BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2012
Dengan rasa syukur saya merakamkan syabas dan tahniah kepada Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas kerana buat julung kalinya berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu , Program Pemulihan Khas ini. Program Pemulihan Khas yang disediakan bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3 M) memerlukan guru Pemulihan Khas yang komited, sabar dan berdaya maju bagi meningkatkan pencapaian murid pemulihan khas dalam pembelajaran. Selaku agen pelaksana, guru Pemulihan Khas perlu menggunakan strategi-strategi tertentu bagi membolehkan murid- murid menguasai kemahiran-kemahiran yang telah dirancang mengikut tahap kebolehan dan keupayaan mereka. Justeru itu, bagi membolehkan murid cepat menguasai kemahiran yang diajar, kaedah dan aktiviti mengajar amat penting dan perlu dipelbagaikan agar pengajaran guru dapat menarik minat murid untuk menguasai kemahiran dengan lebih berkesan. Buku ini dihasilkan sebagai panduan dan cadangan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan buku panduan ini akan mampu membantu guru, khususnya guru-guru pemulihan khas mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan, selaras dan terarah. Di samping itu, saya juga berharap agar buku ini bukan sahaja dapat membantu guru-guru malah turut berguna kepada masyarakat umum khususnya ibu bapa. i Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas
Saya yakin bahawa dalam usaha menerbitkan buku panduan ini memerlukan komitmen, kesungguhan dan kesabaran yang amat tinggi. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada panel yang terlibat atas kejayaan menerbitkan buku panduan ini. Semoga segala usaha dan pengorbanan kita bagi mencapai hasrat melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan negara yang merupakan salah satu agenda nasional yang perlu dikongsi dan dijayakan oleh semua pihak diberkati Tuhan.
BONG MUK SHIN
ii
PENDAHULUAN
Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Pemulihan Khas dihasilkan untuk membantu guru-guru pemulihan khas merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efisyen. Buku ini juga boleh digunapakai oleh guru-guru Bahasa Melayu dan Prasekolah dalam usaha menangani masalah membaca dan menulis di kalangan murid-murid.
Buku ini mengandungi 32 kemahiran asas Bahasa Melayu Program Pemulihan Khas dan ditambah satu lagi kemahiran Prabacaan dan Pratulisan. Ia mengandungi objektif pengajaran, cadangan aktiviti berdasarkan kemahiran- kemahiran tersebut. Objektif pengajaran dinyatakan secara eksplisit agar dapat memudahkan guru-guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru-guru boleh menambah atau mengubah aktiviti berdasarkan keperluan dan kreativiti mereka.
Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Pemulihan Khas ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada guru-guru yang terlibat. Semoga masalah pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan murid dapat dikesan dan ditangani seawal mungkin selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.
iii
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
Kata Alu-aluan i - ii
Pendahuluan iii
Prabacaan dan Pratulisan 1
1. Huruf-huruf vokal 2
2. Huruf-huruf kecil 3
3. Huruf-huruf besar 4
4. Suku kata KV 5
5. Perkataan KV + KV 6 - 7
6. Perkataan V + KV 8 - 9
7. Perkataan KV + KV + KV 10
8. Perkataan KVK 11
9. Suku kata KVK 12
10. Perkataan V + KVK 13
11. Perkataan KV + KVK 14
12. Perkataan KVK + KV 15-16
13. Perkataan KVK + KVK 17
14. Perkataan KV + KV + KVK 18
15. Perkataan KVK +KV+KVK 19
16. Perkataan KVKK 20
17. Sukukata KVKK 21
18. Perkataan KV + KVKK 22
19. Perkataan V + KVKK 23
20. Perkataan KVK + KVKK 24
21. Perkataan KVKK + KV 25 - 26
22. Perkataan KVKK + KVK 27 - 28
23. Perkataan KVKK + KVKK 29 - 30
24. Perkataan KV + KV + KVKK 31
25. Perkataan KV + KVK + KVKK 32
26. Perkataan KVK + KV + KVKK 33
27. Perkataan KVKK + KV + KVK 34
28. Perkataan KV + KVKK + KVK 35
29. Perkataan yang melibatkan diftong dan vokal berganding 36 - 37
30. Perkataan yang melibatkan huruf konsonan bergabung (digraf) 38
31. Membaca dan membina ayat mudah 39
32. Bacaan dan pemahaman 40
Penghargaan
1
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI
Prabacaan dan pratulisan
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. mendiskriminasi bentuk,saiz,warna, arah dan kedudukan objek.
2. mendiskriminasikan jarak
3. menyelaras pergerakan motor mata dan tangan.
4. melakar mengikut arahan guru.
1. Bersoal jawab tentang objek.
2. Memilih objek berdasarkan saiz.
3. Mengecam kedudukan gambar.
4. Menyambung titik-titik pada rajah.
5. Menyambung titik-titik berdasarkan contoh.
6. Mencari dan mewarna objek tersembunyi pada gambar.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. menyebut suku kata V dan KV.
2. membaca perkataan V + KV.
3. menulis perkataan V + KV.
1. Menamakan gambar/benda.
2. Menyebut bunyi vokal dan suku kata V+KV.
3. Mencantumkan suku kata menjadi perkataan V + KV.
4. Membaca perkataanV+KV pada kad imbasan/ carta.
5. Memadankan kad perkataanV+KV dengan gambar.
6. Melengkapkan perkataan V + KV.
7. Menulis perkataanV+KV berdasarkan gambar.
8. Menulis perkataan V+KV yang disebut oleh guru.
9. Melengkapkan ayat dengan perkataan V+KV.
- kad gambar. contoh:
- kad huruf vokal contoh:
a i u e e o 9
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
10. Permainan Bahasa - memancing huruf dan suku kata
- kad suku kata contoh:
- kad perkataan contoh:
- carta perkataan contoh:
- lembaran kerja api ibu alu ela api ibu uli isi ela isu
la si pi bu 10
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
7
Perkataan KV+KV+KV
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. membaca perkataan KV + KV + KV.
2. membina perkataan daripada suku kata KV.
3. Menulis perkataan KV +KV + KV.
1. Bersoal jawab tentang gambar.
2. Mencantum kad suku kata untuk membentuk perkataan.
3. Mengeja dan membaca perkataan KV + KV + KV.
4. Membaca perkataan KV + KV + KV.berdasarkan gambar.
5. Memadankan kad perkataan dengan gambar.
6. Melengkapkan perkataan berdasarkan gambar.
7. Latih tubi mengeja dan membaca ayat.
8. Melengkapkan ayat berdasarkan gambar. Contoh: 1. Haliza ada ________.
2. Mereka beli _______.
- kad gambar contoh:
-kad suku kata contoh:
- kad perkataan contoh:
- lembaran kerja kamera perigi tomato ke re ta ji ru ka ta ko pe 11
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
8
Perkataan KVK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. menyebut perkataan KVK.
2. membaca perkataan KVK.
3. menulis perkataan KVK.
1. Menamakan benda-benda pada carta gambar.
2. Mengeja dan membaca perkataan KVK berpandukan gambar.
3. Mengeja dan membaca perkataan KVK pada kad imbasan/carta.
4. Memadankan perkataan KVK dengan gambar.
5. Menyusun huruf-huruf menjadi perkataan KVK.
6. Melengkapkan perkataan KVK dengan huruf vokal yang sesuai berdasarkan gambar.
7. Menulis perkataan KVK berdasarkan gambar.
8. Menulis perkataan KVK yang didengar.
9. Permainan bahasa. - Pertandingan mencantum puzzle perkataan.
- carta gambar contoh:
- kad huruf
- kad perkataan contoh:
- carta perkataan contoh:
- lembaran kerja kek zip bas sup kek ros sup pen zip jam
12
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
9
Suku kata KVK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. menyebut suku kata KVK.
2. membina suku kata KVK.
3. menulis suku kata KVK berdasarkan gambar.
1. Latih tubi mengeja dan membunyikan suku kata KVK.
2. Membaca suku kata KVK pada carta suku kata.
3. Membina suku kata KVK daripada huruf-huruf.
4. Mewarnakan suku kata KVK yang sama.
5. Menulis suku kata KVK yang disebut.
6. Latih tubi menyebut suku kata KVK berdasarkan huruf vokal.
Contoh:
bak lin suh kar tih run las sik sut
- kad huruf
- kad suku kata
-carta suku kata
k b a bak cin ter rus bak lok sih cin buh bar put wak doh ter lit ber rus kok sek
13
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
10.
Perkataan V + KVK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. mengeja perkataan V+KVK.
2. membaca perkataan V+KVK.
3. menulis perkataan V+KVK berpandukan gambar.
1. Menamakan gambar dan bersoal jawab.
2. Membunyikan huruf vokal dan menyebut suku kata KVK yang ditunjukkan.
3. Memadankan huruf vokal dan suku kata KVK menjadi perkataan berdasarkan gambar.
4. Membaca perkataan V+KVK pada kad/carta.
5. Melengkapkan suku kata berpandukan gambar. Contoh:
i_____ ( tik , tak )
( a , u ) ____yam
6. Menulis perkataanV+KVK berpandukan gambar.
7. Permainan Bahasa - Kad Padanan. 8. Latih tubi mengeja dan membaca perkataan V+KVK.
-kad gambar.
- kad suku kata
- kad perkataan
a ren lar u o yam m obor ikan epal ubat i tik 14
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
11.
Perkataan KV+KVK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. mengeja suku kata KV dan suku kata KVK.
2. membaca perkataan KV+KVK.
3. menulis perkataan KV+KVK.
1. Menamakan gambar yang ditunjukkan.
2. Membunyikan suku kata KV dan suku kata KVK.
3. Latih tubi mengeja dan membaca perkataan KV+KVK.
4. Memadankan kad suku kata untuk membentuk perkataan KV+KVK.
5. Melengkapkan perkataan KV+KVK dengan suku kata yang sesuai.
6. Memadankan perkataan KV+KVK dengan gambar.
7. Menulis semula perkataan KV+KVK berpandukan gambar.
8. Menulis perkataan KV+KVK yang disebut.
9. Permainan Bahasa. - Teka Silang Kata.
- kad gambar
- kad suku kata
- kad gambar dan kad suku kata
li kok pas ki po lin kok po
15
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
12
Perkataan KVK+KV
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. mengeja suku kata KVK dan suku kata KV.
2. membaca perkataan KVK+KV.
3. menulis perkataan KVK+KV.
1. Menamakan gambar yang ditunjukkan oleh guru.
2. Mengeja suku kata KVK dan suku kata KV yang ditunjukkan.
3. 3. Mencantumkan kad suku kata 4. KVK+KV menjadi perkataan 5. berdasarkan gambar.
4. Mengeja dan membaca perkataan KVK+KV.
5. Menulis perkataan KVK+KV daripada kad suku kata yang dicantumkan.
6. Menulis perkataan KVK+KV berpandukan gambar.
7. Menulis perkataan KVK+KV yang disebut.
8. Membina ayat mudah daripada perkataan KVK+KV.
- kad gambar - kad suku kata
- CD interaktif - kad perkataan
- kad gambar dan kad suku kata.
kanta lampu garpu pintu lem bu tu pin jam bu
lembu 16
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
9. Membaca petikan dengan bimbingan guru.
10. Menjawab soalan pemahaman yang berkaitan dengan petikan.
Contoh:
1. Ini apa?
2. Ini jambu apa?
3. Jambu madu rasa apa?
4. Apakah warna jambu madu?
- kad suku kata
-contoh kad cerita
Jambu madu
Ini jambu. Ini jambu madu. Jambu madu rasa manis. Jambu madu warna merah.
jam bom kun ci lem bu ba bu 17
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
13
Perkataan KVK+KVK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. menyebut perkataan KVK+KVK.
2. membaca perkataan KVK+KVK
3. menulis perkataan KVK+KVK
1. Membaca perkataan KVK+KVK yang ditunjukkan oleh guru.
2. Membentuk perkataan KVK+KVK daripada kad suku kata KVK yang diberi.
3. Latih tubi mengeja dan membaca perkataan KVK+KVK.
4. Menyalin semula perkataan KVK+KVK.
5. Menulis perkataan KVK+KVK berpandukan gambar.
6. Memadankan perkataan KVK+KVK dengan gambar.
7. Mewarnakan perkataan KVK+KVK.
8. Permainan bahasa. Contoh: Murid kumpulan A menunjukkan gambar manakala murid kumpulan B akan mengeja dan sebaliknya.
- kad suku kata.
- kad perkataan
- lembaran kerja
sambal tandas sumpit cin cin sam pah ram but 18
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
14
Perkataan KV+KV+KVK
Pada akhir pengajaran dan pelajaran murid dapat:
1. membunyi suku kata KV+KV+KVK dengan betul.
2 membaca perkataan KV+KV+KVK dengan betul.
4. menulis perkataan KV+KV+KVK yang disebutkan oleh guru.
1. Menamakan gambar KV+KV+KVK.
2. Menyebut perkataan KV+KV+KVK.
3. Melengkapkan perkataan KV+KV+KVK dengan suku kata yang betul.
4. Membaca perkataan KV+KV+KVK yang ditunjukkan.
5. Latih tubi menulis perkataan KV+KV+KVK dengan cara yang betul pada buku garis empat.
6. Melengkapkan perkataan KV+KV+KVK dengan suku kata yang betul pada lembaran kerja.
7. Nyanyian lagu kanak-kanak. Contoh: Lagu Bunyi Telefon
-CD Interaktif -gambar -kad suku kata -kad perkataan
sekolah kelawar telefon basikal selekoh pelajar
- buku garis empat. - lembaran kerja. 19
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
15
Perkataan KVK+KV+KVK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. mengeja dan menyebut perkataan KVK+KV+KVK.
2. membaca perkataan KVK+KV+KVK dengan betul.
3. menulis perkataan KVK+KV+KVK yang disebutkan oleh guru.
1. Menamakan gambar yang ditunjukkan oleh guru.
2. Melengkapkan perkataan KVK+KV+KVK dengan suku kata yang betul.
3. Membunyikan perkataan KVK+KV+KVK yang ditunjuk oleh guru.
4. Memadankan gambar dengan perkataan KVK+KV+KVK yang diberi.
5. Membaca perkataan KVK+KV+KVK.
6. Menulis perkataan KVK+KV+KVK daripada kad yang diimbas/ditunjuk oleh guru.
7. Permainan Bahasa. -Kotak Beracun
- Kad imbasan. - rambutan - tempayan - jambatan - cempedak - komputer
- buku garis empat. Contoh:
rambutan
- kad gambar.
- lembaran kerja Contoh: cen wan
20
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
16
Perkataan KVKK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. membaca perkataan KVKK.
2. membina perkataan KVKK.
3. menulis perkataan KVKK .
1. Bersoal jawab tentang gambar.
2. Latih tubi mengeja dan membaca perkataan KVKK berpandukan gambar.
3. Menyusun huruf-huruf yang diberi supaya menjadi perkataan KVKK yang betul.
4. Membaca perkataan KVKK pada kad perkataan.
5. Memadankan perkataan KVKK dengan gambar.
6. Menulis perkataan KVKK berpandukan gambar.
7. Menulis perkataan KVKK yang disebutkan.
8. Permainan bahasa. -Teka Silang Kata
- kad gambar contoh:
wang
- kad perkataan
- kad silang kata
wang wang gong tong jong 21
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
17
Suku kata KVKK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. menyebut suku kata KVKK.
2. membaca suku kata KVKK.
3. menulis suku kata KVKK.
1. Mengeja suku kata KVKK dengan menggunakan kad lipat.
2. Membaca suku kata KVKK berdasarkan kad suku kata.
3. Latih tubi mengeja dan membunyikan suku kata KVKK.
4. Memadankan kad suku kata KVKK yang sama.
5. Menulis suku kata KVKK yang didengar.
6. Menulis suku kata KVKK berdasarkan huruf vokal. contoh: a u i e o bang cung king leng tong kang dung ning peng song yang pung ting deng long
7. Menyediakan Buku Skrap. Contoh: - menggunting kad suku kata KVKK dan menampal pada buku skrap.
-kad lipat
-kad suku kata
-carta suku kata
lang sung ding pong meng rang bang rung cing beng bong 22
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
18
Perkataan KV + KVKK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. menyebut suku kata KV+KVKK.
2. membaca perkataan KV+KVKK.
3. menulis perkataan KV+KVKK.
1. Bersoal jawab berkaitan gambar.
2. Latih tubi mengeja dan membunyikan suku kata KV+KVKK secara kumpulan dan individu.
3. Memadankan suku kata untuk membina perkataan KV+KVKK.
4. Suai padan perkataan KV+KVKK dengan gambar.
5. Latih tubi membaca kad perkataan KV+KVKK.
6. Melengkapkan perkataan KV+KVKK dengan suku kata yang sesuai.
7. Menulis perkataan KV+KVKK berdasarkan gambar yang diberi.
8. Permainan bahasa. - Roda Impian
- kad gambar
-kad perkataan
-kad suku kata
-lembaran kerja
Suaikan
sotong so tong ku cing kucing pasang pisang pusing 23
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
19
Perkataan V+KVKK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. mengeja dan menyebut perkataan V+KVKK.
2. membaca perkataan V+KVKK.
3. menulis perkataan V+KVKK berpandukan gambar
1. Bersoal jawab mengenai gambar. . 2. Menyebut suku kata V+KVKK.
3. Latih tubi mengeja dan membaca perkataan V+KVKK.
4. Memadankan huruf vokal dengan suku kata KVKK bagi membentuk perkataan.
5. Menyusun huruf-huruf untuk Membentuk perkataan V+KVKK.
6. Menyalin semula perkataan V+KVKK daripada kad imbasan.
7. Melengkapkan perkataan V+KVKK dengan suku kata yang sesuai.
8. Menulis perkataan V+KVKK berdasarkan gambar.
-kad gambar
-kad suku kata/kad abjad
-kad / carta perkataan
-lembaran kerja
o r g d a n u s
orang dang ggg o u rang abang usung 24
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
20
Perkataan KVK+KVKK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. menyebut suku kata KVK+KVKK.
2. membaca perkataan KVK+KVKK.
3. menulis perkataan berdasarkan gambar.
1. Bersoal jawab mengenai gambar.
2. Menyebut suku kata KVK dan suku kata KVKK.
3. Latih tubi mengeja dan membaca perkataan KVK+KVKK.
4. Memadankan kad suku kata menjadi perkataan KVK+KVKK.
5. Memadankan kad perkataan KVK+KVKK dengan gambar.
6. Menulis perkataan KVK+KVKK berpandukan gambar.
7. Melengkapkan ayat dengan perkataan KVK+KVKK berpandukan gambar.
8. Menjawab pantun teka teki. Contoh: Berkelip-kelip bukannya api, Cantik kelihatan di langit tinggi, Ia muncul di malam hari, Cubalah adik beritahu kami.
-kad gambar
-kad suku kata
-kad perkataan
-lembaran kerja
-CD Interaktif kam bang tang bin kum bing kumbang kambing bintang 25
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
21
Perkataan KVKK+KV
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. membaca perkataan KVKK + KV.
2. membaca ayat mudah.
3. menulis perkataan KVKK+KV
4. menulis ayat berdasarkan gambar.
1. Menamakan benda atau gambar.
2. Mengeja dan membunyikan suku kata KVKK dan suku kata KV .
3. Memadankan kad suku kata menjadi perkataan KVKK+KV.
4. Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan KVKK+KV yang ditunjukkan.
5. Menulis perkataan KVKK+KV berdasarkan gambar yang diberi.
6. Membaca ayat-ayat mudah.
7. Menulis perkataan KVKK+KV berdasarkan gambar yang diberi.
contoh: -kad suku kata
contoh -kad perkataan
tang ka nang ga tangga nangka bang ku
bangku mangga 26
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
8. Menjawab soalan pemahaman berdasarkan kad ayat.
Contoh soalan:
1. Rumah Ali ada apa?
2. Siapa tanam pokok nangka?
3. Siapa cat bangku kayu?
- kad ayat
Rumah Ali ada tangga batu.
Zahari tanam pokok nangka.
Abang cat bangku kayu itu.
27
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
22
Perkataan KVKK+KVK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. membaca perkataan KVKK+KVK.
2. membaca ayat.
3. menulis perkataan KVKK+KVK berdasarkan gambar.
1. Menamakan benda maujud atau gambar.
2. Mengeja dan membunyikan suku kata.
3. Memadankan kad suku kata menjadi perkataan KVKK+KVK.
4. Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan KVKK+KVK yang ditunjukkan.
5. Melengkapkan perkataan KVKK+KVK berdasarkan gambar.
6. Memadankan perkataan KVKK+KVK dengan gambar.
7. Menulis perkataan KVKK+KVK berdasarkan gambar.
8. Membaca ayat-ayat mudah.
- kad suku kata
- kad perkataan
ting kuk mang kap kat tong tongkat kap ting tingkap mangkuk kuk mang 28
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
1. Menjawab soalan pemahaman berdasarkan kad ayat .
Contoh soalan :
1. Basir membuka apa?
2. Apakah warna mangkuk kaca?
3. Siapa guna tongkat baru?
- contoh ayat:
1. Basir membuka tingkap rumah datuk.
2. Rosli membeli mangkuk kaca berwarna merah.
3. Datuk guna tongkat baru.
29
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
23
Perkataan KVKK+KVKK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. membaca perkataan KVKK+KVKK .
2. mencerakinkan perkataan.
3. menulis perkataan KVKK+KVKK.
.
1. Menamakan gambar dan bersoal jawab.
2. Mengeja dan membunyikan suku kata KVKK+KVKK.
3. Memadankan kad suku kata menjadi perkataan KVKK+KVKK .
4. Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan KVKK+KVKK yang ditunjukkan.
5. Memadankan perkataan KVKK+KVKK dengan gambar.
6. Mencerakinkan perkataan KVKK+KVKK.
7. Menulis perkataan KVKK+KVKK.
8. Membaca ayat-ayat mudah.
- kad suku kata
- kad perkataan
kang kang long king jeng jengking kung kang kangkung longkang kung kang long 30
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
9. Melengkapkan ayat.
10. Menjawab soalan pemahaman mudah.
11. Menulis ayat-ayat atau petikan pendek.
12. Pengukuhan. -peta minda
Contoh ayat:
1. Emak masak kangkung.
2. Abang cuci longkang.
31
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
24
Perkataan KV+KV+KVKK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. membaca perkataan KV+KV+KVKK.
2. .menulis perkataan KV+KV+KVKK berdasarkan gambar.
3. menulis ayat.
.
1. Menamakan gambar .
2. Mengeja dan membunyikan suku kata KV dan KVKK.
3. Memadankan kad suku kata menjadi perkataan yang bermakna.
4. Melengkapkan perkataan
5. Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan yang dipaparkan.
6. Menulis perkataan berdasarkan gambar. . 7. Membaca ayat-ayat mudah.
8. Melengkapkan ayat.
9. Menjawab soalan kefahaman.
10. Menulis ayat-ayat yang telah dibaca.
- kad suku kata
- kad perkataan
contoh ayat:
1. Murad membeli teropong baru.
2. Semalam Fuzi menangkap belalang.
3 Razali membawa senapang ke ladang.
be lang la se dang la belalang be lang la seladang se dang la 32
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
25
Perkataan KV+KVK+KVKK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. membaca perkataan KV+KVK+KVKK.
2. menulis perkataan KV+KVK+KVKK.
3. melengkapkan ayat.
1. Menamakan gambar .
2. Mengeja dan membunyikan suku kata.
3. Memadankan kad suku kata menjadi perkataan KV+KVK+KVKK .
4. Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan KV+KVK+KVKK yang ditunjukkan.
5. Menulis perkataan KV+KVK+KVKK.
6. Membaca ayat-ayat mudah.
7. Melengkapkan ayat.
8. Menjawab soalan pemahaman mudah.
9. Menulis ayat-ayat yang telah dipelajari.
- kad suku kata
- kad perkataan
Contoh ayat:
1. Belimbing besi rasa masam.
2. Pelampung adik berwarna merah.
3. Kapal itu ada serombong.
be bing lim pe pung lam pelampung pe pung lam belimbing be bing lim 33
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
26
Perkataan KVK+KV+KVKK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1. membaca perkataan KVK+KV+KVKK.
2. menulis perkataan KVK+KV+KVKK.
3. membaca ayat KV+KVK+KVKK
4. menulis ayat KV+KVK+KVKK
1. Menamakan gambar dan bersoal jawab.
2. Mencantumkan kad suku kata KV+KVK+KVKK menjadi perkataan . contoh :
3. Melengkapkan perkataan KV+KVK+KVKK dengan suku kata yang sesuai berpandukan gambar.
4. Membaca perkataan KVK+KV+KVKK.
5. Menulis perkataan KV+KVK+KVKK berdasarkan gambar.
6. Melengkapkan ayat dengan perkataan KVK+KV+KVKK.
7. Menyusun perkataan KV+KVK+KVKK menjadi ayat yang betul.
-kad gambar
-kad perkataan contoh :
- kad - kad ayat - lembaran kerja. Contoh :
Bapa seorang pemborong ikan. tempurung pembilang pendayung tem pu pem bo rung rong pemborong seorang ikan bapa 34
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
27
Perkataan KVKK + KV + KVK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. membaca perkataan KVKK+KV+KVK.
2. mencerakinkan perkataan kepada suku kata.
3. menulis perkataan KVKK+KV+KVK
1. Menamakan gambar dan bersoal jawab.
2. Memadankan suku kata menjadi perkataan berpandukan gambar.
3. Membaca perkataan KVKK+KV+KVK .
4. Melengkapkan perkataan KVKK+KV+KVK dengan suku kata yang betul berdasarkan gambar.
5. Mencerakinkan perkataan KVKK+KV+KVK kepada suku kata. Contoh : tengkorak
6. Menulis perkataan KVKK+KV+KVK berdasarkan gambar.
7. Menulis ayat mudah.
- kad gambar
- kad suku kata
- kad lipat
- kad perkataan
contoh:
- lembaran kerja
tengkorak bungkusan rak ko teng 35
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
28
Perkataan KV+KVKK+KVK
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. membaca perkataan KV+KVKK+KVK.
2. menulis perkataan KV+KVKK+KVK.
3. menulis ayat dengan teknik yang betul.
1. Menamakan gambar dan bersoal jawab.
2. Membunyikan suku kata.
3. Memadankan suku kata menjadi perkataan KV+KVKK+KVK.
4. Membaca perkataan KV+KVKK+KVK.
5. Mencerakinkan perkataan KV+KVKK+KVK kepada suku kata yang diberi.
6. Melengkapkan perkataan KV+KVKK+KVK dengan suku kata yang sesuai.
7. Menulis perkataan KV+KVKK+KVK yang disebut.
8. Membaca ayat mudah
9. Melengkapkan ayat dengan perkataan KV+KVKK+KVK.
10. Menulis ayat mudah.
- kad gambar
- kad suku kata
- kad perkataan
contoh:
perangkap merangkak belangkas 36
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
29
Perkataan yang melibatkan diftong dan vokal berganding
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. menyebut suku kata diftong.
2. membina perkataan diftong dan vokal berganding dengan huruf yang sesuai.
3. membaca perkataan diftong dan vokal berganding.
4. menulis perkataan diftong dan vokal berganding.
1. Mengeja suku kata diftong/ vokal berganding.
2. Latih tubi membaca perkataan diftong/ vokal berganding.
3. Menggabung suku kata diftong dengan kad suku kata KV/ kad VV dengan kad huruf menjadi perkataan.
4. Membaca ayat yang mengandungi diftong/ vokal berganding.
5. Menulis perkataan diftong dan vokal berganding berpandukan gambar.
6. Memadankan perkataan diftong/ vokal berganding dengan gambar
7. Melengkapkan ayat dengan perkataan diftong atau vokal berganding yang sesuai.
8. Menulis perkataan yang disebut oleh guru.
- kad suku kata diftong dan KV
- kad perkataan diftong contoh:
- kad VV
- kad huruf
l h k s b t kai lau loi bai pisau kaloi pantai pulau ua au u ui 37
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
- kad perkataan
- kad ayat
Pegawai itu makan kuih di gerai Mak Kiah.
laut buah kuih saat lauk tuah buih taat 38
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
30
Perkataan yang melibatkan huruf konsonan bergabung (digraf)
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. menyebut suku kata yang melibatkan huruf konsonan bergabung.
2. membaca perkataan yang melibatkan huruf konsonan bergabung.
3. menulis perkataan yang melibatkan huruf konsonan bergabung.
1. Menamakan gambar dan bersoal jawab.
2. Latih tubi membunyikan suku kata digraf.
3. Memadankan suku kata digraf menjadi perkataan bermakna.
4. Melengkapkan perkataan digraf dengan suku kata yang sesuai.
5. Membaca perkataan yang melibatkan digraf.
6. Membaca ayat yang mengandungi perkataan digraf.
7. Menulis perkataan digraf.
8. Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.
-kad gambar
-carta suku kata
nga ngi ngu nge ngo nya nyi nyu nye nyo sya syi syu sye syo kha khi khu khe kho gha ghi ghu ghe gho
- carta perkataan
nganga nyanyi syarat Khamis ghazal
- kad ayat
Bunga ini ungu.
Nyonya suka menyanyi.
39
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
31
Membaca dan membina ayat mudah
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. membaca ayat mudah dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. menulis ayat mudah.
3. membina ayat mudah.
1. Bersoal jawab berpandukan gambar.
2. Membina ayat secara lisan berpandukan perkataan dan gambar.
3. Menyusun perkataan menjadi ayat berdasarkan gambar.
4. Membaca ayat mudah.
5. Mengungkapkan ayat berirama dengan intonasi yang betul. (pantun, gurindam, syair, nazam)
6. Melengkapkan ayat dengan perkataan yang betul.
7. Menulis ayat berpandukan gambar atau perkataan. - ayat tunggal - ayat majmuk
- kad gambar situasi
- kad perkataan
- carta pantun
- lembaran kerja
bermain pantai petang seronok Ceri, nona, ciku, duku, Mari kita baca buku 40
BIL KEMAHIRAN OBJEKTIF AKTIVITI BAHAN
32
Bacaan dan pemahaman
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. mencerita semula petikan yang dibaca.
3. menjawab soalan pemahaman.
1. Membaca buku cerita.
2. Bersoal jawab berpandukan cerita yang telah dibaca.
3. Melengkapkan petikan yang diberi dengan perkataan yang betul.
4. Menyusun ayat mengikut urutan yang betul berpandukan gambar bersiri.
5. Membina ayat-ayat berdasarkan gambar tunggal.
6. Menyusun perkataan menjadi ayat yang betul.
7. Mencantumkan keratan ayat menjadi ayat yang betul.
8 Menjawab soalan pemahaman.
9. Pertandingan bacaan mekanis
10.Lakonan/ simulasi/ main peranan berdasarkan situasi.