ulama
diperlukan untuk menghadapi ajaran sesat, siapa pula yang
bertanggungjawab merangka agenda pembangunan Islam bagi pihak
pemerintah? Fikir-fikirkanlah.
Tidak syak, kedua-duanya sama penting. Tetapi kita harus bertindak menurut kerangka
keutamaan. Manakala penyebaran ajaran sesat perlu disekat sedari awal supaya kita
tidak memerlukan tenaga yang maksimum untuk menghapuskannya.










RUMUSAN
Ketiga-tiga ajaran sesat yang dinyatakan dalam tugasan ini adalah merupakan
kumpulan ajaran sesat yang terkenal di Malaysia malah menjadi bahan bualan
masyarakat sehingga kini. Kesemua ciri-ciri yang terdapat di dalam ajaran-ajaran ini
sama sekali bercanggah dengan hukum Islam dan jauh dari pegangan ajaran Al-Quran
dan As-Sunnah serta banyak mengelirukan masyarakat dan menyesatkan pengikutnya.
Golongan yang mempercayai dan mengikuti amalan dan pegangan oleh kumpulan-
kumpulan ajaran Islam ini seperti mencabar apa yang telah difirmankan oleh Allah di
dalam kitab Al-Quran. Mereka mendakwa seolah-olah fahaman mereka yang lebih
bagus dan salah mentafsir Al-Quran. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Israa ayat 88
:
~ '- geEE4-;_- ^e"-
O}^-4 -O>4N p W-O>4C
uVg) -EOE- p-47O^-
4pO>4C g)-u1g) O4 ]~E
gO^u4 *u4lg -LOO)_ ^gg
Maksudnya :
88. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin
berhimpun Dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding Dengan Al-
Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan Yang sebanding
dengannya, Walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".
Hal ini jelas menunjukkan bahawa hanya ajaran Islam yang berlandaskan Al-
Quran dan As-Sunnah sahaja yang sebenar-benarnya dalam hukum Islam. Fahaman
dan ajaran lain yang tidak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah adalah tertolak sama
sekali dalam hukum Islam.




Ajaran-ajaran ini telah diwartakan sebagai satu ajaran yang sesat oleh
jawatankuasa fatwa di kebanyakan negeri. Walaupun ajaran ini telah diharamkan,
namun ajaran ini masih lagi berkembang ke serata dunia. Oleh itu, untuk menangani
masalah penyebaran ajaran-ajaran dan fahaman yang sesat dan menyeleweng ini,
kerajaan harus mengguna kaedah nasihat ke arah pmulihan, mengadakan penerangan
kepada orang awam menerusi khutbah jumaat, syarahan agama serta penyebaran
risalah atau buku ini perlu kerana bagi mnjaga keamanan negara terutama dalam
masyarakat majmuk kerana kumpulan ini menyeleweng daripada ajaran Islam.
Selain itu, kerajaan juga boleh mengadakan langkah-langkah pengawalan yang
berbentuk pentadbiran seperti mengeluarkan fatwa dan kenyataan terhadap sesuatu
ajaran sesat, menyediakan garis panduan bagi tugas dan kuasa guru-guru agama dan
pendakwah. Selain itu, usaha yang boleh dilakukan adalah menapis dan memastikan
guru-guru agama dan pendakwah yang dilantik bukannya warganegara luar yang
mempunyai penglibatan dalam kumpulan ajaran sesat yang berkenaan.
Pihak yang berwajib juga perlu mengenal pasti serta mengkaji khurafat-khurafat
yang wujud di kalangan umat Islam di negara masing-masing dan menyebarkan
maklumat mengenainya kepada orang ramai melalui cara sebagaimana yang
disebutkan dalam perkara (4) bagi membasmi khurafat-khurafat tersebut. Selain itu,
gerakan dakwah dan penerangan kepada umat Islam perlu dipertingkatkan berhubung
dengan amalan-amalan yang tidak islamik yang boleh menjejaskan kebersihan dan
ketulenan aqidah umat Islam seperti Hari Valentine dan seumpama dengannya.




Rujukan
Buku
1. Islam Agama Rabbani, Dasar Pendidikan Islam Teras, Siri Pendidikan
Guru,Ahmad Mohd Salleh, Mohd Farid Hafidz Ahmad,Oxford Fajar Sdn Bhd,
2008, Selangor Darul Ehsan.
2. Kurikulum, Metodologi Dan Pedagogi Pengajian Islam, Edisi Kedua, Kpli
Pengajian Islam & j-QAF, Siri Pendidikan Guru, Ahmad Mohd Salleh, Oxford
Fajar Sdn Bhd, 2011, Selangor Darul Ehsan.
3. Kriteria-kriteria Ajaran Sesat, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana
Menteri, 1994, Kuala Lumpur.
Kajian dan Jurnal
1. Abdul Fatah @ Haron Ibrahim (1990). Ajaran Sesat, (Koleksi Persidangan
Penyelidikan Sempena Ulang Tahun ke 20 UKM, Bangi).
2. Cawangan Akidah (1999), Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia, Jurnal
Penyelidikan Islam JAKIM, Bil 12.
3. Engku Zaki Engku Alwi (2006). Penyelidikan yang bertajuk Ajaran Sesat Di
Negeri Terengganu: Kajian Terhadap Faktor Penyebaran Dan Langkah
Mengatasinya. Universiti Malaya:Projek Doktor Falsafah
4. Farahwahida Mohd. Yusof & Taupik Lubis Bin H. Ahpas. Persepsi Pelajar
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universisti Teknologi
Malaysia, Skudai Terhadap Ajaran Sesat Di Malaysia. Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
5. Hj. Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari. Ajaran Sesat dan Bahayaanya Terhadap
Agama dan Negara.
6. Mohd Yusof Senik (1993), Kepercayaan Khurafat Tentang Saidina Ali Di
Kalangan Masyarakat Melayu Di Malaysia, Jurnal Usuluddin, Bil 1, 204-215.
7. Ruzita Binti Mat Jamal (2007). Penyelidikan yang bertajuk Persepsi Masyarakat
tentang Ajaran Sesat : Satu Kajian Di Seksyen 19 Barat, Shah Alam, Selangor.
Universiti TeknologiMalaysia : Projek Sarjana Muda

Internet
1. http://catatankehidupan-lokman.blogspot.com/2010/03/ajaran-sesat-di-
malaysia.html diakses pada 14 Ogos 2014.
2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0731&sec=Rencana&pg
=re_10.htm#ixzz39E9tQi1J
Utusan Melayu (M) Bhd diakses pada 15 Ogos 2014.
3. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/ajaran-arifin-bin-muhamad-ayah-pin-0
diakses pada 15 Ogos 2014.
4. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/agama/1715-ajaran-ayah-pin.html
diakses pada 15 Ogos 2014.
5. https://ms-
my.facebook.com/permalink.php?story_fbid=220675544662945&id=1126982154
60679 diakses pada 18 Ogos 2014
6. http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&si
d=379&newlang=mas diakses pada 18 Ogos 2014
7. http://nurinamalinqistina.blogspot.com/2010/08/kajian-ajaran-sesat.html diakses
pada 20 Ogos 2014

Você também pode gostar