Você está na página 1de 19

1

Pengenalan

Keselamatan bengkel adalah penting kerana melibatkan manusia yang
melakukan kerja di tempat tersebut. Bagi memastikan proses keselamatan dapat
diurus dan dilaksanakan dengan efektif, Stanton dan Willenbrock (1990)
menyarankan aspek keselamatan mesti dijadikan sebahagian daripada amalan
dan aktiviti sesebuah organisasi. Mereka mencadangkan proses ini mesti
disepadukan dengan sistem pengurusan dan perancangan organisasi, bukannya
dilaksanakan dalam bentuk program tambahan kepada aktiviti pengurusan yang
sedia ada.
Oleh hal yang demikian, guru pelatih yang mengambil kursus RBT 3123
seharusnya tahu dengan jelas tentang pengurusan dan keselamatan bengkel.
Hal ini merangkumi keseluruhan tajuk dalam pengurusan bengkel iaitu prinsip-
prinsip pengendalian dan pengurusan bengkel, punca dan pencegahan
kemalangan, pengurusan kewangan dan pengendalian bahan, reka bentuk
bengkel yang berkesan, permasalahan pengurusan bengkel, cadangan
mengatasi masalah dan laporan berkaitan pengurusan bengkel dan amalan
keselamatan bengkel.

Oleh itu, bagi memastikan objektif kursus ini tercapai, guru pelatih telah diberi
tugasan kerja kursus pendek yang merangkumi hal-hal berkaitan pengurusan
dan amalan keselamatan bengkel untuk disiapkan dalam masa lebih kurang dua
bulan melalui sesi lawatan ke bengkel atau industri yang berkaitan.

2

LAPORAN LAWATAN KE PUSAT PERKHIDMATAN TAYAR SIN CHU HIN
SENDIRIAN BERHAD
Oleh : Muhammad Safwan Bin Mahadi

Pengurusan keselamatan bengkel (RBT 3123) merupakan subjek wajib bagi
pelajar Reka Bentuk dan Teknologi semester 6. Satu tugasan kerja kursus telah
digubal bagi memenuhi keperluan subjek tersebut. Melaluinya, kami ditugaskan
untuk membuat lawatan ke bengkel atau industri yang berkenaan. Oleh itu, saya
telah memilih untuk melakukan lawatan ke Pusat Perkhidmatan Tayar Sin Chun Hin
Sendirian Berhad yang terletak di Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor.
Saya telah melakukan lawatan ini bersama-sama beberapa orang rakan
pelajar lain. Proses pertama adalah menghantar surat memohon kebenaran
daripada pihak pengurusan bengkel untuk mengelakkan kehadiran kami
menimbulkan sebarang masalah kepada pemilik bengkel. Setelah mendapat
maklum balas positif tarikh yang ditetapkan adalah pada 20 September 2014
bersamaan hari sabtu pada pukul 11.30 pagi. Tarikh tersebut dipilih untuk kerana
cuti hujung minggu. Lawatan ini dijangkakan akan berlangsung selama sejam bagi
memastikan kami dapat mencapai tujuan asal kami.
Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk melihat secara dekat
bagaimana bengkel yang dilawat menguruskan bengkel tersebut termasuklah dari
aspek keselamatan. Lawatan ini wajib dilakukan memandangkan persoalan yang
diberikan hanya akan dapat dijawab dengan melihat sendiri keadaan sesebuah
bengkel. Perkara-perkara yang menjadi perhatian utama semasa melakukan
lawatan ini adalah pengetahuan di dalam aspek keselamatan, mengenal pasti punca
kemalangan dan cara mencegahnya, amalan keselamatan yang dipraktikkan,
melihat wujudnya organisasi atau struktur kerja di bengkel tersebut, pengendalian
bahan, alatan dan mesin serta penjagaan tempat kerja yang bersih, tersusun dan
kemas. Hasil pemerhatian dan penelitian semasa lawatan yang dibuat akan
dipersembahkan dalam bentuk laporan untuk dinilai oleh pensyarah.

3








Gambar 1 : pandangan dari bahagian hadapan bengkel


Seperti yang dipersetujui, pada masa yang berkenaan, kami tiba di tempat
yang ingin dilawati. Pemilik bengkel tersebut telah bersiap sedia menerima
kehadiran kami kerana sudah sedia maklum. Keadaan beliau ketika itu juga tidak
sibuk memandangkan tiada pelanggan semasa kami tiba. Tanpa membuang masa,
saya memulakan sesi lawatan dengan temu bual bersama pemilik, Encik Sin Chu
Hin. Perkara pertama yang kami utarakan kepada beliau adalah mengenai tahap
keselamatan di bengkel milik beliau sepanjang bengkel tersebut beroperasi. Beliau
menyatakan bengkel beliau amat menitik beratkan tahap keselamatan untuk
sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik dan tidak mendatangkan bahaya
kepada para pekerja termasuk diri beliau. Walaubagaimanapun, beliau turut
menyatakan bahawa tahap keselamatan yang baik perlu sentiasa diperbaiki waima
perkara-perkara yang kecil bagi mengelakkan sebarang perkara diluar jangkaan
dapat dielakkan. Beliau juga berpendapat tahap keselamatan sesebuah bengkel
bukan sahaja dipikul oleh pemilik atau peraturan yang ditetapkan tetapi bergantung
juga kepada diri seseorang pekerja itu. Hal ini kerana jika seseorang pekerja itu tidak
mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan, ia bukan sahaja
mendatangkan bahaya kepada individu tersebut sahaja malah turut memberikan
kesan kepada orang yang berada di sekeliling beliau menyimpulkan bahawa bengkel
beliau adalah selamat secara keseluruhannya.
4


Namun begitu, beliau juga tidak menolak kemalangan boleh berlaku bila-bila
masa di dalam kawasan bengkel beliau walaupun peraturan-peraturan semasa di
berada bengkel telah dinyatakan. Saya kemudiannya bertanyakan mengenai punca-
punca berlakunya kemalangan di bengkel. Beliau menyatakan terdapat banyak
punca yang boleh menjdai sebab kepada berlakunya satu-satu kemalangan.
Antaranya keadaan bengkel yang tidak kemas dan berserabut boleh mendatang
kecederaan kepada pekerja. Beliau memberi contoh alatan tangan yang tidak
dikemas boleh mendatangkan kecederaan jika dipijak secara tidak sengaja. Hal ini
juga akan menjadi lebih bahaya jika melibatkan mesin kerana seperti yang kita sedia
maklum mesin merupakan alatan yang berkuasa tinggi untuk memudahkan kerja
boleh mendatangkan bahaya jika tidak dikendalaikan dengan betul.
Gambar 2 : keadaan mesin di bengkel

Beliau juga mengatakan bahawa kemalangan berkaitan alatan dan mesin
boleh berlaku berdasarkan beberapa sebab. Sebab yang pertama adalah tidak
membuat pemeriksaaan terhadap peralatan sebelum digunakan. Pemeriksaan
alatan sebelum digunakan penting bagi memastikan alatan tersebut berfungsi dalam
5

keadaan baik dan tidak akan menjadi penyebab kepada sebarang perkara yang
tidak diingini. Paling penting seseorang pekerja yang ingin mengendalikan mesin
perlulah tahu mengendalikan alatan dengan cara yang betul. Perkara ini penting
kerana sekiranya berlaku jika perkara diluar jangka, pekerja tersebut dapat
mengendalikan alatan tersebut serta mengelakkan kecederaan kepada diri sendiri
dan orang disekeliling. Selain itu susun atur alatan dan mesin juga boleh
menyebabkan berlakunya kemalangan. Adalah menjadi perkara biasa minyak
daripada kereta pelanggan yang datang menitik ke lantai. Jika tidak dibersihkan
akan menyebabkan sesiapa sahaja yang memijak tumpahan minyak tersebut akan
tergelincir dan tercedera. Minyak tersebut juga kadang-kala datang daripada
penggunaan mesin yang rosak yang mana akan turut memberikan risiko yang sama.
Kemudiannya, beliau memperincikan lagi bagaimana perlatan dan mesin yang
terdapat di dalam bengkel perlu disusun dengan baik dan teratur. Perkara ini
merupakan perkara yang sangat dititik beratkan kerana susun atur peralatan yang
tidak kemas contohnya akan menyebabkan alatan tersebut sukar untuk dicari jika
hendak digunakan. Beliau juga menyebut sekali lagi bahawa alatan tangan yang
bersepah akan turut mendatangkan bahaya. Susun atur bengkel merupakan perkara
pertama yang perlu difikirkan oleh setiap pemilik yang ingin membuka bengkel.

Gambar 3 : kedudukan mesin alligment
6



Susun atur yang tidak baik atau tidak sesuai akan menyukarkan kerja serta boleh
mengakibatkan kemalangan semasa kerja. Oleh itu, susun atur alatan serta mesin
perlulah dirangka agar bersesuai dengan kerja yang ingin dilakukan dan kondusif
untuk melakukan kerja.
Beliau juga tidak menolak Faktor Manusia (human factor) juga merupakan punca
kepada berlakunya kemalangan. Tahap pembangunan seseorang pekerja akan
menentukan keadaan keselamatan sesebuah bengkel. Semua pekerja mesti
memiliki pengetahuan mengenai peraturan dan prosedur keselamatan (domain
kognitif), dan memiliki sikap dan nilai yang diperlukan untuk mengaplikasikan
pengetahuan tersebut (domain afektif). Tahap kemahiran pekerja akan memastikan
aktiviti-aktiviti dilakukan dengan selamat (domain psikomotor). Walau
bagaimanapun, majikan memainkan peranan penting dan bertanggungjawab untuk
merancang, mengawal dan mewujudkan suasana selamat dalam bengkel. Faktor
utama yang menyebabkan kecederaan adalah perlakuan manusia yang tidak
mematuhi arahan-arahan keselamatan dan prosedur melakukan kerja yang telah
ditetapkan.

Gambar 4 : kawasan kerja kerani
7

Jika diperincikan lagi, kecuaian yang berpunca daripada manusia seperti kurang
memberi tumpuan kepada kerja atau mengelamun ketika bekerja juga boleh
mengakibatkan kemalangan. Disamping itu, masalah disiplin juga menjadi punca
kepada kepada berlakunya kemalangan. Contoh masalah disiplin yang pernah
pemilik bengkel hadapi adalah bergurau secara kasar semasa bekerja, gagal
mematuhi peraturan yang ditetapkan, serta suka mengambil jalan pintas. Selain itu
masalah kesihatan pekerja jika tidak diambil kira mampu mendatangkan
kecedaraan. Contohnya pekerja yang letih, mengantuk dan kurang sihat akan
terganggu sedikit fokus dan emosi mereka untuk kerja dan hal ini akan
menyebabkan perkara yang tidak diingini boleh berlaku jika tidak dikawal.



Gambar 5 : pekerja sedang berehat

Pemilik kedai juga risau jika pekerja tidak mendapat rehat yang secukupnya kerana
akibat daripada kurang rehat, akan timbul masalah susulan serta akan
mengakibatkan kemalangan.

8

Kami kemudiannya meminta izin membuat pemerhatian di dalam bengkel untuk
melihat keadaan bengkel dengan lebih dekat. Saya dapati terdapat beberapa papan
tanda dipasang di dinding dan mesin yang digunakan bagi memberi peringatan dan
mencegah daripada berlakunya kemalangan.










Gambar 6 : papan tanda pemadam api
Gambar 7 : papan tanda UTAMAKAN KESELAMATAN
9

















Gambar 8 : meniliti keadaan mesin
Gambar 9 : alat pemadam api
10


























Gambar 12 : tanda keselamatan pada mesin

Gambar 10 : tanda keselamatan pada mesin
Gambar 11 : tanda keselamatan pada mesin
11

Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan, saya dan rakan-rakan dapt melihat
terdapatnya papan dan pelekat tanda keselamatan yang dilekatkan. Pemilik kedai
menjelaskan ia merupakan salah satu daripada langkah untuk membari amaran
awal atau peringatan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. Setiap tanda
diletakkan disudut dan tempat yang sesuai bagi memastikan ia mudah dilihat
ditambah pula dengan warna yang terang.
Saya juga melihat alatan dan bahan-bahan disusun dengan kemas pada rak
seperti yang dapat dilihat dalam gambar di bawah.



Gambar 13 : bahan dan alatan yang disusun
12

Daripada maklum balas pemilik bengkel, beliau menyatakan bahawa setiap pekerja
juga diwajibkan untuk mematuhi setiap peraturan dan tanda-tanda yang ditetapkan
kerana jika pekerja dapat mematuhinya, ia sama seperti selangkah menjauhkan diri
daripada kemalangan atau kejadian yang tidak diingini.
Kawasan tempat kerja juga dipastikan bersih dan teratur, selari dengan
amalan keselamatan yang diamalkan oleh pengurusan kedai. Melihat kepada
keadaan bengkel, saya mendapati benkgel tersebut bersih dan setiap barang atai
stok disusun kemas di rak serta tempat yang telah ditetapkan.



Gambar 14 : stok tayar
13



Gambar 15 : alatan tangan (sepana)
Gambar 16 :stok rim tayar
14




melalui pemerhatian yang dibuat, dapat dilihat
bagaimana susun atur yang telah dibuat di dalam
bengkel yang membuatkan bengkel ini kelihatan
kemas dan teratur. Seterusnya menjadikan
bengkel ini kondusif untuk pekerja bekerja.







Gambar 17 : alatan yang disimpan didalam bekas yang dikhaskan
Gambar 18 : stok alat ganti kereta
15

Setelah itu, saya mendapatkan kembali pemilik bengkel untuk melontarkan
pertanyaan kepada beliau mengenai organisasi bagi memenuhi kehendak soalan
tugasan. Beilau menyatakan bahawa organinsasi yang digunakan adalah ringkas
memandangkan operasi bengkel mereka berskala kecil.Organisasi yang digunakan
mungkin juga sama seperti bengkel lain. Bagi bengkel beliau, orang berada paling
atas adalah beliau sendiri selaku pemilik, dibantu oleh seorang kerani dan tiga orang
formen. Beliau bertanggungjawab terhadap segala hal yang berlaku dan
memastikan perniagaan berjalan lancar di samping memantau kerja-kerja yang
dilakukan oleh para pekerja. Kerani pula melakukan tugas-tugas pengkeraniaan
termasuklah mengira stok dan inventori. Formen atau mekanik pula bertindak
sebagai tenaga kerja pembaik pulih kenderaan pelanggan.

Pemilik
Mekanik Mekanik Mekanik
Kerani
Rajah 1 : carta organisasi bengkel
16

Beliau juga turut menambah bahawa setiap kerja yang berlaku akan berjalan
dengan lancar jika masing-masing melakukan tugas yang telah ditetapkan dengan
sebaik mungkin dan tidak akan timbul masalah yang tidak diingini. Secara
keseluruhan, lawatan ringkas yang dilaksanakan ini memerlihatkan sebuah bengkel
yang diruskan dengan baik. Tidak kira dari aspek keselamatan mahupun
pengurusan.
Setelah hampir sejam berada di lokasi lawatan dan berpuas hati dengan dapatan
yang diperoleh, kami mengucapkan terima kasih di ats kerjasama yang diberikan
dan sebelum mengundur diri kami mengambil gambar bersama pemilik bengkel
tersebut sebagai tanda kenangan kehadiran kami ke bengkel tersebut.




Gambar 19 : bergambar bersama pemilik bengkel
17

Refleksi
Tugasan RBT 3123 Pengurusan Keselamatan Bengkel yang telah dilakukan oleh
saya menjurus kepada amalan keselamatan di bengkel. Untuk itu kami telah ditugaskan
melakukan lawatan ke industri atau bengkel. Tugasan yang diberi merangkumi persediaan
sebelum melakukan lawatan dan hasil dapatan lawatan yang didokumentasikan dalam
bentuk laporan.
Melalui tugasan yang diberikan, saya belajar bagaimana untuk berurusan dengan
pihak luar untuk mendapatkan kebenaran dan persetujuan melakukan lawatan ke tempat
mereka. Lawatan tersebut say lakukan secara berkumpulan dan kerjasama ahli kumpulan
kecil saya sangat membantu dalam mendapatkan tempat lawatan yang bersesuaian.
Daripada lawatan yang dilakukan juga saya dapat mengetahui banyak perkara terutamanya
dari aspek pengurusan bengkel yang bermula daripada pemilik sehingga kepada pekerja.
Berdasarkan aspek pengetahuan, saya mendapat pelbagai input yang baru, iaitu
saya telah tahu bagaimana hendak merancang, mengurus dan melaksanakan projek
lawatan dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan lawatan. Walaupun lawatan
yang dilakukan tidak melibatkan kerja yang banyak, ia tetap memberikan satu pengalaman
baru apabila saya mendapat pendedahan-pendedahan mengenai cara pengurusan.
Lawatan yang telah dilakukan dirasakan berbaloi apabila saya bukan hanya setakat
memenuhi kehendak soalan atau tugasan tetapi turut memperlihatkan saya kepada
peralatan yang digunakan secare lebih dekat. Fungsi setiap alatan juga diperjelaskan dan
memberikan saya sedikit pengetahuan tambahan yang boleh saya gunakan untuk kebaikan.
Melalui aspek lain, saya rasakan bahawa lawatan ke bengkel ini amat membanttu
dalam memahami kaedah pengurusasn apabila dapat melihat cara pemikiran seorang
pengurus bengkel dan melihat sendiri bagaimana mereka menguruskan bengkel selama
bertahun-tahun lamanya. Hal ini amat saya kagumi dan saya berazam untuk memastikan
bengkel sekolah saya bertugas menjadi lebih baik daripda apa yang telah saya lihat
berbantukan dengan ilmu yang ditimba.
Itu adalah hasil dapatan daripada saya untuk keseluruhan subjek ini dan secara
keseluruhannya saya berasa seronok membuat tugasan ini walaupun terdapat banyak
halangan seperti kekangan waktu dan aktiviti yang padat untuk ditempuhi. Namun begitu,
dengan semangat dan iltizam yang kuat, maka hasil tugasan sebegini dapat dihasilan
dengan jayanya. Saya berharap agar apa yang telah saya dapati sepanjang saya menjalani
kursus RBT 3123 ini akan kekal dalam ingatan dan pengetahuan yang saya dapati dapat
saya gunakan ketika saya mengajar di sekolah kelak.
18

Bibliografi

(n.d.). Retrieved SEPTEMBER 24, 2014, from http://www.kemahiranhidup2u.com/2014/08/dskp-
dan-modul-reka-bentuk-teknologi.html
Aqilah, H. (2012, OKTOBER 15). DUNIA PENDIDIKAN IPG. Retrieved SEPTEMBER 24, 2014, from
Amalan keselamatan bengkel: http://duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/amalan-
keselamatan-bengkel.html
Rahim, S. N. (n.d.). PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN STAF POLITEKNIK MUKAH . 15.
RBT universe PISMP. (n.d.). Retrieved 8 10, 2013, from
http://rbtuniverse2011.blogspot.com/2011/03/pengenalan-kepada-tanaman-hiasan-
tahun.html
SHOM, S. M. (n.d.). PENGURUSAN DAN KESELAMATAN BENGKEL. Retrieved SEPTEMBER 24, 2014,
from http://www.slideshare.net/syazwanmatshom/pengurusan-dan-keselamatan-bengkel
Subramaniam, C. (2013). Jurnal Pengurusan . Hubungan Amalan Pengurusan Keselamatan dengan
Pematuhan Keselamatan, 10.
Tahir, L. B. (n.d.). Pengurusan Bengkel Manipulatif: Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengurusan
Bengkel .


19

Você também pode gostar