Você está na página 1de 4

Tokoh pendidik di Malaysia

Aminuddin Baki (1926-1965)



1. Latar belakang:
Beliau dilahirkan di Chemor, Perak pada 6 Januari 1926.
Menerima pendidikan awal di sekolah Melayu kemudian meneruskan
pelajaran di Sekolah Anderson, Ipoh.
Beliau telah menubuhkan Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Insaf
(PERMI) di negeri Perak pada tahun 1946.
Beliau menubuhkan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung
(GPMS).
Beliau memperoleh Ijazah Kepujian Sarjana Muda Sastera pada tahun
1951.




Menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor pada usia 36 tahun.
Mendapat Ijazah Master of
Methods dalam pendidikan
(1953).
2. Sumbangan:

Beliau memperkenalkan Sejarah islam kepada guru-guru pelatih di
Maktab Perguruan Sultan Idris.


Beliau menjadi ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan
Laporan Rahman Talib (1960).
Beliau mewujudkan Sijil Menengah Rendah (SRP), Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Beliau juga menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Beliau melibatkan diri dalam
penyediaan Penyata Razak
pada tahun 1955.
Dr. Burhanuddin al-Helmi (1911-1969)

1. Latar belakang:
Beliau dilahirkan di Changkat Tualang, Perak.
Beliau mendapat pendidikan agama di Tanah Datar Sumatera Barat,
Jitra Kedah dan Madrasah Al-Masyhur Pulau Pinang.
Melanjutkan pelajaran ke India dalam bidang homeopati dan
mendapat gelaran Doktor
Seorang yang alim dalam ilmu agama Islam.
Menguasai semua pelat bahasa Arab dan fasih dalam bahasa Urdu,
Belanda, Inggeris, Perancis dan Jerman.

2. Sumbangan:
Memimpin parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) bagi
menghalang pelaksanaan Malayan Union.
Menghasilkan banyak karya penulisan seperti:
i. Mutu Kerajinan Dan Amalan Kesihatan (mengajar aspek
kerajinan dan kesihatan)
ii. Mencari Allah (bercorak agama dan falsafah)
iii. Perjuangan Kita-1946
iv. Ideologi Politik Islam-1957 (mengandungi ceramah tersusun
anjuran Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya,
Singapura)
v. Falsafah Kebangsaan Melayu-1954 (mengandungi bahan-
bahan ucapan yang tersiar dalam Mingguan Melayu pada
tahun 1953 hingga 1954)
vi. Simposium Tasauf Dan Tariqat-1960 (menghuraikan 26 tajuk
yang berkaitan dengan amalan tasauf dan tariqat)
vii. Arah perjalanan politik tanah melayu sekarang-1963

Beliau juga mengusahakan sebuah kamus Jawi Melayu-Inggeris-
Arab.

Você também pode gostar